Anda di halaman 1dari 28

PANDUAN PELAKSANAAN

PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Berkuat kuasa mulai Oktober 2012

-0TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

2.

Falsafah Pendidikan Guru

3.

Model Konseptual Pendidikan Guru

4.

Pengenalan Program Bina Insan Guru

5.

Matlamat dan Objektif Program BIG PPG

6.

Objektif Modul Pelaksanaan BIG PPG

Struktur Pelaksanaan BIG PPG

10

Agihan Tajuk dan Bidang

10

Jawatankuasa Pelaksanaan dan Bidang Tugas

13

10

Senarai Tugas Jawatankuasa

15

11

Jadual Pelaksanaan Program BIG PPG

16

12.

Panduan dan Prosedur Pelaksanaan

18

13

Peraturan dan Arahan Tetap Program Perkhemahan BIG PPG

22

14

Spesifikasi Tajuk Bina Insan Guru PPG

24

15

Prosedur Keselamatan

26

16

Panel Modul

29

-1TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan Negara.

Falsafah Pendidikan Guru


Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta
menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang
bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

-2TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU


Model Konseptual Pendidikan Guru dibina berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah
Pendidikan Guru ( FPG ) yang menekankan kepentingan tiga aspek asas iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
disepadukan merentasi semua disiplin mata pelajaran serta program yang dirancangkan seperti gambar rajah
di bawah:
MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU
KETUHAN AN

ROHANI

Pengetahuan

INTELEK

Nilai

Kemahiran

EMOSI

JASMANI

KEMASYARAKATAN

KENDIRI

Model Konseptual Pendidikan Guru mengutamakan akauntabiliti guru kepada tiga dimensi utama, iaitu kendiri,
kemasyarakatan dan ketuhanan. Citra guru dalam ketiga-tiga dimensi ini dijelmakan dalam program yang dirancangkan
seperti berikut:
-3TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

Ketuhanan

:Menganjurkan peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu sebagai insan yang percaya
dan patuh kepada ajaran agama.

Kemasyarakatan :Menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan sebagai agen perubahan.
Kendiri

:Menjurus kepada pembinaan profesionalisme, daya ketahanan, patriotisme, pemupukan budaya


ilmu dan pembentukan sahsiah dan berpekerti mulia.

Selaras dengan FPK dan FPG, model ini menggambarkan suatu usaha membina kekuatan dan ketahanan diri guru
berasaskan kepatuhan kepada Tuhan dan kesejahteraan bermasyarakat. Hasrat ini dapat dicapai menerusi pelaksanaan
kurikulum pendidikan guru yang menyepadukan aspek-aspek pengetahuan, kemahiran ikhtisas dan amalan nilai-nilai
keguruan.Kurikulum

Bina Insan Guru Program Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan( PISMP ) digubal dengan

mengambil kira usaha menterjemahkan ketiga-tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai secara bersepadu yang
diperjelas seperti berikut:
Pengetahuan:

Merangkumi pengetahuan dan kefahaman tentang kandungan ilmu bidang pengajian, teori
pembelajaran, bahan kurikulum, pentaksiran dan pengurusan persekitaran pembelajaran serta sumber
berkaitan bidang pengajian.

-4TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

Kemahiran :

Merangkumi kemahiran intelek yang melibatkan penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam
pembelajaran, penyelesaian masalah dan membuat keputusan; penggunaan ilmu dan kemahiran dalam
pelaksanaan pengajaran pembelajaran; dan keupayaan memindahkan pengetahuan dan kemahiran
yang dikuasai dalam pelbagai situasi sebenar.

Nilai

Merujuk kepada penerapan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni sebagai insan yang percaya dan
patuh kepada ajaran agama dan kesejahteraan bermasyarakat

serta memiliki dan menampilkan

nilai, etika dan amalan yang bertepatan dengan Prinsip Etika Kerja Perkhidmatan Awam dan Kod Etika
Keguruan Malaysia.

