Anda di halaman 1dari 6

Testemoni dan side effect buat asb loan.

Saya sangat bersetuju dengan pendapat dari blog ini dengan fakta-fakta
yang tak dapat dibantah-bantah lagi.
Cuma penulis hanya mengambil kira faktor kalkulatif sahaja. Beliau lupa
untuk mengambil kira faktor psikologi manusia. Dalam dunia ada dua jenis
manusia, pertama jenis yang mampu untuk mendisiplinkan diri sendiri.
Masalahnya manusia jenis ni tak ramai dan hanya terdapat dikalangan
mereka-mereka yang mempunyai kualiti pemimpin sahaja. Manakala jenis
kedua adalah manusia yang perlu didisiplinkan oleh orang lain. Sebab tu
sejarah peradaban manusia penuh dengan undang-undang. Sama ada undangundang yang direka cipta oleh manusia sendiri atau pun undang-undang
yang datang dari Yang Maha Kuasa. Undang-undang inilah yang akan
menjadikan manusia dari golongan kedua ni berdisiplin. Tanpa undangundang mereka akan jadi tak tentu hala, kecoh, huru-hara.
Golongan kedua adalah lebih ramai dan mereka bukan jenis pemimpin dan
bukan jenis banyak wang. Saya rasa kebanyakkan mereka ini mempunyai
masalah disiplin untuk menyimpan sendiri wang mereka bagi tabungan masa
depan kerana tiada undang-undang yang mewajibkan mereka ini menyimpan
(kecuali caruman KWSP yg hanya utk yg makan gaji sahaja). Sedangkan
mereka tiada masalah utk mengekalkan disiplin membayar pinjaman bank utk
kereta atau rumah dan sebagainya kerana faktor undang-undang.
Jadi, saya rasa masalah untung atau rugi membuat pinjaman bank utk ASB
mempunyai pros and cons. So, kedua-duanya betul bergantung atas jenis
manusia yang terlibat.
Try to see picture as a whole, so you can see the true story
2)cuba anda fikir.. sekiranya tidak membuat loan untuk invest, sudah
pasti anda tidak mempunyai wang untuk invest kalau harapkan duit
sendiri.
jadi, membuat loan untuk invest juga merupakan jalan terbaik. jgn kira
untung rugi sahaja.. kerana dalam masa terdekat anda sudah untung byk
dari dividen yg diberi.
loan untuk invest lebih berbaloi dari loan membeli kereta

Jusoh
Pada dasarnya loan ASB ni memang nampak merugikan peminjam
Tapi cuba fikirkan tentang masa depan anda.. adakah anda dapat
mengekalkan simpanan bulanan anda untuk jangka waktu 20 tahun yang akan
datang?
Malang tak berbau kemalangan boleh menimpa anda pada bila-bila masa
sahaja. Jika anda ada LOAN ASB yang dipakejkan dengan INSURAN, ini
bermakna anda telah menyediakan satu back-up plan yang boleh
berjalan seiring dengan kehidupan anda.
Bayangkan sesuatu yang buruk berlaku dan anda tidak berupaya lagi untuk
bekerja dan seterusnya menabung. Sebaliknya anda memerlukan banyak wang
kerana kemungkinan musibah yang tidak diundang menimpa. Dalam keadaan
ini pula, anda mempunyai komitmen yang tinggi terhadap keluarga dan
anak-anak terutamanya jadi apakah persediaan anda?
Oleh itu, saya mempunyai pandangan dari sudut yang lain. untuk
menjamin kesejahteraan keluarga, anda perlu MEMAKSA DIRI MEMBUAT

PINJAMAN ASB yang dipakejkan dengan INSURAN.


Sam75
Secara umumnya, sekiranya dividen dan bonus ASB kurang dari faedah
pinjaman yang dikenakan. Pelaburan anda boleh dikatakan rugi berbanding
dengan penabungan bulanan secara terus tanpa pinjaman. Pada umumnya
kadar dividen dan bonus setakat ini masih tinggi berbanding dengan kadar
faedah pinjaman. Disini anda masih mendapat sedikit untung. Sedikit
untung lagi sekiranya anda mengekalkan dividen anda didalam ASB tanpa
mengeluarkannya. Pengiraan diatas adalah mengambil kira kadar faedah
pinjaman hampir menyamai kadar dividen ASB iaitu 6.9 % Vs 7.0 %. Dan
tidak mengambil kira pelaburan semula dividen yg didapati setiap tahun.
Pada pendapat saya sekiranya Dividen ASB kekal antara 8~9% dan kadar
pinjaman dibawah 7% disamping pelaburan semula dividen setiap tahun.
Anda masih untung berbanding penabungan bulanan.
pfj1371
bukan senang untuk menyimpan 200 sbl ke dlm asb,kerana bila aduit ada di
tangan macam2 nk buat..so pinjaman asb ini adalah salah satu inisiatif
utk membuat penabungansekurang2nya ada dividen bonus setiap
tahun.apa2pun ini semua bergantung pada diri sendiri.
hisey
bagi sy, lebih baik simpan dgn duit sdr drp pinjaman bank.ini kerana
bonus+dividen terus dapat kepada kita n tak perlu nak bayar pinjaman
bank. tapi masalahnya disini untuk nak mendisplinkan diri menyimpan tu
agak sukar.manusia lebih suka membuat pinjaman untuk menabung, daripada
menabung tanpa membuat pinjaman. sebab itu, hutang bertimbung2. akhir
bulan duit abis dengan hutang itu hutang ini sj. tepuk dada tanya selera

