Anda di halaman 1dari 2

EDT 5390

GENERAL TEACHING METHODOLOGY


KUIZ ANALITIKAL
NAMA : WAN KHADIJAH BINTI W.IBRAHIM (G 0919128)
BAB 20 : BERSUCI ASAS KEBERSIHAN (TINGKATAN 1)
SITUASI 1
 Mawi bertayamum dan mengerjakan solat Zuhur. Sepuluh minit kemudian masuk
waktu Asar. Mawi mengerjakan solat Asar dengan menggunakan tayamum solat
Zohor. Sahkah solat Asar Mawi?
JAWAPAN
 Solat Asar Mawi tidak sah kerana satu tayamum adalah sah untuk satu solat fardhu
sahaja.

SITUASI 2
 Norman mengerjakan solat dengan bertayamum. Selesai mengerjakan solat, didapati
ada air untuk berwuduk. Adakah Norman perlu mengerjakan solat sekali lagi?
Berikan alasan mengapa.
JAWAPAN
 Solat Norman tidak batal kerana dia mendapati ada air untuk berwuduk setelah
selesai mengerjakan solat, bukan sebelum mengangkat takbir untuk memulakan
solat. Dia tidak perlu mengambil wuduk dan mengerjakan solat semula.

BAB 15 : SOLAT QASAR DAN JAMAK (TINGKATAN 2)


SITUASI 1
 Fasha bertolak dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru. Beliau menunaikan solat Subuh
dalam waktu Zuhur secara jamak. Adakah sah solat Subuh tersebut dan mengapa?
JAWAPAN
 Solat Fasha tidak sah kerana solat Subuh tidak boleh dijamakkan dengan mana-mana
waktu solat yang lain termasuk Zohor.

SITUASI 2
 Misha menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara jamak pada pukul 11.00 malam
dalam perjalanannya dari Kuantan ke Kuala Perlis. Adakah sah solat jamak tersebut?
Berikan alasan anda.
JAWAPAN
 Solat Misha adalah sah kerana dia melakukan solat Maghrib dan Isyak secara jamak
ta’khir.

Anda mungkin juga menyukai