Anda di halaman 1dari 29

1.

0 Tajuk Kajian

: Meningkatkan Penguasaan Pelajar Tingkatan

Dua di sebuah sekolah dalam daerah Kota Tinggi Terhadap Hadith dengan
Menggunakan Kaedah Faham dan Ingat

Nama Penyelidik

: Khairunnisa Binti Mohd Shah

Kumpulan Penyelidik : Kelas SABK Ambilan 2014


Organisasi

: Salah Sebuah Sekolah di daerah Kota

Tinggi

1.1

PENGENALAN

Meningkatkan Penguasaan Pelajar Tingkatan Dua di salah sebuah sekolah daerah


Kota Tinggi Terhadap Hadith dengan Menggunakan Kaedah Faham dan Ingat.
(Kata kunci : meningkatkan, penguasaan, hadith, faham, ingat)
Kajian ini berkaitan dengan kesan pembelajaran ilmu hadith di sekolah
menengah agama kerajaan Johor. Salah satu daripada bahagian

di dalam subjek

Pendidikan Islam tersebut ialah Hadith. Hadith merupakan sumber kedua setelah Al-Quran.
Firman Allah Taala di dalam surah al-hasyr:7, Dan apa jua suruhan yang dibawa ole
Rasulullah s.a.w. kepada kamu, maka ambillah akan dia serta amalkan, dan apa jua yang
dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya. Nabi s.a.w. telah bersabda,
dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. bahawa baginda bersabda, Aku tinggalkan dalam
kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang
teguh kepada keduanya, iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w. (Imam Malik ).
Usaha untuk mencapai keselamatan yang sejati ialah berpegang teguh kepada ajaranajaran kitab Allah dan jalan pimpinan rasulullah s.a.w.
Kajian yang dibuat ini bertujuan untuk mengetahui persepsi dan
pengetahuan pelajar terhadap pengajian ilmu hadith, mengenalpasti masalahmasalah yang dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran ilmu hadith dan untuk
mengenalpasti keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ilmu hadith dalam
kalangan pelajar dan pengaplikasian ilmu ini dalam gaya bahasa mereka.
Sebanyak 66 orang pelajar dari tingkatan dua di salah sebuah sekolah di daerah

Kota Tinggi telah dipilih sebagai sampel. Kajian ini menggunakan soal-selidik bagi
mendapatkan data kajian.
Refleksi kajian sebelum ini menunjukkan pelajar-pelajar mempunyai
persepsi dan minat yang kurang terhadap ilmu hadith dan kajian juga telah
menunjukkan bahawa pengajaran ilmu hadith di sekolah yang dipilih kurang
berkesan dalam meningkatkan penguasaan pelajar terhadap ilmu hadith.
Kesan daripada itu, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh para
pelajar akan dikenalpasti yang boleh mengganggu mereka untuk menguasai ilmu
ini. Bagi memastikan para pelajar dapat menguasai ilmu hadith dengan sebaik
mungkin, penyelidik telah

mencadangkan

beberapa langkah

yang

boleh

diperhatikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pengurusan sekolah


dan para guru.
Sunnah Nabi saw adalah bahagian terpenting dalam ajaran Islam, kerana
ia merupakan acuan terhadap seluruh perilaku umat Islam. Sunnah membentuk
tradisi kaum muslimin. Namun demikian dalam perkembangannya sunnah
terkodifikasi

dalam

menjadikannya

hadis.

terikat,

Penghimpunan

sehingga

sunnah

menghilangkan

semestinya menjadi amalan umat Islam.

dalam

bentuk

sebahagian

tradisi

hadith
yang

Pendekatan terhadap penelitian dan

pemahaman hadith dengan menggunakan sirah kaedah memahami dan


mengingat, tasmi dan pertandingan hafazan Hadith akan dapat diketahui
keautentikan dan kandungan sebuah hadis secara utuh berdasarkan praktikal
yang telah dijalankan umat Islam sepanjang hidup ini.
Di era moden ini, telah muncul pelbagai firqah yang menyesatkan tanpa disedari
kerana kononnya mereka hanya berpegang kepada Al-Quran semata-mata dan menolak
seratus peratus hadith Nabi s.a.w. ataupun menerima sebahagian sahaja dan menolak
sebahagian hadith yang lain. Mereka ini tergolong di dalam golongan yang mengingkari
hadith bahkan telah menolak pemimpin rahmatan lil alamin, nabi s.a.w.. Hal ini sangat
berbahaya kepada masyarakat kerana ia boleh merebak kepada sekeliling sebagai contoh
salah seorang pensyarah university tempatan, Kassim Ahmad, telah membawa ideology
songsang ini ke seluruh negara, malah kitab penulisan pemikirannya juga tersebar selain
daripada pemikiran yang yang dibawa oleh Pengingkar-pengingkar hadith di luar negara
yang telah muncul sejak zaman sahabat lagi. Golongan sebegini perlu dibaiki semula
pemikiran kerana kebanyakan mereka hanya menerima logik akal dan al-Quran sahaja. Di
2

