Anda di halaman 1dari 8

KRM 3023 ASAS UKURAN

KRM3023
ASAS UKURAN

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2013/14

TUGASAN 2

DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. MATRIK

NO. TEL

SALWA BINTI IBRAHIM

D20121061497

013 4205812

PUSAT PEMBELAJARAN: UPSI 01


NAMA TUTOR E-LEARNING: DR MAZLINI ADNAN
TARIKH SERAH: 29 APRIL 2014

KRM 3023 ASAS UKURAN

Bincangkan dua (2) miskonsepsi bagi mana-mana DUA (2) dari topik di bawah yang biasa
dihadapi oleh murid dalam mempelajari setiap topik berikut. Juga berikan cadangan aktivitiaktiviti yang boleh membantu murid mengatasi miskonsepsi yang telah dinyatakan
1. Masa dan Waktu
Konsep masa
Masa merujuk kepada tempoh sesuatu kejadian atau peristiwa berlaku.

Konsep waktu
Waktu merujuk kepada bila sesuatu kejadian atau peristiwa berlaku.

Kanak-kanak pada peringkat sekolah rendah agak kurang memahami konsep abstrak masa
dan waktu. Namun lama kelamaan, konsep masa ini didapati berterusan sentiasa
berkembang seiring dengan perkembangan diri murid. Murid mendapati agak sukar untuk
membina pemahaman sebenar mengenai pengukuran waktu dan jangka perjalanan masa.
Kesukaran untuk memahami konsep masa dan waktu ini menjadi miskonsepsi kepada
kebanyakkan murid
MISKONSEPSI DALAM UNIT MASA DAN WAKTU

Di sepanjang pengalaman saya mengajar mata pelajaran Matematik, miskonsepsi dalam


topik masa dan waktu yang paling kerap ditemui ialah dalam:

Sub topik : Operasi tambah yang melibatkan unit jam, minit dan saat :
i.

Miskonsepsi : Tidak menukar unit minit kepada jam, saat ke pada minit.

Kerap kali murid-murid melakukan miskonsepsi dalam topik masa dan waktu ialah semasa
murid membuat latihan operasi tambah yang melibatkan unit jam dan minit. Dalam operasi
tambah yang melibatkan unit jam dan minit, murid hanya melengkapkan jalan kerja separuh
jalan sahaja tanpa menukarkan unit minit kepada jam. Biasanya dalam aktiviti menambah,
murid menyangka minit akan ditukar kepada jam apabuila cukup bilangan 100 dan bukan 60
minit seperti yang sepatutnya. Sebagai contoh: Murid menbuat.

2 jam 25 minit 24 saat


+ 3 jam 55 minit 48 saat
5 jam 80 minit 72 saat

Minit tidak ditukar kepada


unit jam, saat ke minit.
2

KRM 3023 ASAS UKURAN

21 jam 25 minit 24 saat


+ 3 jam 55 minit 48 saat
5 jam 80 minit 72saat
6 jam 21 minit 12saat

Saat ditukar setelah 60


saat ditolak daripada 72
saat. 1 minit ditambah
dilajur minit. Minit ditukar
setelah 60 minit ditolak
daripada 80 minit berbaki
20 minit. 60 minit bernilai
1 jam ditambah dilajur
jam.

Cadangan aktiviti
1. Kanak-kanak hendaklah diberikan kesemua aspek konsep masa dan waktu dalam
konteks kehidupan seharian sebenar. Konsep masa dan waktu yang abstrak menjadi
jelas kepada mereka hanya jika mereka dapat mengaitkannya dengan kejadian
dalam kehidupan seharian mereka.

2. Perkara penting yang perlu ditegaskan ialah murid harus tahu dan memahami
hubungan di antara setiap unit masa. Contohnya, 1 hari = 24 jam, 1 jam = 60 minit,
dan 1 minit = 60 minit. Dapatkan model jam dengan jarum. Minta murid pusingkan
jarum bermula dari nombor 12, ikut arah arah jam dan sebutkan masa. 5 saat..10
saat15 saat seterusnya hingga sampai ke nombor 12 semula. Satu pusingan
lengkap jarum saat, 60 saat bersamaan 1 minit. Begitu juga dengan jarum minit dan
jam.
3. Kaitkan dengan aktiviti harian dalam kehidupan sebenar murid. Contohnya, minta
murid padamkan papan tulis di hadapan. Kirakan masa yang diambil untuk
memadam keseluruhan tulisan di papan tulis dengan menggunakan jam randik dan
sebutkan detik saat bersama-sama dengan murid-murid lain.
4.

