Anda di halaman 1dari 44

1.

0 PENGENALAN

TUGASAN BERPASANGAN
2.0 KONSEP

BUDAYA,

MASYARAKAT,

MASYARAKAT

MELAYU

DAN

KEBUDAYAAN MELAYU DARI SUDUT POLITIK, SOSIAL, KESENIAN DAN


EKONOMI
KONSEP BUDAYA
Definisi Budaya
Budaya boleh menerima berbagai pengertian mengikut kesesuaian latar masyarakat
di sesuatu tempat. Budaya merangkumi setiap aspek kehidupan masyarakat tanpa
mengira kaum, bangsa dan agama. Istilah budaya menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat membawa makna kemajuan fikiran, akal budi atau cara berfikir,
berkelakuan dan sebagainya. Hal ini demikian juga bermaksud melibatkan suatu
cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan merangkumi sistem sosial,
susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan
juga nilai.
Menurut Nik Safiah Haji Abdul Karim (1963), perkataan budaya berasal
daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu budhi dan daya.
Perkataan budhi di dalam bahasa Sanskrit bermaksud kecergasan fikiran dan akal.
Manakala perkataan daya pula bererti kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh.
Gabungan kedua-dua perkataan ini membentuk perkataan budaya dan membawa
maksud tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa. Budaya
juga kebiasaannya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang wujud di persekitaran
manusia seperti kesenian, barangan, makanan, tarian dan sebagainya.
Budaya juga boleh diertikan sebagai kebolehan seseoraang individu
menggunakan kekuatan, tenaga dan akal fikiran ke arah meningkatkan kecergasan
akal fikiran bagi menangani sesuatu permasalahan dan berupaya menyelesaikan
permasalahan tersebut. Culture dalam bahasa Inggeris bermakna menanam atau

mengerjakan sesuatu. Oleh hal yang demikian, budaya sesuatu masyarakat sering
dikaitkan dengan apa yang dikerjakan oleh masyarakat tersebut dan diperturunkan
dari satu generasi ke generasi seterusnya. Mohd Taib Osman (1988), budaya
diperkatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang
dapat memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikan
dengan keadaan sekeliling.
Dictionary of Philosophy (1996) memberikan maksud budaya sebagai the
way of life of a people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences,
modes of perception, and habits of thought and activity. Cultural features of forms of
life are learned but are often too pervasive to be readily noticed from within. Dengan
kata lain, budaya merupakan satu cara hidup sesuatu kaum merangkumi sikap, nilai,
kepercayaan, kesenian, sains, persepsi dan kelaziman pemikiran dan aktiviti.
Umumnya, budaya juga boleh diertikan sebagai suatu cara hidup yang
diamalkan oleh kumpulan atau masyarakat tertentu dan meliputi beberapa perkara
seperti sistem sosial, susunan organisasi, ekonomi, masyarakat, politik, agama,
kepercayaan, adat resam, sikap dan juga nilai yang diamalkan.
Budaya boleh dipecahkan pula kepada dua bahagian iaitu budaya material
dan budaya bukan material. Budaya material ini merujuk kepada objek fizikal atau
artifak seperti peralatan atau kelengkapan hidup. Contohnya seperti rumah, kereta,
perahu, senjata dan sebagainya. Orang Melayu mempunyai reka bentuk rumah yang
berbeza dengan orang Cina, mahu pun dengan orang Inggeris.
Manakala, budaya bukan material pula merupakan unsur yang tidak wujud
secara fizikal seperti adat kepercayaan, nilai, budaya. Kepercayaan dan banyak lagi.
Setiap masyarakat memiliki adat istiadat yang berbeza dalam menjalani kehidupan.
Contohnya adat perkahwinan orang Melayu, pihak lelaki akan memberi hantaran
kepada pihak perempuan. Ini berbeza dengan adat perkahwinan masyarakat India
kerana hantaran perkahwinan perlu diberikan oleh pihak perempuan kepada pihak
lelaki.
Definisi Kebudayaan Melayu
Kebudayaan adalah bertitik tolak daripada kewujudan masyarakat kerana
masyarakatlah yang melahirkan sesuatu kebudayaan. Kebudayaan pula ditakrifkan

sebagai keseluruhan cara hidup manusia yang meliputi cara bertindak,berkelakuan


dan berfikir. Kebudayaan meliputi hasil-hasil kehidupan kelompok yang bercorak
kebendaan dan bukan kebendaan. Ia juga berbeza dari satu masyarakat ke
masyarakat yang lain. Kebudayaan juga ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup
manusia yang mementingkan usaha pembentukan masyarakat dan pembinaan
tamadun bagi mencerminkan sesebuah negara.
Walau bagaimana pun, definisi kebudayaan dalam Kamus Dewan Edisi
Keempat (2007 : 212) membawa makna keseluruhan cara hidup yang merangkumi
cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir serta segala hasil kegiatan dan penciptaan
yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban,
dan kemajuan (akal budi). Tambahan lagi, Wolff (1965) pernah menggambarkan
kebudayaan Melayu sebagai suatu kebudayaan yang berasal ataupun dibentuk
daripada pelbagai peradaban.
Ciri-Ciri Budaya
Setiap masyarakat atau pun kaum memiliki budaya yang tersendiri dan
pastinya terdapat perbezaan antara satu sama lain. Budaya ini merupakan amalan
masyarakat yang mana berfungsi sebagai identiti kepada sesebuah masyarakat
terbabit. Antara ciri-ciri budaya masyarakat adalah seperti dipelajari, dikongsi,
bersifat sejagat, diwarisi, berubah-ubah, mempunyai unsur simbolik dan adanya
pandangan semesta (worldview).
Ciri pertama bagi budaya ialah boleh dipelajari dan budaya tidak akan lahir
secara langsung tetapi perlu dipelajari. Bentuk dan jenis pembelajaran anggota
masyarakat bergantung kepada beberapa faktor seperti persekitaran (keluarga, jiran,
sekolah, institusi latihan dan sebagainya), nilai yang utama dalam masyarakat, umur
individu, tahap pendidikan dan situasi bagi sesuatu peristiwa itu berlaku.
Sesuatu budaya itu dikongsi oleh manusia iaitu setiap kelakuan itu diramal
dan didokong oleh sekumpulan manusia. Contohnya makanan tradisional sesuatu
budaya seperti nasi lemak dan roti canai menjadi budaya kerana masyarakat
menggemarinya. Bahasa Melayu juga merupakan satu budaya keranan dituturkan
majority rakyat dalam kehidupan mereka. Perlakuan yang tidak dikongsi lebih

kepada amalan negatif individu contohnya perbuatan mencuri. Ia wujud di dalam


masyarakat tetapi hanya perlakuan individu bukannya perlakuan masyarakat.
Kebudayaan bersifat sejagat atau dinamik adalah bermakna amalan dan cara
hidup masyarakat mengalami perubahan hasil perkembangan masa dan juga
kemajuan sesebuah masyarakat. Contohnya, masyarakat Melayu menerima
kedatangan Islam dengan baik tanpa penolakan yang lama-kelamaan meminggirkan
unsur-unsur Hindu dan Buddha dalam masyarakat Melayu.
Ciri seterusnya ialah kebudayaan boleh diwarisi dari satu keturunan ke
keturunan yang lain. Budaya yang menjadi amalan nenek moyang diperturunkan
kepada generasi baharu dan diamalkan dalam masyarakatnya. Sebagai contoh,
adat perkahwinan yang diwarisi masih dikekalkan seperti malam berinai, khatan alQuran dan banyak lagi. Namun, mungkin terdapat sedikit perbezaan dari segi
pelaksanaannya mengikut peredaran zaman.
Budaya juga boleh berubah dan tiada budaya yang tidak mengalami
perubahan langsung. Perubahan dikaji daripada perubahan bentuk, ciri dan proses
yang berlaku. Contohnya, jika dahulu rumah beratapkan rumbia, sekarang diganti
dengan atap genting. Perubahan budaya bukan material dapat jelas dilihat seperti
perubahan sistem ekonomi yang dahulunya ekonomi sara diri berubah kepada
ekonomi kapitalis. Namun, perubahan budaya material adalah lebih cepat
berbanding budaya bukan material. Perubahan ini berlaku disebabkan oleh
pertambahan bilangan anggota masyarakat, pertambahan keperluan dan keinginan
manusia, penemuan dan penciptaan teknologi baru, pertembaungan budaya, konflik
yang berlaku dan juga disebabkan oleh perubahan alam sekitar.
Tambahan lagi, budaya juga mempunyai unsur simbolik atau satu lambang
dalam

budaya

yang

memberikan

makna

tertentu

kepada

pendukungnya.

Perlambangan ini wujud dapat membantu manusia berhubung dan berkomunikasi


sesama mreka. Contohnya seperti perlambangan bagi warna-warna dan bentukbentuk bendera.
Budaya turut dikatakan mempunyai pandangan semesta yang bermakna
bagaiman manusia memberikan tafsiran terhadap keadaan alam sekeliling ke dalam
kehidupan seharian. Pandangan semesta ini wujud kerana manusia mempunyai

pertalian yang rapat dengan alam sekeliling. Pertalian yang erat ini pula
diterjemahkan ke dalam kehidupan seharian melalui kewujudan simpulan bahasa
(seperti aur dengan tebing), ukuran (sehasta dan sepelaung), tempoh masa
(setanak nasi) dan banyak lagi.
Konsep Asimilasi
Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan
etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan
dan identiti yang sama. Menurut Vander Zanden, asimilasi ialah satu proses
kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan,
menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama. Konsep ini diwakili
dengan formula A + B + C = A. Kelompok A merupakan kelompok dominan
sementara B dan C kelompok minoriti. Contohnya di Malaysia, asimilasi ini berlaku
ke atas masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya. Namun, bagi Cina
Kelantan dan Baba Nyonya, asimilasi berlaku tanpa mempengaruhi anutan
kepercayaan atau agama.

Konsep Akulturasi
Akulturasi merupakan proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan
individu atau kelompok dari kebudayaan lain yang berbeza. Ini akan terjadi apabila
satu kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur
suatu budaya yang lain sehinggan kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan
disesuaikan dalam kebudayaan sendiri. Ini tidak menyebabkan kehilangan identiti
asal masyarakat penerima. Contoh konsep akulturasi berlaku di dalam masyarakat
Melayu ialah amalan pemakaian tali leher yang pada awalnya merupakan
kebudayaan Barat.

Konsep Akomodasi
Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik
menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap
mempertahankan budaya masing-masing. Konsep ini diwakili formula A + B = A + B.

Hal ini demikian bermakna pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmonis dan
menghormati antara satu sama lain. Setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan
budaya masing-masing dalam suasana yang tenteram. Contohnya, Switzerland ialah
sebuah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik
Jerman,

Perancis

dan

Itali

saling

membuat

penyesuaian

antara

mereka

sebagaimana rakyat majmuk di Malaysia.