-5TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

PROGRAM BINA INSAN GURU


BAGI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG )
1.

PENGENALAN PROGRAM BINA INSAN GURU


Guru adalah pembina generasi Malaysia. Pembangunan modal insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan

dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi
menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan
intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta diperkasakan dengan penguasaan kemahiran dan
teknologi baru, penghayatan nilai dan etika keguruan serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan hasrat
negara.
YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ketika membentangkan

Rancangan Malaysia

ke-9 di Parlimen telah menegaskan bahawa pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik,
menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif serta nilai etika
dan moral yang tinggi.
Selaras dengan hasrat ini, pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat serta komitmen
untuk membentuk, memupuk dan melahirkan insan guru yang berkualiti, iaitu yang memiliki pengetahuan dan ketrampilan
profesional yang tinggi serta ciri dan kualiti sahsiah yang terpuji.

-6TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

Kursus Bina Insan Guru (BIG ) merupakan suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru
yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program
ini melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Program ini direalisasikan dalam
tiga fasa yang dilaksanakan ditempat masing masing dalam sepanjang tempoh pengajian. Melalui aktiviti yang dirancang,
pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah
pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki
kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran
pendidikan dan arus globalisasi.
Pelaksanaan Bina Insan Guru ( BIG ) lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah
dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan di
kalangan pelajar. Di samping program dan aktiviti yang dirancang secara khusus, usaha pembinaan insan guru yang unggul
ini juga diperkukuhkan melalui aktiviti tutorial dan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG).

-7TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

2.

MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BIG PPG


Program Bina Insan Guru ( BIG ) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-

nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun
Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

Pembinaan insan guru merupakan usaha

berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan
guru adalah pembina generasi negara. Program BIG akan bermula dengan Perkhemahan I yang akan dilaksanakan pada
awal semester pertama. Aktiviti perkhemahan ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang ciri-ciri dan
kualiti insan guru yang unggul mencakupi enam domain utama kandungan kurikulum BIG PPG. Fokus aktiviti perkhemahan
ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar:

1.

Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang
berbeza.

2.

Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti

3.

Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.

4.

Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif terhadap kerjaya
keguruan.

5.

Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan diri
yang sesuai.

6.

Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
-8TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

7.

Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani ( spritual ) dan sosial.

8.

Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara
berkumpulan.

9.

Berupaya berfikir secara refleksif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil
tindakan penambahbaikan secara berterusan

3.

OBJEKTIF MODUL PELAKSANAAN BIG PPG


Buku Panduan Pelaksanaan dan Modul BIG PPG ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut:
3.1.

Menjadi rujukan dan panduan kepada pelaksana program BIG PPG di Institut-Institut Perguruan di Malaysia

3.2.

Memastikan wujudnya kesetaraan dan keseragaman dalam pelaksanaan BIG PPG di Institut-Institut
Perguruan Malaysia

3.3.

Memastikan pelaksanaan BIG PPG memenuhi matlamat kurikulum dan mencapai hasil pembelajaran yang
ditetapkan.

-9TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

4.

STRUKTUR PELAKSANAAN BIG PPG


Bil

Performa BIG PISMP

Sem.2

Sem.3

Sem.4

Sem.5

Sem.6

Peringkat

Pkt 1

Pkt 2

Pkt 3

Pkt 4

Tahun Pelaksanaan

2012

2013

2014

2015

5.

Sem.1

PPG

45

10

10

35

10

10

Jumlah
Jam

120

AGIHAN TAJUK DAN BIDANG


Peringkat

Semester
Perlaksanaan

4 dan 5

Jumlah
Jam

Pro Forma Kursus

Catatan

WAJ 3114 ( Ceramah / Aktiviti Kemasyarakatan )


Pro Forma Fasa 2 (10 Jam )
1. Aktiviti di IPG ( IPG Based )
Taklimat Umum BIG ( 1 Jam )
Taklimat Ceramah ( 1 Jam )
Taklimat Kemasyarakatan ( 1 Jam )

3
IPG

2. Ceramah A. Pembinaan Insan Guru Yang Seimbang ( kumpulan


sasaran - rakan sejawat )
i. Guru sebagai insan mulia
ii. Kualiti peribadi dan profesionalisma seorang
guru.
iii. Pembelajaran berterusan dan seluas hayat.

