Definisi Akauntabiliti
Sesebuah organisasi perlu membentuk dan mengamalkan budaya organisasi yang baik
serta bersistematik untuk mencapai keberkesanan dalam pergurusan. Budaya kerja yang baik
sering dikaitkan dengan nilai, norma, sikap dan etika yang perlu diikuti oleh setiap pekerja dalam
organisasi. Keempat-empat elemen tersebut menjadi asas bagi mengawal tingkah laku pekerja,
mengetahui cara pekerja berfikir serta bagaimana pekerja berhubung antara satu sama lain dan
berinteraksi dengan persekitarannya. Sekiranya, budaya dalam sesebuah organisasi itu baik
maka dapat menggalakkan pekerjanya meningkatkan mutu kerja dan menyumbang kepada
kejayaan serta keuntungan organisasi.
Menurut Frink & Klimoski, 1998 dan Weick, (1995) akauntabiliti merupakan satu
tanggungjawab terhadap tindakan atau keputusan yang dibuat oleh pekerja terhadap tugasnya
yang mempunyai kaitan dengan interpersonal, sosial, dan struktur organisasi yang mana ia juga
terkandung dalam konteks sosiobudaya secara khas. Schlenker & Weigold, 1989 akauntabiliti
boleh mewujudkan satu sistem penyelarasan di sesebuah organisasi. Dalam erti kata yang lain
akauntabiliti boleh mewujudkan standard atau piawaian kerja yang sama untuk semua pekerjapekerja, di mana keadaan ini membolehkan setiap individu dan kumpulan dalam organisasi
mempunyai rasa tanggungjawap terhadap tugas masing-masing.
Akauntabiliti merupakan konsep sebagai tanggungjawab yang berkaitan dengan memberi
keterangan
terhadap
sesuatu
yang
(http://en.wikipedia.org/wiki/Accountability).
ditanggungjawabkan
Akauntabiliti
memberi
kepada
maksud
seseorang.
kewajipan
Akauntabiliti penting dalam memastikan tugas-tugas yang dijalankan mencapai objektif yang
ditetapkan.
Mengikut Kamus Dwi Bahasa (Dewan Bahasa Pustaka) akauntabiliti bermakna
bertanggungjawab kepada seseorang mengenai sesuatu. Manakala dalam Kamus Istilah
Pentadbiran Peniagaan Tinggi (DBP), akauntabiliti memberi makna kepertanggungjawab.
Akauntabiliti atau lebih mudah difahami umum sebagai kebertanggungjawaban yang
akan mewujudkan integrity tinggi serta penambahbaikan yang berkesan dalam pengurusan
organisasi. Shafritz (1992), juga telah member pengertian akauntibiliti sebagai tindakan yang
diambil dalam masyarakat yang berkait dengan undang-undang dan politik yang juga terdapat di
dalam sesuatu organisasi khas.
Manakala Kearns (1996), pula mendefinisikan akauntabiliti sebagai jawapan mahupun
penyelesaian terhadap tindakan kepada individu yang mempunyai autoriti tertinggi dalam
organisasi bagi memberikan prestasi kerja yang terbaik dalam member arahan kepada pekerja
untuk memastikan keberkesanan pengurusan.Umumnya, akauntabiliti dapat disimpulkan sebagai
peranan atau tanggungjawab yang perlu dilaksanakan secara optima dalam sesebuah organisasi
untuk memastikan kesemua pekerja menjalankan peranan mereka dengan sempurna serta
dapat meningkatkan perkhidmatan mahupun keuntungan organisasi.
2.0
2.1
Penentuan Matlamat
organisasi,
kebanyakannya
mengatakan
tentang
harapan
untuk
memperolehi
kecemerlangan dan kemajuan dalam organisasi. Maka boleh dikatakan akauntabiliti berdasarkan
penentuan matlamat akan membawa keberkesanan kerja dalam organisasi. Dengan adanya
matlamat, pelbagai nilai murni yang boleh membawa keberkesanan kepada organisasi akan
wujud. Antara nilai murni akauntabiliti yang berdasarkan penentuan matlamat adalah seperti
menghargai masa, kewajipan menjalankan tugas dan mengutamakan pelanggan.