KONSEP MASYARAKAT
Definisi Masyarakat
Menurut Kamus Dewan (2005), masyarakat ialah kumpulan manusia yang
hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara yang tertentu. Umumnya,
masyarakat boleh dikatakan sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama, saling
berhubungan dan bekerjasama, mempunyai kesatuan sosial serta sentiasa
membina kebudayaan.
Menurut Sabree Hussien (2009), dalam artikelnya Konsep Masyarakat dalam
Hubungan Etnik mengertikan masyarakat sebagai kumpulan manusia yang hidup
bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara yang tertentu. Individu, keluarga
dan kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat.
Daripada sudut istilah menerangkan masyarakat merupakan jaringan
perhubungan antara pelbagai individu yang merujuk kepada pergaulan hidup dan
keseluruhan hubungan sosial. Secara umumnya, masyarakat bermakna sekelompok
manusia yang membentuk sebuah sistem interaksi sosial. Sebahagian besar
interaksi yang berlaku adalah di dalam sistem sosial tersebut lahir daripada individuindividu yang berada di dalam kelompok terbabit. Umumnya, masyarakat kita tahu
adalah merujuk kepada sekumpulan manusia yang hidup bersama di suatu tempat
dalam satu komuniti yang teratur.
Ciri-ciri Masyarakat
Masyarakat boleh dikenal pasti apabila wujudnya suatu masyarakat yang
hidup dalam satu kelompok dan tinggal tetap dalam kumpulannya. Ia juga saling
bergantungan dan memerlukan antara satu sama lain. Mereka pastinya memiliki

peranan yang tertentu di dalam organisasi mereka sendiri. Masyarakat membentu


kebudayaan dan memastikan budaya itu terus berkembang. Masyarakat juga
mempunyai strafikasi tersendiri iaitu melalui kelas dan status seseorang. Cirri
terakhir sebuah masyarakat ialah masyarakat berinteraksi melalui penggunaan
bahasa.
Perkembangan Masyarakat
Evolusi sosial merupak suatu teroi perubahan sosial yang berpendapat
bahawa masyarakat berkembang melalui tahap-tahap tertentu yang mana terbina
daripada bentuk yang lebih mudah kepada bentuk yang lebih kompleks. Permulaan
masyarakat dikatakan bermula pada zaman prasejarah kepada zaman sejarah,
zaman feudal, zaman penjajahan dan zaman moden.
Permulaan hidup bermasyarakat bermula pada zaman prasejarah yang
terbahagi pula kepada tiga zaman iaitu zaman paleolitik, neolitik dan logam.
Masyrakat pada zaman paleolitik merupakan masyarakat nomad atau berpindahrandah. Masyarakat zaman ini berorientasikan ekonomi memungut hasil hutan dan
berburu serta menangkap ikan. Masyarakat zaman paleolitik ini mempunyai
kepercayan animism. Kemudian beralih kepada zaman neolitik yang memperlihat
perkembangan pemikiran dalam masyarakat yang mana mereka menangkap
binatang tertentu, dijinak dan diternak untuk memastikan makanan tidak terputus
bekalan. Pada zaman ini, manusia hidup secara berkelompok, membentuk institusi
kekeluargaan dan kampung. Kewujudan kelompok yang semakin membesar,
masyarakat ini berjaya membentuk institusi politik untuk menguruskan hal-hal
tertentu. Walau bagaimana pun, mereka masih mempercayai kuasa ghaib, tuhan
dan semangat. Manakala, pada zaman logam pula manusia sudah tahu
menghasilkan peralatan daripada besi dan juga gangsa. Manusia pada zaman ini
juga memulakan perdagangan maritime dan penerokaan laut yang lama-kelamaan
mampu membina kota pertahanan untuk kerajaan mereka. Sistem tulisan juga
sudah mula terhasil pada zaman ini.
Setelah berakhirnya zaman prasejarah maka bermulalah zaman sejarah yang
mana pemerintahan beraja yang dimulakan pada akhir zaman logam ini menjadi ciri
utama dalam tamadun awal manusia. Walau bagaimanapun, pada zaman ini, raja
menggunakan unsur magis dan mendakwa dirinya sebagai wakil tuhan untuk

mendapatkan pengiktirafan sebagai ketua pemerintah.pengiktirafan tersebut penting


kerana membolehkan raja menjalankan pemerintahan dan mewujudkan sistem
perundangan untuk memastikan ketertiban serta memiliki tentera untuk pengawasan
keamanan.
Kemudian, perkembangan masyarakat beralih kepada kemunculan zaman
feudal yang mana pada ketika ini masyarakat Melayu berada di bawah naungan
feudalisme dan menikmati zaman kegemilangannya pada abad ke-14 Masihi.
Feudalisme adalah satu bentuk organisasi politik dan sosial yang mempunyai kelas
atau susun lapis tertentu iaitu mengikut hierarki. Di Malaysia, zaman ini boleh dilihat
pada zaman pemerintahan raja atau sultan sebelum munculnya campur tangan
penjajah di Tanah Melayu. Penulisan sejarah pada zaman ini berpandukan
kesusasteraan yang mengandungi unsur mitos.
Zaman penjajahan merupakan bertitik tolak daripada kejatuhan Empayar
Melaka kepada kerajaan Portugis pada tahun 1511. Selepas dikuasai Portugis,
Melaka dikuasai pula oleh Belanda, Inggeris dan juga Jepun semasa Perang Dunia
Kedua. Setelah Perang Dunia Kedua berakhir, Inggeris kembali menjajah Tanah
Melayu sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Instutusi sosial mengalami perubahan akibat daripada zaman penjajahan ke
Tanah Melayu. Perubahan ini memberi kesan bukan sahaja kepada sistem politik,
malahan turut kepada ekonomi dan juga agama.
Bagi

bidang

politik,

undang-undang

Barat

atau

penjajah

berjaya

menghapuskan kuasa golongan bangsawan dan ini meletakkan orang Melayu di


dalam keadaan terhimpit di desa-desa dan kawasan luar bandar. Undang-undang
yang digubal turut mewajibkan pembelian, penjualan dan pembayaran cukai dengan
menggunakan mata wang barat dan ini bermakna tidak lagi menggunakan mata
wang tradisional.
Dari segi ekonomi pula, masyarakat Melayu tada pilihan selain daripada
bergantung kepada orang tengah untuk meminjam wang bagi menjelaskan cukai
yang dikenakan dan ada yang terpaksa menjual tanah apabila tidak mampu
membayar hutang tersebut.

Dari segi agama atau kepercayaan, masyarakat Melayu dikuasai oleh


fahaman animisme dan golongan bangsawan tenggelam di dalam doktrin Hindu
demi status. Kemudian barulah muncul agama Islam yang mengubah segalagalanya dengan pemikiran intelek.
Kesan zaman penjajahan terhadap masyarakat Melayu amat besar di mana
penjajahan Barat menyebabkan orang Melayu menjadi pasif terhadap aspek
kebendaan dan kerohanian menjadi dominan di dalam pemikiran orang Melayu.
Sikap pasif ini menambah kemiskinan dan jauh ketinggalan berbanding kaum-kaum
lain yang dahulunya hanyalah pendatang atau imigran. Kemuncak kesan ini adalah
apabila terjadinya tragedi berdarah 13 Mei 1969 yang merupakan titik tolak
kewujudan zaman moden.
Pada zaman moden, wujudnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berjaya
mengubah senario kehidupan orang Melayu. Dasar ini dilancarkan untuk
mewujudkan

perpaduan

dan

kesamarataan

hak

bagi

setiap

kaum

dan

mengurangkan jurang antara kaum di Malaysia. Pemikiran yang berpaksikan


kebendaan menyebabkan berlaku ketidakseimbangan dalam budaya mereka dan
aspek

kerohanian

semakin

dipinggirkan.

Unsur-unsur

sinkritisme

seperti

kepercayaan kepada tahyul semakin berkembang. Situasi ini mewujudkan pelbagai


masalah sosial yang menggugat kestabilan dan kesejahteraan hidup orang Melayu.
Masyarakat Melayu kini turut terpengaruh oleh pemikiran pascamodenisme
yang semakin membimbangkan. Kebenaran penafsiran melampaui batas dalam
pemikiran ini boleh meruntuhkan cara hidup orang Melayu dan masyarakat Melayu
tidak mampu meminggirkan diri daripada menerima kesan bertentangan daripada
budaya mereka.

MASYARAKAT MELAYU
Definisi
Masyarakat Melayu masih tiada penjelasan yang tepat, walau bagaimanapun
terdapat beberapa orang tokoh menyuarakan pendapat mereka mengenai isu
bangsa Melayu ini antaranya Ariffin Omar, Lah Husny dan J.Crawford.

Ariffin Omar mengatakan bahawa pada masa kebangkitan semangat


kebangsaan Melayu pada awal abag ke-20 Masihi yang lalu, orang Melayu
menganggap diri mereka sebagai orang Melayu tulen dan menolak golongan
peranakan sama ada peranakan India atau Arab sebagai bangsa Melayu. Malah
terdapat beberapa golongan yang mempertikai adakah golongan yang ditolak itu
merupakan pemimpin Melayu.
Lah Husnya pula berkata yang dimaksudkan dengan suku Melayu itu ialah
golongan bangsa yang menyatakan dirinya dalam pembauran antara suku bangsa
serta memakai adat resam dan bahasa Melayu secara sedar dan berlanjutan.
Manakala, J.Crawford pula berpendapat orang Melayu menghuni separuh
daripada Pulau Sumatera, termasuk seluruh pantai timur dan sebahagian pantai
barat. Mereka juga menghuni di sekitar Pulau Borneo (Kalimantan) dan merupakan
seluruh penduduk Semenanjung Tanah Melayu kecuali orang aslinya. Beliau juga
ada menyatakan bahawa kumpulan bangsa Melayu itu terdapat ramai yang bukan
daripada keturunan Melayu tulen tetapi telah menerima pakai bahasa, adat resam
dan agama Islam. Akhirnya golongan ini tiada dapat dibezakan lagi dengan
golongan Melayu sebenar.
Namun, pengertian bangsa Melayu ini adalah lebih luas dan perkataan
bangsa itu sendiri membawa pengertian ras (ras Melayu). Ras Melayu ini meliputi
seluruh kelompok manusia daripada ras Melayu-Polinesia.
Takrif Melayu
Menurut sarjana, perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah
anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera
yang terletaknya Kerajaan Melayu sekitar 1500 tahun dahulu. Dari segi etimologi,
Melayu berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu Malaya yang bermakna bukit
ataupun tanah tinggi. Ada juga pendapat ahli sejarah bahawa Melayu berasal
daripada Sungai Melayu di Jambi.
Asmah Hj.Omar (1985) dalam bukunya yang bertajuk Susur Galur Bahasa
Melayu, mengatakan istilah Melayu digunakan dalam pengertian yang luas dan
sempit. Pengertian luas merujuk kepada bangsa Austronesia yang terdapat di
Semenanjung Tanah Melayu dan juga kawasan yang digelar gugusan pulau Melayu,

termasuklah

Indonesia.

Dalam

pengertian

lebih

luas,

UNESCO

(1972)

menggunakan nama Melayu untuk merujuk kepada suku bangsa di Semenanjung,


termasuklah orang-orang Melayu di Thailand, Indonesia, Filipina dan juga
Madagascar.
Tambahan lagi, beliau ada juga menyebut istilah Melayu yang lebih umum
adalah merujuk kepada suku bangsa yang menuturkan Bahasa Melayu. Kelompok
ini mendiami Semenanjung Tanah Melayu, pantai timur Sumatera, Brunei dan
kawasan

berhampiran.

Pengertian

Melayu

di

Malaysia

mempunyai

kesan

keagamaan yang dikaitkan dengan agama Islam. Tercatat di dalam Perlembagaan


Malaysia iaitu Melayu ditakrifkan sebagai orang yang bertutur Bahasa Melayu,
menganut agama Islam dan mengamalkan gaya hidup dan budaya Melayu. Hal ini
bermakna sesiapa yang memiliki ciri tersebut boleh menjadi sebahagian daripada
suku bangsa Melayu.
Istilah Melayu dikatakan masih baharu dan kali pertama kelihatan melalui
hasil penulisan orang Cina antara tahun 644 dan 645 Masihi. Catatan orang Cina ini
mengatakan wujudnya sebuah kerajaan Mo-lo-yeu yang mempersembah hasil
buminya kepada raja Cina. Namun begitu, kedudukan kerajaan Mo-lo-yeu ini tidak
dapat dipastikan. Oleh hal yang demikian, wujud pemikiran mengatakan kerajaan ini
terletak di Semenanjung Tanah Melayu dan ada mengatakan di Jambi, Sumatera
iaitu sungai yang mengalir deras bernama Sungai Melayu.
Satu lagi catatan orang Cina iaitu catatan rahib Buddha bernama Itsing yang
mengatakan mo-lo-yu ialah dua kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi. Kata
mlayu membawa makna berlari atau mengembara di dalam bahasa Jawa Kuno. Hal
ini demikian dikaitkan pula dengan orang-orang Indo-Melayu (Austronesia) yang
bergerak dari Yunan.
Sejarah Dan Latar Belakang Bangsa Melayu
Asal usul bangsa Melayu sukar dijelaskan walaupun terdapat beberapa kajian
dilakukan. Keseluruhannya, terdapat dua teori atau kepercayaan mengenai asal usul
bangsa Melayu iaitu bangsa Melayu berasal daripada Yunnan (Teori Yunnan) dan
yang keuda bangsa Melayu berasal dari Nusantara (Teori Nusantara).