sini, kita perlu menimbulkan perasaaan bimbang sekiranya ia berlaku dalam kalangan
pelajar kita sama ada di sekolah atau selepas pendidikan mereka di luar kelak. Oleh itu,
langkah pencegahan dengan menanamkan rasa minat kepada pelajaran hadith nabi s.a.w.
adalah perlu dititikberatkan.
1.2 PENYATAAN MASALAH
Pelajar Pendidikan Islam di Tingkatan Dua di salah sebuah sekolah di
daerah Kota Tinggi yang pernah saya berkhidmat selama dua tahun di sana
dilihat kurang menguasai pelajaran di bahagian hadith. Kekurangan ini mungkin
disebabkan kurang menariknya aplikasi PdP saya di dalam bilik darjah sehingga
menyebabkan para pelajar kurang kesedaran akan kepentingan hadith di dalam
kehidupan. Ia merupakan satu tamparan yang sangat besar buat saya kerana
hadith merupakan sumber terpenting dalam kehidupan seorang muslim bahkan
ia merupakan peninggalan kekasih kita semua, Nabi Muhammad s.a.w..
Selain daripada itu, dari sudut pelajar pula, mereka kurang berminat untuk
mendalami

dan

mendekati

hadith

Rasulullah

s.a.w.

serta

terdapat

juga

merasakan bahagian hadith ini merupakan sesuatu yang membosankan dan


tidak penting.
Perkara ini sangat membimbangkan kerana ia bukan sahaja akan
menjejaskan prestasi pelajar di dalam ujian atau peperiksaan bahkan yang lebih
membimbangkan adalah masa depan pelajar dengan pengaiabaian terhadap
hadith. Sepanjang pengalaman yang saya lihat dan alami, manusia yang tidak
berpedomankan hadith dalam kehidupan mereka tidak dapat mencapai objektif
hidup yang jelas serta kehidupan mereka berada jalan yang bengkang-bengkok.
Jadi, kajian yang akan dilaksanakan ini bertujuan untuk meningkatkan
kefahaman pelajar dalam bahagian hadith Pendidikan Islam dari segi makna ringkas hadith,
huraian dan aplikasi hadith dalam hidup.
Langkah yang pertama, semakan buku latihan pelajar akan dibuat seperti biasa. Ini
bertujuan untuk untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar
sehingga menjejaskan keputusan peperiksaan mereka.

Ia akan melalui dua cara: 1)

Kaedah Pemerhatian dan Penandaan, 2) Temubual dengan para pelajar secara atas talian
dan sewaktu PdP. Diharapkan melalui langkah ini saya dapat menganalisa keupayaan para
pelajar dalam tajuk Hadith.

Oleh hal yang demikian, kekreatifan guru di dalam menyampaikan bahagian hadith
Pendidikan Islam sangat dituntut dan diperlukan bagi mencapai objektif PdP agar para
pelajar dapat memahami hadith dengan cemerlang. Sebagaimana seseorang guru itu
maklum bahawa para pelajar mempunyai latar belakang yang berbeza dan peringkat remaja
merupakan fasa sedang mencari identiti. Jadi, seharusnya seorang guru Pendidikan Islam
sangat berpeluang untuk menerapkan nilai murni kepada para pelajar yang juga remaja
sekolah menengah agar dapat mendorong minat mereka kepada jalan yang benar. Kaedah
pengajaran yang baik bukan sahaja dapat mencapai objektif PdP malah pelajar akan
bertambah perasaan inkuiri terhadap hadith ini serta mempunyai paradigm yang baik untuk
kehidupan kelak.
1.3 LATAR BELAKANG KAJIAN
Penulis

membuat

kajian

berkaitan

Meningkatkan

Penguasaan

Pelajar

Tingkatan Dua Di Sebuah Sekolah Dalam Daerah Kota Tinggi Terhadap Hadith
dengan Menggunakan Kaedah Faham dan Ingat kerana ia merupakan satu kewajipan
guru bagi mengembangkan
kompetensi yang dimilikinya sehingga dapat memberikan peluang kepada para pelajar di
dalam menungkatkan kualiti pendidikan yang seiring dengan kecemerlangan akademik dan
akhlak.
Maklumat daripada temubual secara atas talian dan secara tak langsung dengan
pelajar sekolah tersebut telah mendapati para pelajar sekadar menghafaz untuk mudah
menjawab peperiksaan, mereka melupakannya begitu sahaja setelah tamat tingkatan. Ia
juga dapat dibuktikan apabila saya bertanya kepada pelajar berkaitan teknik pengajaran
yang mereka minat dan idamkan; mereka menjawab lebih menjurus kepada pencapaian
kecemerlangan akademik semata-mata
Kurangnya pengetahuan dan kesedaran tentang kepentingan penghayatan dan
penguasaan hadith di dalam kehidupan seorang muslim merupakan punca utama perkara
ini berlaku kesan daripada teknik pengajaran yang tak menarik. Perkara ini berlaku kerana
didikan yang kurang serta bimbingan berkaitan pendedahan hadith Rasulullah sama ada di
rumah, di dalam masyarakat dan pendedahan di luar.
Melalui kajian ini, saya ingin meningkatkan cara pendekatan PdP agar pelajar bukan
sahaja minat dengan hadith Rasulullah s.a.w. bahkan sentiasa ternanti-nanti pelajaran baru
hadith untuk diaplikasi dalam kehidupan seharian.
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
Secara khususnya, dengan amalan PdP ini murid akan dapat;
4

i.