2.1.1
Menghargai Masa
perancangan waktu yang lebih sistematik, serta bijak menguruskan tempoh waktu yang
diberikan. Dengan adanya amalan positif ini, pekerja-pekerja di organisasi akan menumpukan
masa pada kerja-kerja yang produktif dan kreatif menetapkan tarikh sasaran untuk menyiapkan
kerja dan menyelesaikan tugas dalam masa yang ditetapkan. Bagi mencapai matlamat yang
ditetapkan juga, amalan negatifnya termasuk berbual-bual kosong, tidak menyegerakan tugas,
serta meninggalkan pejabat untuk urusan peribadi dapat dikurangkan.
Dalam perkhidmatan sosial, amalan menghargai masa amat penting kerana bantuan serta
khidmat yang diberikan untuk klien selalunya melibatkan masa yang singkat. Apabila pekerja
mempunyai akauntabiliti yang tinggi, pekerja tersebut akan memberikan khidmat bantuan
dengan segera tanpa memperlengah-lengahkan masa yang ada. Keadaan ini akan meningkatkan
keberkesanan perkhidmatan yang diberikan kepada klien sekaligus dapat mempertingkatkan
kualiti kerja pekerja.
2.1.2
Pekerja yang mempunyai nilai kewajipan menjalankan tugas akan member keberkesanan
terhadap sesuatu organisasi. Ketegasan daripada pihak pengurusan berkait dengan kewajipan
pekerja menjalankan tugas amat penting supaya pekerja tidak ponteng kerja sesuka hati atau curi
tulang dalam masa waktu bekerja. Hukuman dan dendaan harus diberikan supaya pekerjapekerja akan lebih bertanggungjawab terhadap tugas serta perkhidmatan yang diberikan kepada
klien, tekun dan sabar menjalankan tugas mereka. Pekerja yang mempunyai nilai ini selalu
4
mempunyai inisiatif sendiri, mementingkan kualiti, cergas dan pantas bekerja. Selain itu, mereka
akan sentiasa belajar daripada kesalahan, bersikap professional dan cekap.
2.1.3
Mengutamakan Klien
Dalam perkhidmatan sosial kehendak dan keutamaan klien amat penting. Organisasi yang
mengutamakan klien dalam memberikan perkhidmatan akan menggalakkan pekerja-pekerja
supaya memenuhi keperluan dan matlamat yang ingin dicapai oleh klien. Hal ini akan
menimbulkan kesedaran kepada pekerja-pekerja supaya lebih bertanggungjawab terhadap klien
mereka kerana pihak organisasi lebih memfokuskan keberkesanan perkhidmatan yang diberikan
oleh pekerja kepada klien selaras dengan matlamat organisasi yang telah ditetapkan.
Akauntabiliti pekerja terhadap klien yang tinggi akan menyebabkan klien rasa lebih dihormati
dan ia juga boleh menggalakkan mereka untuk terus mendapatkan perkhidmatan berkenaan d
iorganisasi tersebut khususnya bagi organisasi bukan kerajaan. Oleh itu, hasil serta produktiviti
yang tinggi di dalam sesebuah organisasi dapat dipertingkatkan dalam jangka masa panjang.
2.2
Budaya Kerja
Budaya merujuk kepada falsafah yang berkaitan dengan perilaku, tindakan dan
pembawaan yang selaras dengan adat resam dan kebiasaan manusia. Dalam konteks pekerjaan
budaya merupakan sesuatu amalan positif yang membawa kebaikan kepada organisasi. Corak
budaya kerja dalam organisasi dapat mempengaruhi akauntabiliti pekerja terhadap tugas dan
perkhidmatan yang bakal diberikan. Budaya kerja yang baik
Serta jelas dapat diikuti dan dicontohi oleh pekerja-pekerja dengan mudah. Di Malaysia terdapat
pelbagai budaya yang diamalkan di dalam sesebuah organisasi sama seperti di negara-negara
luar. Antara dua budaya kerja yang biasanya terdapat di dalam sesebuah organisasi ialah budaya
kerja secara berkumpulan dan budaya kerja secara individu ataupun perseorangan.
