Anda di halaman 1dari 2

SINOPSIS

Novel ini menceritakan tentang Sukma iaitu seorang remaja perempuan yang
hidup dalam kemewahan dan sedang menuntut di sebuah universiti awam tempatan.
ayah Sukma merupakan seorang YB di kawasan tersebut. keganjilan muncul apabila
Sukma sering melihat tetamu di hadapan rumah mereka. Tetamu-tetamu yang tidak
diundang itu muncul tepat pada pukul 6.20 pagi. Antara tetamu yang sering dilihat
oleh Sukma adalah seorang kanak-kanak lelaki, seorang nenek tua dan juga
seorang lelaki. Sukma akhirnya dapat bercakap dengan tetamu-tetamu itu, namun
apabila ibu Sukma melihat, ibunya akan marah dan secara tiba-tiba tetamu-tetamu
itu akan hilang dengan sekelip mata. Sukma juga mempunyai beberapa orang rakan
karib antaranya Rafiq, Tija, Jerry dan Reny, serta seorang lelaki yang sering
bertengkar dengannya iaitu Iskandar. Mereka semua adalah rakan sekampus dan
sekuliah. Sukma mula menyiasat akan kehadiran tetamu-tetamu yang tidak
diundang itu. nenek tua itu pernah memberitahu kepada sukma, bahawa rumah
mereka panas dan hanya Sukma yang boleh menyejukkannya. kemudian
mengetahui bahawa rakan karibnya Jerry terlibat dengan aktiviti ruang sepi di dalam
kelab WX2. Bukan setakat Jerry malah musuhnya iaitu Iskandar juga terlibat sama.
Sukma mengesyaki bahawa ruang sepi adalah satu fahaman baru yang akan
menyesatkan anak muda seperti mereka. Oleh itu Sukma menyiasat aktiviti yang
dipanggil suang sepi. Hal ini kerana Sukma ingin membantu rakannya Jerry keluar
daripada kumpulan itu. Kemudian satu persatu rahsia terbungkar hasil penyiasatan
Sukma. Akhirnya Sukma dapat bertemu dengan budak lelaki yang sering kali
kerumahnya dan juga dapat bertemu nenek tua tersebut. Sebenarnya nenek tua itu
merupakan nenek kepada budak lelaki itu atau namanya iaitu Aim. Kemudian
Sukma diberitahu bahawa ibunya terlibat dengan aktiviti ruang sepi itu. Perubahan
ibunya dapat dilihat oleh Sukma apabila ibunya terlalu percayakan benda-benda
karut dan selama itulah mereka berdua kurang berkommunikasi kerana tidak
sehaluan. Akhirnya dengan bantuan rakan-rakannya termasuk Iskandar yang telah
insaf dan ingin berubah dapat menyelesaikan kes ini. Pihak Polis juga turut
membantu terutama sekali Kak Ros yang juga rapat dengan Sukma. Kesemua ahliahli ruang sepi dapat ditangkap termasuk ibunya. Namun ibunya terlantar di hospital
dan sedang koma disebabkan terkena tembakan dan terjatuh daripada tingkat lima
banggunan operasi mereka. Akhirnya Sukma merupakan saksi utama dalam kes
Kelab WX2 dan ruang sepi.

Anda mungkin juga menyukai