Menguasai topik hadith dari segi bahasa arab dan terjemahannya dalam kalangan
pelajar Tingkatan Dua di salah sebuah sekolah di daerah Kota Tinggi dengan

menggunakan kaedah Tasmik berdua-duaan


ii. Menambahkan kualiti hafazan dengan melaksanakan pertandingan Hafazan Hadith
bagi setiap kelas 2 Siddiq dan 2 Fathonah.

1.5 PERSOALAN KAJIAN


i.

Sejauh manakah pelajar boleh menguasai topik hadith sanad dan matan di
dalam bahasa arab dan terjemahannya dalam kalangan pelajar Tingkatan Dua

ii.

SMAKT?
Bagaimanakah cara untuk meningkatkan kualiti hafazan hadith bagi kelas 2
Siddiq dan 2 Fathonah?

1.6 KUMPULAN SASARAN

66 orang dari kelas tingkatan Dua di daerah Kota Tinggi:


- 2 Fathonah yang terdiri daripada 33 orang pelajar perempuan
- 2 Siddiq yang terdiri daripada 33 orang pelajar lelaki.
- Sebahagian pelajar mempunyai latar belakang akademik yang sederhana dan
sebahagian lagi lemah dalam mengingati dan menghurai hadith Rasulullah s.a.w.

1.7

METODOLOGI

Rajah 1.7
Proses Kajian Tindakan ini dicadangkan menggunakan Model Teori Medan
Kurt Lewin.
Pertama, dengan guru menjalankan refleksi ke atas sesuatu isu PdP yang dijalankan dan
penyelesaian bagi masalah tersebut. Guru akan bertindak menjelaskan satu pelan tindakan
yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Seterusnya, setelah tindakan dibuat
kajian perlu dilihat dan diperhati dari sudut perkembangan yang berlaku.
Seseorang guru yang menjalankan kajian tindakan hendaklah pragmatik dan perlu
memastikan bahawa pelan tindakan beliau selaras dengan objektif PdP yang hendak capai
di dalam bilik darjah. Langkah-langkah yang dibuat adalah berdasarkan teori Medan Kurt
Lewin.
a. Peratusan pelajar dalam topik Hadith (sedekah pemangkin kesejahteraan) dalam Ujian
Pertengahan Tahun
i.

Dalam kajian ini, saya akan meninjau pencapaian pelajar dalam topik Hadith

(Sedekah) dalam Ujian Pertengahan Tahun.


ii. Terdapat 4 soalan subjektif dalam topik Hadith (Sedekah) .
iii. Jumlah bilangan jawapan yang betul dicatat dalam bentuk peratus. 4 soalan
objektif yang melibatkan topik Hadith dalam ujian pertengahan tahun seperti
di lampiran
b. Ujian Tasmi Hadith
iv. Ujian dilakukan bagi mengetahui perbezaan keputusan. Hasilnya seramai 45 orang
pelajar berjaya mengingati dan memahami matan hadith dan huraian hadith sedekah .
c. Pertandingan Hafazan Hadith\
Setelah saya mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar, saya bercadang untuk
memperkenalkan Kaedah Hafazan Menarik kepada pelajar untuk membantu mereka
mengingati maksud hadith. Hadiah dan ganjaran diberikan kepada pemenang.
Diharap melalui pertandingan ini menghasilkan peningkatan kemahiran serta pelajar
berlumba-lumba untuk menghafaz tanpa paksaan.
Memperkenalkan Kaedah Hafazan Menarik
Langkah 1:
Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan

Bersama mereka disertakan kad kilas yang tertera matan dan sanad Hadith beserta
makna dan huraiannya
Masa diberikan selama 10 minit untuk mengingati hadith dan memahaminya
dengan mengaitkan dengan sebuah cerita
Langkah 2:
Sesi tasmi (memperdengarkan) di dalam kumpulan masing-masing secara
berdua-dua agar pelajar cepat mengingati matan hadith tersebut
Langkah 3:

Setiap kumpulan menghantar 2 wakil masing-masing untuk memperdengarkan


hadith dan maknanya kepada rakan-rakan yang lain di dalam kelas.

Mereka juga akan mewakili pertandingan hafazan hadith berdasarkan kelayakan


yang dibuat.