Chen, Chen, & Meindl. (1998), berpendapat bahawa individu di dalam budaya kerja
secara berkumpulan secara umumnya, mempunyai hubungan yang rapat dengan keseluruhan
kumpulan yang dibentuk. Hal ini adalah kerana, individu yang berada didalam kumpulan
akan lebih bersungguh-sungguh serta bekerjasama antara satu sama lain untuk melaksanakan
tugasnya seperti yang di kehendaki oleh pihak organisasi mengikut matlamat yang ingin dicapai.
Di dalam perkhidmatan sosial, budaya kerja secara berkumpulan dapat menggalakkan
perbincangan dan pertukaran pendapat terhadap perkhidmatan yang diberikan untuk klien.
Perbincangan ini meliputi pelbagai aspek termasuklah bagaimana keberkesanan perkhidmatan
yang diberikan dapat dipertingkatkan dan bagaimana pembuatan keputusan yang lebih berkesan
dapat dilakukan. Penghayatan dan pengamalan budaya kerja secara berkumpulan dapat
mendorong kebertanggungjawaban pekerja terhadap klien dan perkhidmatan yang diberikan
kerana pekerja-pekerja dapat bergerak seiringan antara satu sama lain.
Menurut Kashima & Callan, (1994) kumpulan kerja yang dibentuk kebiasaannya
mempunyai rasa akauntabiliti yang tinggi terhadap organisasinya. Individu yang berada di dalam
kumpulan akan bertanggungjawab terhadap kumpulannya, manakala kumpulan-kumpulan kerja
yang ada di dalam organisasi pula akan lebih bertanggungjawab terhadap organisasi tempat
mereka bekerja. Di Jepun, kebanyakkan organisasi yang ada menggalakkan budaya kerja secara
berkumpulan atau berpasukan, di mana kumpulan kerja mereka dianggotai oleh semua peringkat
jawatan seperti pakar, profesional, pengurus, juruteknik dan pekerja sokongan. Komunikasi di
tempat kerja juga dapat berlangsung dengan lancar dengan melakukan perbincangan yang kerap
untuk menyelesaikan masalah dan meningkatkan kecekapan kerja. Penghargaan dan keuntungan
diberi bukan berasaskan individu sebaliknya kumpulan kerja. Keadaan ini mampu meningkatkan
akauntabiliti pekerja-pekerja terhadap sesuatu tugas kerana prestasi mereka akan dinilai
berdasarkan kumpulan kerja.
Menurut Kashima & Callan, (1994) berbeza di Amerika Syarikat, kebanyakkan
organisasi mengamalkan budaya kerja secara individu. Amalan ini dilakukan dengan menentukan
fungsi peranan individu secara khas supaya individu yang bekerja akan bertanggungjawab untuk
mencapai objektif khusus yang telah ditetapkan yang berkait dengan piawaian khas organisasi.
Pekerjaan juga cenderung diberikan secara khusus dan perlu dilakukan dengan jayanya. Jika
amalan budaya ini diamalkan dalam pemberian perkhidmatan sosial, pekerja-pekerja mungkin
akan berasa tertekan ketika memberi bantuan kepada klien kerana mereka tidak dapat bertukartukar pandangan dengan pekerja lain dan keadaan ini akan menyukarkan pembuatan keputusan
dalam perkhidmatan bantuan yang bakal diberikan. Ia juga boleh mengakibatkan prestasi kerja
serta keinginan klien tidak dapat dipenuhi sepenuhnya.
Selain daripada budaya kerja secara berkumpulan dan individu terdapat juga beberapa
corak budaya lain yang diamalkan oleh sesebuah organisasi. Sebagai contoh, organisasi yang
mengamalkan budaya mematuhi standard atau piawaian kerja yang telah ditetapkan. Organisasi
yang mengamalkan budaya tersebut dengan kuat kebiasaannya mempunyai tahap akauntabiliti
terhadap tugas yang tinggi.