Teori Yunnan disokong oleh beberapa ahli sarjana seperti R.H.Geldern, J.H.C
Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Mereka
menyokong teori ini adalah kerana kewujudan Kapak Tua yang mirip kepada Kapak
Tua di Asia Tengah ditemukan di Kepulauan Melayu dan ini menunjukkan wujudnya
migrasi penduduk dari Asia Tengah ke Kepulauan Melayu. Adat resam orang Melayu
juga mirip kepada suku Naga di daerah Assam (hampir sempadan India dan
Myanmar). Bahasa Melayu adalah bahasa serumpun bahasa di Kemboja yang mana
memungkinkan penduduk Kemboja berkemungkinan berasal dari dataran Yunan
dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan antara bangsa Melayu dan
bangsa Kemboja menandakan pertalian dengan dataran Yunan.
Teori Nusantara pula didokong oleh sarjana seperti J.Crawford, K.Himly,
Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Ahli-ahli sarjana ini menyokong teori
ini kerana bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada
abad ke-19 dan ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama.
Ini menunjukkan bahawa orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, malah
berasal dan berkembang di Nusantara. K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat
bahawa Bahasa Melayu serumpun Bahasa Champa kerana persamaan kedua-dua
bahasa berkenaan disebabkan satu fenomena ambilan. Manusia kuno Homo
Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa dan penemuan manusia
kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu
keturunan manusia kuno dan berasal dari Jawa dan mewujudkan tamadun
bersendirian. Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan
yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).

a) Konsep Budaya, Masyarakat, Masyarakat Melayu, dan Kebudayaan Melayu


dari Sudut Politik
Menurut Almond dan Verba, budaya dari sudut politik merupakan sikap
orientasi yang khas dari warganegara terhadap sistem politik. Samuel Beer pula
mentakrifkan budaya dari sudut politik sebagai nilai-nilai keyakinan dan sikap-sikap
emosi tentang bagaimana pemerintahan perlu dilaksanakan dan tentang apa yang

perlu dilaksanakan oleh pemerintah. Rusardi Kantaprawira mendefinikian budaya


politik ini adalah persepsi atau tanggapan manusia, pola sikapnya terhadap berbagai
masalah politik dan peristiwa politik ke dalam pembentukan struktur dan proses
kegiatan politik masyarakat mahupun pemerintah.
Di negara kita, Malaysia, budaya dari aspek politik ini dapat dilihat daripada
aspek pemerintahan dan pentadbiran yang dijalankan. Kepelbagaian politik di
negara kita meliputi pelbagai kaum. Kepelbagaian masyarakat di Malaysia
membentuk satu corak acuan parti politi yang dipimpin mengikut pelbagai kaum.
Walau bagaimana pun, masyarakat Malaysia masih lagi memiliki nilai-nilai
patriotisme, saling menghormati dan menghargai antara satu sama lain yang
mendorong ke arah perpaduan yang jitu.
Sistem Pemerintahan Dan Pentadbiran
Sistem pemerintahan dan pentadbiran disesuaikan dengan agama Islam.
Pemerintah tertinggi ialah Sultan yang dikatakan berasal daripada keturunan
pahlawan Islam iaitu Zulkarnain Fila lam (Bayangan Tuhan di atas muka bumi) dan
Sultan dianggap sebagai individu yang mempunyai kekuatan dan keajaiban serta
boleh mendatangkan kecelakaan kepada penentangnya. Sultan dibantu dalam
menjalankan pemerintahan oleh orang-orang besar yang menjadi pegawai. Institusi
raja merupakan satu institusi yang menjadi sanjungan dan sesebuah kerajaan
Melayu tidak akan lengkap tanpa sultan. Konsep daulat kepada sultan ini memberi
ruang kepada sultan untuk meletakkan dirinya berbeza dengan orang lain.
Sistem pentadbiran negeri Melayu dijalankan melalui pentadbiran pusat dan
juga wilayah. Ini terbukti dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu di Tanah Melayu
kecuali Negeri Sembilan. Sistem pemerintahan dan pentadbiran sultan ini diwarisi
dari sistem politik Kesultanan Melayu Melaka yang mana unit politik terbesae ialah
negeri yang diketuai oleh raja atau sultan.
Institusi Sosial
Institusi sosial umumnya terbahagi kepada dua iaitu golongan pemerintah dan
golongan diperintah. Golongan yang memerintah diketuai oleh raja atau sultan atau
yang dipertuan. Di bawah ketua pemerintah ini adalah pembantu-pembantu dalam
pemerintahannya

seperti

pembesar,

bendahara,

temenggung,

laksamana,

syahbandar dan juga golongan ulama. Keluarga dan kerabat diraja boleh dikatakan
sebagai penasihat kepada raja dalam apa jua situasi. Golongan yang diperintah pula
terdiri daripada golongan rakyat yang terbahagi pula kepada dua iaitu rakyat orang
asing dan rakyat yang menjadi hamba. Rakyat yang menjadi hamba biasanya
terdapat tiga golongan sama ada hamba biasa, hamba raja dan juga hamba
berhutang. Manakala, rakyat orang asing pula terbahagi kepada orang dagang,
orang perantau, tentera upahan dan juga mubaligh.
Hierarki pemerintahan semestinya di peringkat tertinggi adalah sultan. Diikuti
pembesar peringkat negeri, pembesar peringkat daerah dan jajahan, dan penghulu
peringkat kampung. Sepertimana sistem pemerintahan di negara kita dimulai oleh
Yang Di-Pertuan Agong. Bagi peringkat negeri pula ketua pemerintahannya adalah
Sultan diikuti oleh Menteri Besar, Exco-Exco Kerajaan, Pegawai Daerah hinggalah
ke Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.
Sultan di dalam konteks pemerintahan merupakan hierarki tertinggi
pemerintahan, berkuasa mutlak dan mempunyai daulat. Sultan juga memiliki
keistimewaan tersendiri seperti penggunaan warna-warna tertentu, alat muzik
tradisional,penggunaan alat-alat kebesaran, penggunaan bahasa istana dan
penderhaka akan mendapat tulah.
Pembesar peringkat negeri atau daerah berfungsi untuk menjaga dan
mengekalkan keamanan, memungut cukai, menyerahkan hasil atau cukai kepada
sultan, menyediakan tenaga buruh, membekalkan tenaga tentera, mempertahankan
kedaulatan negeri, menghadap sultan dan melaksanakan istiadat menjunjung duli.
Pemerintahan peringkat kampung diketuai oleh ketua kampung atau penghulu atau
penggawa yang merupakan orang perantaraan di antara pembesar daerah dan
rakyat, tidak mempunyai gaji dan sumber pendapatannya adalah daripada hasil
cukai dari orang kampung. Ketua kampung ini juga berperanan sebagai pemungut
cukai, membekalkan tenaga tentera, membekalkan tenaga buruh untuk sultan dan
memastikan seluruh rakyat di kampungnya taat setia kepada sultan.
Sistem Kekeluargaan
Sistem kekeluargaan masyarakat Melayu terbahagi kepada dua iaitu dwisisi
(bilateral) yang bermakna dwipihak atau dwibelah dan nasab ibu (matrilineal) yang

mana suatu adat masyarakat yang mengatur garis keturunan berasal daripada pihak
ibu. Nasab ibu atau matrilineal ini digunakan oleh orang Minangkabau Malaysia iaitu
di Negeri Sembilan.
Bentuk-bentuk perkahwinan di dalam masyarakat Melayu terbahagi kepada
lima iaitu monogami, poligami, endogami, eksogami, dan perkahwinan campur.
Monogami ialah perkahwinan diantara seorang lelaki dan seorang perempuan.
Poligami pula ialah perkahwinan diantara seorang lelaki dengan beberapa orang
wanita pada satu-satu masa. Syariat Islam menetapkan bahawa seorang lelaki boleh
berkahwin melebihi seorang perempuan tetapi tidak melebihi empat orang jika
berkemampuan. Poligami sebenarnya telah diamalkan zaman-berzaman oleh
masyarakat China, Yunani, Kristian dan Yahudi sehinggalah diharamkan oleh
undang-undang. Di Malaysia, poligami pernah diamalkan oleh masyarakat Cina dan
Hindu India di bawah undang-undang adat masing-masing, sehingga ia diharamkan
di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Pekahwinan dan Perceraian) yang
mula berkuatkuasa pada tahun 1982.
Endogami mengikut Kamus Dewan edisi keempat (2010) bermakna
perkahwinan sesama suku yang juga membawa erti pemilihan jodoh akan dibuat
daripada kalangan kelompok sendiri. Dengan kata lain, calon menantu adalah
pilihan dalam kalangan sanak-saudara. Eksogami pula ialah adat atau perbuatan
mengahwini seseorang daripada kaum lain. Prinsip pemilihan jodoh di luar
kelompok, tidak mempunyai hubungan kekeluargaan, daripada kampung lain, malah
berbeza agama, keturunan dan juga kewarganegaraan. Eksogami terbahagi pula
kepada dua iaitu heterogami dan homogami. Heterogami adalah perkahwinan antara
kelas sosial yang berbeza. Misalnya anak bangsawan dengan anak petani.
Homogami pula ialah perkahwinan antara kelas sosial yang sama seperti contoh
anak saudagar dengan anal saudagar.
Perkahwinan campur pada asalnya digunakan oleh pihak gereja Katholik
untuk menyatakan sebuah perkahwinan antara seorang beragama Kristian dengan
seorang bukan Kristian. Kini, ia membawa maksud sebuah perkahwinan yang
melibatkan dua orang yang mempunyai agama, kewarganegaraan atau bangsa
yang berlainan. Jenis-jenis perkahwinan campur terbahagi kepada tiga iaitu kahwin

campur antara kaum, kahwin campur antara Negara melibatkan kewarganegaraan


dan kahwin campur berlainan agama.
Sistem kekeluargaan dan perkahwinan boleh diletakkan di bawah kategori
aspek sosial bagi kebudayaan Melayu. Hal ini demikian kerana, dari segi
kekeluargaan. Masyarakat Melayu dipecahkan kepada dua kelompok, yang
pertamanya ialah kelompok yang mengamalkan sistem kekeluargaan dwisisi
(bilateral) dan kelompok keduanya ialah kelompok yang mengamalkan sistem
kekeluargaan nasab ibu (matrilineal system). Atas dasar kedua-dua kelompok
tersebut menganuti agama Islam, maka sistem kekeluargaan Melayu itu banyak
terpengaruh oleh sistem kekeluargaan Islam.