Sediakan satu permasalahan operasi tambah melibatkan saat dan minit. Minta
murid buat kira tambah dan tunjukkan di papan tulis. Bincangkan dapatan dan cara
penyelesaian yang betul.
3

KRM 3023 ASAS UKURAN

ii.

Mengira jangka masa aktiviti melibatkan sistem 24 jam

Satu lagi miskonsepsi masa yang sering berlaku ialah murid sukar mengira jangka masa
sesuatu aktiviti yang diberi. Contohnya;
Liana bertolak ke Kuala Lumpur dari Ipoh dengan menaiki kereta pada
pukul 11.00 pagi. Dia tiba di Kuala Lumpur tepat pada pukul 2.00 petang
hari yang sama. Berapa lamakah tempoh masa perjalanan Liana ke
Kuala Lumpur?

Biasanya, murid mengambil mudah membuat pengiraan tanpa berfikir banyak. Murid akan
mengira dengan menolak masa 2.00 daripada 11.00.
11.00
-

2.00
9.00

Maka jawapan yang diberi ialah 9 jam


Kira tolak ini boleh diguna pakai sekira soalannya adalah Liana bertolak ke Kuala Lumpur
pada pukul 8.00 pagi dan tiba pada pukul 12.00 tengah hari. 12.00 boleh tolak 8.00 dan
mendapat jawapan 3 jam. Namun keadaan menjadi berbeza jika ia melibatkan perbezaan
waktu a.m dan p.m.
Cadangan aktiviti
Murid harus mengenal pasti waktu yang diberikan, sama ada waktu a.m atau sudah
menjangkau waktu p.m.
Contoh carta:-

12

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22
10

23
11

a.
a.m

p.m.

Murid harus menukarkan masa di waktu petang dan malam kepada waktu p.m. yang mana
ia adalah waktu sistem 24 jam. Seperti soalan tadi, waktu Liana tiba di Kuala Lumpur pukul
2.00 petang (p.m.) mesti ditukar menjadi pukul 14.00 p.m. Dengan itu, dengan mudah murid
boleh mengira tolak 11.00 daripada 14.00. Maka jawapan yang betul ialah:-

KRM 3023 ASAS UKURAN

14.00
-

11.00
3.00

Maka jawapan yang betul ialah 3 jam

2. Ukuran Panjang

i.

Miskonsepsi penukaran unit mm, cm, dan km dalam ukuran panjang

Dalam topik ukuran panjang, miskonsepsi yang kerap berlaku adalah yang melibatkan
penukaran unit kilometer ( km ) kepada meter ( m ), meter ( m ) kepada sentimeter ( cm )
dan sentimeter ( cm ) kepada milimeter ( mm ).Ini kerana dalam topik ini terlalu banyak .
Murid tidak mengingati formula penukaran unit.

Contoh pengiraan salah:Jika 2.3 km = 2 300 m


Maka 2.3 m juga menjadi 2 300 cm
Contoh soalan :Jarak rumah Amir ke sekolah adalah 7 kilometer.
Berapakah jauh jarak tersebut dalam meter?

Pengiraan :-

1 kilometer = 100 meter


7 kilometer = 7 X 100 meter
= 700 meter
= 700 m

Kesalahan seperti ini kerap terjadi sama ada km kepada m, ataupun m kepada km dan
sebagainya. Kesalahan ini sering terjadi kerana murid tidak meneliti dan menghiraukan unit
yang diberikan.

Bagi mengatasi masalah guru perlu mempelbagaikan kaedah cara penukaran unit. Secara
konseptualnya, penekanan penerangan penukaran cm kepada mm merujuk kepada
5

KRM 3023 ASAS UKURAN

pembaris murid. Unit m kepada cm pula terdapat pada pembaris yang sering dibekalkan
bagi setiap kelas. Dengan ini, ingatan murid akan lebih kukuh lagi bahawa unit cm kepada
mm lebih pendek maka ianya

1 cm = 10 mm.