Gelfand, 1999 & Gelfand et al. (2000), budaya mematuhi polisi dan sistem yang
ditetapkan oleh organisasi juga dapat meningkatkan akauntabiliti. Bagi menggalakkan pekerjapekerja mematuhi dan mengamalkan budaya tersebut, sesebuah organisasi sosial seharusnya
menjelaskan polisi dan system organisasi serta piawaian kerja dengan tepat dan jelas. Hal ini
dapat mengelakkan pekerja melanggar etika kerjaseperti datang lewat kerja atau kerap ponteng
kerja kerana merasa mereka perlu hadir bekerja untuk melaksanakan tugas masing-masing.
Sebagai contoh, budaya kerja ini juga turut diamalkan di Jepun di mana sistem budaya tersebut
mempunyai arahan serta standard kerja yang jelas untuk dipatuhi oleh pekerja-pekerja. Selain itu,
pemantauan terhadap piawaian kerja juga di buat untuk melihat sama ada pekerja mematuhinya
ataupun tidak. Situasi ini dapat menimbulkan rasa tanggungjawap pekerja terhadap kerja dan
perkhidmatan yang diberikan kerana selalu di pantau oleh pihak-pihaktertentu.
Menurut Chan et al. (1996), terdapat persetujuan atau perjanjian antara pihak majikan dan
pekerja terhadap konsep yang berkaitan dengan akauntabiliti kerja termasuk denda dan hukuman.
Hal ini menjelaskn bahawa bagi pekerja-pekerja yang tidak mematuhi arahan serta piawaian
kerja, denda atau hukuman dari pihak pengurusan organisasi akan dikenakan. Keadaan ini akan
mengakibatkan pekerja akan lebih bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat
dan berhati-hati ketika melaksanakan tugas yang diberikan. Oleh itu, jelaslah bahawa
pencorakkan budaya kerja yang baik, jelas dan teratutur mampu mempengaruhi prestasi pekerja,
perkhidmatan dan hasil yang diperolehi bagi sesebuah organisasi.
2.3
Setiap organisasi akan mempunyai peraturannya tersendiri yang akan mengawal para
pekerja dari segi tingkah laku, sikap dan cara kerja. Peraturan yang hendak dibentuk oleh
sesebuah organisasi
akan menggambarkan
komitmen
daripada pihak
pengurusan
untuk
tertentu atau piawai kerja yang harus dipenuhi oleh kesemua pekerja. Piawai kerja tersebut akan
termaktub dalam peraturan organisasi yang harus dipatuhi. Sekiranya pekerja gagal untuk
memenuhi piawai kerja maka ianya juga bermaksud bahawa pekerja telah melanggar peraturan
organisasi dan boleh dikenakan hukuman. Situasi ini akan menggalakkan serta meningkatkan
akauntabiliti pekerja-pekerja terhadap tugasnya kerana bimbang dikenakan hukuman jika tidak
mematuhi piawaian kerja yang ditetapkan.
Tambahan pula, pihak pengurusan akan menilai standard kerja pekerja-pekerja
mengakibatkan pekerja-pekerja tersebut bermotivasi untuk melaksanakan tugasnya dengan baik.
Pihak pengurusan akan menilai standard kerja pekerja-pekerja mereka berdasarkan kepada 3
sumber iaitu laporan bertulis, laporan lisan dan tinjauan pengurus atau penyelia yang memantau
kelakuan pekerja di tempat kerja.
Penilaian berbentuk laporan bertulis akan merangkumi laporan yang disediakan oleh
penyelia mahupun pengurus terhadap prestasi pekerja serta keberkesanan perkhidmatan
yang diberikan terhadap klien. Manakala laporan lisan boleh dinilai melalui respon daripada
klien terhadap produk atau perkhidmatan yang telah mereka terima. Kritikan dan aduan daripada
klien boleh dijadikan sebagai penanda aras terhadap kualiti kerja dalam organisasi. Sumber yang
ketiga iaitu pemantauan daripada penyelia atau pengurus secara berkala dapat menjamin
produktiviti pekerja dan kualiti perkhidmatan yang diberikan. Hal ini adalah disebabkan bahawa
para pekerja akan sentiasa bertanggungjawab terhadap kerjanya dan menunjukkan prestasi yang
cemerlang serta kurang membuat kesilapan apabila menyedari bahawa kerja mereka akan
sentiasa dinilai dan tingkah laku diperhatikan oleh pihak pengurusan.
