Tutorial 8

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 2

Antara peranan guru biasa dalam sesi kaunseling kelompok boleh membantu

ahli-ahli kelompok yang lain ialah:


1 Pengarah
Guru dikehendaki menentukan matlamat dan tujuan kelompok, serta
menjalankan proses pemilihan ahli dengan sempurna. Perancangan
yang rapi juga merangkumi aspek-aspek pemilihan tempat, dan
penentuan masa yang sesuai. Kemudian, pada peringkat orientasi
kelompok, guru mengubah peranan menjadi seorang pemerhati untuk
mengenalpasti apa yang ditunjukkan, arah mana yang sedang ditujui
oleh kelompok, dan adakah arah tersebut akan membawa kepada
pencapaian matlamat kelompok.
2 Orang yang berkecuali
Semasa sesi kauseling kelompok berlaku, guru berperanan sebagai
seorang yang berkecuali bererti bahawa beliau harus bersifat objektif
terhadap isu perbincangan ahli. Dengan ini, beliau dapat menumpukan
perhatian kepada proses dan dinamika kelompok.
3 Orang yang tidak campur tangan.
Di dalam teori pemusatan perorangan Rogers, seseorang kaunselor
perlu memiliki sifat empati, tulen dan menerima klien secara positif
tanpa syarat. Oleh itu, di dalam sesi kauseling kelompok ini juga, guru
perlu

mengelakkan

diri

daripada

melibatkan

diri

dalam

membincangkan tentang kandungan isu yang berkenaan.

4 Manipulator
Sekiranya kelompok menemui jalan buntu, guru perlu memainkan
peranan sebagai manipulator untuk membawa ahli-ahli kembali ke
pangkuan

yang

betul.

Tambahan

dari

itu,

pengiktirafan

dan

penghargaan secara positif kepada sumbangan semua ahli hendaklah


tidak bersifat pilih kasih. Tetapi, guru perlu berhati-hati dan peka
dengan niat buruk di sebalik idea yang dikemukakan.

5 Pengurus
Guru perlu bertindak sebagai pengadil demi memastikan perbincangan
kelompok berjalan dengan lancar dan tidak menyimpang dari tajuk.
Pada masa tertentu, beliau mungkin perlu berhentikan perbincangan
tajuk yang tidak akan mendatangkan apa jua hasil atau manfaat
kepada mana-mana ahli. Peranan ini hendaklah dimainkan dengan
diplomasi agar tidak menyinggung hati sesiapa pun dalam kalangan
kelompok.
6 Pemangkin
Oleh kerana ahli-ahli dalam sesi kaunseling kelompok terdiri daripada
pelbagai latar belakang yang mana mungkin akan menimbulkan
masalah seperti memonopoli masa, bersikap agresif terhadap yang lain
dan

seumpamanya,

mengoptimumkan

maka

pencapaian

guru

perlu

kelompok

memastikan

dan

kepuasan

supaya
ahli-ahli.

Peranan ini akan terbukti apabila matlamat kelompok dan matlamat


ahli secara peribadi dapat tercapai.

Ringkasnya, peranan guru dalam satu sesi kaunseling kelompok bukanlah


mudah. Oleh itu, setiap guru perlu memahami serta mendalami ilmu-ilmu
atau teori-teori yang berkaitan kaunseling serta memiliki cirri-ciri peribadi
yang baik.

Anda mungkin juga menyukai