Anda di halaman 1dari 10

KAJIAN MASALAH PENGANGGURAN DI KALANGAN SISWAZAH

RINGKASAN EKSEKUTIF

1.0

Pendahuluan

1.1

Meskipun kajian ini berfokus kepada masalah pengangguran di kalangan siswazah,


Jawatankuasa Pemandu Kajian telah menetapkan supaya suatu sampel graduan tahun 2001
dikaji dan sampel ini merangkumi graduan yang sedang menganggur dan yang sudah
bekerja. Pendekatan ini akan membolehkan perbandingan dijalankan antara dua kelompok
graduan ini dari segi perbezaan ciri-ciri peribadi/psikologi dan ciri-ciri lain yang berperanan
dalam menentukan status bekerja/tidak bekerja seseorang siswazah.

2.0

Isu-isu utama kajian

2.1

Banyak yang telah diperkatakan tentang ciri-ciri siswazah yang diperlukan oleh majikan.
Sehubungan dengan hal ini, tiga persoalan yang timbul ialah:(a)

Apakah hakikat ciri-ciri siswazah yang dimaksudkan?

(b)

Apakah langkah-langkah yang telah, sedang dan perlu diambil oleh IPT untuk
menghasilkan graduan yang boleh bersaing di pasaran?

(c)

Selain peluang pekerjaan di sektor awam, di sektor swasta dan di sektor bekerja
sendiri, adakah kemungkinan siswazah menceburkan diri dalam aktiviti sektor ketiga
yang merangkumi organisasi bukan kerajaan (NGO), badan-badan sukarela dan lainlain? Potensi peluang pekerjaan dalam sektor ketiga, selain sektor awam dan swasta
dan juga bekerja sendiri, perlu diterokai. IPT perlu menyediakan siswazah dengan
kemahiran teras (core skills) dan kecekapan/kompetensi (competencies) yang bersifat
umum yang dapat disesuaikan dengan keempat-empat sektor yang dimaksudkan.

3.0

Objektif kajian

3.1

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:(a)

Untuk mengkaji pola, corak dan punca masalah pengangguran di kalangan siswazah
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
dan IPT di luar negara yang telah berijazah pada tahun 2001.

(b)

Untuk menganalisis perkaitan profil siswazah yang menganggur dan yang berjaya
mendapat pekerjaan dengan variabel seperti gender, umur, etnik, bidang pengajian,
institusi pengajian, tempoh masa menganggur, kemahiran, dan kecekapan.

(c)

Untuk menentukan profil siswazah mengikut perspektif majikan.

(d)

Untuk menentukan tindakan yang perlu diambil oleh IPT bagi mengatasi masalah
pengangguran di kalangan siswazah.
i

4.0

Skop kajian

4.1

Dalam konteks pengangguran di kalangan siswazah yang telah berijazah pada tahun 2001,
kajian akan mengkaji perkara-perkara berikut:(a)

Isu dalaman IPT, iaitu perkara-perkara yang bersangkutan dengan pelbagai aktiviti
dan program IPT yang merangkumi program pengajian, pembentukan sahsiah,
perwatakan, ketrampilan dan lain-lain.

(b)

Isu luaran, iaitu keperluan bagi memenuhi kehendak pasaran dan bidang-bidang
yang boleh diceburi.

(c)

Polisi kerajaan, dalam hubungannya dengan pihak swasta dan pelanggan, yang boleh
membantu melaksanakan tindakan-tindakan yang bakal dicadangkan bagi menangani
masalah pengangguran di kalangan siswazah.

4.2

Seterusnya, kajian ini akan mencadangkan tindakan-tindakan berbentuk jangka pendek dan
jangka panjang yang perlu dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dan IPT serta
agensi-agensi kerajaan yang berkaitan bagi menangani masalah pengangguran di kalangan
siswazah.

5.0

Pendekatan dan metodologi

5.1

Pendekatan kajian

5.2.1

5.1.1

Untuk melaksanakan kajian ini pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan


Perangkaan Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi (Kementerian Pendidikan
Malaysia), Jabatan Pendidikan Swasta (Kementerian Pendidikan Malaysia),
Unit Perancangan Ekonomi (UPE), Kementerian Sumber Manusia, Majlis
Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), pertubuhan seperti Federation of
Malaysian Manufacturers (FMM), Malaysian Employers Federation (MEF),
dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah
membekalkan maklumat yang diperlukan.