b) Konsep Budaya, Masyarakat, Masyarakat Melayu, dan Kebudayaan Melayu


dari Sudut Sosial
Agama Islam, Adat dan Kepercayaan
Terdapat banyak aspek yang berkait rapat antara sudut sosial masyarakat
dengan kebudayaan Melayu seperti agama dan kepercayaan. Majoriti orang Melayu
adalah beragama Islam, namun masih tersisa unsur-unsur kepercayaan agama
Hindu dan animisme yang masih terdapat dalam sistem kepercayaan tersebut.
Selain itu, amalan adat istiadat juga merupakan salah satu unsur sosial dalam
kebudayaan. Adat istiadat Melayu banyak memperlihatkan gabungan unsur
tempatan dan pengaruh daripada luar yang kebanyakannya berasal daripada
pengaruh luar seperti Hindu, Islam, dan Barat ke Alam Melayu.
Sebagai sebuah negara yang memiliki kepelbagaian kaum, agama dan
kepercayaan, pemerintah membenarkan unsur-unsur adat yang tidak bertentangan
dengan ajaran Islam. Mengikut prinsip ini, orang-orang Melayu dapat menyesuaikan
adat dan kepercayaan secara harmonis, walaupun terdapat beberapa aspek yang
tertentu yang bertentangan tetapi masih diamalkan.
Menurut A.Aziz Deraman, nilai dan norma merupakan peraturan masyarakat yang
terdiri daripada undang-undang, adat resam, pantang larang dan gaya perlakuan.
Beliau memperkatakan tentang warisan masyarakat Melayu yang mana undang-

undang merupakan satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh
anggota masyarakat. Undang-undang kebiasaannya peraturan kepada sesebuah
negara dan jika ada yang melanggar peraturan tersebut mungkin dihukum dan
didenda.
Bahasa
Bahasa ialah satu kod yang digunakan pakar linguistic untuk mengesan perbezaan
antara bentuk dan maksud sesuatu bahasa. Bahasa Melayu merupakan bahasa
Melayu-Polinesia di bawah rumpun bahasa Austronesi yang berusia lebih daripada
1000 tahun. Bahasa ini dikatakan berasal daripada Sumatera Selatan di sekitar
Jambi dan Palembang. Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ditemui pada sebiji batu
bersurat bertarikh 682 Masihi yang ditemui di Sumatera Selatan.
Nilai dan Falsafah
Menurut A.Aziz Deraman, ...Kebudayaan Melayu menerima nilai-nilai yang dibawa
Islam seperti kebebasan, kebenaran, keadilan, kejujuran, kesetiaan dan cinta
kepada negara. Norma hidup positif yang turut diamalkan juga adalah bergotongroyong, muafakat dan kerjasama. Nilai-nilai yang diamalkan ini merupakan panduan
pembentukan imej masyarakat. Beliau di sini mengertikan sifat orang Melayu
sangat terpuji lebih-lebih lagi selepas penyebaran agama Islam di Melaka.
Perubatan

Pakaian
Bangsa Melayu juga kaya dengan seni busana. Baju kurung merupakan salah satu
pakaian masyarakat Melayu yang longgar pada lubang lengan, perut, dan dada.
Pada mulanya, baju kurung dipakai untuk upacara kebesaran Melayu dan kini
dipakai oleh masyarakat biasa. Walaupun baju kurung atau baju Melayu ini
merupakan asimilasi bangsa ini namun pemakaiannya berupaya menjada identity
bangsa Melayu.
Permainan

Permainan tradisional merupakan sebahagian daripada kehidupan yang


dilalui nenek moyang kita yang pada ketika itu permainan inilah yang menjadi
hiburan masyarakat pada masa lapang.Permainan tradisi seperti gasing, wau,
congkak, juga termasuk dalam kategori seni persembahan. Kegiatan seni Melayu
mempunyai identiti tersendiri yang juga memperlihatkan gabungan berbaga-bagai
unsur tempatan dan luar.
Permainan Gasing
Gasing merupakan permainan rakyat yang popular dalam kalangan
masyarakat Melayu. Di negeri-negeri sebelah Pantai Barat menghasilkan gasing
daripada kayu, manakala negeri-negeri sebelah Pantai Timur menbuat gasing
daripada timah. Tiga tujuan gasing dimainkan adalah untuk bersuka ria,
pertandingan mahupun sekadar untuk pertunjukkan.
Permainan Congkak
Congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang disukai oleh kaum
wanita dan kanak-kanak. Permainan ini dipercayai mula berkembang di istana iaitu
dalam kalangan wanita-wanita istana dan para pembesar. Mereka memainkan
permainan ini untuk menghiburkan hati pada waktu lapang dan mengisi masa
lapang. Permainan ini menggunakan dua bahan iaitu papan congkan dan buah
congkak. Sebagai ganti papan congkak, kita boleh menggali lubang di atas tanah
dan biji-biji congkak boleh menggunakan guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batubatu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak boleh dimainkan oleh dua orang
sahaja.

c) Konsep Budaya, Masyarakat, Masyarakat Melayu, dan Kebudayaan Melayu


dari Sudut Kesenian
Seterusnya,

kebudayaan

melayu

juga

boleh

dilihat

dari

sudut

kesenian. Dalam masyarakat Melayu seni dapat dibahagikan kepada beberapa


aspek iaitu seni persembahan seperti tarian, nyanyian, persembahan pentas seperti
makyong, wayang kulit, ghazal, hadrah, dan kuda kepang serta seni tampak seperti
seni ukir, seni bina, seni hias, pertukangan tangan, tenunan, anyaman dan lain-lain.

Seni merangkumi semua aktiviti dan hasil karya manusia yang indah dan
berseni (kreatif). Kamus Dewan Edisi Keempat menyatakan seni sebagai karya
(sajak, lukisan, muzik dan lain-lain) yang dicipta dengan bakat (kecekapan), hasil
daripada sesuatu ciptaan. Kesenian pula ditakrifkan sebagai perihal seni, yang
berkaitan dengan seni, keindahan atau kehalisan. Kesenian merupakan tunjang
kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak dahulu lagi yang mana menyerlahkan
identity sesuatu masyarakat.kebudayaan Melayu juga boleh dilihat dari sudut
kesenian yang mana terbahagi kepada empat bahagian pula iaitu seni suara (seni
muzik), seni gerak (seni persembahan), seni rupa (seni tampak) dan permainan
tradisional.
Seni Persembahan
Kesenian mengikut istilah Herberth Read adalah suatu usaha untuk mencipta
bentuk-bentuk yang menyenangkan dan seni itu dijalankan daripada estetika. Seni
persembahan meliputi dua komponen kecil pula iaitu :
i.
ii.

i)

Seni Suara (Seni Vokal Dengan Suara Dan Seni Vokal Tanpa Suara)
Seni Tari Atau Seni Gerak

SENI SUARA
Dalam seni suara meliputi dua bahagian iaitu seni vokal dengan suara dan

seni vokal tanpa muzik.


A) Seni vokal tanpa suara seringkali dinyanyikan dalam masyarakat Melayu

seperti :
Endoi atau dendang Siti Fatimah dan ulit anak
Seni vokal tanpa suara endoi atau dondang Siti Fatimah ini terkenal di negeri

Perak, Selangor dan Negeri Sembilan manakala ulit anak terkenal di negeri
Terengganu. Kebiasaannya, seni ini dilagukan dalam upacara berbentuk keislaman
seperti menyambut kelahiran anak atau upacara cukur jambul.

Nazam atau naban

Nazam atau naban ini dikatakan berasal daripada Terengganu, Pahang, dan
Melayu. Kandungannya dikarang salam Bahasa Melayu yang berkisarkan riwayat
Nabi Muhamad SAW, para Nabi Allah dan para sahabat Nabi. Persembahan ini tidak
disertai alat muzik malah hanya menggunakan kemerduan suara semata-mata.

Marhaban, nasyid dan qasidah


Seni ini pula merupakan nyanyian keagamaan. Marhaban adalah pujian

kepada Nabi Muhamad dan dinyanyikan dalam Bahasa Arab. Nasyid adalah
nyanyian dan berbentuk dakwah Islam iaitu terdapat dalam senikata Arab dan
Melayu. Qasidah biasanya dialunkan dalam bahasa Arab yang mengandungi puisi
memuji Nabi Muhamad dan para sahabat baginda.
B) Seni vokal dengan suara adalah seperti :
Dikir
Dikir juga dikenali dengan nama dikir maulud, dikir Pahang, dikir Rebana dan
dikir berarak. Ini dilagukan dengan iringan pukulan rebana atau kompang.
Hadrah
Hadrah adalah sejenis nyanyia yang juga berasal daripada dikir. Ianya
dinyanyikan dengan iringan sejenis alat bercorak rebana yang hampir sama dengan
kompang.
Beduan
Beduan ialah sejenis nyanyian rakyat negeri Perlis dan diringi dengan bunyi-bunyian
gendang. Beduan mempunyai persamaan dengan bentuk zikir dan burdah yang
mana diringi dengan pukulan rebana.
Dikir barat
Dikir barat terkenal di negeri Kelantan dan nyanyiannya diiringi dengan pukulan
rebana.
Ghazal
Ghazal pula ialah sejenis puisi Arab yang berbentuk percintaan dan dinyanyikan
dengan iringan alat seperti syeringgi, sitar, harmonium dan tabla.

ii)

SENI GERAK ATAU SENI TARI

Seni Tampak
Seni rupa atau dengan nama lain seni tampak dalam masyarakat Melayu
merupakan suatu ciptaan yang mempunyai unsur-unsur seni yang dihasilkan oleh
orang Melayu itu sendiri. Contohnya adalah melalui penghasilan batik, anyaman,
ukiran, tenunan, seni tekat, kraftangan, tembikar dan banyak lagi.
i)

Seni Ukir

Seni ukir berkait rapat dengan hasil kerja tangan yang dicipta melalui
kepakaran mengukir. Cirri-ciri ukiran itu dihasilkan melalui ukiran timbul, ukiran
terbenam, ukiran tebuk dan ukiran timbus.
ii)

Seni Kraftangan

Seni kraftangan pula ialah hasil seni yang dicipta untuk digunakan tetapi
digubah dengan memasukkan unsur-unsur seni untuk menghasilkan bentuk yang
indah dan menarik apabila dilihat. Penghasilan kraftangan ini memerlukan
kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas yang teratur bermula proses awal
sehinggalah sesuatu kraftangan tercipta. Seni ini memerlukan daya estetika untuk
menghasilkan reka bentuk yang indah dan menarik.
iii)

Seni Tembikar

Seni tembikar ialah sejenis hasil kraftangan orang Melayu dengan


menggunakan tanah liat yang dibakar dan digilap. Reka bentuk tembikar ini
berpandukan fungsinya yang tersendiri seperti periuk nasi, bekas air, bekas
penyimpanan makanan dan banyak lagi.
iv)

Seni Anyaman

Seni anyaman terhasil daripada proses menganyam atau menjalin jaluran


daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan lain. Kebiasaannya
kegunaannya adalah sebagai topi, tudung saji, bakul, tikar dan lain-lain lagi.
v)

Seni Tenunan

Seni tenunan terhasil daripada proses menenun dan terdapat tiga jenis
tenunan iaitu tenunan biasa, tenunan ikat dan tenunan ikat. Tenunan songket
merupakan tenunan yang paling lengkap dan cantik yang juga merupakan hasil
perkembangan daripada proses tenunan biasa. Tenunan ikat dipercayai berkembang
di istana raja-raja yang prosesnya lebih rumit dan kain tenunan juga dikenali dengan
nama kain benang emas.
vi)

Seni Tekat

Suji atau nama lainnya seni tekat merupakan sejenis seni kraftangan yang
terkenal dalam masyarakat Melayu. Tekatan menggunakan kain baldu sebagai kain
dasar dan bentuk hiasannya berbentuk bunga dan pepohon. Seni tekat ini biasa
digunakan untuk membuat kasut, kipas muka, muka bantal dan juga balutan tepak
sirih. Hasil tekat dibuat bagi tujuan yang tertentu seperti hiasan pada upacara
perkahwinan, pertabalan raja dan lain-lain.
vii)

Seni Batik

Seni batik pula merupakan seni tekstil yang dihasilkan melalui proses
menerapkan lilin dan mencelup kain. Proses menghasilkan batik ini bermula dengan
proses mencanting batik tersebut menggunakan lilin panas atau pun menggunakan
blok tembaga yang bercorak dicelupkan ke dalam lilin cair yang dipanaskan
kemudian diterapkan pada kain putih tersebut. Setelah kering lilin yang decanting
atau ditekap, barulah boleh mula meletakkan warna dan apabila kering, kain
tersebut direbus dan dibasuh sehingga bersih lalu dijemur hingga kering.
viii)

Seni Tembaga

Seni tembaga diperkenalkan dengan tujuan mencipta alat-alat tembaga yang


cantik bentuknya. Tembaga ini biasanya digunakan dalam upacara adat sepertu
pertabalan raja, perkahwinan, dan juga sebagai perhiasaan atau kegunaan di rumah
seperti dulang, sudu, bekas perenjis mawar dan lain-lain.

ix)

Seni Bina

Seni bina lebih berfokuskan kepada reka bentuk rumah yang menjadi tempat
penginapan orang Melayu. Reka bentuk rumah Melayu memperlihatkan wujudnya
unsur-unsur seni bina daripada daerah lain di alam Melayu mahupun di luar alam
Melayu. Contohnya, seni bina rumah orang Negeri Sembilan mempunyai corak seni
bina rumah orang Minangkabau.