Pelajar yang lain boleh bertanya soalan kepada peserta hafazan berkaitan hadith
dari segi makna ringkas, adab sedekah, dan pengajarannya dalam kehidupan

Penggunaan hafazan yang dikaitkan dengan sebuah cerita memudahkan para


pelajar untuk mengingati fakta-fakta yang banyak di dalam semua mata pelajaran.

1.8 PERANCANGAN CARA MENGUMPUL DATA


Di antara perancangan mengumpulkan data yang akan dibuat ialah dengan membuat
analisis kelemahan pelajar. Seterusnya, cara semakan buku latihan, Ujian Pertengahan
Tahun berkaitan Hadtih tajuk Sedekah dan akan memberikan data berbentuk dokumen.
(i) Semakan Buku Latihan : kaedah ini dapat mengesan kelemahan pelajar melalui latihan
pengukuhan hadith yang diberikan. Latihan ini akan dibuat setelah PdP dilaksanakan
(ii) Ujian Pertengahan Tahun Topik Hadith (Sedekah): Terdapat 4 soalan subjektif dalam
topik Hadith (sedekah). Jumlah bilangan jawapan yang betul dicatat dalam bentuk
peratus. 4 soalan objektif yang melibatkan topik hadith dalam ujian pertengahan tahun
seperti di lampiran
(iii) Data Berbentuk Dokumen melalui pertandingan Hafazan Hadith: Saya akan
menjalankan pertandingan hafazan hadith di Dewan Darul Hikmah di dalam minggu
Pendidikan Islam. Sebanyak 10 soalan lisan yang akan diberikan kepada pelajar dan 10
lagi soalan secara bertulis. Markah pelajar akan direkodkan dan ditukar ke dalam bentuk
peratusan.
1.9 PERANCANGAN PERLAKSANAAN TINDAKAN

Kajian ini bermula pada 23 September 2014

hingga 2 November 2014. Iaitu

memakan masa selama 5 minggu.


Untuk melaksanakan kajian ini, saya memerlukan satu sesi pengajaran, satu sesi
ujian pertengahan tahun dan satu sesi pertandingan hafazan.
Kedua-dua sesi pengajaran ini berada di bawah tajuk yang sama iaitu Hadith
subtopiknya juga sama iaitu Sedekah Pemangkin Kesejahteraan, manakala, Pertandingan
hafazan hadith dibuat di dalam minggu Pendidikan Islam.
Strategi pengajaran yang telah saya gunakan dalam sesi pertama ini adalah
berpusatkan guru dan saya telah mengajar tentang Mengingati sanad, matan dan makna
hadith secara ringkas. Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan dan setiap ahli kumpulan
perlu mencari pasangan masing-masing bagi tujuan menghafaz serta mentasmi hadith
bergilir-gilir. Slaid sanad dan matan hadith ditayangkan dengan menarik. Tempoh masa yang
bersesuaian akan diberikan untuk aktiviti ini.
Aktiviti selanjutnya diteruskan dalam kumpulan yang sama: guru meminta pelajar
mentasmi hafazan hadith mereka di dalam kumpulan masing-masing.
Pada Ujian Pertengahan Tahun, pelajar diminta menjawab kesemua soalan dalam
kertas ujian yang diedarkan. Oleh itu, saya akan dapat mengesan bilangan pelajar yang
dapat mengingati sanad, matan, serta makna ringkas hadith dengan baik. Ini kerana
semasa aktivti berkumpulan murid sangat seronok dan membuatkan mereka tidak sabar
untuk tasmi hafazan hadith.
Untuk sesi temubual, saya telah mengambil masa selama sepuluh minit untuk
bertanya soalan kepada beberapa orang pelajar berkenaan sistem hafaz berpasangan yang
digunakan sebentar tadi.

1.10 PERANCANGAN CARA MENGANALISIS DATA


Dengan membuat pemerhatian dan

Ujian Pertengahan Tahun. Terdapat 4 soalan

Pendidikan Islam, sub topik hadith dalam Ujian Pertengahan Tahun. Bilangan pelajar yang
dapat menajwab dengan betul akan dicatat dalam bentuk peratus seperti contoh dalam
jadual di lampiran.

Jadual 4 menunjukkan 66 orang pelajar daripada Tingkatan 2 Siddiq dan 2 Fathonah


yang akan menjawab Ujian Pertengahan Tahun juga akan disemak latihan pengukuhan dan
beberapa orang daripada mereka yang layak bakal menyertai pertandingan hafazan hadith.
Jadual tersebut akan menunjukkan, sekiranya:
a)

