Anda di halaman 1dari 1

Tips Untuk Kekal Cergas di Bulan Puasa

Assalamualaikum w.b.t
Bagaimana dengan puasa anda hari ini? Masih cergas dan aktif? Ataupun
keletihan? Berpuasa bukanlah alasan untuk kita lemau dan lesu sepanjang
hari. Malah, berpuasa sepatutnya dapat meningkatkan tahap kesihatan
dan stamina kita. Berikut adalah beberapa panduan untuk korang semua
kekal cergas di bulan puasa.
Ambil makanan yang berkhasiat iaitu mengandungi
karbohidrat, protein, vitamin, mineral serta sedikit lemak semasa
bersahur dan berbuka.
2.
Lakukan aktiviti fizikal untuk meningkatkan kadar
metabolisma. Waktu yang sesuai untuk melakukan aktiviti fizikal ialah
jam sebelum berbuka puasa ataupun selepas makanan yang dimakan
hadam.
3.
Minum banyak air terutama air kosong. Ini untuk
mengelakkan dehidrasi kerana badan kita memerlukan air yang banyak.
4.
Elakkan mengambil minuman yang berkafein kerana
ianya boleh menghalang penyerapan zat-zat makanan oleh badan
Pengambilan suplemen juga dapat membantu meningkatkan tahap
kecergasan anda. Antara suplemen yang sangat sesuai untuk aktiviti di
bulan puasa adalah Mighty 3 Gems. Korang boleh dapatkan info2
berkaitan disini.
1.

Selain daripada tu, untuk kekal sihat dan cergas ada beberapa tabiat
makan yang perlu dielakkan. Antaranya termasuklah:
Jangan makan berlebihan terutama sewaktu berbuka puasa.
Ini untuk mengelak kejadian kembung perut atau ketidakhadaman
makanan.

Kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng dan


berlemak.

Kurangkan makanan tinggi gula.

Kurangkan minum minuman berkafein seperti kopi, teh dan air


berkarbonat. Minuman ini boleh menghalang penyerapan vitamin
dan mineral penting yang diperlukan oleh badan. Ia juga boleh
menyebabkan kita kerap membuang air kecil.

Elakkan makanan yang diproses terutamanya yang


mengandungi perisa dan pewarna tiruan serta pengawet. Biasanya
makanan terproses adalah tinggi garam walaupun tidak terasa
masin.

Kurangkan makanan yang terlalu berempah dan pedas.


Moga-moga tips2 yang diberikan memberi manfaat buat kalian. Sekian.

Anda mungkin juga menyukai