Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
mereka. Jika putih kata ibu bapa mereka maka putihlah keputusan mereka. Mereke tiada
kuasa membantah apatah lagi untuk berterus terang. Sifat yang ditunjukkan oleh Tun Teja
seolah-olah beliau mempelopori emansipasi wanita dalam memilih pasanga hidup.
Tun teja telah ditunangkan dengan megat panji alam. Namun begitu belaiu masih tidak
menyukai tunangannya ketika dayang-dayang menyebut-nyebut nama beliau tun teja
bermasam muka dan berpaling ke arah lain.
Dari sudut sosiologikal
Dalam konteks ini, tun teja banyak menghabiskan masa bersama-sama pada dayang
beliau ketika bermain di taman dan bersiram. Tun teja banyak meluahkan isi hatinya
kepada mereka seperti menyatakan bahawa beliau tidak suka kepada tunangnya Megat
Panji Alam dari Terengganu. Beliau tidaksuka terikat dengan mana-mana lelaki apatah
lagi menjadi isteri orang.
Malah tun teja boleh dikategorikan sebagai wanita yang sombong dan bongkak dengan
sikapnya memaliskan muka dan berwajah masa terhadap ayahandanya ketika peristiwa
peminangan raja melaka yang ditolaknya. Kelakuan tersebut mencerminkan beliau
seorang yang angkuh dan tidak berbusi bahasa.
Tun teja juga telah digambarkan berlaku sombong dan angkuh semasa peristiwa inangda
Dang Ratna menyampaikan hasrat hati Hang Tuah ingin memiliki beliau. Tun Teja
menggelarkan inangnya sebagai situa celaka dan memarahi beliau dengan kata-kata
yang terkeluar dari bibirnya seperti berikut ;
pada bicaranya kita mahu akan tun tuah itu ? sedangkan raja melaka itu Tuanku
hendak akan kita, kita tiada mahu, ini pula hambanya.....
Pada ketika itu Tun Teja memandang rendah kepada hang tuah.
Tun teka juga digambarkan sebagai seorang gadis yang cepat marah dan cepat naik angin.
Apabila mak inang memberitau yang Hang Tuah berkenan kepada belia, beliau terus
marah dan memaki hamun dengan kata-kata kesar seperti berikut ;
Lihat si tua celaka ini ! pada bicaraku tua jadi penawar ; ini tua menjadi racun !
benarlah engkau berani berkata-kata demikian ? orang tua tak sedar diri, demikian
ini patut digocoh mulutnya dengan tempurung berbulu!
Tun teja telah memerintahkan dayang-dayang yang lain menggocoh mulut mak inang
dengan tempurung berbulu sehingga bengkak-bengkak dan berdarah mulut beliau. Tun
teja tidak sedikitpun menaruh belas kasihan terhadap inang tua yang telah banyak berbudi
dan berbakti kepadanya.
Setelah terkena ubta guna-guna hang tuah. Tun teja sanggup ikut beliau ke Melaka. Teja
sanggup ikut beliau ke Melaka. Dengan ubat guna-guna juga tun teja rela menjadi
permaisuri raja melaka. Tun teja menumpahkan taat setianya yang tidak berbelah bahagi
kepada baginda walaupun bermadu dengan radin emas ayu.
Semasa hang tuah dijatuhkan hukuman bunuh. Hang jebat mula menunjukkan sikap
menderhaka. Tun teja menasihati raja melaka supaya tidak menganugerahi hang jebat
dengan gelaran paduka raja namun tidak diikuti raja melaka.
Melihat kelakuan hang jebat yang kasar dan biadap berbeza daripada kelakuan hang tuah,
beliau berfirasat yang hang jebat pendek umur. Ramalan tun teja tepat apabila hang jebat
mati di tangan hang tuah.
Tun teja juga menyarankan agar raja melaka berpindah daripada istana ke rumah
bendahara apabila hang jebat memberontak dan merampas istana baginda.
Tun teja juga berani bertindak mengubah keputusan raja melaka membuang hang kadim,
anak Hang Jebat ke dalam laut dengan menghantar hang kadim ke pahang untuk dijaga
oleh ayahandanya sendiri. Beliau juga secara tidak langsung dengan sindirannya yang
tajam telah menyuruh raja melaka mengambil tindakan ke atas raja pahang kerana telah
membunuh ayahandanya/ bendahara seri buana dan hang kadim. Raja melaka telah
mengarahkan hang tuah menyerang pahang dan menahan para pembunuh ayahandanya
dibawa pulang ke Melaka.
Kesimpulan
Kesimpulannya watak tun teja bukan seorang yang cantik rupa parasnya tetapi juga
sentiasa berani, berpendirian tetap dan berprinsip, bijaksana dan tajam pemikirannya
walaupun adan ketikanya bersifat keras hati dan sombong. Beliau menjadi simbol wanita
mendahului zamannya dan lambang seorang wanita yang berkarisma semasa zaman
kegemilangan kesultanan Melayu Melaka ketika itu.
Bab 1
Mengisahkan tentang keturunan sang maniaka yang menjadi raja bentan.
Bab 2
Hang mahmud tiga beranak yang tinggal di sungai duyung telah berpindah ke bentan
kerana raja berasal dari kayangan.
Hang mahmud bermimpi cahaya bulan menyinari kepala hang tuah.