3 Jam dilaksanakan di IPG

Dilaksanakan di sekolah ( school


based )
Pelajar PPG boleh memilih tajuk
A, B atau C untuk dilaksanakan
Pelajar PPG sebagai pelaksana.

B. Guru dan Hubungan Komuniti ( kumpulan sasaran - 10 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

Peringkat

Semester
Perlaksanaan

Pro Forma Kursus

Jumlah
Jam

Catatan

masyarakat setempat )
i. Cabaran guru merealisasikan
pendemokrasian pendidikan.
ii. Guru sebagai agen perubahan masyarakat.
iii. Hubungan sekolah dan komuniti ke arah
pembangunan pendidikan.
C. Guru dan Akauntabiliti Profesionalisme ( kumpulan
sasaran - rakan sejawat )
i. Pembinaan semula sikap ke arah
perkhidmatan pendidikan bertaraf dunia
ii. Guru reflektif menjana keberkesanan tugas.
iii. Etika dan moral profesional.
iv. Dasar dan wawasan pendidikan dan
implikasinya kepada peranan dan
tanggungjawab guru.
3. Aktiviti Kemasyarakatan
A. Khidmat sosial ( sasaran adalah murid sekolah )
i. khidmat sosial dan kebajikan (rumah
kebajikan, hospital, rumah anak yatim, pusat
penjagaan warga emas dan lain-lain)
ii. bantuan bencana (banjir, kebakaran,
bencana alam)
iii. gotong royong (membersihkan tanah
perkuburan, rumah ibadat, pusat-pusat
komuniti, khidmat kebajikan dan lain-lain).
4. Refleksi dan pelaporan untuk aktiviti 1 dan 2

Dilaksanakan di sekolah ( school


based ) atau persekitaran
setempat.
Pelajar PPG boleh memilih tajuk
i, ii atau iii untuk dilaksanakan
Pelajar PPG sebagai Ketua
Pelaksana.

- 11 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

Peringkat

Semester
Perlaksanaan

Jumlah
Jam

Pro Forma Kursus

Catatan

WAJ 3114 ( Bengkel / Aktiviti Kemasyarakatan )


Pro Forma Fasa 3 (10 Jam )
1. Aktiviti di IPG ( IPG Based )
Taklimat Umum BIG ( 1 Jam )
Taklimat Ceramah ( 1 Jam )
Taklimat Kemasyarakatan ( 1 Jam )

3 Jam dilaksanakan di IPG

Dilaksanakan di sekolah ( school


based )
Pelajar PPG boleh memilih
sekurang-kurang SATU tajuk
untuk dilaksanakan

IPG

2. Bengkel ( kumpulan sasaran - murid sekolah )


Bengkel Etiket dan Sosial
a. Pengucapan awam
b. Kesantunan berbahasa
c. Tertib / adab di meja makan
i. Pengendalian Majlis
ii. Etika berpakaian
3. Aktiviti Kemasyarakatan ( kumpulan sasaran murid )
a. Khidmat kepada komuniti
i. Kelas tambahan
ii. Klinik subjek bimbingan / pembelajaran
iii. Kempen kesedaran ( AADK, ASNB dan
sebagainya )
4. Membuat refleksi dan pelaporan bagi aktiviti 2 dan 3

Dilaksanakan di sekolah ( school


based )
Pelajar PPG boleh memilih
sekurang-kurang SATU tajuk
untuk dilaksanakan

Pelajar PPG dikehendaki


membuat pelaporan

- 12 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

6.