5.1.2

Data sekunder mengenai pembangunan kurikulum dan pelajar telah


dibekalkan oleh beberapa IPT.

5.1.3

Memandangkan persoalanpersoalan yang telah disenaraikan sebelum ini


tidak mungkin boleh dijawab sepenuhnya oleh data sekunder sahaja maka
kajian ini juga telah mengumpul data primer daripada dua sumber utama iaitu
siswazah dan majikan.

Metodologi kajian
5.2.1

Sampel kajian
(a)

Untuk mendapatkan sample kajian, tinjauan melalui pos suatu sampel


siswazah IPT yang telah berijazah pada tahun 2001 telah dijalankan.
Persampelan kajian untuk tujuan tinjauan melalui pos telah dikenal pasti
ii

dengan cara mengambil 25 peratus daripada jumlah bilangan siswazah


sarjana muda untuk tahun 2001. Seterusnya teknik persampelan pembahagian
bertujuan (purposive sampling) digunakan. Daripada jumlah keseluruhan
sampel, 78 peratus terdiri daripada sampel bidang pengajian sastera tulen dan
sastera gunaan; 16 peratus sains tulen dan enam peratus bidang teknikal
(termasuk sains gunaan, kesihatan dan perubatan).
(b) Temuduga dengan kumpulan kecil fokus seperti berikut:
i.

Pihak majikan seperti badan profesional, MEF, FMM, dan badan


korporat.
Pusat Latihan Kemahiran seperti Penang Skills Development Centre
(PSDC).
Siswazah menganggur yang berdaftar dengan Skim Siswazah
Menganggur.

ii.
iii.

(c)

5.2.2

Sampel-sampel utama untuk inventori profil atribut psikologi diambil


daripada responden-responden kajian pos. Pecahan penghantaran adalah
seperti berikut:i.

384 inventori dihantar kepada sampel yang tidak bekerja.

ii.

397 inventori dihantar kepada sampel yang bekerja.

iii.

Selain penghantaran secara pos, inventori ini juga diberikan kepada


siswazah kumpulan fokus yang ditemu bual. Sampel kumpulan fokus
ialah mereka yang menyertai skim latihan siswazah menganggur dan
mereka ini berjumlah 34 orang. Untuk menambahkan lagi jumlah sampel
responden, sebanyak 100 inventori telah diedarkan kepada ahli-ahli
Malaysian Employers Federation (MEF) yang menghadiri sesi temu
bual kumpulan fokus majikan bersama ahli pasukan penyelidik. Majikanmajikan ini diminta menyampaikan inventori profil atribut psikologi ini
kepada pekerja mereka yang menepati ciri-ciri sampel yang dikehendaki.

Instrumen kajian
(a)

Soal selidik melalui pos


Soal selidik yang sebahagian besarnya berstruktur dan tertutup ialah
instrumen yang telah digunakan untuk mengumpul data primer daripada
sampel siswazah 2001.

(b)

Soal selidik untuk temu bual kumpulan fokus


Garis panduan temu bual telah digunakan untuk mendapatkan maklumat
daripada kumpulan focus, seperti siswazah yang menganggur, pihak majikan
dan pengelola program latihan.

(c)

Pembinaan Inventori Atribut Psikologi


(i)

Untuk tujuan pengisahan profil ini satu instrumen telah digubal untuk
meneroka 19 kategori atribut psikologi yang positif dan tiga kategori
atribut psikologi yang negatif. Dalam setiap kategori atribut ada lima
item sahaja.
iii

(ii)

Kesahihan item dan kategori serta kebolehpercayaan item dan kategori


disemak dan disahkan oleh pihak yang berkenaan. Dalam sorotan
literatur, pekali melebihi enam, diterima sebagai pekali piawai bagi
kebolehpercayaan inventori sesuatu kajian penerokaan. Pekali sebenar
setiap atribut bagi inventori kajian ini terletak antara 0.60 - 0.87 (Jadual
5.1).

6.0

Data dan analisis data: Kadar respons dan kebolehpercayaan

6.1

Soal selidik melalui pos


6.1.1

6.2

Sebanyak 8500 borang soal selidik telah dihantar kepada sampel siswazah IPT yang
telah berijazah pada tahun 2001 dan sejumlah 2274 soal selidik sesuai untuk
dianalisis (bersamaan dengan kadar respons 26.6 peratus).