di September 9, 2011 at 5:31 pm |


Balas amir
nak simpan duit sendiri berapa
tahun ko nak dapat 200K? agak2
dah tua baru nak dapat.kena2 duit
nak simpan tuh ko belanja.bro jng
fikir negetif pada loan. Kalau personal loan ko wat untuk enjoy,ya
memang rugi,tapi ini untuk investment.kalau kaya ada cash 100K memang
best,tapi bukan semua org mcm tuh..Pinjaman ada lah cara mudah untuk
kita menyimpan.
Aku jujur cakap,gaji aku Rm 1600 saja. first year aku kerja aku wat 100K
dan second year 100K.Done. Tahun pertama teruk sikit,kena bayar,second
year semua diveden cover,siap ada baki lagi boleh belanja,duit gaji
aku ,aku joly sajaewww tak reti la nak menyimpan duit gaji nih dalam
bank,thn bila nak dapat 200k?
Tero Bayel
Saya setuju dengan pendapat saudara bahawa membuat pinjaman dari bank
untuk melabur dalam ASB banyak menguntungkan kita (bukan kata tidak ada
untung) tapi kurang. Elok simpan apa yang ada tak kiralah RM10 ke, RM
50 ke sebulan, itu duit anda. tak perlu risau tentang hutang. Nasib tak
baik tiba-tiba BLR naik 8-10 % (mungkin berlaku-saya tak arif tentang
ini). Sampai 20 tahun pun pinjaman bank itu tak selesai, mungkin dah
pergi dunia lain dah.
di September 9, 2011 at 5:33 pm |

Balas amir

ahhaha ni paling lawak. simpan RM10 tahun bila ko nak senang.org dah
beri kemudahan pinjaman,siap insuran lagi kalau ko mati.buat apa cari
jalan susah!.mehh
afidie
komen saya, loan ni berguna utk mendisiplinkan org menyimpan, pasal
kalau nak harap simpan bulan2 kat ASB, payah!
satu lagi, loan vs tunai, since dividen is calculate on monthly basis,
akan ada different kalau kita dump 100K (loan) as compared to sikit2
tiap2 bulan. Did En Sulaiman take this into account in ur calculation?
Im sure theres some different
koata org kita tak penuh 2..depa dah rebut nak isi koata diorang.pikir
ler.depa nampak lubang duit tapi kite?..jutawan pun kata suruh labur
dalam asb.dengar ler..cerite akuaku ragu2 gak dulu but sambar gak
15k utk aku 15k utk binibayar 115x2org.akhir tahun dividen 14002
dapat balik duit tu..p enjoysimpan skit.la ni aku nak tutup yg
lama tui coz nak buat baru50k.la ni rate lagi rendah.ko orang
ingat kalau tak untung asb ni ada ke aku nak tambah lagi jadi 50k?
sendiri mau ingat ler.target aku nak penuhkan koata 200k akubini
anak aku.kalau ko org taknak follow ..lantak ko orang ler..org cina
kat opis marah sangat coz diaorg takleh joint asb ni.ada yang nak
tolong masuk syer ngan aku.tokey aku cakap bodoh ler org melayu kalau
tak ambik kesempatan ni.tokey aku dah jutawan dahsetahun 2 3 kali
p oversea.so lu pikir la sendiri..maaf jika kasar
bahasa..assalamualaikum..

