Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN TRANSISI TAHUN 1 BAGI

MATEMATIK 2014

TARIKH: 6 JANUARI 2014, 7 JANUARI 2014, 13 JANUARI 2014, 22 JANUARI 2014 &
23 JANUARI 2014
TEMPAT: DEWAN SRI PASANG & KELAS K & M
Aktiviti kognitif asas Matematik dikendalikan oleh guru Matematik Tahun 1 iaitu Cik
Nurhafizah Binti Akasah dan Encik Chiew Hoo Hung. Perlaksanaan aktiviti Matematik lebih
kepada interaksi dan kerjasama di dalam kumpulan kecil.
Untuk permulaan aktiviti, sesi berkenalan antara guru-guru dan murid-murid tahun
satu. Selepas itu, murid-murid diperkenalkan dengan nyanyian Ten Little Fingers yang
menjurus kepada tema aktiviti supaya murid-murid akan lebih bersedia untuk melakukan
aktiviti yang akan dijalankan.
Murid-murid dibahagikan kepada 7 kumpulan kecil. Setiap kumpulan kecil terdiri
daripada 8 hingga 9 orang ahli. Setiap kumpulan telah diberi kad nombor 1 hingga 20 dan
meminta murid-murid menyusun nombor tersebut mengikut urutan yang betul. Aktiviti ini
dijalankan dalam bentuk pertandingan. Persaingan yang positif dapat ditunjukkan sepanjang
sesi ini dijalankan.
Sepanjang 3 minggu transisi ini, aktiviti yang telah dijalankan seperti berikut:

Pengenalan nombor (1 100)


Penambahan dan penolakan
Susun nombor ikut urutan
Mengeja dan menyebut

Melukis dan menwarna bentuk


Aktiviti yang dilakukan adalah bertujuan untuk mencungkil pengetahuan sedia ada
murid dalam mata pelajaran Matematik dan memupuk kerjasama sesama ahli dalam
kumpulan. Penglibatan murid di dalam aktiviti yang dijalankan adalah amat memuaskan

dan memberangsangkan. Masing-masing cuba untuk memperlihatkan kebolehan


terutamanya dalam aktiviti kumpulan.
Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa orang murid yang masih belum
mengenal sepenuhnya nombor dan mengeja huruf. Diharapkan semua murid tahun satu
yang terlibat dalam program minggu transisi ini akan mendapat pengalaman yang cukup
bermakna dan menambahkan lagi minat mereka untuk terus mempertingkatkan
penguasaan mereka dalam mata pelajaran Matematik. Bagi mereka yang belum mengenal
huruf dan nombor, ini adalah titik permulaan bagi mereka untuk terus mempelajarinya,
bak kata pepetah Tak Kenal Maka Tak Cinta.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

______________________

____________________

(ENCIK CHIEW HOO HUNG)

(ENCIK JALUNG IMUT)

GURU MATEMATIK TAHUN 1

PENGERUSI

SK ABUN MATU

PROGRAM TRANSISI
TAHUN 1
SK ABUN MATU

Anda mungkin juga menyukai