Terdapat 3 orang pelajar sahaja yang dapat menjawab keempat-empat soalan

dengan betul;
b) terdapat 6 orang pelajar dapat menjawab 3 daripada 4 soalan dengan betul;
c) hanya seramai 12 orang yang dapat menjawab dua soalan daripada 4 soalan
yang diberikan
d) terdapat pelajar yang dapat menjawab satu soalan sahaja daripa 4 yang telah
dikemukakan mencapai 30 orang pelajar;
e) Baki daripadanya tidak mendapat menjawabb kesemua soalan. Sekiranya
mereka menjawab juga tetapi tidak menepati kehendak soalan. Di antara pelajar
yang mungkin membuat kesilapan ini kebiasaannya di dalam kalangan pelajar
yang lemah.
Sekiranya hal ini berlaku, kesimpulan yang mungkin boleh dibuat adalah pelajar
memang belum menguasai dengan sebaiknya topik Hadith di dalam Pendidikan
Islam. Jadi, langkah yang sewajarnya perlu diteruskan.
Untuk mendapat respon dan pendapat pelajar sendiri, saya bercadang untuk
melaksanakan temubual kepada beberapa orang pelajar. Temubual yang dibuat adalah
secara semi struktur. Temubual ini akan dibuat melalui whatssapp dan ditulis semula
sebagaimana berikut, sebagai contoh :
2.0 CADANGAN TEMUBUAL
P1: saya kurang berminat dengan topik atau
Apakah

pendapat

anda

tentang

subjek hadith.

pembelajaran hadith? Ia penting ataupun


tidak?

P2:

Bagi

saya,

belajar

hadith

ini

membosankan.
P3: Bagi saya pula, belajar hadith ini penting
untuk kita mengetahui hukum-hakam.
P1: Ya, pembelajaran yang saya alami
Adakah

PdP

nya

menarik

atau

selami ini membosankan.

membosankan?

P2: Guru yang mengajarnya tidak dapat


9

menarik perhatian kami.


P3:

Walaupun

terdapat

ramai

yang

mengatakan bahasa arab itu sukar dan


kitab-kitab hadith yang asa-usul nya susah
didapati, maka, bagi saya, kerana itula kita
perlu faham dan hafaz untuk memudahkan
kita kelak.
P1: Di antara kaedah yang menarik adalah
Sekiranya anda bosan dengan PdP tersebut,

seperti :

bagaimana kaedah menarik bagi anda yang

1) penggunaan

boleh meningkatkan kefahaman dan prestasi

LCD

pembelajaran

anda di dalam subjek ini?

hadith

slideshow,
2) memberi hadiah
pelajar

yang

untuk

melalui

kepada

berjaya

slaid

setiap

menghafaz

hadith paling banyak,


3) dan akhir sekali untuk peperiksaan,
guru

bolehlah

soalan-soalan

mengumpulkan

tahun

lalu

dan

membukukannya bagi memudahkan


pelajar membuat latihan sebelum
peperiksaan menjelma.
P2: 1) buat satu modul hadith dengan
menggunakan

kertas

berwarna-warni.

Dengan cara ini akan memupuk semangat


belajar hadith.
2) beri makna setiap perkataan hadith
yang dipelajari supaya pelajar-pelajar dapat
memahaminya dengan mudah.
P3: pendapat saya:
1) semasa belajar, boleh dibuat secara
berkumpulan lalu pelajar membuat
pembentangan.
memudahkan

Cara
pelajar

ini
untuk

mengingati apa yang dibentangkan


dan juga apa yang rakan mereka
sampaikan.
2) Kemudian, selepas belajar, mungkin
guru boleh membuat pop kuiz untuk

10

menguji kefahaman kami semua.


3) Kaedah untuk menguatkan lagi
ingatan kami adalah dengan cara
memberi

peluang

menyampaikan
rakan-rakan

kepada

tazkiran

sama

ada

kami
kepada

semasa

belajar atau di luar waktu belajar


4) Untuk menghafaznya pula, saya
menarik dengan cara sekiranya kita
membuat minggu hadith di mana
pelajar wajib menghafaz hadith dan
terjemahannya, lalu ditasmik dan diuji
oleh guru yang berkaitan. Itu sahaja
cadangan daripada saya.
P1ya, saya bersetuju. Ia sangat menarik.
Sekiranya anda dapat mengamalkan apa

Tetapi ia amat sukar kerana saya belum

yang telah anda pelajari, bukankah itu

menguasainya.

sesuatu

P2: Saya dapat mengamalkannya sedikit

yang

menarik

dan

mencapai

kepuasan?

demi

sedikit

sekarang

kerana

baru

(Soalan ini ditanya secara tak langsung dan

memahami sebahagian daripada apa yang

bukan melalui whatsapp)

dipelajari.
P3: Sudah tentu ia mencapai kepuasan
sekiranya

saya

dapat

memahami

dan

mengamalkannya dalam hidup.