Temu bual kumpulan fokus


6.2.1

Sepuluh sesi temu bual yang melibatkan 63 orang siswazah menganggur yang
berdaftar di bawah Skim Sangkutan Pembantu Pengajar, Skim Sangkutan dan
Latihan, dan Skim Latihan Semula lepasan ijazah (PSDC) telah diadakan. Daripada
sejumlah 63 orang ini, 39 orang terdiri daripada responden wanita dan 24 orang
lelaki, dan dari segi etnik pula 49 Melayu, 12 Cina, seorang India, dan seorang
Punjabi.

6.2.2

Empat sesi temu bual dengan kumpulan fokus yang terdiri daripada 31 orang
pengurus besar dan pengurus bahagian sumber manusia yang mewakili beberapa
syarikat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Multi National Companies (MNCs)
telah diadakan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Taiping.

6.2.3 Maklumat yang lebih terperinci mengenai siswazah yang tidak bekerja diperoleh
melalui sesi temu bual ini. Perkara yang paling penting ialah maklumat yang
dibekalkan oleh responden melalui soal selidik boleh didalami lagi dan boleh
diperiksa / disahkan dengan pihak majikan yang menghadiri sesi temu bual.
6.3

Profil atribut psikologi siswazah


6.3.1 Berdasarkan senarai responden kajian, seramai 561 responden dipilih untuk
menjawab inventori psikologi. Daripada jumlah itu, seramai 235 (41.9%) ialah
responden lelaki dan 326 (58.1%) pula perempuan. Jika dibahagikan mengikut status
pekerjaan pula, 275 (49.0%) sedang bekerja, 272 (48.5%) tidak bekerja dan 14
(2.5%) sedang menyambung pelajaran. Daripada 272 orang yang tidak bekerja, 152
orang menganggur dan 120 orang daripada mereka sedang mengikuti skim latihan
siswazah menganggur.

6.4

Maklumat tambahan: Pengalaman penyelidik


6.4.1

Maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber seperti di atas perlu


dilengkapkan dengan pengalaman dan pengamatan penyelidik. Oleh itu, meskipun
sampel terhad, maklumat tambahan berdasarkan pengalaman dan penglibatan
penyelidik menguatkan lagi kesimpulan dan cadangan tindakan kajian ini.

iv

6.5

Pemprosesan dan analisis data


6.5.1

Data primer telah diproses dan dianalisis menggunakan perisian SPSS. Penjadualan
silang serta ujian seperti ujian-t dan ANOVA (Analysis of Variance) telah dijalankan
untuk mengungkap beberapa perkara berkaitan dengan matlamat kajian ini. Analisis
logit telah dijalankan untuk menentukan probabiliti seseorang graduan menganggur
berdasarkan ciri-ciri tertentu.

6.5.2

Data sekunder telah dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif untuk mengungkap
beberapa perkara berkaitan dengan fenomena pengangguran di Malaysia.

7.0

Pengangguran di kalangan siswazah: rangka kerja ekonomi

7.1

Beberapa cadangan/langkah timbul daripada perbincangan tentang isu dan cabaran tenaga
kerja dan guna tenaga di Malaysia. Antara cadangan dasar tersebut termasuklah:

menentukan perimbangan antara kadar proses peralihan struktur daripada pekonomi kepada k-ekonomi dengan penawaran, permintaan tenaga kerja,
teknik pengeluaran dan produktivi buruh supaya tidak wujud defisit atau
lebihan dalam tenaga kerja,

menggubal Dasar Pekerja Asing Negara,

menggubal Pelan Induk Sumber Manusia Negara,

8.0

kajian

menubuhkan Konsortium Pakatan Tiga Pihak berhubung dengan isu-isu


tenaga kerja dan guna tenaga di Malaysia,
memastikan semua dasar berhubung dengan tenaga kerja dan guna tenaga
konsisten, lestari dan kurang bersifat ad hoc.

Rumusan dan implikasi dapatan kajian


Dapatan daripada (a) kumpulan fokus, (b) pencarian kerja dan (c) profil atribut psikologi
diintegrasikan untuk menyingkap ciri-ciri responden siswazah. Berikut ialah gambaran yang
diperoleh daripada intergrasi tersebut.

8.1

Inisiatif
8.1.1

Berdasarkan dapatan tinjauan aktiviti mencari kerja, responden menganggur mulai


memohon pekerjaan selepas tamat pengajian. Akan tetapi 33 peratus siswazah yang
bekerja mula memohon kerja sebelum mereka menamatkan pengajian. Dapatan ini
selaras dengan dapatan tinjauan umum yang mendapati bahawa bilangan
permohonan kerja yang dihantar oleh responden yang bekerja adalah lebih daripada
10 permohonan. Responden yang menganggur pula memohon kurang daripada 10
permohonan.