Di samping itu juga, terdapat beberapa organisasi yang telah mengamalkan amalan 5S
bagi mewujudkan kebertanggungjawaban pekerja bagi memberikan hasil kerja yang berkualiti
10
serta membina disiplin dan etika kerja yang baik di kalangan pekerja. Amalan 5S ini juga secara
tidak langsung dapat menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik, kerja yang berkualiti,
memupuk semangat berpasukan dan saling membantu antara satu sama lain. Konsep 5S ini mula
diperkenalkan di Jepun pada awal tahun 1980an manakala di Malaysia, konsep berkenaan
telah diperkenalkan pada pertengahan tahun 1980an dan telah dipraktikkan dalam sector swasta
terutama syarikat-syarikat multi-nasional. Pelaksanaan konsep amalan 5S dalam sesebuah
organisasi membolehkan operasi organisasi menjadi lebih mudah, pantas dan selamat serta
kesilapan dapat dikurangkan melalui mistake proofing. Malahan, kaedah dan standard kerja juga
akan lebih jelas. Amalan 5S ini merangkumi sisih (seiri), susun (seiton), sapu (seiso), seragam
(seiketsu) dan sentiasa amalkan (shitsuke).
2.4
Pemantauan
untuk menjamin prestasi sesebuah syarikat. Pemantauan yang selalu digunakan adalah
pemerhatian secara langsung, menyelidik rakaman, perkembangan laporan, dan melalui aduan
pengguna (Harney, 1992;Rehfuss, 1989 dalam Lisa A. Dicke & J. Steven Ott, 1999).
Pada pendapat saya, dalam sesebuah agensi kebajikan kerajaan, kewujudan penyelia
adalah sangat penting kerana terdapat sesetengah pekerja di agensi yang merasakan bahawa
klien-klien yang datang adalah untuk mendapatkan perkhidmatan yang percuma atau dengan
bayaran yang rendah, oleh itu pekerja tersebut akan menjalankan tugasnya dengan sesuka hati
dan klien akan berasa matlamatnya tidak tercapai lalu berasa tidak puas hati dengan
perkhidmatan yang diberikan. Dengan ini, imej dan prestasi agensi tersebut akan merosot.
Tetapi, dengan adanya seorang penyelia yang sentiasa bertanggungjawab untuk memantau dan
mengawas pekerja tersebut, tahap akauntabiliti pekerja dapat ditingkatkan dan mereka juga tidak
akan melakukan kesilapan semasa menjalankan tugas kerana sentiasa dipantau.
Kebiasaannya penyelia juga akan memastikan pekerjanya bekerja dengan penuh
perhatian dan dapat memenuhi keperluan klien. Jika terdapat sesiapa yang melakukan kesilapan
semasa bekerja, hukuman akan dikenakan untuk dijadikan contoh kepada pekerja yang lain
supaya kesilapan tersebut tidak akan diulangi lagi oleh pekerja yang lain. Selain itu, terdapat
sesetengah organisasi yang meminta penyelia untuk mengutip laporan mingguan di mana pekerja
perlu membuat laporan mingguan untuk melaporkan kerja mereka dalam seminggu yang lalu. Ini
dapat menjamin prestasi pekerja sentiasa berada di tahap yang baik.
Terdapat sesetengah syarikat akan meminta orang luar dari syarikat untuk mengesan atau
menilai kerja yang telah dilakukan. Sebagai contoh, Youth Employment Agency (YEA) yang
membantu klien untuk mencari kerja akan menjemput seorang penyelia di luar agensi setiap
12
minggu. Beliau akan memilih beberapa fail klien yang telah mendapat pekerjaan dan meminta
kaunselor masing-masing menelefon majikan klien untuk mengetahui keadaan dan pretasi klien
mereka. Penyelia tersebut akan mendengar perbualan antara majikan dan kaunselor tanpa
kesedaran majikan. Melalui perbualan dan maklum balas majikan, penyelia tersebut akan
mengetahui adakah kaunselor tersebut mendapatkan perkerjaan yang sesuai untuk klien mereka
lalu menilai prestasi kaunselor tersebut. Dengan cara ini, pekerja YEA akan memberi perhatian
sepenuhnya semasa membantu klien mencari perkerjaan kerana mereka mengetahui bahawa
kerja yang telah mereka buat kemungkinan akan dipantau oleh penyelia dari luar agensi (James
Latimore, 1979).