2.1 REFLEKSI KAJIAN


Semasa saya mengajar di salah sebuah sekolah dalam daerah Kota Tinggi, saya
telah diamanahkan untuk mengajar dua kelas iaitu 2 Siddiq dan 2 Fathonah. Dari
pemerhatian setelah mengajar subjek Pendidikan Islam kedua-dua kelas tersebut, didapati
terdapat kelebihan dan kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran. Semasa saya
mengajar. Sebelum ini saya mengajar tanpa membuat perancangan yang awal walaupun
saya mempunyai Rancangan Pengajaran Tahunan. Apabila saya belajar Institut Pendidikan
Guru, banyak yang menyedarkan saya tentang penambahbaikan dan kaedah PdP yang
menarik, di antaranya:

11

1) sebelum proses PdP berlaku, saya merancang rancangan pengajaran harian


secara berstuktur dan berkesan. Sebagai contoh Objektif dalam PdP

yang

dirancang lebih khusus, boleh diukur, mampu dicapai, sesuai dan mempunyai
penetapan jangka masa.
2) Semasa merancang saya juga merujuk sembilan elemen pembelajaran Gagne
untuk diterapkan dalam PdP. Saya juga memahami bahawa saya perlu
mewujudkan persekitaran pengajaran yang soalan yang saya berikan, saya
akan memberi peneguhan yang positif seperti ucapakan tahniah kepada murid
saya atau memberikan ganjaran seperti gula-gula sebagai tanda saya
menghargai jwapan dan keberaniannya untuk menjawab.
Tetapi, jika terdapat pelajar yang menjawab soalan dengan salah, saya perlu
meberikan motivasi dan kata-kata semangat kepada mereka.
3) Hasil kerja murid secara individu atau berkumpulan juga saya perlu pamerkan di
sudut Pendidikan Islam yang terdapat di dalam kelas sebagai tanda
penghargaan saya kepada mereka sebagai contoh penulisan khat hadith
Rasulullah s.a.w. secara tidak langsung, pelajar yang sering melihat tulisan khat
ini akan menambahkan kekuatan ingatan terhadap hadith.
4) Peraturan PdP perlu diajalankan dengan tegas. Bahakan sesi pertama PdP
bersama mereka perlu disebutkan tentang ini. Sekiranya mereka lupa, perlu
diingatkan semula. Trade mark juga diperkenalkan untuk murid memberi
tumpuan dan fokus semasa sesi pembelajaran sebagai contoh

guru akan

menyebut secara tiba-tiba sewaktu pelajar leka, tahmid dan pelajar menjawab
Alhamdulillah.
5) Soaljawab pelajar samada secara individu atau kumpulan melalui lisan atau
bertulis pop kuiz mungkin boleh membantu pentaksiran kepada pelajar. Ini juga
salah satu pembelajaran yang berpusatkan murid. Pelajar yang berjaya
menjawab soalan paling banyak mungkin boleh diberikan ganjaran. Ini
memungkinkan pelajar akan berlumba-lumba untuk mengingat dan menjawab
soalan yang diajukan guru. Dalam penyoalan, saya merujuk Taksonomi Bloom
yang dikaji semula untuk mencipta soalan pemikiran aras tinggi, sebagai contoh
Bagaimanakah kamu menghubungkaitkan hadith dengan kehidupan seharian
kamu?
6) Pendekatan koperatif sangat sesuai untuk topik hadith terutamanya bagi sesi
menghafaz dan tasmi. Di samping itu, guru dapat menjimatkan masa dan
menambah keyakinan pelajar kerana sebelum

mereka tasmi kepada guru,

mereka perlu tasmi kepada rakan mereka terlebih dahulu.


Walaupun demikian, terdapat kelemahan yang mungkin dihadapi. Tidak semua
pelajar mampu mencapai peningkatan dalam hal ini.
Di antaranya:
12

1)

jangka masa. Contohnya dalam perancangan PdP saya merangka masa


perjalanan aktiviti yang berkaitan topik yang diajar selama 25 minit tetapi
akibat pengurusan yang kurang terancang, atau kerjasama pelajar yang

2)

kurang memungkinkan perjalanan aktiviti lebih dari masa yang dirancang.


Oleh itu, ia akan menjejaskan aktiviti penutup dan rumusan yang akan
guru

sampaikan.

Jika

ini

berlaku,

saya

perlulah

menambahkan

pengetahuan dari sudut kawalan kelas serta kemahiran membina dengan


3)

baik aktriviti yang dirancang.


Sekiranya tugasan ataupun aktiviti tidak bersesuain dengan masa yang
diperuntukkan, saya perlulah membina perancangan yang lain untuk
mencapai objektif ini. Sebagai contoh, dalam satu kumpulan dua orang
sahaja menjawab soalan satu, dua orang lagi menjawab soalan dua, dua
orang menjawab soalann pop kuiz, dan bakinya menjawab soalan
bertulis. Jadi, pelajar tidak akan rasa tersisih di dalam kumpulan mereka
sendiri.