8.1.2

Tinjauan aktiviti mencari pekerjaan juga dilakukan terhadap responden yang telah
pun mendapat pekerjaan tetapi masih lagi mencari pekerjaan baru. Responden yang
bekerja mengambil inisiatif meneroka pasaran kerja untuk mencari kerja baru yang
lebih baik. 70.8 peratus responden yang bekerja menghantar resume kepada majikan.
v

62.7 peratus responden Melayu menghantar permohonan menggunakan borang


permohonan berbanding dengan siswazah Cina (17.2%) yang tidak berbuat
demikian. Ini menunjukkan mereka kurang inisiatif.
8.1.3

8.2

8.3

8.4

Data ini juga diperkukuhkan oleh dapatan daripada profil atribut psikologi yang
mendapati responden yang tidak bekerja kurang inisiatif.

Kebolehan untuk berubah


8.2.1

Tinjauan daripada aktiviti mencari pekerjaan mendapati bahawa terdapat 70.8


peratus responden Melayu yang mencari pekerjaan melalui Jabatan Perkhidmatan
Awam, berbanding responden Cina 46 peratus dan India 38.1 peratus.

8.2.2

Ini selaras dengan dapatan kumpulan fokus yang menunjukkan rata-rata responden
Melayu mengharapkan pekerjaan daripada kerajaan. Responden menganggur juga
bergantung kepada kerajaan, bukan sektor swasta untuk mendapatkan pekerjaan.
Mereka juga tidak mahu bekerja dalam bidang yang tidak sesuai dengan kelayakan
mereka.

8.2.3

Analisis ekonomi mendapati sektor pekerjaan telah berubah daripada sektor


pentadbiran (kerajaan) kepada sektor perkhidmatan (swasta). Nampaknya responden
menganggur tidak searus dengan perubahan ini. Mereka tidak mudah berubah dan
keupayaan untuk berubah mengikut arus adalah lemah.

Pemikiran negatif
8.3.1

Melalui temu bual dengan kumpulan fokus didapati bahawa responden gagal untuk
mendapatkan pekerjaan kerana kurang mempunyai hubungan dan tiada pengalaman
kerja. Mereka juga beranggapan mereka tidak mendapat pekerjaan kerana ada unsur
diskriminasi seperti perempuan dan bertudung.

8.3.2

Responden yang tidak bekerja sering menyatakan sebab mereka tidak mendapat
pekerjaan kerana faktor luaran dan ini boleh membawa kepada pemikiran negatif dan
tanggapan yang tidak realistik tentang perkara di sekitar mereka.

Cadangan umum

IPT perlu mengambil beberapa langkah, misalnya menyediakan kaunseling kerjaya ataupun
menubuhkan pusat penempatan kerjaya untuk membantu pelajar meningkat kemahiran, sahsiah,
minat dan nilai kerja sejajar dengan dunia pekerjaan semasa. Mereka juga mesti membantu pelajar
meneroka peluang pekerjaan dalam pasaran kerja.

9.0

Isu-isu utama dan cadangan tindakan

9.1

Aktiviti mencari pekerjaan


9.1.1

Isu 1: Kesedaran berkerjaya (career awareness)


Responden tidak mempunyai kematangan dari segi hal-hal kerjaya (career
immaturity). Keputusan ujian F yang tidak signifikan menunjukkan pola yang sama
di kalangan responden daripada pelbagai latar belakang ekonomi.

vi

9.2

9.1.2

Cadangan 1: Unit Kerjaya


Unit kerjaya perlu ditubuhkan di setiap IPT. IPT yang sudah ada unit kerjaya perlu
mengkaji semula atau mempertingkatkan peranan unit ini sesuai dengan keperluan
pelajar dan juga negara. Fungsi unit kaunseling kerjaya bukan sahaja untuk
membantu pelajar mencari pekerjaan, tetapi juga untuk memenuhi fungsi-fungsi
berikut:i.
Membina kesedaran kerjaya
ii.
Meneroka bidang pekerjaan baru
iii.
Menjalankan latihan yang berkaitan dengan aktiviti mencari pekerjaan.

