Anda di halaman 1dari 19

1.

Pengenalan
Sistem Pendidikan Negara telah mengalami suatu evolusi penting yang

sejajar dengan kemampuan dan pembangunan negara. Evolusi pendidikan berlaku


melalui lima fasa iaitu Zaman Pramerdeka, Zaman Pasca Merdeka, Zaman Dasar
Ekonomi Baru, Zaman Dasar Pembangunan Negara dan Zaman Dasar Wawasan
Negara. Sekolah-sekolah di Tanah Melayu telah dipecahkan kepada empat aliran,
iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan sekolah Tamil semasa
pemerintahan British. Setiap sekolah mempunyai bahasa pengantar dan kurikulum
yang berbeza-beza antara satu sama lain. Apabila menjelang kemerdekaan,
kesedaran untuk mewujudkan satu sistem persekolahan sahaja mula timbul.
Hasilnya, beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem
persekolahan pada masa itu.
Sebelum kedatangan kuasa penjajah pendidikan di Tanah Melayu berbentuk
bukan formal dan tidak memberatkan perkembangan kongnitif pelajar-pelajar.
Sebelum Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1956 atau Penyata Razak dilaksanakan,
tidak terdapat mana-mana Sistem Pendidikan Nasional di Tanah Melayu pada ketika
itu. Sistem pendidikan pada masa itu tidak selaras dan hanya memberi tumpuan
kepada kaum masing-masing sahaja. Namun demikian, perluasan pentadbiran
Inggeris di Tanah Melayu telah mewujudkan satu sistem persekolahan baru.
Sekolah-sekolah awal ditubuhkan di Negeri-negeri Selat atas usaha mubalighmubaligh Kristian, badan-badan awam dan orang perseorangan.
Selepas campur tangan secara langsung pada tahun 1874, British telah
mempelbagaikan kegiatan ekonomi demi kepentingan imperialismenya. Ini secara
tidak langsung telah merangsang kemajuan sosioekonomi di Tanah Melayu pada
pertengahan pertama abad ke-20. Pendidikan zaman awal berkembang tanpa satu
dasar yang jelas untuk memupuk unsur- unsur kebangsaan di kalangan rakyat.
Akibat dasar Inggeris tersebut, wujudlah sistem pendidikan plural, sesuai dengan
keadaan struktur masyarakat majmuk. Sistem ini tidak dapat menyemai serta
memupuk semangat kebangsaan dalam kalangan penduduk yang berbilang kaum.
Orientasi pendidikan sebegini telah menekan dan mengekalkan tumpuan taat setia
rakyat pendatang kepada negara asal mereka.

2.0

Sejarah Sistem Pendidikan Negara Sebelum Perang Dunia Kedua


Sebelum kedatangan penjajah, pendidikan di Tanah Melayu berbentuk tidak

formal dan tidak mementingkan perkembangan kongnitif individu. Corak pendidikan


pada masa itu pula diisi dengan pengajian al-Quran, akhlak, ilmu kerohanian dan
seni mempertahankan diri. Pendidikan ini juga meliputi pembelajaran awal dalam
bidang kraftangan serta proses pembentukan perintis dalam bidang pertanian,
perikanan dan perburuan. Peringkat kedua dalam perkembangan sistem pendidikan
di Tanah Melayu berlaku pada era penjajahan Inggeris. Pada peringkat ini
pendidikan dikendali dan diletakkan di bawah penguasaan penjajah Inggeris tanpa
berpaksikan sebarang falsafah yang konkrit mahupun dasar pendidikan sepertimana
masa kini.
Pentadbiran pendidikan di Tanah Melayu pada masa itu dilaksanakan
mengikut dasar "pecah dan perintah" serta dasar terbuka tanpa campur tangan
dalam pendidikan vernakular. Matlamat utama sistem pendidikan penjajah ialah
sekadar untuk memberi pendidikan kepada masyarakat bagi memenuhi keperluan
tenaga dan ekonomi. Pihak Inggeris mula memberi tumpuan kepada pendidikan
Inggeris pada tahun 1816 manakala perhatian kepada pendidikan Melayu hanya
sekadar menunaikan kewajipan mereka kepada masyarakat sesuai dengan
perjanjian Inggeris dengan pembesar-pembesar tempatan.
Pendidikan pada peringkat ini dilaksanakan tanpa dikawal oleh satu garis
panduan atau batasan-batasan yang konkrit kerana pemerintah Inggeris tidak
menggangap pendidikan sebagai satu lubuk emas dalam meningkatkan kemahiran
dan kebolehan rakyat dalam mencapai kemajuan. Matlamat pemerintahan Inggeris
bukannya untuk mengubah atau memajukan struktur sosial masyarakat tetapi
sekadar menjadikan keadaan struktur sosial yang sedia ada itu sedikit efisien
sahaja. Tuntasnya, pendidikan pada zaman ini berkembang tanpa satu dasar yang
jelas dapat membina dan memupuk unsur- unsur kebangsaan dalam kalangan
rakyat. Pengasingan kaum Melayu, Cina dan India di bawah dasar pecah dan
perintah British (devide and rule policy) telah menyebabkan lahirnya empat aliran
pendidikan yang berbeza-beza di Tanah Melayu, iaitu Sekolah Melayu, Sekolah
Cina, Sekolah Tamil dan Sekolah Inggeris.