di September 9, 2011 at 5:35 pm |


Balas amir
aku setuju bro.. kalau bangsa
lain dah lama diorang wat laon
masuk..tapi apa kan daya melayu
oh melayu. penakut akan laon.
kononnya merugikan.padahal tak senang tera mana pun.hutang still ada .
nak jimat duit katakan.simpan pun RM10.hahahah,,
baing
saya nak komen sikit:
kadang-kadang calculation matematik tersalah kerana kita terlebih
calculate.
for excample:
kita pinjam rm100000
setiap thn dapat dividen rm 7000
bayaran sebulan rm731
kes 1: keuntungan diguna untuk bayar interest.
tahun pertama: 731 x 12= rm 8772 setahun
keuntungan tahun pertama rm 7000 (keuntungan 7%)
tahun ke-2 dan seterusnya:
731 x12= 8772 7000 ( keuntungan tahun sebelumnya)
=1772 (penambahan yang diperlukan setahun untuk membayar kepada bank.
dalam 20 tahun benda yang sama anda lakukan maka:
1772 x 19 = rm 33668 (jumlah penambahan yang diperlukan selama 19 tahun
setelah ditolak tahun pertama)
maka jumlah keseluruhan wang yang diperlukkan untuk mendapatkan rm 100
000 adalah
rm 33668 + 8772 = rm 42 440.

keuntugan yang anda dapat daripada ini adalah 100 000 42 440 = rm 57
560 satu jumlah yang memadai untuk melabur selama 20 tahun.
(jumlah ini dikira secara putata saja tanpa mengira jumlah hutang yang
berkurang setiap tahun = diigatkan ia jumlag interts bank akan berkurang
jika jumlahhutang berkurang setiap tahun.)
saya bersetuju dengan cadangan anda bahawa bank mendapat untung daripada
pelaburan kita. tetapi harus diingatkan kita pun untung juga. sama-sama
untung ler kiranya.
kes kedua: keuntungan dibiarkan aje kat asb.
tahun pertama: 731 x 12= rm 8772 setahun
keuntungan tahun pertama rm 7000 (keuntungan 7%)
dalam masa 20 tahun kita perlu melabur 8772 x 20=175 440
kirakan hasil keuntungan 7000 setahun kali 20 tahun = 140 000 sahaja.
dalam asb pelaburan ada 100 000 lagi so keuntugan adalah 140 000
ditambah 100 000 = 240 000. so keuntugan anda secara kasar adalah 240
000 175 440 = 64 560. utk 20 tahun. (diigatkan ini adalah pengiraaan
secara kasar tanpah mengambil kira keuntugan yang sepatutnya bertambah
setiap tahun kerana setiap tahun ada meyimpan 100 000 ditambah
7000setiap tahun dari keuntuga.
saya percaya bank sememangnya mendapat keuntungan dari bisness ini.
kerana mereka mengenakan interst 6.7% setahun. tetapi kita masih
mendapat keuntungan juga.
saya setuju untuk kes kedua ini kurang sesuai dilakukan.
tetapi saya percaya untuk kes 1 ia sesuai jika kita hendak merasa duit
tanpa perlu kesakitan setiap tahun. kerana kita hanya perlu melabur
untuk tahun pertama sahaja dan tahun berikutnya kita hanya perlu melabur
sebanyak 20% daripada pelaburan tahun pertama. so 80% dduit perlaburan
boleh digunakan untuk benda2 yang lain.
biar ler bank nak untuk banyak yang penting kita masih untung lagi.
jangan rugi dah.
saya mencadangan ambil dengan insuran agar jika berlaku-apa-apa kepada
kita masih ada perlindungan. so yang untung adalah waris juga
neariffin
Sebenarnya saya sokong pelaburan pembiayaan ASB ni,bagi saya yang makan
gaji ni, inilah cara mendisiplinkan diri untuk menabung, Dividen & Bonus
diberi setiap tahun,pada bulan January,awal tahun, masa ni banyak nak
guna duit , nak bayar duit yuran sekolah, beli baju anak-anak,kebetulan
pulak roadtax kereta mati, dari duit dividen & bonus ASB lah saya
gunakan untuk belanja.Dapat bonus tempat kerja saya masukkan dalam buku
ASB, sebagai contoh simpanan tunai dalam buku ASB ada RM10,000-00 , buat
pelaburan pembiayaan dgn bank dlm bentuk sijil RM50,000-00, semua sekali
pelaburan dalam ASB adalah RM60,000-00, pengiraan diveden tahun 2007
adalah 8% = RM60,000-00 X 8% = RM4,800-00, okkan, saya cadangkan kepada
sesiapa yg nak buat pembiayaan pelaburan ASB, cari yg ada 100% pelaburan
pembiayaan ASB dilindungi oleh insuran, saya cerita ni, sebab saya dah
dapat, ini pengalaman saya sendiri, terima kasih.
adymfi
Salam sejahtera!Pada pandangan peribadi saya lah, pinjaman(loan) ASB
memang amat berbaloi dan paling menguntungkan.Senang cerita, lumayan
lah. Sebab apa saya katakan demikian? Ok, katakan kita mengambil
pinjaman sebanyak 200K. Untuk tahun pertama sahaja, saya ulang sekali