Selain itu, dengan adanya pekerjaan berkontrak, pekerja-perkerja akan lebih
bertanggungjawab dalam pekerjaan mereka kerana jika mereka berlaku kesilapan berturut-turut,
mereka berkemungkinan akan tidak dapat meneruskan kontrak mereka. Oleh itu, pekerjapekerja berkontrak akan berwas-was semasa bekerja dan mereka akan sentiasa berkerja keras
kerana mereka takut ditangkap oleh orang atasan yang memantau dan mengawas mereka.
Dengan ini, klien yang datang pada mereka akan mendapat perkhidmatan yang terbaik dan
matlamat klien akan tercapai dalam masa yang singkat. Ini bukan saja dapat meningkatkan imej
dan prestasi agensi malah kepuasan klien juga dapat dipenuhi.
2.5
Kepimpinan
13
kepada kepuasan ketika bekerja. Hal ini adalah kerana pekerja bekerja didalam suasana yang
harmoni dengan mendapat sokongan serta tunjuk ajar daripada pimpinan pengurus atau
majikannya dapat meningkatkan akauntabiliti pekerja terhadap perkhidmatan yang disalurkan
kepada klien. Apabila akauntabiliti pekerja dapat ditingkatkan, prestasi serta hasil yang tinggi
mampu diperolehi.
Kepintaran seseorang pemimpin juga penting
perkhidmatan yang bakal diberikan oleh pekerja-pekerjanya kepada klien. Kepintaran disini
merujuk kepada tunjuk ajar serta idea yang berkesan yang mampu membimbing pekerja-pekerja
dalam memberikan perkhidmatan yang baik selaras dengan misi yang ingin dicapai oleh pihak
organisasi. Pemimpin juga perlu banyak memberikan perhatian kepada pekerja-pekerja lebih
bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugasnya.
Selain daripada akauntabiliti pekerja, akauntabiliti kepimpinan juga harus dititikberatkan.
Akauntabiliti kepimpinan atau majikan dikaitkan dengan tanggungjawabnya terhadap pekerja
kerana kedudukan dan kebolehannya untuk mempengaruhi atau mengawal orang bawahannya di
dalam sesebuah organisasi. Kedudukan dan kebolehan memainkan peranan dalam kepimpinan
yang menjamin kebertanggungjawaban samada berkesan atau tidak sesuatu penyaluran khidmat
itu.
Kedudukan
menunjukkan
seseorang
majikan
yang
bertanggungjawab
untuk
mengawal situasi-situasi tertentu dengan member arahan kepada orang lain atau pekerja di
sesebuah organisasi. Arahan yang jelas dan padat mampu membawa pekerja untuk mencapai
matlamat
organisasi.
Arahan
yang
jelas
juga
akan
membantu
Kedudukan
terhadap sesuatu
perkhidmatan yang disalurkan. Sekiranya seseorang itu hanya orang bawahan atau pekerja biasa,
individu berkenaan tidak memiliki sifat kepimpinan dan bagaimana untuk individu tersebut
boleh yakin untuk menjamin keberkesanan penyaluran khidmat yang akan disalurkan kepada
klien.
Apabila pekerja-pekerja memberikan perkhidmatan dan menjalankan tugasnya terhadap
klien atau pengguna dengan baik, bersedia menjadi wakil, bersedia melayan klien, memfokus
kepada matlamat serta mempunyai komitmen yang tinggi terhadap pekerjaan bermaksud pekerjapekerja mempunyai akauntabiliti terhadap keberkesanan penyaluran khidmat yang diberikan. Hal
ini
dapat
dilihat
kerana
daripada
ciri-ciri
yang
dinyatakan
diatas
melambangkan
3.0
Kesimpulan
16
17