Anda di halaman 1dari 2

GRAF BAR STPM

Pengenalan
qGraf bar digunakan untuk menunjukkan data statistik dengan lebih jelas dan
mudah.
qGraf bar sesuai digunakan untuk membuat perbandingan atau melihat perubahan
sesuatu pembolehubah dalam sesuatu tempoh masa dengan jelas.

Terdapat 4 jenis graf bar (STPM) iaitu :


1.graf bar kompaun/histogram
2.graf bar komponen
3.graf bar memesong/cermin.
4.Graf bar piramid

Kaedah mengenal pasti media


qMenunjukkan bilangan/kuantiti/nilai mutlak graf bar kompaun,histogram.
Contoh: Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf bar yang
sesuai untuk menunjukkan perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan bagi
perkhidmatan sosial dan ekonomi pada tahun 1998 hingga 2001.

qMenunjukkan jumlah/komposisi/diterapkan graf bar komponen.


Contoh : Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan
graf bar yang sesuai untuk menunjukkan jumlah kutipan hasil cukai tidak langsung
Kerajaan Persekutuan pada tahun 2000 hingga 2005.

qMenunjukkan perubahan positif dan negatif graf bar memesong/cermin

Contoh : Berdasarkan maklumat yang diberikan di bawah, sediakan graf bar yang
sesuai untuk membandingkan perubahan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia
dan beberapa buah negara terpilih bagi tahun-tahun yang dinyatakan.

qMenunjukkan bilangan/jumlah kelahiran, jantina atau kumpulan etnik Graf bar


piramid.
Contoh: Berdasarkan maklumat yang disediakan dalam petikan di bawah, sediakan
sebuah graf bar yang sesuai untuk menunjukkan kelahiran hidup mengikut berat
kelahiran, kumpulan etnik dan jantina di Semenanjung Malaysia pada tahun 2002.
Perkara yang wajib pelajar beri perhatian
qTajuk media mengandungi negara, isu dan tahun
qPastikan pelajar menuliskan label yang mengandungi peratus, angka dan tahun
pada paksi.
qLabel harus berada di bawah tajuk media
qSkala perlu ditulis sama ada dalam angka juta atau ribu di bawah label.
qPelajar yang silap menulis bilangan (0) bagi ribu atau juta akan mendapat markah
rendah dan menjejaskan perolehan markah keseluruhan media.
qPelajar perlu tuliskan titik asas (0)
qPastikan kedudukan media dalam keadaan di tengah-tengah kertas graf.
qTulis persamaan skala di bawah media.
qPetunjuk perlu dibuat di bawah skala persamaan yan g ditulis.
qSumber mesti ditulis di bawah petunjuk dan diletakkan di bawah bahagian kanan.
qJangan lupa untuk membuat jadual secara lengkap untuk dihantar bersama-sama
media yang dilukis.

Anda mungkin juga menyukai