JAWATANKUASA PELAKSANA DAN BIDANG TUGAS


Struktur Jawatankuasa Induk Program Bina Insan Guru Peringkat Sekolah / Institusi
Pengerusi

Guru Besar

Timbalan Pengerusi

Penolong Kanan KK

Setiausaha

Pelajar PPG ( Program Pensiswazahan Guru )

Bendahari

( Lantikan sekolah )

Ahli Jawatankuasa :
i.

Pengerusi Jawatankuasa Kerohanian dan Moral

( Ketua Panitia Pendidikan Islam dan Moral )

ii.

Pengerusi Jawatankuasa Peralatan

( Ketua Panitia Pend.Jasmani & Kesihatan )

iii.

Pengerusi Jawatankuasa Makanan

( Lantikan sekolah )

iv.

Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti

( Lantikan sekolah )

v.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan keselamatan

( Lantikan sekolah )

- 13 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA


Bil
1.

Jawatankuasa
Pengerusi (Guru Besar)

Bidang Tugas

2.

Timbalan Pengerusi (Penolong Kanan KoKurikulum )

3.

Setiausaha (Pelajar PPG )

Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk dan mesyuarat


perancangan BIG PPG
Menentukan dasar-dasar pelaksanaan BIG PPG peringkat IPG
Mengawal selia perancangan program
Pemantauan pelaksanaan program
Melantik jawatankuasa kerja BIG PPG
Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Induk dan mesyuarat
perancangan BIG PPG ( b/p Guru Besar )
Mengawal selia perancangan program
Pemantauan pelaksanaan program
Melantik jawatankuasa kerja BIG PPG
Menyediakan kertas cadangan pelaksanaan BIG PPG
Menguruskan surat menyurat dan hubungan dengan agensi-agensi
luar yang terlibat
Membuat post mortem dan laporan pelaksanaan BIG PPG
Menyediakan laporan penilaian BIG PPG
Pemantauan pelaksanaan keseluruhan program
Menyediakan laporan keberkesanan program dan menganalisis
dapatan.

- 14 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

7.

CADANGAN JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
( PPG ) PERINGKAT 2
7.1. Jadual Pelaksanaan : Aktiviti Ceramah / Bengkel
Hari
0800

8.30

1000

1030

Kudapan

Slot 2
Guru Dan
Akauntabaliti
Profesional
LADAP

1230

2.00

2.30

3.30

4.00

5.00

Kudapan

Gotong Royong
Aktiviti
Kemasyarakatan
di Sekolah

Aktiviti Khidmat
Masyarakat
Kelas Tambahan

Aktiviti Khidmat
Masyarakat
Kelas Tambahan

Bersurai

Slot 2
Bengkel

Gotong Royong
Aktiviti
Kemasyarakatan di
Sekolah
rehat

Slot 1
Bengkel Etiket
( Pelajar )

Pendaftaran

Pendaftaran

Slot 1
Pembinaan
Insan Guru
Seimbang
LADAP

Rehat

Masa

- 15 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

8.

PANDUAN DAN PROSEDUR PELAKSANAAN


8.1.

PERANCANGAN AWAL DAN PERSEDIAAN PROGRAM

Program BIG PPG akan menjadi satu aktiviti perkhemahan yang sempurna jika terdapat perancangan dan persediaan
dapat dibuat dengan teliti dan sistemetik. Oleh sebab itu, pihak Jawatankuasa Kerja program perlu mengadakan
perbincangan, mesyuarat dan permuafakatan dalam mengenal pasti beberapa perkara penting sebelum, semasa dan
sesudah program dijalankan.
Antara perkara yang perlu diuruskan ialah:
a.

Penubuhan dan pemilihan Jawatankuasa Kerja

b.

Menyediakan Kertas kerja pelaksanaan dan mengemukakan kepada pihak sekolah untuk tujuan kelulusan

c.

Memilih dan menentukan lokasi dan tapak perkemahan

d.

Merancang pengisian aktiviti program perkhemahan

e.

