Anda di halaman 1dari 1

1.

PENGENALAN
Kamus English Oxford mendefinisikan archery sebagai shooting with a

bow and arrows. Ini bermaksud sukan memanah merupakan sukan


menembak yang menggunakan busur dan anak panah. Memanah merupakan
salah satu aktiviti yang telah wujud sejak beratus-ratus tahun dahulu. Pada
zaman dahulu, manusia menggunakan kemahiran memanah untuk memburu
binatang ataupun untuk berperang. Namun begitu, pada hari ini, terdapat
banyak negara yang berlumba-lumba untuk menguasai sukan memanah ini
kerana sukan ini mampu melonjakkan nama dalam arena sukan.
Sesuai dengan perkembangan dunia pendidikan pada masa kini yang
semakin mencabar dalam era menuju ke pendidikan global dan bertaraf
dunia, Institut Pendidikan Guru khususnya, seharusnya diperlengkap dengan
sebanyak mungkin ilmu pengetahuan dalam sukan memanah supaya dapat
mendidik, membimbing dan melatih bakal-bakal guru bagi mencapai visi dan
misi Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kerja kursus ini mengandungi informasi yang serba lengkap mengenai
sukan memanah. Antara kandungan kerja kursus ini termasuklah Sejarah
Sukan Memanah (Dunia dan Malaysia), Sejarah Penubuhan FITA dan NAAM,
Alatan dan Keperluan Memanah, Undang-undang Memanah, Teknik dan
Kemahiran Asas Memanah, Kecederaan Dalam Sukan Memanah dan Isu-isu
Sukan Memanah.

Anda mungkin juga menyukai