Anda di halaman 1dari 1

Aku sebuah perpustakaan

Aku sebuah perpustakaan yang besar. Aku sangat berguna kepada murid-murid yang mahu
mencari ilmu.
Aku telah dibina di SJK (C) Chung Hwa, Langkawi. Aku terletak di di tepi pejabat guru. Ramai
murid mengunjungi aku pada waktu rehat.
Aku dilengkapi dengan meja, kerusi, lampu, penghawa dingin dan komputer. Di dalam badanku
terdapat pelbagai jenis buku. Antaranya ialah buku cerita, surat khabar dan majalah. Bahan bacaan
itu disusun di atas rak dengan kemas.
Aku mempunyai pelbagai kegunaan. Ada murid yang menggunakan aku untuk mencari maklumat.
Ada juga murid-murid yang mengulang kaji pelajaran di dalam tubuhku. Sesetengah murid membaca
surat khabar dan majalah dalam tubuhku.
Semua murid yang menggunakan aku mesti mematuhi peraturan. Murid-murid tidak boleh
membuat bising di dalam tubuhku. Selain itu, murid-murid tidak boleh merosakkan buku-buku yang
ada padaku. Sesiapa yang merosakkan buku akan didenda.
Aku sangat gembira kerana menjadi sebuah perpustakaan. Aku berharap agar dapat
memberikhidmat kepada orang ramai.

Anda mungkin juga menyukai