Bermula abad ke-19, British telah mula memperkenalkan sistem pendidikan


Melayu yang sekular. Sekolah Melayu Gelugor telah dibuka sebagai cawangan
kepada Penang Free School pada tahun 1821. Atas usaha golongan mubaligh,
beberapa sekolah Melayu telah dibuka di Negeri-negeri Selat sekitar tahun-tahun
1850-an dan 1860-an. Pertumbuhan sekolah Melayu di Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu adalah perlahan berbanding di Negeri-Negeri Selat. Sekolah Melayu
pertama di Kedah hanya dibina pada tahun 1897 manakala di Kelantan pula pada
tahun 1903. Malah Terengganu tidak mempunyai sebuah sekolah sebelum tahun
1915. Menjelang abad ke-20, kerajaan British telah meluluskan beberapa enakmen
yang mewajibkan anak-anak lelaki Melayu yang berumur antara 7 hingga 14 tahun
bersekolah sekurang-kurangnya selama setengah tahun jika mereka tinggal dalam
lingkungan 3.2 km dari sekolah. Enakmen-enakmen yang diluluskan ini telah
menggalakkan perkembangan pendidikan sekular Melayu. Kerajaan British juga
menubuhkan beberapa maktab latihan perguruan Melayu bagi meningkatkan mutu
pengajaran di sekolah-sekolah Melayu seperti Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI)
yang dibuka di Tanjung Malim, Perak.
Pada awalnya, Pendidikan Cina dipelopori oleh mubaligh-mubaligh Kristian.
Sungguhpun begitu, kebanyakan sekolah Cina telah dibuka dan diselenggarakan
oleh masyarakat Cina sendiri. Pendidikan Cina berkembang pada abad ke-20 akibat
pengaruh pemimpin-pemimpin politik dari China seperti Kang Yu-wei dan Sun Yatseni. Hasilnya, sekolah-sekolah berasaskan fahaman Confucius dan sains moden
mula dibuka di Tanah Melayu dan Singapura. Guru-guru dan buku teks dibawa
masuk dari China malah perkembangan politik di negara China turut diselitkan
dalam sukatan pelajaran. Mulai tahun 1920, bahasa Mandarin digunakan sebagai
bahasa pengantar di sekolah Cina selaras dengan perkembangan di China di mana
bahasa Mandarin dijadikan bahasa kebangsaan. Mulanya, kerajaan British
membenarkan sekolah-sekolah Cina berkembang dengan bebas malah tidak
membantu atau mengawal sekolah-sekolah Cina. Namun demikian, menjelang
tahun 1920, kerajaan British telah meluluskan Undang-undang Buruh bagi
mengawal sekolah-sekolah Cina yang mula diresapi oleh ejen-ejen komunis dari
negara China. Kerajaan British mula memberi bantuan kewangan kepada sekolahsekolah Cina pada tahun 1923 dan seorang Nazir sekolah Cina telah dilantik untuk

