Anda di halaman 1dari 4

Aktiviti Pratulisan Dan tulisan Mekanis Peringkat Pratulisan

Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada tiga iaitu peringkat pratulisan ,


peringkat mekanis dan peringkat pelahiran. Peringkat pertama iaitu pratulisan adalah
tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat
menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini latihan otot-otot
,tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberi kepada murid-murid dari awalawal lagi. Bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran membentuk lambang yang
kemas dan jelas , pelajaran tulisan yang dibincangkan haruslah sistematik, bertitik-tolak
daripada aktiviti aktiviti pratulisan yang berbentuk bebas.
Latihan-latihan pratulisan menitikberatkan beberapa perkara seperti melakukan latihanlatihan pergerakan tangan terlebih dahulu seperti menggerakkan jari di atas garisan
atau corak yang dilakarkan di atas kertas supaya murid-murid dapat menguasai gerak
tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa

dan sempurna . Latihan

seperti membentuk bulatan di udara , di meja , di lantai, di atas pasir tanpa


menggunakan alat tulis. Di samping itu , murid-murid boleh melakukan latihan
pergerakan jari dengan memainkan jari , menekan jari, menggoyangkan tangan ,
meramas-ramas jari dan sebagainya.
Setelah mahir aktiviti tersebut murid-murid boleh melakukan latihan latihan pergerakan
mata dan seterusnya melakukan latihan-latihan yang melibatkan koordinasi tangan dan
mata. Antara aktiviti aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti latihan mengikut
garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan , latihan membentuk garisan lurus ,

latihan mewarnakan rajah berbentuk corak-corak gabungan antara bulatan dan garis
lurus secara bebas.
Peringkat Tulisan Mekanis
Setelah murid-murid menjalankan latihan pratulisan , faham dan tahu memegang
pensel serta boleh duduk cara yang betul , mereka boleh dilatih membentuk lambang
lambang tulisan. Pada peringkat awal , dicadangkan murid-murid membentuk huruf di
atas kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang garisan. Setelah didapati
memuaskan barulah dilatih membentuk huruf pada halaman yang bergaris. Apabila
murid mula membentuk huruf-huruf pada kertas bergaris , kawalan tulisan perlu
dilakukan. Ia harus bermula daripada garisan lebar hingga kepada lembaran satu garis.
Di bawah latihan menulis terkawal dari mula hingga ke lembaran satu garis itu. Aktiviti
yang boleh dijalankan adalah seperti latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam
keadaan terkawal , latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua, latihan menulis
huruf di atas kertas bergaris satu dan latihan membentuk lambang tulisan dengan cara
yang betul untuk mendapat keseragaman cara menulis bagi menghasilkan tulisan yang
seragam.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti menekap dan barulah menulis
mengikut urutan yang ditetapkan. Kemudian murid-murid disuruh memadan dan
menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan yang bermakna. Seterusnya
menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan. Latihan ini
diteruskan dengan menyalin perkataan yang mudah dan menyalin ayat-ayat yang
mudah dan sebagainya.

Analisis Pratulisan dan Tulisan Mekanis


Kedua-dua peringkat pratulisan dan tulisan mekanis merupakan peringkt persediaan
kepada pelajar sebelum mereka diperkenalkan dengan penulisan abjad yang betul.
Peringkat ini penting sebagai pengenalan pelajar kepada cara penulisan supaya
mereka dapat menghasilkan lambang-lambang tulisan yang kemas dan jelas pada
peringkat seterusnya.
Pada peringkat pratulisan, pelajar akan didedahkan tentang asas-asas penulisan
sebelum mereka diajar untuk menulis abjad dengan betul. Motor halus mereka serta
koordinasi mata dan tangan mereka akan dilatih sebagai persediaan untuk mereka
memegang pensel untuk menulis dan membentuk huruf. Pelbagai kaedah boleh
dilakukan kepada pelajar sebelum mereka diajar untuk menulis abjad supaya mereka
dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan jelas. Aktiviti yang dijalankan kepada
pelajar haruslah berperingkat . Mereka seharusnya dapat dikuasai gerak tangan bebas
sebelum melakukan aktiviti melibatkan pergerakan mata dan tangan.
Peringkat tulisan mekanis seharusnya dilakukan setelah kita ketahui bahawa pelajar
telah bersedia dan tahu untuk memegang pensel dengan betul. Pada peringkat ini,
mereka akan mula diajar untuk mengenal lambang tulisan dan mula melakukan aktiviti
menulis. Pelajar juga akan diajar untuk membiasakan mereka untuk mengenal huruf
yang ditulis

bagi mengelakkan kekeliruan kepada pelajar sekaligus mereka dapat

membiasakan diri dengan abjad.

Kedua-dua kaedah ini penting untuk dikuasai oleh pelajar sebelum mereka diajar ke
peringkat seterusnya dalam penulisan supaya mereka dapat menghasilkan lambang
huruf yang kemas dan jelas.

Anda mungkin juga menyukai