9.1.3

Cadangan 2: Membaiki Unit Kerjaya

Kemahiran dan kecekapan lain


9.2.1

Isu 1: Tahap kemahiran


Kebanyakan responden, sama ada yang bekerja atau menganggur, memiliki
kemahiran yang terbabit pada tahap yang tinggi. Kebanyakan respons untuk setiap
kemahiran diberi respons baik atau sangat baik. Bilangan respons tidak baik
agak rendah. Namun, seperti yang diterangkan di bawah, kemahiran yang mereka
miliki tidak konsisten.

9.2.2

Isu 2: Kecenderungan kemahiran


Responden lebih cenderung terhadap kemahiran tertentu. Contohnya, dalam aspek
kemahiran berfikir, responden lebih cenderung terhadap kemahiran yang bersifat
umum, dan kurang cenderung terhadap kemahiran yang bersifat spesifik. Dalam
aspek kemahiran berkomunikasi pula, terdapat lebih kecenderungan terhadap
kemahiran bersifat lisan, berbanding penulisan.

9.2.3 Isu 3: Ketidaksepadanan kemahiran yang dimiliki dengan kemahiran yang


digunakan semasa bekerja
9.2.3.1 Banyak kemahiran yang dimiliki selepas tamat pengajian di IPT tidak
selari dengan penggunaan kemahiran semasa bekerja.
9.2.3.2 Responden yang menganggur menunjukkan kurang kecenderungan terhadap
kemahiran berkomunikasi secara penulisan. Penemuan ini konsisten dengan
penemuan tentang kemahiran bahasa yang menunjukkan kemahiran
penulisan dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris merupakan kemahiran
yang paling kurang dimiliki oleh responden.
9.2.3.3 Penemuan ini juga konsisten dengan penemuan tentang atribut psikologi
siswazah yang menganggur. Dalam hal ini didapati siswazah yang
menganggur menilai diri mereka lebih daripada realiti. Senario ini juga dapat
digambarkan daripada penemuan tentang kemahiran yang dimiliki oleh
siswazah. Lebih ramai siswazah yang menganggur mengganggap mereka
memiliki kemahiran yang ditanya, berbanding siswazah yang bekerja.
9.2.3.4 Responden yang menganggur juga tidak memperlihatkan kecenderungan
yang tinggi terhadap kemahiran yang penting dalam bidang keusahawanan.
Kebanyakan mereka memberi kedudukan yang rendah terhadap kemahiran
membuat pembentangan, memimpin dan memotivasi kumpulan, dan

vii

melakukan beberapa tugas serentak. Boleh dirumuskan siswazah yang


menganggur kurang memiliki ciri-ciri keusahawanan.
9.2.4

9.2.5
9.3

Isu 4: Latihan praktikal/praktikum, ko-kurikulum dan skim latihan lepasan siswazah


9.2.4.1

Pemendekan tempoh pengajian daripada 4 tahun kepada 3 tahun


menyebabkan universiti tidak memberi tumpuan kepada latihan praktik,
latihan ilmiah dan ko-kurikulum.

9.2.4.2

Walaupun latihan praktik penting, tidak semua responden menjalaninya


untuk benar-benar mendedahkan mereka ke alam pekerjaan.

9.2.4.3

Skim latihan selepas pengajian mestilah berbentuk vokasional. Graduan


yang bekerja banyak mengikuti skim latihan yang berbeza dengan skim
mainstream.

Cadangan 1: Mengkaji semula komponen kemahiran yang selaras dalam kurikulum

Kemahiran keusahawanan di kalangan siswazah


9.3.1 Isu 1: Menerokai potensi bekerja sendiri.
9.3.2

Cadangan:
1a: Menyemak semula Program Pembangunan Usahasiswa (PPUS).
1b: Penyediaan prasarana keusahawanan di IPT.
1c: Perlantikan kaunselor keusahawanan.
1d: Tabung Keusahawanan Siswazah.
1e: Program Anak Angkat Usahawan.
1f: Pertandingan keusahawanan dalaman dan antara IPT.
1g: Penggubalan kurikulum keusahawanan.
1h: Penggubalan ko-kurikulum keusahawanan.
1j: Kursus kemahiran kepada siswazah yang akan menamatkan pengajian.
1k: Sokongan dan penglibatan pihak pengurusan IPT.