Seni Muzik
Menurut Kamus Dewan, Muzik bererti gubahan bunyi yang menghasilkan
bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan, bunyi-bunyian. Muzik adalah satu
tarikan kepada manusia dan ahli falsafah berpendapat setiap manusia mempunyai
minat terhadap muzik kerana melihat kepada reaksi manusia terhadap bunyibunyian yang menjadi kegemaran sejak manusia dilahirkan.
Kumpulan masyarakat tradisi tinggi terdiri daripada golongan bangsawan
yang merupakan golongan kelas pemerintah yang menjadikan istana sebagai pusat
kebudayaan. Raja-raja menubuhkan kumpulan-kumpulan muzik diistana dan latihan
dianjurkan untuk meningkatkan mutu persembahannya. Muzik nobat menjadi satu
pasukan muzik istana sejak abab ke 15 lagi. Muzik ini dimainkan dalam upacara
pertabalan, kematian raja dan upacara mengadap oleh para pembesar di hadapan
balairung. Selain nobat muzik yang berkembang melalui tradisi istana di Malaysia
ialah gamelan. Gamelan yang terkenal diTanah Melayu berasal dari kerajaa RiauLingga dan Johor. Alat-alat muzik yang digunakan dalam gamelan termasuklah
saron, bonang, kerompong, gendang dan gong.
Disamping tradisi tinggi yang berpusat diistana, terdapat pula tradisi rendah
dikalangan rakyat biasa yang terdiri daripada kaum petani dan nelayan.
Perkembangan seni muzik diperingkat masyarakat tradisi rendah lahir daripada
minat anggota masyarakat itu sendiri. Sebahagian daripada mereka mewarisi
keahlian bermain alat-alat muzik itu daripada keluarganya. Alat-alat muzik ini
diperbuat daripada bahan-bahan yang diperolehi disekeliling mereka seperti buluh,
kayu, kulit binatang dan lain-lain. Muzik rebana merupakan sejenis alat muzik yang
berkembang dalam masyarakat Melayu tradisional. Rebana dimainkan dalam

persembahan yang berunsur keislaman seperti dikir, ratib, nazam, hadrah, rodat,
maulut dan lain-lain.
Tradisi muzik melayu yang lain seperti muzik makyong dan gendang keling
diwarisi dari zaman praislam.Gendang keling dan Mek Mulung di Kedah dan Perlis
menggunakan alat muzik seperti Gong, rebab, gendang dan serunai. Di samping
berbagai bagai jenis muzik yang dinyatakan ,muzik wayang kulit, kuda kepang dan
ghazal juga merupakan muzik melayu tradisional dari zaman silam. Muzik wayang
kulit mengandungi alat muzik seperti gamelan dan mempunyai hubungan dengan
tradisi dan kepercayaan masyarakat pribumi. Ghazal pula berasal dari pengaruh
Arab Parsi , yang dibawa melalui India sebelum berkembang di alam melayu. Muzik
melayu asli ialah muzik yang menyertai tarian ronggeng atau joget yang mempunyai
hubungan dengan dongdang sayang yang berkembang di Melaka dan canggung di
Perlis. Dalam Tarian kuda kepang pula terdapat alat alat muzik paluan yang
dibunyikan mengikut rentak kuda berlari. Tarian kuda kepang ini berkembang di
Johor di kalangan masyarakat melayu keturunan Jawa.

d) Konsep Budaya, Masyarakat, Masyarakat Melayu, dan Kebudayaan Melayu


dari Sudut Ekonomi
Pekerjaan
Ekonomi merupakan salah satu bidang ilmu sains sosial yang mana mengkaji
mengenai individu dan masyarakat dalam membuat pemilihan cekap bagi
menggunakan sumber ekonomi yang terhad seperti tanah, buruh, modal dan
usahawan dengan kehendak manusia yang tidak terhad. Sistem ekonomi Melayu
pada abad ke-15 adalah berdasarkan kepada pertanian dan Melayu berjaya
mencapai kejayaan

melalui Kerajaan Melaka pada abad ini kesan daripada

perdagangan yang berkembang pesat. Melaka gah muncul sebagai kuasa besar di
Kepulauan Melayu menyaingi kuasa besar lain seperti Siam, Srivijaya, dan juga
China dan akhirnya mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya

dipegang oleh Srivijaya. Kerajaan Melaka berperanan sebagai penerima atau


pembeli barangan dan menjadi pusat pengatara pertemuan pedagang-pedagang
Timur dan Barat.
Hal ini berbeza dengan sistem ekonomi Melayu kini yang tinggalnya di kota
dan

kebanyakkannya

bekerja

dalam

sektor

perindustrian,

perdagangan,

pengangkutan dan lain. Sistem ekonomi Melayu dahulu tidak berkembang kerana
pemisahan kaum yang mana dasar penjajah yang mengarahkan dasar pecah dan
perintah. Dasar ini meletakkan orang Melayu di pelusuk-pelusuk kampung dan desa
yang jauh daripada pembangunan dan segala kemudahan yang ada.
Budaya Melayu dari sudut ekonomi di Malaysia boleh dilihat berdasarkan
aktiviti yang dijalankan masyarakat Melayu. Orang Melayu di desa, majoritinya
menjalankan aktiviti pertanian dan menangkap ikan. Aktiviti pertanian di desa ini
termasuklah mengusaha tanaman padi, kelapa sawit, tanaman campuran, dan
sebagainya. Orang Melayu yang tinggal di kota kebanyakannya bekerja di sektor
perindustrian, perdagangan, dan lain-lain. Penguasaan ekonomi dalam kalangan
masyarakat Melayu ternyata masih lagi rendah jika dibandingkan dengan
penguasaan ekonomi bukan Melayu. Namun begitu, kini telah ramai orang Melayu
yang telah berjaya dalam bidang perniagaan dan ramai orang Melayu mempunyai
pendidikan yang setaraf dengan kaum lain.
Sistem ekonomi Malaysia kini terbahagi kepada dua iaitu sistem ekonomi
kapitalis dan sistem ekonomi Islam. Sistem ekonomi Islam mula diperkenal secara
menyeluruh pada tahun 1983 dengan penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad
(BIMB) dan kini menjadi perhatian masyarakat. Ianya memperkenalkan pelbagai
produk kewangan antaranya takaful, al-Wadiah, Mudharabah dan juga ar-Rahnu.
Pengurusan Harta
Dari aspek pengurusan harta bagi masyarakat Melayu yang umumnya adalah
beragama Islam haruslah mengikut cara Islam. Namun umunya, terdapat dua cara
dalam pembahagian harta iaitu mengikut Adat Perpatih mahu pun Adat
Temenggung. Pembahagian harta mengikut Adat Temenggung adalah mengikut cara
Islam yang sebenar yang mana pihak lelaki diberikan kelebihan apabila kaum lelaki
berhak mewarisi lebih banyak harta daripada kamu wanita kerana kaum lelaki

memiliki tanggungjawab yang lebih besar jika dibandingkan dengan kaum wanita.
Hal ini demikian bermakna, jurai keturunan sebelah bapa lebih diutamakan. Adat
Perpatih mementingkan jurai keturunan sebelah nasab ibu atau diberatkan kepada
kaum perempuan. Harta pusaka diturunkan melalui keturunan perempuan, iaitu
daripada

pihak

sebelah

ibu

sebagai

pengasas

keluarga

kepada

anak

perempuannya. Adat ini menjadikan wanita berkuasa dan suami tidak berhak
memiliki harta pusaka. Namun begitu, mengikut Mazhab Shafie, jika berlaku
perceraian, cara pembahagian harta suami isteri perlu mengikut hukum syarak.
Harta yang diperoleh semasa perkahwinan dikenali sebagai harta sepencarian dan
harus dibahagikan dua sama banyak. Jika isteri yang diceraikan tidak bekerja makan
berhak mendapat satu per tiga sahaja. Harta asal suami atau isteri dikembalikan
kepada suami atau isteri berkenaan.

3.0 NOTA GRAFIK KONSEP BUDAYA, MASYARAKAT, MASYARAKAT MELAYU


DAN KEBUDAYAAN MELAYU DARI SUDUT POLITIK, SOSIAL, KESENIAN DAN
EKONOMI

TUGASAN INDIVIDU
4.0 ANALISIS BUDAYA MATERIAL DAN BUKAN MATERIAL DALAM KOMSAS DAN
FUNGSI DALAM MASYARAKAT MELAYU
Nur Farahim Elriani Binti Rahimpudin
(910113-06-5568)
Cerpen : Tukang lama
Material
Material

Material terdiri daripada objek fizikal atau artifak. Peralatan atau kelengkapan
hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya merupakan contoh
budaya material.
Berdasarkan cerpen yang saya pilih iaitu Tukang Lama karya Hasan Ali di
dalam buku Antalogi Kasut Kelopak Jantung Tingkatan 1. Terdapat unsur-unsur
metarial dan bukan material yang terdapat di dalam cerpen ini.
Unsur material yang pertama sekali adalah rumah yang di duduki oleh Pak
Talib, Mak Lamah dan anaknya Limah diperbuat daripada kayu. Hal ini dapat
dikesan apabila Mak Limah menyatakan bahawa rumah mereka seperti reban ayam.
Dalam konteks kebudayaan melayu

rumah seperti reban ayam adalah simbolik

kepada rumah yang usang diperbuat daripada kayu dan kecil. Keluarga Pak Talib
tinggal di suasana kampung. Rumah di kampong itu.
Pak Talib hanya menggunakan ketam kayu untuk melicin dan meratakan
permukaan kayu. Ketam kayu merupakan alat tradisional orang melayu untuk
mebuat kerja pertungan kayu. Kini mesin digunakan untuk melicinkan kayu dengan
hanya menggunakan eletrik, tidak memenatkan dan cepat membuat kerja
berbanding cara tradisional yang lambat, memerlukan tenaga kerja yang kuat dan
ketekunan yang tinggi.
Pak Talib seorang tukang kayu dan membuat rumah kayu pada dahulunya
kini kurang dipanggil kerana kehadiran tukang baru yang lebih moden dan
membawa perubahan kepada pembinaan rumah-rumah dikampung kearah yang
lebih moden dan pelbagai patern diperkenalkan. Selain itu, dengan alat tukang yang
canggih dimilik oleh Manas mempercepatkan lagi proses pembinaan dibuat.
Walaupun cepat tetapi hasilnya kemas dan teguh.
Budaya material kenderaan Pak Talib hanya mampu memiliki sebuah basikal sahaja.
Basikal yang dimilik berpadanan dengan taraf ekonomi keluarga Pak Talib yang hanya
bekerja sebagai tukang reban jika dipanggil. Jikka tidak Pak Talib Hanya menganggur.
Barang kemas merupakan satu keperluan bagi setiap wanita, semasa Pak Talib
menjadi tukang kayu dahulu hidupnya senang kerana banyak permintaan serta kurangnya
saingan dalam pembinaan rumah. Dengan keuntungan yang dimiliki, Pak talib membelikan
barang kemas kepada isterinya Mak Limah. Namun disebabkan taraf hidup yang semakin

rendah akibat kemiskinan tiada pekerjaan, Mak Limah terpaksa menggadai barang
kemasnya untuk menyara hidup keluarga.
Selain itu,bahan material yang dapat dilihat di dalam cerpen ini adalah kayu api.
Pada zaman dahulu, kayu api digunakan sebagai bahan bakar untuk memasak pada
masyarakat melayu tradisional sebelum dapur gas diperkenalkan.

