Anda di halaman 1dari 8

CATAN CAT AIR

ALATAN DAN BAHAN


1.

Pewarna atau pigmen dalam bentuk kek atau tiub

2.

Pengilat: gam arab.

3.

Bahantara: air

4.

Ciri-ciri: bersifat lutsinar, boleh menimbulkan kesan legap jika disapu beberapa
kali, membolehkan kerja-kerja dilakukan dengan spontan.

5.

Alat: berus jenis lembut pelbagai saiz, palet, bekas air untuk bancuhan warna,
kertas cat air jalinan kasar atau kertas katrij tebal.

6.

Kain buruk: Penggunaan kaian buruk adalah digalakkan bagi tujuan


mengurangkan kelembapan atau mengeringkan berus cat air. Penggunaan tisu
pula berguna untuk menghasilkan jalinan atau mengurangkan sebahagian warna
yang masih basah pada catan.

PROSES CATAN CAT AIR


1.

Penyediaan Kertas Cat Air


Regangkan kertas cat air dengan merendam kertas ke dalam air dan lekatkan
pada papan alas (drawing board) dan lekatkan dengan pita pelekat
kertas (paper tape)

2.

Penetapan Tajuk Catan


Pemilihan bahan kajian catan sama ada dari alam benda atau alam semulajadi

3.

Membuat Lakaran
Menghasilkan lakaran atau lukisan dengan ringkas atau sekiranya perlu.
Elakkan daripada memadam kerana permukaan kertas akan rosak jika dipadam.

4.

Proses Mewarna
Memulakan dengan mewarna dengan lapisan warna yang nipis dan ditindih
berperingkat dengan ton yang semakin gelap. Bahagian yang cerah atau
pantulan cahaya tidak perlu diwarnakan. Gunakan teknik-teknik catan cat air
yang perlu bagai kawasan-kawasan tertentu. contohnya jika melukis awan,
langit atau laut, teknik basah atas basah sesuai digunakan dengan berus yang
bersaiz besar atau span.

5.

Kemasan dan Persembahan


Catan yang telah siap dibiarkan kering dalam keadaan rata. Catan perlu
dibingkaikan agar kelihatan menarik dan elakkan terdedah pada pancaran
matahari.
TEKNIK CAT AIR

1.

BASAH ATAS BASAH

Teknik ini dilakukan dengan memasukkan warna lain di atas warna yang sedia ada
semasa basah.
Ini bertujuan supaya warna kedua dapat menyerap ke dalam warna pertama untuk
menghasilkan tona yang menarik. Untuk tujuan ini kertas yang telah dibasahkan
hendaklah dihamparkan atas permukaan yang rata, supaya air dapat bertindak
mengalirkan warna yang dimasukkan.
Teknik ini amat sesuai apabila hendak mewarna permukaan yang luas seperti langit,
tanah, dinding bangunan serta latar belakang untuk lukisan alam benda.

BASAH ATAS KERING

Lapisan pertama dibiarkan kering terlebih dahulu sebelum warna kedua yang basah
disapu dengan sapuan yang lembut. Teknik ini juga sesuai digunakan pada permukaan
yang luas, tetapi kerja-kerja perincian hendaklah dilakukan.
Untuk permukaan langit yang luas, pelukis boleh menggunakan teknik ini untuk melukis
awan. Cara ini juga digunakan untuk menggelapkan lapisan pertama dengan
memasukkan tona yang lebih gelap di atas warna yang sedia ada.

3. KERING ATAS KERING


Maksud kering di sini bukanlah sebagai mana kain kering di sidaian tetapi warna yang
melekat pada berus tidak banyak. Jika banyak elok di sapu pada kertas lain atau tisu
untuk membuang warna yang lebih itu. Kemudian di sapu di atas warna lain yang sudah
kering untuk menghasilkan warna yang lain. Tetapi tidak tebal. Sekadar untuk
mewujudkan keharmonian warna dengan suasana sekitarnya.

4. KERING ATAS BASAH


Warna cat air daripada tiub disapukan ke atas permukaan kertas yang telah
dibasahkan terlebih dahulu atau disapu dengan warna yang cair.

TEKNIK CAT AIR YANG LAIN

1.

Teknik Renjisan
Teknik dihasilkan dengan cara merenjis ke atas permukaan catan yang kering
atau basah menggunakan berus atau berus gigi untuk menghasilkan kesan yang
spontan

2.

Teknik Padam
Dalam teknik ini,pemadam pensil atau pemadam dakwat digunakan untuk
menghilangkan sebahagian daripada kesan cat air pada permkaan catan. Teknik
ini digunakan untuk menimbulkan kesan pencaran cahaya.

3.

Teknik Span
Span digunakan sebagai peralatan menggantikan berus,Span yang boleh
dicelupkan ke dalam warna dicapkan ke atas permukaan ctan dengan perlahan
lahan atau secara menyentak.

4.

Teknik Garam
Garam halus ditaburkan ke atas permukaan catan dan dibiarkan sehingga
kering, garam akan menyerap sebahagian warna cat air dan akan menghasilkan
kesan-kesan jalinan bertompok yang spontan

5.

Teknik Gum Kering/ Grafik Gum


Gum disapu atas permukaan kertas. Kemudian di basahkan dengan warna.
Bahagian yang telah disapu gum akan meninggalkan kesan warna putih yang
bersih.

CONTOH-CONTOH KARYA BERTEMAKAN LANDSKAP


PERMANDANGAN DI MALAYSIA