2.1 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN


SEPTEMBER-NOVEMBER
ISNIN

SELASA

13

RABU

KHAMIS

JUMAAT

MINGGU 1

MINGGU 2

MESYUARAT/ MENGENAL PASTI MASALAH /PEMBENTUKAN JK

MENULIS KERTAS CADANGAN /MERANCANG


TINDAKAN

MINGGU 3
MELAKSANAKAN TINDAKAN/ MEMBINCANGKAN MASALAH
YANG TIMBUL

MINGGU 4
UJIAN UNTUK MENGESAN PENCAPAIAN/DAPATAN

MINGGU 5

REFLEKSI/ MENULIS LAPORAN/ PEMBENTANGAN KAJIAN

2.2 JADUAL PELAKSANAAN AKTIVITI KAJIAN


BIL

AKTIVITI

TARIKH/MINGGU

CAT

1.

Mengenal Pasti Masalah Dan

PELAKSANAAN
23 SEPTEMBER 2014

ME

2.
3.
4.

Pengumpulan Data Awal


Menulis Kertas Cadangan
Merancang Tindakan
Melaksanakan Tindakan

29 SEPTEMBER 2014
29 SEPTEMBER 2014
3 OKTOBER 2014

IND
SET
ME
PEL

14

Aktiviti 1 (Menyemak Buku latihan dan Ujian

5.

Pertengahan Tahun)
Membincangkan Masalah Yang Timbul

6.

Aktiviti 1
Melaksanakan Tindakan

Dalam

12 OKTOBER 2014

ME

14 OKTOBER 2014

IND
PEL

15 OKTOBER 2014

ME

Aktiviti 2 ( Melatih Pelajar Menghafaz Hadith Di


Dalam Kelas dan Melaksana Latihan Bertulis

7.

Menarik Hafazan Hadith)


Membincangkan Masalah Yang Timbul

8.
9.
10.

Dalam Aktiviti 2
Ujian untuk mengesan pencapaian/dapatan
Refleksi kajian
Menulis laporan Kajian

16 OKTOBER 2014
17 OKTOBER 2014
30 OKTOBER 2014

IND
PEL
ME
ME

11.

Pembentangan dapatan kajian

2 NOVEMBER 2014

IND
ME

IND

2.3 Jadual pelajar yang akan menjawab soalan Ujian Pertengahan Tahun
Bil

ID

Pelajar

Bilangan Jawapan Betul


Bilangan Jawapan Betul
(4 soalan Topik Hadith)
Ujian

(10 soalan Lisan Hadith)

P1

Pertandingan
3

P2

P3

P4

P5

P6

P7

15

P8

P9

10

P10

11

P11

12

P12

13

P13

14

P14

15

P15

16

P16

17

P17

18

P18

19

P19

20

P20

21

P21

22

P22

23

P23

24

P24

25

P25

26

P26

27

P27

28

P28

29

P29

30

P30

16

31

P31

32

P32

33

P33

34

L1

35

L2

36

L3

37

L4

38

L5

39

L6

40

L7

41

L8

42

L9

43

L10

44

L11

45

L12

46

L13

47

L14

48

L15

49

L16

50

L17

51

L18

52

L19

53

L20

17

54

L21

55

L22

56

L23

57

L24

58

L25

59

L26

60

L27

61

L28

62

L29

63

L30

64

L31

65

L32

66

L33

2.4

BI

CARTA GANT PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

AKTIVITI

SEPTEMBE

L
1.

R
Mengenal Pasti Masalah Dan

2.
3
4

Pengumpulan Data Awal


Menulis Kertas Cadangan
Merancang Tindakan
Melaksanakan Tindakan
Aktiviti

Menghafaz
5

(Melatih
Hadith

Di

Pelajar
Dalam

Kelas)
Membincangkan Masalah Yang
Timbul

18

OKTOBER

NOVEMBE
R

Dalam Tindakan
Melaksanakan Tindakan

Aktiviti 2 (Melaksana Latihan


Bertulis

Menarik

Hafazan

Hadith)
Membincangkan Masalah Yang

Timbul
8

Dalam Tindakan 2
Ujian
untuk

9
10
11

pencapaian/dapatan
Refleksi kajian
Menulis laporan Kajian
Pembentangan dapatan kajian

mengesan

2.5

BAHAN-BAHAN

YANG DIPERLUKAN :

Kertas A4 2 rim
Pen drive
Kertas Warna
Projektor

2.6 BAHAN DAN ANGGARAN KOS

BIL

JENIS BAHAN

KUANTITI X HARGA

JUMLAH KOS

SEUNIT
KERTAS A4
FAIL

DAN

BUKU

2 RIM X RM8.00

RM 16.00

66 X RM 2.00

RM 132.00

CATATAN
ALAT TULIS

RM150.00

CETAK BAHAN DAN

RM 250.00

KAJIAN
RM 548.00

19

JUMLAH BESAR

3.0 Literatur Review


8.0.1

Penguasaan Pelajar Sekolah Menengah Aliran Agama Terhadap

Pengajian Ilmu retorik Arab. Azhar Bin Muhammad, Abdul Hafiz Bin Abdullah, Dan
Lain-Lain. (2006). Pusat Pengajian Islam Dan Pembangunan Sosial Universiti
Teknologi Malaysia
Dapatan kajian menunjukkan pelajar-pelajar mempunyai persepsi dan minat
yang mendalam