mengawasi perkembangan sekolah Cina. Secara keseluruhannya, mutu pelajaran


sekolah Cina adalah lebih tinggi berbanding sekolah Melayu dan Tamil.
Sekolah-sekolah kecil dibuka di ladang-ladang untuk memberi pelajaran
kepada anak-anak penduduk India dan diusahakan oleh pihak persendirian.
Sebaliknya kerajaan British ketika itu menganggap tidak perlu memberi pelajaran
kepada anak-anak buruh Tamil yang berhijrah masuk. Penguatkuasaan Undangundang Buruh akhirnya mewajibkan pihak pengurusan ladang supaya mendirikan
sebuah sekolah sekiranya terdapat lebih daripada 10 orang anak buruh yang
berumur di antara 7-14 tahun. Sekolah-sekolah ini pula dibiayai oleh pihak
pengurusan ladang. Buku-buku dibawa dari India dan mutu pendidikannya adalah
rendah. Namun demikian, mutu sekolah-sekolah Tamil dibandar yang ditubuhkan
oleh persatuan- persatuan India adalah lebih tinggi.
Kerajaan British pada awalnya tidak berminat untuk mengembangkan
pendidikan Inggeris untuk faedah rakyat. Sekolah Inggeris pertama di Tanah Melayu
ialah Penang Free School yang diasaskan oleh R.S.Hutchings pada tahun 1816.
Selain itu, persatuan-persatuan mubaligh telah membuka sekolah-sekolah bagi
murid lelaki dan perempuan. Antara sekolah murid lelaki ialah Anglo Chinese School,
Pulau Pinang (1891), Sekolah Lelaki Methodist, Kuala Lumpur (1897), dan St. John,
Kuala Lumpur (1904). Antara sekolah-sekolah bagi murid perempuan pula ialah
Sekolah Perempuan Bukit Bintang 1893), Sekolah Convent Kuala Lumpur (1899),
dan Sekolah Perempuan St. George, Pulau Pinang. British telah menubuhkan
Maktab Melayu Kuala Kangsar khusus untuk anak-anak raja dan pembesar Melayu
manakala sistem Normal Class telah dimulakan pada tahun 1906 di Kuala Lumpur
bagi melatih guru-guru sekolah Inggeris. Sekolah-sekolah ditubuhkan bagi mendidik
anak-anak kelas pertengahan untuk menjadi guru dan kerani. Kebanyakan muridnya
terdiri daripada anak-anak yang berbangsa Cina dan India. Peluang melanjutkan
pelajaran peringkat tinggi adalah terhad dan hanya ditawarkan di Maktab Perubatan
King Edward VII, Singapura (1905), Raffles Institution, Singapura (1929), Maktab
Teknik (1904), dan Maktab Pertanian Serdang (1931).

Sistem pendidikan Tanah Melayu tidak selaras dan hanya menumpukan


kepada kaum masing-masing. Sistem ini wujud disebabkan disebabkan oleh tiga
4

faktor iaitu struktur penduduk yang berbilang bangsa yang terdiri dari Melayu, Cina
dan India, usaha-usaha pelbagai individu dan badan-badan mubaligh dalam
menubuhkan tempat pendidikan untuk penduduk dan faktor ketiga ialah ketiadaan
satu dasar pendidikan yang sejajar dengan matlamat-matlamat yang tetap. Apabila
wujud sistem sekolah berbilang bangsa dan bahasa ini, berlaku kesulitan proses
Nation Building iaitu pembinaan bangsa selepas Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957.

3.0Kandungan Kurikulum Yang Diamalkan Dalam Sistem Pendidikan

Sebelum kedatangan British, corak pendidikan Melayu yang ada pada adalah
berdasarkan sistem pendidikan agama atau sistem Sekolah Pondok. Sekolahsekolah pada ketika itu tidak menumpukan pembelajaran membaca, menulis dan
mengira ataupun kemahiran-kemahiran pekerjaan, tetapi lebih menumpukan masa
kepada pengajaran agama. Pendidikan Melayu sebelum tahun 1941 terhad kepada
peringkat rendah sahaja untuk membolehkan orang Melayu mengira dan mengenal
huruf. Hal ini kerana British ingin memelihara cara hidup tradisional orang Melayu
dan mengekalkan kestabilan politik dengan tidak memberi pelajaran pada peringkat
yang lebih tinggi. Kurikulum pendidikan Melayu yang awal menekankan pengajaran
Quran dan pengetahuan asas membaca, menulis dan mengira(3M). Pendidikan
Melayu diadakan hanya diperingkat rendah sahaja. Anak-anak Melayu yang bercitacita tinggi dan ingin melanjutkan pelajaran terpaksa memasuki sekolah menengah
Inggeris di bandar. Pendidikan yang berbentuk sekular dalam Bahasa Melayu
dihadkan kepada empat tahun sahaja dengan skop dan kurikulum yang terhad.
Sekolah vernakular Melayu ditubuhkan bagi memberi tumpuan kepada
kemahiran asas seperti membaca, menulis, dan mempelajari asas kira-kira. Antara
tahun 1914-1940, tidak terdapat sekolah menengah aliran Melayu di Tanah Melayu.
Perkembangan sekolah hanya terhad kepada sekolah rendah sahaja. Menurut
cadangan Skinner, seorang Timbalan Majistret Province Wellesley, pelajaran pada
waktu pagi ditumpukan kepada pelajaran Bahasa Melayu, manakala pelajaran AlQuran akan diajar pada waktu petang ii. Sistem yang diperkenalkan oleh Skinner
disambut baik oleh ibu bapa dan mendapat kejayaan di Seberang Perai termasuk
juga di negeri-negeri lain. Antara mata pelajaran yang diajar di sekolah vernakular
Melayu ialah bacaan, mengarang, ejaan, menulis ilmu hisab, Latihan Jasmani dan
Ilmu Alam. Mulai dari awal kurun ke-20, mata pelajaran seperti perkebunan dan
anyaman ditambah dalam kurikulumnya, Ini berdasarkan cadangan Winstedt dalam
laporannya pada tahun 1917. Sekolah Vernakular Melayu hanya terbatas pada
darjah empat sahaja. Murid-murid di sekolah Melayu hanya belajar menulis,
membaca, mengira, kegiatan perkebunan dan cara menganyam. Kurikulum sekolah
Melayu tidak berkembang lebih daripada darjah empat. Hanya segolongan kecil
dapat memasuki Maktab Perguruan atau Malay Special Class, di mana mereka
boleh meneruskan pelajaran mereka di sekolah Inggeris nanti.