Merancang perbelanjaan catuan bahan basah dan kering

f.

Taklimat dan merancang latihan asas kepada peserta kursus

g.

Memberi taklimat kepada jurulatih / fasilitator dan urusetia

h.

Merancang dan menentukan bantuan logistik yang diperlukan

i.

Mengenal pasti dan menyediakan peralatan yang diperlukan

- 16 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

9.

TINDAKAN YANG PERLU DILAKSANAKAN


SEBELUM PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

Bil

Perkara

Isi Kandungan

Tindakan

1.

Taklimat Pertama Program BIG


PPG Kepada Pelajar

Selepas Minggu Pengurusan Pelajar Baru


1.
Rasional BIG PPG
2.
Objektif BIG PPG
3.
Model Konseptual BIG PPG (Rujuk
sukatan BIG PPG)
4.
Struktur Organisasi
5.
Penulisan Refleksi / Folio
6.
Persiapan awal
7.
Etika Peserta BIG PPG
8.
Keadaan Fizikal
9.
Peralatan
10. Status Kesihatan
11. Kuatermaster makanan
12. Kuatermaster peralatan
13. Kebajikan dan Keselamatan
14. Jadual Pelaksanaan

Dikendalikan oleh Penyelaras


Program BIG PPG IPG

2.

Mesyuarat Perancangan
Pelaksanaan BIG PPG

Perancangan Pelaksanaan Program


1. Lokasi Program
2. Tarikh Program
3. Lawatan Tapak
4. Perhubungan luar
5. Peralatan
6. Pembahagian tugas Kem Komander
/Jurulatih / Fasilitator
7. Kos
8. Kebajikan / makanan

Pelajar PPG dengan


Jawatankuasa Pelaksana BIG
PPG peringkat sekolah.

- 17 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

SEMASA PROGRAM BINA INSAN GURU PPG


Bil
1.

Perkara
Taklimat kepada peserta
perkhemahan

Isi Kandungan
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.

2.

Pelaksanaan Aktiviti

1.
2.
3.

Tindakan

Memperkenalkan Jurulatih / Fasilitator


Siri BIG PPG kepada peserta.
Pembahagian Tugas kepada peserta
Keadaan Fizikal
Peralatan
Status Kesihatan
Kuatermaster makanan
Kuatermaster peralatan
Kebajikan dan Keselamatan
Jadual Pelaksanaan
Pergerakan Aktiviti
Disiplin Peserta
Peraturan Perkhemahan
Jadual Aktiviti
Pembahagian Nombor Peserta
(Numbering).

Pelajar PPG

Arahan tetap yang merangkumi


prosedur sebelum aktiviti.
Melaksanakan semua komponen dalam
jadual
Penilaian dan penulisan refleksi

Ketua Jurulatih / Jurulatih /


Fasilitator

- 18 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

SELEPAS PROGRAM BINA INSAN GURU


Bil

Perkara

Isi Kandungan

1.

Taklimat Penutup Siri BIG PPG

1.
2.
3.
4.
5.

Protokol acara penutup siri BIG PPG


Perbarisan
Penyerahan Bendera
Ucapan Ketua Kumpulan
Ucapan VVIP

Ketua Jurulatih / Jurulatih /


Fasilitator /

2.

Tindakan sebelum perjalanan


pulang

1.

Membersihkan peralatan dan kawasan


perkhemahan.
Memastikan peralatan adalah dalam
keadaan yang baik.
Pemulangan peralatan dengan amaun
yang sama.
Menyusun peralatan.
Pemulangan kad nombor.

Peserta di bawah
pemantauan
Ketua Jurulatih / Jurulatih /
Fasilitator

2.
3.
4.
5.

Tindakan

SELEPAS PROGRAM BINA INSAN GURU


Bil
1.

Perkara
Tindakan Selepas
perkhemahan

Isi Kandungan
1.
2.
3.
4.