terhadap ilmu Balaghah dan kajian juga telah menunjukkan

bahawa pengajaran ilmu Balaghah di sekolah yang dipilih berkesan dalam


meningkatkan penguasaan pelajar terhadap ilmu Balaghah. Namun terdapat
beberapa masalah yang dikenalpasti yang dihadapi oleh para pelajar yang boleh
mengganggu mereka untuk menguasai ilmu ini.
Bagi memastikan para pelajar dapat menguasai ilmu Balaghah dengan sebaik
mungkin, penyelidik telah

mencadangkan

beberapa langkah

yang

boleh

diperhatikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pengurusan sekolah


dan para guru.
Kaitan

kajian ini dengan kajian yang bakal dibuat adalah dari sudut

mengenalpasti kefahaman pelajar dan persepsi pelajar terhadap sesebuah


subjek. Walaubagaimanapun masalah yang timbul dalam kalangan pelajar perlu
diambil tindakan segera sekiranya metod pengajaran sudah berkesan tinggal lagi
penguasaan mereka sahaja yang perlu ditingkatkan.

20

8.0.2 Pengajian Hadith Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM):


Kajian Terhadap Metodologu Pengajaran Di Sekolah Menengah Kebangsaan Pauh Jaya,
Pulau Pinang. Mohammad Akhir Bin Wahab. (2008). Jabatan Al-Quran dan Al-hadith
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti metodologi pengajaran Hadith dengan penumpuan
diberikan terhadap aspek langkah pengajaran serta kaedah pengajaran yang dilaksanakan
di dalam kelas. Atas tujuan itu, penulis memilih SMKPauh Jaya, Pulau Pinang sebagai
sampel kajian. Data diperolehi menerusi temu bual, pemerhatian dan juga soal selidik.
Analisis soal selidik mendapati majoriti murid dapat menerima dengan baik langkah
pengajaran ini. Kajian turut mendapati semua guru menggunakan kaedah-kaedah syarahan,
penyoalan lisan,perbincangan, pengulangan, pemberian latihan serta pengajaran yang
berbantukan alat bantu mengajar dalam pengajaran hadith. Sebahagian guru turut
mengaplikasikan kaedah-kaedah penceritaan dan pemberian nota catatan.
Hasil analisis soal selidik menunjukkan bahawa pelaksanaan langkah dan kaedah di
atas mendapat maklum balas yang positif daripada majoriti murid serta menepati aspirasi
mereka.
Kajian ini mencadangkan agar pihak yang berkenaan dapat memastikan kelangsungan
pengajian Hadith dalam arus pendidikan kebangsaan, di samping mengambil langkahlangkah wajar bagi memperkasa dan memantapkannya dalam menghadapi era globalisasi.
Cabaran utama guru Pendidikan Islam adalah sejauh mana kemampuan mereka untuk
mengaplikasikan multimedia secara optimum di dalam pengajaran Hadith. Kajian turut
mencadangkan agar bidang khusus bagi Hadith dapat diwujudkan di dalam subjek
Pendidikan Islam agar pengajarannya lebih terbuka dan menyeluruh.
Kajian ini sangat berkait rapat dengan kajian yang bakal dibuat untuk mengenalpasti
Penguasaan Pelajar di sekolah tersebut. Terhadap Hadith setelah melaksanakan aktiviti
yang bersesuaian bagi menggantikan metod pengajaran yang terdahulu.

21

LAMPIRAN 1

4 Soalan Subjektif mengikut format PT3 Ujian pertengahan untuk topik hadith

1. Nyatakan empat amalan sedekah yang terdapat dalam hadith.


2. Berikan dua adab bersedekah.
3. Jelaskan dua kelebihan sedekah kepada pemberi sedekah.
4. Sedekah dapat membantu orang yang memerlukan. Berikan pengajaran hadith di
atas.

22

LAMPIRAN 2

Latihan menghafaz hadith dibuat di dalam


kelas

23

Pengacara

mengendalikan

majlis

Para pelajar menjalani latihan hadith secara

pertandingan hafazan hadith

berkumpulan

Tasmik hadith sesama rakan sebaya

Pertandingan diadakan di Dewan Darul


Hikmah SMAKT

24

Salah seorang pemenang adalah daripada

Pemenang hafazan hadith bahagian lelaki

kelas 2 Siddiq

2014 Johan-Saguhati

Lampiran 3

Kaedah-kaedah tindakan yang dirancang untuk dilaksanakan seperti di bawah:

Rancang

Tindakan

Kajian

25

Refleksi

Langkah 1

Ulang
Semula
Rancang

Tindakan

Kajian

26

Refleksi

Langkah 2

27

Contoh di bawah ini menunjukkan graf halangan komunikasi yang berlaku di


.dalam kelas. Sebagai cadangan penambahan soalan temubual

28

Gambar pelajar mendengar sesi taklimat pertandingan hadith

29