9.4

Atribut psikologi
9.4.1 Isu 1: Ketidakpekaan tentang realiti tempat bekerja dan harapan pekerjaan
9.4.2

Cadangan 1:
1a: IPT perlu mendidik semula mahasiswa supaya peka tentang realiti tempat
bekerja dan harapan pekerjaan realistik dalam penilaian keupayaan dan
potensi mereka berbanding dengan peluang atau pilihan pekerjaan;

viii

bersifat terbuka dalam menilai diri sendiri, mengakui kelemahan dan


kekurangan, dan seterusnya berusaha untuk mengatasinya.
1b: IPT perlu melantik seorang kaunselor untuk setiap 500 mahasiswa dan
peranan kaunselor ini adalah seperti berikut:-

9.5

(i)

Menjalankan ujian psikologi terhadap mahasiswa untuk memastikan


mereka mempunyai imej sendiri yang realistik.

(ii)

Memberi perkhidmatan kaunseling kepada


kumpulan sebagai suatu strategi campur tangan.

(iii)

Menjalankan penilaian kerjaya dan kaunseling untuk membantu


mahasiswa memadankan kecekapan, personaliti, minat dan nilai
dengan pilihan program dan kerjaya.

individu

Hubungan dan peranan kerjasama antara Institusi Pengajian Tinggi


industri dalam pembangunan tenaga manusia mahir/terlatih

dan/atau

(IPT) dan

9.5.1

Isu 1: Kurangnya sinergi antara IPTA dengan swasta/industri

9.5.2

Isu 2: Penubuhan satu forum atau jawatankuasa-bersama antara IPT dengan pihak
industri antara lain mempunyai tujuan berikut: Memberikan penjelasan lanjut dan seterusnya membincangkan kandungan
program akademik yang disediakan kepada siswazah di IPT.
Merangka program berbentuk kemahiran ringan secara kerjasama antara
IPT dengan pihak industri supaya dapat memenuhi keperluan bakal
majikan.
Menyediakan pangkalan data bakal graduan yang berpatutan untuk tujuan
penempatan kerja.
Bekerjasama untuk mendapatkan insentif rebet cukai daripada kerajaan
untuk program latihan kemahiran ringan.

10.0 Kesimpulan (ke arah siswazah + +)


10.1

Siswazah dalam bidang-bidang yang lazim dikategorikan sebagai Generalist (sebagai


contoh siswazah sastera dan kemanusiaan, dan sains sosial yang telah dilengkapi dengan
pengetahuan dan kemahiran umum berkaitan dengan pekerjaan) dan Generalist Plus
(sebagai contoh siswazah sains tulen yang telah dilengkapi dengan pengetahuan dan
kemahiran umum dan khusus berkaitan dengan pekerjaan), mendapati amat sukar untuk
memasuki pasaran buruh dan menggunakan kemahiran dan keupayaan mereka berbanding
dengan kelompok Occupational Generalist dan Occupational Specialist.

10.2

Untuk mengatasi masalah pengangguran di kalangan siswazah dalam Kelompok Generalist


dan Generalist Plus kurikulum bidang-bidang berkaitan perlu bersifat seimbang, iaitu ada
elemen penekanan secara eksplisit kepada pembangunan kualiti personal dan kemahiran
praktikal.

10.3

Dalam kata lain, kurikulum yang bersifat seimbang perlu mengurangkan penekanan kepada
keperluan subjek semata-mata dan meningkatkan penekanan kepada keperluan jangka

ix

panjang pelajar. Dalam hal ini pekerjaan dan perkara-perkara berkaitan dengan tempat
bekerja merupakan satu daripada beberapa keperluan yang dimaksudkan.
10.4

Dalam keadaan ekonomi yang pesat berkembang dan diikuti oleh proses transformasi
struktur pengeluaran dan pekerjaan, cadangan-cadangan seperti di atas boleh menyumbang
kepada kemunculan kelompok siswazah Generalist Plus Plus. Kelompok ini akan
menonjolkan ciri-ciri peribadi/kemahiran dan bidang pengajian yang selaras dengan dunia
pekerjaan.

10.5

IPT tidak boleh menganggap masalah pengangguran di kalangan siswazah ini sebagai satu
fenomena yang akan berlaku pada ketika tertentu sahaja. IPT perlu mendapatkan maklum
balas secara berterusan daripada siswazah dan juga majikan tentang objektif kursus-kursus
yang ditawarkan.

10.6

Matlamat akhir IPT ialah untuk menghasilkan siswazah yang berkeperibadian, berilmu,
berteknologi dan berkemahiran (elemen + +).

Anda mungkin juga menyukai