Tindakan

Membuat refleksi / laporan


Penyelaras Program BIG
perlaksanaan BIG PPG
PPG IPG
Menyediakan dokumentasi audio/video
untuk tujuan pelaporan dan penilaian
Menyiapkankan portfolio.
Surat Penghargaan kepada agensi
yang membantu program BIG PPG (cth:
- 19 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

5.
10.

Polis, Jabatan Hutan, Jabatan Bomba


dan Penyelamat, , Jabatan Laut / Marin,
Penghulu)
Post- Mortem dan Laporan Ketua
Jurulatih

PERATURAN DAN ARAHAN TETAP PROGRAM PERKHEMAHAN BIG PPG


Peraturan dan arahan tetap perkhemahan program Bina Insan Guru perlu dilaksanakan dan dikuatkuasakan supaya

program dan aktiviti yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar, berdisiplin, selamat dan mencapai objektif.
Peraturan dan arahan tetap adalah seperti berikut:
1.

Peserta mesti mematuhi semua arahan, jadual aktiviti dan melibatkan diri secara menyeluruh dalam setiap aktiviti
BIG PPG.

2.

Peserta hendaklah menjalinkan hubungan silaturahim, kenal mengenal dan hormat menghormati antara satu sama
lain.

3.

Peserta hendaklah mengawal diri sendiri, berdisiplin dan mempamerkan tingkah laku yang terpuji sepanjang
perkhemahan .

4.

Peserta yang beragama Islam diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di tapak perkhemahan apabila masuk
waktu solat.

5.

Peserta diwajibkan meghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program / aktiviti yang dilaksanakan.

6.

Peserta mesti menjaga dan bertanggungjawab terhadap peralatan yang disediakan. (Dilarang merosak atau
memindahkan peralatan ke tempat lain tanpa kebenaran)

7.

Peserta dilarang merokok sepanjang masa perkhemahan.

8.

Peserta dilarang membuang sampah di merata tempat dan bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan.

- 20 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

9.

Peserta dilarang menebang atau merosakkan pokok dan perlu sentiasa mengamalkan sikap mesra alam sekitar.

10. Peserta lelaki dilarang masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan juga sebaliknya tanpa kebenaran.
11. Pergaulan sihat secara kumpulan adalah dibenarkan tetapi berpasangan lelaki dan perempuan sepanjang
perkhemahan adalah ditegah.
12.

Peserta mesti sentiasa berpakaian yang sesuai dengan aktiviti (berlandaskan tuntutan agama ) dan dilarang
memakai selipar atau kain pelikat di dewan makan atau mana-mana kawasan rasmi perkhemahan.

13.

Peserta dilarang membawa dan memakai barang kemas semasa aktiviti perkhemahan.

14.

Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali.

15.

Peserta tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah selepas jam 11.00 malam.

16.

Peserta dilarang memancing, berburu, menangkap dan membunuh fauna atau merosakkan habitatnya.

17.

Peserta dilarang membeli makanan dan minuman dari luar semasa aktiviti perkhemahan.

18.

Peserta dilarang keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi atau dengan kebenaran.

19.

Peserta bertanggungjawab terhadap penjagaan diri, peralatan dan harta persendirian.

20.

Peserta dilarang membakar dalam kawasan perkhemahan tanpa kebenaran.

21.

Penggunaan peralatan berbahaya dan berisiko perlu mendapat kebenaran dan pengawasan jurulatih / fasilitator.

22.

Peserta dilarang menggunakan telefon bimbit tanpa kebenaran.

23.

Peserta mesti mematuhi lain-lain arahan keselamatan berkaitan pelaksanaan sesuatu aktiviti yang dilaksanakan.

24.

Peserta yang melanggar peraturan akan diberi amaran atau dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa
Keselamatan / Urusetia.
PERINGATAN

Pelajar PPG dikehendaki berada bersama pelajar dari mula sehingga tamat aktiviti perkhemahan dan pada
setiap aktiviti yang dijalankan.
Kenderaan kecemasan perlu disediakan dan berada sepanjang masa di kawasan perkhemahan.
- 21 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

SPESIFIKASI TAJUK BINA INSAN GURU PPG


TAJUK / AKTIVITI
1.