lagi, untuk tahun pertama sahaja kita mengeluarkan modal untuk membayar
pinjaman tersebut.
Ramai yang cakap oh.. bank jadi lintah darat ambil untung mudah daripada
kita yang buat loan ni. Dah tu, kita ada duit 200k tunai dalam tangan
sekarang untuk letak dalam ASB? Saya tanye lagi sekali, ada ke duit
sebanyak 200K cash???.Orang nak berniaga pun kena ada modal. Bank pun
nak berniaga jugak. Dia bagi kita modal, mestilah dia nak kembali modal
+ untung. Kita pon kalau berniaga kita nak untung. Logik ke kita beli
milo setin kat pemborong harga contoh 7 ringgit, kita jual kat pengguna
lain dengan harga 7 ringgit jugak? Di mana rasionalnya? Jadi kita
sebagai golongan yang tak berduit ni kenalah pinjam duit kat bank untuk
melabur.Tak gitu??:tt2:
Ok, berbalik semula pada perbincangan tadi. Kakanlah saya ambil loan
sebanyak 200K dengan bank dan pihak bank akan mengenakan bayaran bulanan
pinjaman ASB saya 1500K sebulan, termasuk insuran. Dan saya hanya
membayar sejumlah 18K setahun sahaja. Sekiranya PNB mengumumkan dividen
tahun tersebut sebanyak 10%, dalam akaun saya akan dikreditkan 20K. Saya
hanya mengambil 18K daripada amount tersebut untuk membayar bayaran
pinjaman tersebut. Begitulah seterusnya sehingga pinjaman habis.
(Disyorkan ambil pinjaman 20 tahun untuk kurangkan bayaran). Jadi..
siapa yang tolong bayarkan pinjaman saya? PNB lah bukan saya yang bayar.
Saya cuma modalkan 18K sahaja. Diulang sekali lagi.. Saya cuma modalkan
18K sahaja.. Modal 18K lps 20 tahun dapat 200K.. tak nak ke bang??? Bila
ada yang kata kalau saya simpan bulan-bulan sebanyak 1500 lagi bagus.
Saya kata pulak, siapa kata saya tak boleh simpan 1500 bulan-bulan. Saya
bukan sahaja masih boleh simpan 1500 sebulan tapi saya juga bayar extra
18k setahun untuk modal 200K.Buktinya.. saya simpan 1500 kat asb, + saya
bayarkan lagi 18K sebulan untuk loan(Modal 200k saya tak usik sebab dah
cover dengan duit dividen yang dibayar pada bank).Cuba kira sendiri
berapa banyak saya boleh simpan??([B]1,077,124.88 [/B]selepas 20 tahun,
tapi itu kalau kita simpan 1500 sebulanlah banyak tu beb)
Sekiranya dividen tahun tersebut 9%, saya akan dapat 18K atau jika
kurang daripada itu pun, saya cuma perlu tambah sedikit sahaja.(So far
dividen ASB tak pernah kurang daripada 7 persen). Jadi, saya tak nampak
di mana ruginya saya ambil loan ASB tersebut. Saya bukan bayar guna
simpanan duit saya. Saya bayar guna duit dividen daripada PNB. Lagipun
duit tu pun bukan saya nak guna sekarang, saya nak guna bila dah bersara
nanti. Katalah selepas 20 tahun nanti saya dah ada 200k dari simpanan
ASB dan 200k daripada simpanan KWSP. Saya akan keluarkan 200k daripada
KWSP dan saya akan simpan dalam ASB. Wow.. bayangkan saya ada 400K dalam
asb untuk sara saya sepanjang hayat bila dah bersara kelak. Saya tak
perlukan duit anak-anak saya.(kalau saya meninggal pon ada insuran yang
akan bayarkan 200k tu, jadi anak dan isteri dapat lah jugak daripada tak
dapat apa-apa langsung)
Terus terang saya katakan yang saya memang tak ada disiplin untuk pergi
ke bank tiap-tiap bulan untuk simpan duit. Saya malas nak potong bulanbulan sebab saya tau saya juga tak ada disiplin untuk tak ambil duit
tunai dalam akaun bila dah banyak.(Kucing kalau nampak ikan depan mata,
kalau tak makan pon dia akan cium). Oleh itu saya rela ambil loan sebab
saya tau saya tak boleh ambil duit tu (dah tukar dalam bentuk sijil).Dan
yang lagi penting dan utama adalah terlebih elok saya ambil loan

daripada saya tak buat apa-apa. Kalau tak mampu nak bayar terminate je,
bukan susah pon. Esok lusa kalau dah ada duit buatlah loan semula. Kalau
takat cakap bergegar-degar macam tin kosong pon tak guna jugak.
p/s: Perjalanan beribu-ribu kilometer bermula dengan langkah pertama

Anda mungkin juga menyukai