Bukan material
Bukan material ialah unsur yang tidak wujud secara fizikal (no physical
existence),

misalnya

adat,

kepercayaan,

bahasa,

dan

nilai.

Modul

ini

mengemukakan satu contoh elemen material, iaitu keris dan satu contoh elemen
bukan material, iaitu adat istiadat.
Oleh sebab, dahulu pelajaran bagi orang melayu disishkan oleh pihak

penjajah

timbul kesedaran dalam masyarakat melayu betapa pentingnya pendidikan dalam


meningkatkan taraf hidup. Oleh itu, Manas anak muda yang telah melanjutkan pelajaran ke
sekolah seni binaan memberi perubahan kepada taraf ekonomi dan sosial dalam hidupnya.
Kita dapat lihat taraf ekonomi keluaga pak Talib yang rendah dan hidup sara diri yang
di lalui tidak mematahkan semangat Pak Talib untuk sabotaj pesaingannya. Pak Talib
seorang yang penyabar. Pak Talib begitu sabar mendengar leteran isterinya, Mak

Lamah terutama apabila Mak Lamah mempertikaikan pendapatannya yang semakin


berkurang kerana semakin jarang mendapat upah membuat rumah.
Masyarakat melayu yang penyabar tidak suka kepada pertengkaran. Pak
Talib tetap bekerja mencari rezeki walaupun pendapatannya semakin berkurang. Dia
juga tidak memilih pekerjaan asalkan ada kerja yang boleh dibuat untuk mencari
rezeki. Pak Talib seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga kerana dia
berusaha dengan sedaya upaya untuk mencari rezeki walaupun pendapatannya
semakin kurang.
Melihat pula kepada Mak Lamah ialah isteri Pak Talib dan ibu Timah. Mak
Lamah ialah seorang suri rumah.Pada zaman dahulu golongan wanita tidak
dibenarkan bekerja, mahupun belajar. Budaya ini masih dikekalkan untuk mengurus
rumah tangga di rumah. Menjaga anak-anak di rumah.Mak Lemah masih
mengekalkan budaya melayu tugasnya adalah menjaga rumah dan anak-anak

tatkala suami sibuk mencari nafkah di luar walaupun Pak Talib sudah tidak. Budaya
masyarakat sekarang tidak lagi seperti dahulu orang perempuan sudah bekerjaya
dan bekerja untuk menambah pendapatan keluarga.
Sikap masyarakat yang memandang harta. Mak Lamah sering bertanya
kepada Pak Talib tentang bayaran upah yang akan didapatinya jika dia pergi
bertukang. Masyarakat kampong di dalam cerpen ini juga menggunakan ayat
sindiran yang di amalkan oleh masyarakat melayu dahulu untuk menegur secara
ayatapisan. Pak Talib masih mengekalkan cara lama untuk membuat rumah dan tidak
pernah belajar di mana-mana kecuali menerusi seorang tukang tua di kampung.
Masyarakat melayu yang terlalu mengagong-agongkan Negara barat. Sehingga
ayam pon dibezakan darjatnya ayam kampong di dalam reban yang using, dan ayam
Eropah menjadi simbolik kepada orang kampung hanya layak duduk rumah kayu, manakala
orang bandar dirumah batu.

Kategori masyarakat kampung yang hidup dalam

keadaan sederhana. Contohnya keluarga Pak Talib yang bekerja sebagai tukang
rumah.
Pekerjaan masyarakat memaparkan dua jenis pekerjaan utama masyarakat,
iaitu tukang rumah dan suri rumah. Memfokuskan watak Pak Talib dan Manas yang
menjadi tukang rumah.
Islam adalah agama rasmi orang melayu . Di dalam cerpen ini dapat kita lihat
bahawa semua watak yang diketengahkan dalam cerpen ini berbangsa Melayu serta
beragama Islam. Selain itu, sikap orang melayu yang rajin dan gigih dapat kita lihat
apabila Pak Talib bekerja walaupun menghadapi pelbagai masalah terutamanya
selepas

kepulangan

Manas

ke

5.0 PENGARUH LUAR DALAM MASYARAKAT MELAYU

kampung

itu.

Nur Farahim Elriani Binti Rahimpudin


910113-06-5568
Melayu merupakan bangsa asli penduduk di Tanam Melayu (Malaysia)
sebelum kedatangan penjajah. Disebabkan oleh kekayaan hasil bumi di Tanah
Melayu telah diintai oleh bangsa-bangsa lain dari Negara luar untuk menakluk harta
kekayaan hasil bumi di Tanah Melayu. Anah Melayu telah di jajah oleh Srivijaya,
Portugis, Belanda, British dan Jepun. Sebagai penduduk asal Tanah Melayu
yang telah menerima kehadiran pelbagai budaya asing semenjak beratus tahun
lamanya, budaya masyarakat Melayu dengan sendirinya terevolusi.

Terdapat

banyak pengaruh asing yang telah diterima dan diamalkan dalam kehidupan
masyarakat Melayu sekarang dan ianya dapat dilihat dari segi cara berpakaian,
makanan, hiburan, majlis perkahwinan, majlis hari lahir dan sebagainya
Menurut Kamus Dewan edisi keempat, unsur-unsur asli bermaksud
kebudayaan orang yang asal keturunannya, lahir dan tinggal di sebuah negeri
ataupun orang asli penduduk asal sesebuah negeri (bukannya orang asing atau
mendatang). Maksud bagi pengaruh luar pula adalah kebudayaan yang berasal atau
datang dari daerah atau negeri lain ataupun bukan dari orang tempatan
POLITIK
Pada zaman prasejarah Tanah Melayu belum mempunyai sistem politik yang
kompleks, tetapi mereka sudah mengamalkan sistem mesyuarat yang amat
menitikberatkan rundingan dan kata sepakat untuk melakukan sesuatu pekerjaan.
Pada peringkat awal, susunan organisasi tersebut adalah dalam bentuk unit-unit
perkampungan. Perpaduan dikalangan masyarakat Melayu pada masa lampau
berdasarkan asas kekeluargaan dan kesukuan. Dengan itu struktur organisasi politik
Melayu tradisional itu bermula dari desa dan kampung, kemudian diikuti dengan
daerah atau jajahan dan seterusnya negeri. Ketua kampung merupakan pemimpin
yang terkecil. Pembesar menjadi pemimpin pada peringkat daerah atau jajahan dan
raja menjadi pemimpin atau ketua organisasi politik pada peringkat negeri.
Sistem pentadbiran politik Hindu telah diserap oleh orang melayu dan
dilaksanakan setelah dilakukan berbagai penyesuaian. Ketua negara yang
memimpin kerajaan dinamakan raja iaitu istilah yang dipinjam daripada bahasa

Sanskrit. Konsep raja yang berkembang dalam masyarakat Melayu adalah sebagai
pemimpn kerajaan. Di samping itu, raja juga dikatakan berketurunan dewa-dewa.
Dalam sistem politik pengaruh Hindu ini raja dianggap sebagai berdarah dewa atau
penjelmaan dewa dari kayangan. Untuk menyesuaikan dengan kepercayaan
tersebut, maka raja-raja di Pulau Jawa telah mendirikan istana mereka ditempat
yang tinggi seperti kerajaan Sailendra (gunung) kerana dipercayai bahawa syurga
terletak di atas gunung.
Selepas raja Melaka menaganut agama islam, sistem pemerintahan pun
disesuaikan dengan agama islam. Walaubagaimanapun pengaruh Hindu masih lagi
berlanjutan. Beberapa perubahan telah berlaku misalnya gelaran Sri maharaja yang
dipakai dalam kerajaan srivijaya telah diubah kepada gelaran Sultan. Seperti rajaraja Islam di india dan Asia Barat. Pemikiran Hindu yang menganggap raja sebagai
keturunan dewa dihapuskan dan digantikan Sultan sebagai bayangan Tuhan atas
muka bumi. Untuk kekalkan sifat keistemewaan sultan, maka ditonjolkan
kepercayaan bahawa sultan itu mempunyai kuasa luar biasa disebut daulat. Dalam
menjalankan pentadbiran negara, sultan masih mengekalkan sistem politik yang
lama yang mengandungi pengaruh Hindu.
Seterusnya, berlaku pengaruh barat pada politik masyarakat melayu kini. Hal
ini diperlihat daripada sistem demokrasi telah berjaya menghapuskan sistem feudal
Melayu zaman dahulu yang diamalkan oleh pemerintahan beraja. Demokrasi
mengutamakan suara rakyat dan rakyat berkuasa penuh dalam penentuan
pemimpin mereka. Sikit demi sedikit raja disisihkan. Terdapat pelbagai jenis
demokrasi yang diperkenalkan oleh barat antaranya Demokrasi Berparlimen.
Malaysia telah mengamalkan Demokrasi Berparlimen sejak mendapat kemerdekaan
daripada British. Demokrasi Berparlimen ini diamalkan di bawah pentadbiran Raja
Perlembagaan.
Ekonomi
Sistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh
dikategorikan kepada 2 bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem
ekonomi komersil. Bentuk dan kegiatan ekonomi yang mereka amalkan adalah
dipengaruhi daripada sistem pemerintahan pada masa dahulu. Sebagai contoh,

rakyat biasa menjadi petani, pedagang; pembesar pula menjadi pemilik tapak
perlombongan dan sebagainya.
Ekonomi sara diri ialah kegiatan ekonomi yang bertujuan atau sekadar
mampu untuk menampung keperluan harian keluarga. Maknanya, hasil kegiatan
ekonomi akan digunakan untuk keluarga mereka. Segala kelebihan pengeluaran
akan dijual, hasil jualan tersebut akan digunakan untuk membeli barangan keperluan
yang lain yang juga menjadi asas keperluan seperti pakaian dan sebagainya.
Kegiatan ekonomi sara diri yang utama ialah bercucuk tanam, menangkap ikan dan
memungut hasil hutan. Kegiatan sebegini tidak memerlukan penggunaan mata wang
yang banyak.
Sistem ekonomi komersil hanya wujud di Tanah Melayu setelah kehadiran
penjajah British pada abad ke-19. Kehadiran mereka telah mempergiatkan bentuk
ekonomi tersebut memandangkan mereka mengutip cukai daripada rakyat,
memaksa rakyat mendapatkan duit tunai. Ini kerana mereka yang gagal
menjelaskan cukai akan dihukum. Salah satu perkembangan yang nyata semasa itu
dapat dilihat dalam sektor perdagangan dan perlombongan. Mengamalkan sistem
ekonomi secara kapitalis yang menjadikan faedah (riba) sebagai asasnya.
Contohnya dalam berhutang, penghutang dikenakan faedah sebanyak beberapa
peratus dari jumlah yang dipinjam. Ini sebenarnya menindas penghutang dengan
faedah yang dikenakan. Barat juga memperkenalkan sistem ekonomi sosialis iaitu
produk dan pendapatan akan menjadi milik kerajaan. Ini kelihatan berat sebelah.
Oleh itu, undang-undang buruh ditubuhkan untuk melindungi hak pengusaha agar
kelihatan lebih saksama.
Sosial
Menurut E.B.Taylor, kepercayaan kepada makhluk halus dan roh merupakan
asas kepercayaan agama yang mula-mula tumbuh dalam alam pemikiran manusia
primitif. Kepercayaan animisme merupakan satu bentuk cultural universals yang
wujud dikalangan Islam mengubah pandangan dunia orang melayu daripada
mempercayai dewa-dewa seperti yang mereka anuti pada zaman hindu kepada