KANDUNGAN

JAM INTERAKSI

Perkhemahan BIG PPG

Aktiviti:
1. Menguruskan aktiviti
perkhemahan.
-

Perancangan, pemilihan
tapak, pembahagian tugas

Pembinaan khemah,
penyediaan dan penyajian
makanan

Berjiwa merdeka dan perkasa

Membina kemahiran pengurusan diri dan


kumpulan.

Membina kemahiran membuat keputusan dan


menyelesaikan masalah

Membina kemahiran mengurus perubahan diri,


organisasi, dan persekitaran.

Pembubaran khemah

2. Malaysia cergas dan patriotik.


-

Nyanyian patriotik

Menaikkan bendera

Kawad kaki

Senamrobik / aktiviti
kalistenik

3. Latihan Dalam Kumpulan


(LDK)
- Ice Breaking
-

Kerohanian dan akhlak keguruan

Realiti persekitaran

Realiti diri dan motivasi

Mengenali dan menilai potensi diri insan guru


-

Potensi kendiri

Personaliti kerjaya

Citra diri insan guru

Membina pemikiran positif dan motivasi kendiri


terhadap kerjaya keguruan.

Menghayati nilai, etika dan akhlak keguruan.

Pembangunan insan guru yang seimbang.

Personaliti Guru dan Konflik


Personaliti

45 jam.

Berilmu, beramal dan berbakti

Mengamalkan semangat berpasukan, kerjasama

- 22 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

TAJUK / AKTIVITI

KANDUNGAN

keguruan
-

Perubahan sikap

Pembinaan self-esteem

dan bertanggungjawab.

Menghayati konsep kerja sebagai ibadah dan


hidup berbakti.
Berakauntabiliti dan amanah

4. Kembara dan Orienteering


-

Berjalan merentas rimba

Berakauntabiliti kepada profesion keguruan

Berjalan lasak

Aktiviti penghayatan alam

Memahami realiti persekitaran dan responsif


secara positif kepada keadaan dan keperluan
persekitaran berkenaan.

Penggunaan kompas dan


peta lakaran

Penyelesaian masalah

5. Tazkirah / aktiviti moral

Berdaya tahan yang tinggi

6. Persembahan kumpulan
7. Refleksi
-

Refleksi aktiviti

Refleksi umum

JAM INTERAKSI

Meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan


jasmani, emosi,rohani dan sosial.
Kreatif dan inovatif

Membina kemahiran berfikir aras tinggi dan


berupaya menjana pemikiran baru.
Membuat refleksi secara kritikal ke atas
pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta
mengambil tindakan penambahbaikan.

- 23 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

PROSEDUR KESELAMATAN BIG PPG PISMP


SEBELUM AKTIVITI
1.

Pelajar PPG
a.

Menguruskan borang kebenaran waris / penjaga.

b.

Memastikan setiap peserta dilindungai insuran/takaful PTKB.

c.

Taklimat pelaksanaan BIG PPG Jurulatih, dan semua AJK.

d.

Taklimat pelaksanaan BIG PPG peserta / pelajar

e.

Memilih & Memastikan tapak perkhemahan

f.

Memastikan peralatan dalam keadaan baik & selamat digunakan

g.

Memaklumkan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti Polis,Bomba dan Penyelamat dan hospital
terdekat

h.

Memastikan jurulatih yang berkelayakan menjalankan tugas

i.

Memastikan peserta memulakan perjalanan di Institut dan tamat di institut

j.

Memastikan peralatan & ubat-ubatan dibawa bersama

k.

Memastikan semua peserta / pelajar dalam keadaan sihat sebelum, semasa dan selepas aktiviti BIG PPG

l.