Boleh juga guru menerangkan bahawa kilo dirujukkan kepada satu ribu. Maka hanya unit
yang mempunyai perkataan kilo sahaja yang didarabkan dengan 1000 atau dibahagikan
dengan 1000. Contoh:-

1 kilometer = 1000 meter


7 kilometer = 7 X 1000 meter
= 7000 meter
= 7000 m

Contoh-contoh lain miskonsepsi ukuran panjang ini ialah seperti berikut;


1. Mengganggar dan mengukur dalam unit millimeter, sentimeter dan kilometer
Sering kali murid-murid mengukur objek bermula dari nombor 1 dalam ukuran sukatan cm,
mm atau km. Ukuran sifar dilihat tidak bernilai kepada murid kerana adalah 0. Contoh dalam
rajah di bawah, pensel merah dikatakan berukuran 7 cm. Jawapan ini sememangnya salah
kerana sepatutnya murid mengukur dari 0cm. Ukuran pensel merah sepatutnya

adalah

6cm.
Cara yang salah

KRM 3023 ASAS UKURAN

Murid sepatutnya mengukur objek bermula dari senggat nombor 0. Ukuran pensel hijau
adalah 4 cm.
Cara yang betul

Murid-murid tidak menghiraukan nombor sifar yang sama juga digunakan seperti
nombor-nombor lain.
Cadangan aktiviti
1. Dalam pengajaran unit ini, galakkan murid mempunyai alat pengukur mereka sendiri,
sama ada pembaris atau alat pengukur yang lain. Pastikan murid melakukan aktiviti
mengukur mereka sendiri.
2. Dalam kumpulan, murid diminta mengukur lebar dan panjang meja mereka sendiri.
Tegaskan kepada murid supaya mengukur dari tanda 0. Minta mereka catatkan ke
dalam jadual yang mereka sediakan. Ukur objek lain yang ada disekitar murid seperti
pensel, pemadam, kotak pensel dan sebagainya. Buat perbandingan hasil dapatan
dengan murid-murid dari ahli kumpulam lain. Bincangkan perbezaan dan kesilapan
yang dilakukan.
3. Ukur dan gunting kertas warna yang diberi oleh guru. Buat perbandingan dan lihat
perbezaan yang dilakukan. Ukur semula sehingga tepat Tampalkan hasil ukuran
dalam kertas aktiviti, labelkan ukuran dan pamerkan di sudut kreativiti.
KESIMPULAN
Secara umum, guru tidak digalakkan untuk memikirkan kegagalan kanak-kanak dalam
menyelesaikan masalah matematik disebabkan oleh kelemahan daya pemikiran, malas, sikap
yang negatif atau kesukaran belajar sahaja, walaupun faktor-faktor ini serba sedikit
menyumbang kepada kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan. Guru juga harus meneliti
mengenai konsepsi murid-murid terhadap konsep-konsep yang telah diajar. Jika terdapat
7

KRM 3023 ASAS UKURAN

miskonsepsi, guru perlu membantu kanak-kanak tersebut memperbetulkan miskonsepsi


mereka.
Menurut Nor Asmah (2000), pendekatan yang sesuai perlu dicari dan digunakan. Refleksi
keatas pendekatan dibuat dan perlu diulangi kitaran sehingga membuahkan kejayaan.
Persekitaran pembelajaran yang menyokong dan mengalakkan penaakulan matematik dan
meningkatkan kecenderungan pelajar terhadap matematik perlu diberi pertimbangan yang
sewajarnya oleh guru matematik dengan menjana minda pelajar kearah yang positif.
Salah satu dari kaedah pengajaran yang membantu murid mengatasi miskonsepsi mereka ialah
dengan menggalakkan mereka berkongsi berbincang dan memperkembangkan interpretasi
konsep matematik mereka.

Rujukan
Alwyn Olivier, 1998 , Handling pupils misconceptions. Department of Didactics, University of
Stellenbosch, Stellenbosch 7600
Ian

Stewart.

(2002).

Pendekatan

Konstruktivisme

[Laman

Web].

Tersedia

:www.geocities.com/venusstewart/konstruktivisme_matematik.htm
Nor Asmah Md Noh (2000). Senario pengajaran dan pembelajaran Matematik. [On-Line].
Tersedia : www. geocities.com
See Kin Hai (Dr.), ____. Analisis Kesilapan Umum Dalam Matematik di Sekolah- Sekolah
Rendah. Universiti Brunei Darussalam.

Anda mungkin juga menyukai