mempercayai Tuhan yang Maha Esa Doa dan bacaan ayat-ayat al-Quran itu
sahajalah daripada unsur Islam yang diamalkan dalam upacara itu.
Persembahan biasa yang terdiri daripada telur dan nasi kunyit ialah bercorak
kemelayuan, walaupun kepercayaan lama tidak dapat dihapuskan sepenuhnya,
namun kebudayaan Islam telah berjaya mempengaruhi bentuk-bentuk kepercayaan
Melayu lama dengan memperkenalkan Allah sebagai Tuhan Yang Maha Esa dan
Muhammad sebagai rasul. Misalnya dalam jampi atau mantera di bawah ini
dimasukkan konsep Islam sebagai menggantikan fahaman ketuhanan, animisme
dan Hinduisme. Walaupun begitu unsur dewa-dewi ini berfungsi sebagai makhluk
alam ghaib seperti hantu dan jembalang yang masih pengaruhi lagi alam pemikiran
orang Melayu hingga kini.
Kini masyarakat Malaysia lebih ke arah meniru gaya hidup sosial barat.
Pengaruh lebih kepada cara berfikir yang dianggap moden iaitu berfikiran terbuka.
Pemikiran yang terbuka contohnya masyarakat sudah kurang mempercayai tentang
perkara-perkara yang digelar pantang larang, petua dan lain-lain dan sesetangah
orang menganggapnya sebagai karut. Barat juga mengamalkan sosial kekeluargaan
tidak sesuai diamalkan oleh kita. Sebagai contoh, barat mula mengiktiraf
bersekedudukan tanpa nikah, pasangan sejenis, keibubapaan tunggal dan lain-lain.
Adat istiadat dalam masyarakat Melayu bermula sejak seseorang itu lahir ke
dunia. Sejak ibu mengandung hingga kanak-kanak yang dilahirkan itu membesar,
berbagai adat istiadat dilakukan oleh orang Melayu. Antaranya ialah adat
melenggang perut sewaktu ibu mengandung, mencecah garam, menjejak kaki ke
bumi, menindik telinga dan beberapa acara perkahwinan dan kematian.

Antaranya adat melenggang perut diamalkan


dikalangan keluarga diraja dan juga rakyat jelata apabila
kandungan ibu genap tujuh bulan. Upacara ini dilakukan
oleh Tuk Bidan dengan tujuan untuk membuang
kecelakaan yang mungkin menimpa ibu yang bakal
bersalin. Ini adalah kepercayaan animisme pada unsur
ghaib. Di samping itu, adat ini juga bertujuan membetulkan kedudukan bayi di dalam
perut ibunya. Bahan-bahan yang digunakan dalam upacara ini ialah beras kunyit,
buah kelapa agar ibu dapat lahirkan anak dengan mudah dan selamat.
Bagi upacara mencecah garam ke mulut kanak-kanak, ia bersamaan dengan
adat Hindu yang mencecah madu dan minyak sapi ke bibir bayi yang dilakukan oleh
Brahmin supaya bayi itu panjang umur dan mendapat kebahagiaan di dalam
hidupnya.
Tapi bagi Islam adat ini diganti dengan mencecapkan air zam-zam atau
kurma. Pembacaan mantera yang biasa dilakukan sebelum adat itu dimulakan juga
digantikan dengan pembacaan surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas kemudian
dibacakan doa. Dalam adat perkahwinan pasangan yang berkahwin dikatakan raja
sehari dan diadakan upacara bersanding sebagai kemuncak bagi upacara tersebut.
Penggunaan sirih pinang, beras kunyit dan berinai juga merupakan pengaruh Hindu.
Walaupun unsur-unsur budaya lama seperti meminang, berinai, bersanding masih
dikekalkan namun upacara itu banyak disesuaikan dengan tuntutan agama Islam.
Pengaruh barat juga dapat dilihat ketika adanya majlis-majlis sambutan hari
lahir. Lilin akan dibakar mengikut bilangan umur di atas sebiji kek dan kemudiannya
ditiup

oleh

individu

yang

diraikan.

Masyarakat

Melayu

tidak

sepatutnya

mendedahkan anak-anak mereka dengan budaya berparti seperti ini sebaliknya


sambutan hari lahir perlulah diraikan dengan majlis doa selamat ataupun kenduri
kesyukuran.
Golongan lelaki memilih baju kemeja dan seluar slack dan tali leher sebagai
pakaian rasmi ke pejabat berbanding baju Melayu, sampin dan songkok. Senario ini
adalah senario akulturasi yang berlaku pada masyarakat Melayu di Malaysia. Hanya
golongan wanita yang kekal anggun mengenakan baju tradisi seperti baju kurung

dan kebaya untuk ke pejabat dan urusan-urusan rasmi lainnya. Pun begitu, fesyen
pakaian golongan wanita ini juga tidak lepas dari pengaruh asing. Jubah dan
kepelbagaian tudung dari Timur Tengah menjadi fesyen terkini wanita Melayu.
Pemberian angpau ketika Hari Raya Aidilfitri merupakan budaya yang
asalnya dipinjam dari budaya masyarakat Cina. Dalam budaya masyarakat Cina,
pemberian angpau adalah dari golongan yang sudah berkahwin kepada mereka
yang masih bujang, tetapi dalam masyarakat Melayu, pemberian angpau pula
adalah dari orang dewasa (tanpa mengira yang sudah berkahwin ataupun yang
masih bujang) kepada kanak-kanak kecil dan remaja yang masih bersekolah dan
juga dari seorang anak kepada kedua ibu bapa mereka. Permainan bunga api dan
mercun ketika Hari Raya Aidilfitri juga merupakan pengaruh budaya masyarakat
Cina.
Sekiranya kita lihat daripada segi makanan, masyarakat Melayu turut
mempunyai menu yang sama dengan masyarakat Cina dan India seperti roti canai,
capati, maruku, kari, mee hailam dan nasi ayam. Semua ini adalah contoh masakan
masyarakat lain yang diserap ke dalam budaya Melayu hasil daripada perkahwinan
campur ataupun pergaulan seharian. Selain itu, pengaruh makanan barat juga
semakin meluas di kalangan masyarakat Melayu. Roti John dan Burger Ramlee
adalah antara pengaruh makanan masyarakat barat di kalangan masyarakat Melayu
yang mana orang Melayu telah menerima makanan tersebut sebagai makanan
Melayu. Masyarakat Melayu juga pada hari ini lebih gemar makan menggunakan
sudu dan garfu ketika tangan berbanding tangan.

KESENIAN
Dalam bidang keseniaan pengaruh Islam pula dapat dilihat pada makam atau
batu nisan, masjid dan perhiasan-perhiasannya. Batu nisan merupakan karya seni
Islam yang pertama sekali masuk ke nusantara. Contohnya yang pernah ditemu i
ialah batu nisan Syeikh Abdul al-Qadir Husain Alam bertarikh 903 masihi yang
dijumpai di Linggir Kedah. Pada permukaan makam-makam yang dijumpai ini
terdapat tulisan yang dipahat daripada ayat al-Quran serta ajaran Islam yang
menekankan tentang hukum dan tasawuf. Dari segi coraknya, batu nisan tersebut

disamping menerima pengaruh asing, juga memancarkan daya kreativiti penduduk


tempatan.
Disamping itu, terdapat juga perkembangan kaligrafi atau seni khat Islam. Ini
dapat dilihat pada makam, masjid dan sebagainya. Contohnya masjid terdapat
ukiran khat pada mihra, mimbar, bingkai atau lengkung tiang dan sebagainya. Tidak
dapat dinafikan bahawa seni ini juga dipengaruhi oleh unsur pra-Islam yang telah
lama seperti dengan masyarakat tempatan.
Setiap aliran ini mempunyai identiti dan imej yang tersendiri. Seni hiburan
barat ini menjadi ikutan negara lain termasuklah Malaysia. Dunia mula diperkenalkan
dengan aliran-aliran muzik barat yang pelbagai antaranya kumpulan-kumpulan artis
yang beraliran rock, balada, pop, jazz, dan lain-lain. Menggunakan muzik-muzik
yang keras, yang bising dan bingit telah menjadi ikut-ikutan anak muda kini. Dahulu
hiburan di ]Negara kita adalah jenis muzik

Melayu asli merupakan muzik yang

berciri sayup, mendayu atau sedih. Ia mempunyai tempo yang perlahan dan bunyi
muziknya juga perlahan dan lembut. Lirik dalam lagu-lagu asli ini lazimnya
menggunakan pantun yang berkenaan dengan sejarah lama, seperti lagu Seri
Mersing, Siti Payung dan Laksmana Mati Dibunuh. Ada juga yang berkenaan
dengan cinta seperti lagu Gurindam Jiwa.
Ini telah menyebabkan seni tradisional sudah mula dipinggirkan sehingga ke
hari ini. Paengaruh barat juga mempengaruhi seni bina di Negara kita Malaysia. Seni
reka bentuk pula, boleh dilihat dari bangunan-bangunan yang dibina dengan
rekabentuk yang dianggap moden oleh orang ramai. Contohnya, Menara Berkembar
Petronas contohnya, dibina dengan berkonsepkan silinder yang diideakan oleh
barat.

KESUSASTERAAN
Sebelum kedatangan unsur dari luar, masyarakat peribumi sudahpun
mempunyai kesusasteraan yang tersendiri. Sebelum masyarakat tempatan tahu
menulis, melalui cara pertuturan sahajalah mereka menyampaikan perasaan atau

curahan hati masing-masing. Ini dikenali sebagai sastera lisan. Dari percakapan
yang pendek membawa kepada percakapan yang panjang hingga menggambarkan
sesuatu cerita. Dengan ini timbullah jenis-jenis kesusasteraan mengikut kaedah
namanya yang sesuai dengan zaman itu seperti bidalan, peribahasa, perumpamaan
dan perbilangan. Selain itu, pantun juga merupakan sastera yang tertua yang
terdapat pada masyarakat Melayu. Hasil sastera yang dihasilkan ini adalah melalui
pengalaman dan pemerhatian masyarakat terhadap sesauatu peristiwa yang berlaku
dalam kehidupan sehari-hari.
Bahasa Melayu mula menerima pengaruh asing sejak zaman bahasa Melayu
kuno dengan menerima pengaruh bahasa Sanskrit, diikuti bahasa Melayu klasik
menerima bahasa Arab dan bahasa Melayu moden menerima bahasa Eropah.
Bahasa Melayu mudah menerima bahasa asing disebabkan bahasa Melayu itu
sendiri yang bersifat dinamik. Peminjaman ini secara tidak langsung telah
memperkaya kosa kata bahasa melayu.
Peminjaman kosa

kata

aing ini

melalui peminjaman

terus dengan

menyesuaikan ejaan dan sebutan contohnya perkataan psychology di eja psikologi.


