Anda di halaman 1dari 4

1.

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG SUKAN MEMANAH

1.1

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG SUKAN MEMANAH DI DUNIA


Apabila anda mula memegang panah dan melepaskan anak panah yang

pertama sebenarnya anda telah melakukan satu acara yang telah pun bermula sejak
20,000 tahun yang lalu. Para pengkaji sejarah mula dapat mengesan aktiviti
memanah apabila menjumpai satu bukti lukisan yang terdapat di gua-gua lama di
Sepanyol. Lukisan ini telah dilukis kira-kira 8,000 tahun sebelum masihi.
Pada masa itu, aktiviti memanah digunakan untuk tujuan mencari bahanbahan makanan. Pada zaman Mesir kuno kira-kira 3500 tahun masihi yang lalu
panah digunakan sebagai senjata dalam peperangan. Ukuran alat pada zaman itu
hampir tinggi dengan saiz fizikal mereka. Manakala, anak panah diperbuat daripada
batu dan tembaga.
Orang-orang Tartar telah mencipta alat memanah yang diperbuat daripada
kulit, tanduk dan kayu yang telah dibengkokkan kira-kira di sekitar 1800 tahun
sebelum masehi. Alatan memanah dibuat agak pendek jika dibandingkan pada
zaman Mesir kuno. Orang-orang Tartar juga dikenali sebagai pahlawan yang terulung
pada zaman itu.

Panah terus menjadi senjata dalam peperangan pada zaman kerajaan Rom
dan kerajaan Mongolia di sekitar abad ke-11. Penggunaan panah sebagai senjata
mula berkurangan pada abad ke-16 dengan terhasilnya bahan-bahan senjata api.
Memanah mula berkembang sebagai salah satu aktiviti sukan di England di
sekitar abad ke-16 apabila Raja Hendry VIII mengarahkan Sir Christopher Morris
menubuhkan kelab memanah dalam tahun 1537. Pertandingan memanah yang
pertama mula diadakan pada tahun 1673 di Yorkshire untuk lelaki dan pertandingan
yang pertama untuk wanita bermula pada tahun 1787.

Di benua Amerika Utara kelab memanah pertama mula ditubuhkan pada


tahun 1828 yang dikenali dengan nama United Bowman of Philadelphia. Memanah
mula dimasukkan dalam acara sukan Olimpik pada tahun 1900 di Paris, tahun 1904
di Saint Louis dan tahun 1920 di Belgium. Selepas tahun itu, sukan memanah tidak
dipertandingkan di Sukan Olimpik kerana tidak ada satu peraturan yang tetap
mengenai pertandingan sehingga The Federation International de tir a l'arc (FITA)
menggubal undang-undang pertandingan. Sukan memanah dimasukkan kembali
dalam acara Sukan Olimpik pada tahun 1972 di Munich.
1.2

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG SUKAN MEMANAH DI MALAYSIA


Sukan memanah merupakan salah satu sukan yang berpotensi dan boleh

dimajukan lagi dalam bidang sukan negara. Sukan memanah tekah mendapat
tempat di Malaysia semenjak tahun 60-an lagi. Walau bagaimanapun, sukan
memanah tidak begitu terkenal kerana terdapat beberapa kekangan seperti
kemudahaan dan kelengkapan yang terhad serta tiada padang yang sesuai bagi
sukan memanah ini.
Namun

begitu,

terdapat

pelbagai

usaha

yang

dijalankan

untuk

membangunkan sukan memanah. Antaranya ialah penubuhan kelab-kelab memanah


di beberapa tempat seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Taiping. Seterusnya,
wujudnya Persatuan Memanah Kebangsaan (NAAM) yang berada di bawah
naungan International Archery Federation (FITA) bagi membangunkan sukan
memanah di Malaysia.
1.3

INTERNATIONAL ARCHERY FEDERATION (FITA)


International Archery Federation (FITA) merupakan sebuah persatuan yang

dirangka khas bagi mentadbir sukan memanah antarabangsa. FITA telah ditubuhkan
pada 4 September 1931 di Lwow, Poland oleh tujuh buah negara iaitu Perancis,
Republik Czech, Sweden, Poland, Amerika Syarikat, Hungary dan Itali. Penubuhan
FITA adalah bertujuan untuk mengalak dan menyelia sukan memanah di seluruh
dunia dan merangka serta mentafsir Peraturan FITA. Di samping itu, FITA juga diberi
tanggungjawab

dalam

menganjurkan

pelbagai

kejohanan-kejohanan

sukan

memanah peringkat antarabangsa dan dunia serta menjadi badan yang menjaga dan
mengiktiraf segala rekod dunia dalam sukan memanah.

1.4

NATIONAL ARCHERY ASSOCIATION OF MALAYSIA (NAAM)

Rajah 3 : Logo NAAM


Di Malaysia, sukan memanah adalah di bawah kelolaan National Archery
Association of Malaysia (NAAM). NAAM telah ditubuhkan pada 1975. Di peringkat
sekolah sukan memanah adalah di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah
Malaysia (MSSM). Pada tahun 1996 buat pertama kalinya sukan memanah
dipertandingkan di peringkat MSSM. Dengan adanya kejohanan memanah
seumpama ini, diharapkan penglibatan para pelajar dalam sukan ini akan dapat
diperluas untuk mencungkil bakat-bakat baru yang bakal mewakili negara di
peringkat yang lebih tinggi.

NAAM

History. (t.t & t.p).

Dicapai

pada

20

September 2012, daripada

http://www.masarchery.org/search/label/History
History of FITA. (t.t & t.p). Dicapai pada 20 September 2012, daripada
http://www.masarchery.org/search/label/History
Sports and Recreation. (t.t & t.p). Dicapai pada 20 September 2012, daripada
http://www.encyclopedia.com.my/volume15/078.html

Anda mungkin juga menyukai