Memastikan pengangkutan pelajar terurus dengan baik pergi dan balik

m.

Memastikan borang-borang penilaian yang berkaitan mencukupi untuk digunakan

- 24 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

SEMASA AKTIVITI
1.

KEM KOMANDAN
a.
Tiba lebih awal di tapak perkhemahan
b.

Memastikan tapak perkhemahan selamat dan ada kemudahan air dan eletrik

c.

Memastikan semua jurulatih yang dilantik sampai di tapak perkhemahan sebelum memulakan aktiviti

d.

Taklimat kepada jurulatih tentang spesifikasi tugas dan keselamatan pelajar

e.

Taklimat kepada peserta/ pelajar tentang spesifikasi tapak perkhemahan

f.

Memastikan semua peserta menduduki kawasan yang telah disediakan

g.

Menentukan kawasan / tempat yang selamat berkumpul sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini / waktu
kecemasan

2.

JURULATIH AKTIVITI KETAHANAN


a.

Membuat tinjauan awal ke lokasi aktiviti

b.

Head Count untuk memastikan semuanya selamat

c.

Memastikan semua bilangan peralatan mencukupi dan selamat digunakan

d.

Membuat laporan sekiranya kehilangan / kerosakan peralatan kepada QM Peralatan

e.

Melaporkan keadaan / perubahan struktur muka bumi di lokasi aktiviti kepada kem komandan

f.

Menunjuk cara menggunakan peralatan dengan betul dan selamat

g.

Memberi penerangan tentang keselamatan diri

h.

Mengenal pasti tahap kebolehan kesihatan dan kecergasan pelajar sebelum melaksanakan aktiviti

i.

Menyediakan satu pelan tindakan sekiranya berlaku kemalangan semasa aktiviti

- 25 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

SELEPAS AKTIVITI
1.
KEM KOMANDAN
a.

Menerima Laporan ketua jurulatih

b.

Menerima Laporan Kuarter Master Kebajikan dan Keselamatan

c.

Menerima Laporan Kuarter Master Peralatan

d.

Menerima Laporan Kuarter Master Makanan

e.

Menerima Laporan Kewangan daripada Bendahari.

f.

Memastikan peralatan yang digunakan dibersihkan selewat-lewatnya 1hari selepas perkhemahan

g.

Memastikan semua peralatan mencukupi dan dalam keadaan baik

h.

Memastikan surat penghargaan dihantar kepada agensi yang membantu program BIG PPG contoh Polis,
Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Marin, Jabatan Hutan dan lain-lain lagi

i.

Menyediakan sijil-sijil penyertaan kepada peserta yang mengambil bahagian.

j.

Memastikan laporan penilaian dan segala bukti perlaksanaan perkhemahan dihantar kepada mentor kuliah
berkenaan di IPG masing-masing ( Mesti dihantar pada interaksi bersemuka berikutnya )

- 26 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

AHLI PANEL PENGGUBAL DAN PEMURNIAN


BUKU PANDUAN PELAKSANAAN BINA INSAN GURU-PPG
November 2012
Bil.

Nama

Jabatan / Institut

Puan Hjh Dr.Noriati binti Abd,Rashid

Penasihat

Pengarah
Pusat Pengembangan Akademik, IPGM, KPM

En.Baharuddin bin Ab.Latiff

Penyelaras

Pusat Pengembangan Akademik, IPGM, KPM

En. Mohamad Hafedz b. Salleh

Ahli

Tuan Haji Ruslan bin Saad

Ahli

Tuan Haji Mohamad Noor bin Awang

Ahli

IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan

En.Hishamudin bin Hassan

Ahli

IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bharu DT

En.Sudin bin Sarmin

Ahli

IPG Perlis, Behor Pulai, Perlis

IPG Kampus Darulaman, Jitra,


Kedah Darul Aman
IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sg.Petani
Kedah Darul Aman

HAK CIPTA TERPELIHARA


INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
OKTOBER 2012

- 27 TERHAD