Seterusnya peminjaman penterjemahan dengan mengambil makna atau konsep
perkataan asing itu contohnya, honeymoon diterjemah menjadi bulan madu.
Sikap mengagungkan bahasa asing sehingga perkataan bahasa Melayu
dianggap lapuk dan ketinggalan zaman. Kekerapan penggunaan bahasa asing yang
lebih tinggi berbanding penggunaan perkataan dalam bahasa Melayu. Peminjaman
bahasa asing berlaku disebabkan pertembungan budaya seperti perniagaan,
peperangan dan penjajahan, penghijrahan, pendidikan dan penyebaran agama.
Unsur-unsur daripada bahasa asing yang diambil oleh bahasa Melayu termasuklah
bunyi, tulisan, imbuhan, kosa kata, istilah, peribahasa dan struktur ayat.
Pengaruh bahasa Sanskrit berlaku ketika zaman bahasa Melayu kuno iaitu
abad ke 7 hingga ke 13. Bahasa Sanskrit dibawa oleh pedagang India dan sami
serta pendeta agama Hindu dan Buddha. Antara kosa kata Sanskrit dalam bahasa
Melayu adalah bahasa, bicara, guru, cinta, duka, merdu, setia, bahu, kepala, lidah,
senja,

permata,

emas,

keranda,ayah,isteri

,janda,

suami,

menteri,

dosa

pahala,asmara, bahaya, rahsia, bumi, cahaya, suria, tanah, melor, seroja, hari,
masa.
Pengaruh tulisan dari Arab pula meresap ke dalam bahasa Melayu dengan
kedatangan Islam ke alam Melayu oleh pedagang dan pendakwah Arab. Melalui
proses pengislaman orang Melayu berjalan lancar kerana apabila pihak istana
memeluk islam maka rakyat jelata akan mengikutinya.Proses pengislaman bukan
sahaja mengubah kepercayaan agama, tetapi juga memberi kesan kepada budaya,
sastera dan bahasa orang Melayu.Pengaruh bahasa Arab lebih dominan dalam
bahasa Melayu berbanding bahasa Sanskrit kerana bahasa Arab banyak
mempengaruhi bab-bab berkaitan hukum.
Pengaruh bahasa Arab yang terpenting ialah terciptanya tulisan jawi. Tulisan
jawi yang diambil daripada aksara Arab dan ditambah dengan 6 huruf digunakan
dalam tulisan untuk bahasa Melayu. Dengan adanya tulisan jawi, maka karya
sastera islam, kitab agama dapat dihasilkan dalam bentuk tulisan. Antara kosa kata
pengaruh arab ialah doa, hadis haji, koblat, murtad, rukuk, hisab, ilmu, sejarah, soal,
tarikh, akal, faham, fakir, halal, haram, zalim, akad, fitnah hormat, kaum, kerabat,
maaf, salam sedekah, tahniah,akhirat, alam, haiwan, dunia, wajah, wujud,roh.
Pengaruh bahasa Parsi di dalam penulisan melayu dapag dilihati lebih
tertumpu dalam lapangan kesusasteraan dan gelaran raja-raja dan adapt pertabalan
sepertiSyah, nobat dan sebagainya.Antara kosa kata bahasa Parsi dalam bahasa
Melayu ialah agar, andai andam,bahari, baju andam, banjir, beriani, cokmar, dewan,
gandum garam, istana, juadah, kamar, kahwin, kelasi, kebab, laksa, nakhoda, nisan,
pinggan seluar, takhta, seruling, pelana, pahlawan, lawak, pesona, piala.
Penyebaran bahasa Jawa ke alam Melayu berlaku ketika pemerintahan
kerajaan Majapahit melalui kesusasteraan jawa iaitu cerita panji, selain penghijrahan
orang-orang Jawa kea lam Melayu. Antara kosa kata Jawa yang terdapat dalam
bahasa Melayu adegan, awet ayu, bagus, beres, calon, duda, enak, garing,
gembleng, kaget, keringat, keruan, ketara, kiai, lakon, lapor, lontong, lumayan,
lumrah, lurah, matang, pamer, perabot, prihatin, rawat, saring, sering, tulen.

Oleh sebab kebanyakan orang Cina yang dating ke Tanah Melayu berasal
dari daerah selatan (Hokkien dan Canton), maka kebanyakan kosa kata yang
dipinjam berasal dari dialek bahasa daerah tersebut. Antara kosa kata bahasa Cina
dalam bahasa Melayu ialah Camca, pongkes, cawan, teko, beca, abah, amoi, apek,
encik, tauke, bohsia, beng, suun, kuaci, lobak, tauhu, tocang, gincu, amah, pisau,
tong, loceng kicap, laici, cincau, dacing, kuih mihun, pau, cat, inci, sampan, tauge.
Jumlah bahasa Tamil dalam bahasa Melayu agak sedikit.Sebahagiannya pula
merupakan pinjaman atas pinjaman iaitu bahasa Tamil yang dipinjam daripada
bahasa asing kemudian dipinjam pula oleh bahasa Melayu. Antara bahasa Tamil
yang dipinjam ke dalam bahasa melayu ialah ceti, kapal, kedai, mempelam, bagai,
kawal, modal, kolam, ayah, kakak, apam, canai, ceut, coli, gudang, gerudi, guni,
ketumbar, kuli, nelayan, nilam, sami, ragam, tali, tembikai, emak, jodoh, kari,
pondan, pinggan.
Apa yang dapat disimpulkan ialah segala unsur lama itu masih lagi dikekalkan
dan tidak semua dihapuskan. Ini disebabkan walaupun dengan hadirnya pengaruh
asing, unsur lama masih lagi boleh diterap atau digunakan dalam pengaruh itu
dengan mencampuadukkan kebudayaan-kebudayaan itu. Mamenglah tidak mudah
untuk masyarakat untuk menerima pengaruh luar tetapi kebudayaan -kebudayaan
yang dibawa oleh pengaruh luar itu ada sedikit sebanyak persamaan dengan unsur
asli. Dan dari sini perkembangan masyarakat, budaya asli boleh berkembang.
Ditambah lagi dengan kedatangan pengaruh Islam telah mencelikkan masyarakat
dan memperbaiki lagi kebudayaan dengan lebih mendekati Tuhan.

Sebenarnya, pengaruh budaya asing dalam masyarakat Melayu masih begitu


banyak untuk

dihuraikan.

Sikap keterbukaan masyarakat, pengaruh arus

kemodenan dan agenda pembangunan negara adalah antara medium belakunya


akulturasi budaya ini. Pengaruh yang baik wajar kita terima dalam budaya kita.
Walaubagaimanapun, perlu ada pemantauan dilakukan terhadap kemasukan
budaya asing ini supaya tidak terus meresap ke dalam budaya tempatan dengan
sewenang-wenangnya.

Sebagai contoh, hiburan dan fesyen yang dibenarkan

masuk dari luar tanpa sebarang had telah menyebabkan tersebarnya budaya Black

Metal, Punk, Gothic dan Skinhead di kalangan remaja Melayu. Budaya negatif
seperti ini sekiranya tidak dibendung, mampu menjadi punca kepada kehancuran
negara.

6.0 RUMUSAN

RUJUKAN / BIBILIOGRAFI
BUKU
A.Aziz Deraman. (2000). Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Melayu Edisi
Baharu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka
Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Modul Hubungan Etnik. Universiti Teknologi Mara
Shah
Alam. Pusat Penerbitan Universiti (UPENA)
Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Siri Pendidikan Guru : Bahasa Melayu 1. Selangor
Darul
Ehsan. Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon. (2010). Budaya dan
Pembelajaran. Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Ting Len Siong. (2013). Budaya dan Pembelajaran. Kuala Lumpur. Freemind
Horizons Sdn.
Bhd.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu II Edisi Kedua. Shah Alam. Oxford
Fajar Sdn.Bhd.
Wan Abdul Kadir. (2010). Pembangunan Industri Budaya dan Identiti Melayu
(Malaysia-Indonesia). ccm.um.edu.my(02/02/2010)
Abdul Rahman Al-Ahmadi. (2003). Tamadun Rumpun Budaya Melayu. Kuala
Lumpur: Kementerian Kebudayaan, kesenian dan Warisan Malaysia.
Che Ibrahim Salleh. (2008). Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Universiti Putra
Malaysia. Serdang.
Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

LAMAN WEB
Konsep Budaya dan Masyarakat 1
http://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yangberdaulat/konsep-dan-budaya-masyarakat-i/
Konsep Budaya dan Masyarakat 2
http://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yangberdaulat/konsep-budaya-dan-masyarakat-melayu-2/
Konsep Budaya
http://notagurupelatih.blogspot.com/2012/04/konsep-budaya.html#
Definisi Melayu dan Asas Kebudayaan
http://azisrazis.blogspot.com/2013/06/definisi-melayu-dan-asas-kebudayaan.html
Aspek Kebudayaan Melayu

http://didikhibur.blogspot.com/2011/12/aspek-kebudayaan-melayu.html
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
http://qalish.com/2010/12/dasar-kebudayaan-kebangsaan.html
Masyarakat Melayu
http://www.jkkn.gov.my/ms/masyarakat-melayu-0
Masyarakat Melayu di Malaysia
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/3240-masyarakat-melayu-dimalaysia.html
Kehidupan Masyarakat Melayu Tradisional
http://yazidyassin.blogspot.com/2013/06/kehidupan-masyarakat-melayutradisional.html

REFLEKSI
Nur Farahim Elriani Binti Rahimpudin
910113-06-5568
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat ILLAHI kerana dengan limpah kurnia dan
hidayah-NYA dapat saya menyiapkan tugasan ini.. Setelahbertungkus-lumus
mengikut tempoh yang telah diberikan, maka inilah yang dapat saya persembahkan.
Sepanjang melakukan tugasan ini, saya tidak menghadapi masalah yang besar
kerana r=terdapat banyak nota yang boleh diperoleh berkaitan dengan topic yang
ditugaskan. Kecuali untuk tajuk mneganalisis budaya materian dan bukan material
dalam masyarakat.
.Kebudayaan

mempunyai

pelbagai

definisi.

Antaranya

ialah

budaya

didefinisikansebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan
meliputi sistemsosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan,
adat resam , sikapdan nilai.Kebudayaan pula merujuk kepada tamadun sesuatu
masyarakat yang diwarisidan yang bersifat dinamik. Di samping itu, ada unsur

menerima dan menolak yang dipraktiskan oleh sesuatu masyarakat dalam satu
keseluruhan sistem kehidupan,didalamnya terkandung unsur teknologi, ekonomi,
organisasi sosial, kepercayaandan sistem simbol yang menjadi milik bersama
sesuatu masyarakat.Pengalaman semasa menyiapkan tugasan ini adalah saya
dapat memahamidengan lebih mendalam tentang kebudayaan Melayu dari segi
pantang larang, adatresam, agama dan sebagainya.
Melalui tugasan ini, pelbagai pengetahuan baharu yang telah saya
pelajari. Antaranya ialah pengaruh luar yang mempengaruhi kebudayaan Melayu.
Terdapatbeberapa pengaruh luar yang mempengaruhi kebudayaan Melayu iaitu
pengaruhanimisme,

Hindu,

Barat

dan

Islam.

Pengaruh-pengaruh

luar

ini

banyakmempengaruhi kehidupan masyarakat Melayu sehingga kini. Antaranya


ialahpengaruh Hindu dalam adat perkahwinan , adat berinai, adat bersanding
dansebagainya.
Pengaruh animisme juga mempengaruhi masyarakat Melayu dalampantang
larang.Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya tidak mempunyai masalah
yangbesar. Hal ini kerana, terdapat banyak sumber seperti buku dan laman
sesawanguntuk dirujuk. Hanya satu masalah yang saya hadapi iaitu panjang
tugasan adalah terhad sedangkan banyak perkara yang ingin dijelaskan dalam
tugasan ini. Hal ini, menyebabkan saya perlu mengehadkan dan memuatkan hanya
perkara yangpenting dalam tugasan ini. Masa untuk menyiapkan tugasan ini juga
mencukupi. Apabila bahan rujukan banyak, masa untuk menyiapkan tugasan akan
menjadi lebihsingkat. Antara dapatan baharu yang saya perolehi ialah pengetahuan
tentang sistem kepercayaan masyarakat, sistem hidup masyarakat Melayu semasa
pengaruh animisme, pengaruh Hindu, pengaruh Barat dan pengaruh Islam. Melalui
tugasan ini juga, saya mendapat pengetahuan yang lebih mendalam tentang adat
resam,pantang larang yang diamalkan oleh masyarakat Melayu. Saya juga
mengetahuisebab apa sesuatu adat resam dan pantang larang itu wujud.
Secara kesuluruhannya, saya dapat lebih kefahaman, pengetahuan dan
dapatmengaplikasi apa yang diajar oleh pensyarah semasa proses menyediakan
kerjakursus ini. Saya berharap masyarakat Melayu masa kini memartabatkan
bahasa ibunda kita kerana bahasa Melayu mempunyai keindahan dan keunikan

yangberbeza berbanding bahasa-bahasa lain di dunia ini seperti kata pepatah


BahasaJiwa Bangsa .

Anda mungkin juga menyukai