Satu lagi jurusan persekolahan untuk menampung persekolahan anak-anak


Melayu ialah sekolah Arab dan sekolah agama yang dikendalikan secara tidak
formal dan kurikulumnya menekankan pengajaran Quran serta pendidikan moral dan
kerohanian. Selepas Perang Dunia Pertama, sekolah-sekolah Arab dan Agama telah
muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan di Semenanjung Tanah Melayu
terutama di negeri Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang. Berilhamkan ajaran-ajaran
reformis dari Asia Barat seperti Sheikh Muhammad Abduh, sekolah agama telah
menjadi pilihan yang sesuai untuk mendapat pendidikan bagi masyarakat untuk
menghadapi segala cabaran dan dugaan akibat daripada proses sekularasi yang
dianjurkan oleh institusi barat.
Berbeza dengan pendidikan Cina, sekolah-sekolah ini menggunakan
berbagai-bagai loghat sebagai bahasa pengantar. Murid-murid ini mempelajari
klasik-klasik

Cina

secara

hafal

dan

bagaimana

menggunakan

capua.

Isi

kurikulumnya menegaskan pengetahuan dalam bidang 3M iaitu membaca, mengira


dan menulis serta lukisan, Bahasa Inggeris, Ilmu Alam, Sejarah, kraftangan dan
pengetahuan am. Guru-guru di sekolah ini tidak mendapat latihan formal sehingga
selepas Perang Dunia Kedua apabila program latihan kelas formal mula diadakan.
Dasar pentadbiran Inggeris ini secara langsung atau tidak langsung mewujudkan
jurang pendidikan antara anak-anak Melayu dan Cina. Pendidikan vernakular Cina di
Tanah Melayu adalah berasaskan pengetahuan klasik Confucius yang menekankan
kaedah pembelajaran secara menghafal, mendeklamasi teks Confucius atau klasik
Cina tanpa memahami maknanya. Penggunaan sempoa (alat mengira) adalah
penting. Sekolah Cina menggunakan dialek masing-masing sebagai bahasa
pengantar. Guru, sukatan mata pelajaran dan buku dibawa dari China. Sekolah Cina
menyediakan pendidikan rendah selama enam tahun. Terdapat sekolah Cina yang
menyediakan pendidikan sehingga tahap senior Middle iaitu pelajaran menengah
atas tiga atau sekolah Tinggi. Bagi mereka yang hendak melanjutkan pelajaran,
mereka harus pergi ke negara China. Sebelum ini, kurikulum sekolah vernakular
Cina adalah berdasarkan pelajaran klasik lama. Selain daripada menghafaz klasik
lama, murid-murid juga belajar kaligrafi dan ilmu kira-kira dengan menggunakan
abakus. Bahasa pengantar yang digunakan untuk mengajar ialah dielak tempatan.
Sekolah Tamil dibuka di perkarangan Penang Free School pada tahun 1821.
Seperti yang dinyatakan oleh Paul Chang Ming Phang, sejarah sebenar pendidikan
7

Tamil di Tanah Melayu bermula dengan perkembangan ladang kopi, gula, kelapa
dan akhirnya getahiii. Kerajaan British pada masa itu tidak menganggapnya perlu
bagi memberi pendidikan kepada anak-anak buruh Tamil yang berhijrah masuk.
Pada tahun 1923 Kerajaan British telah memperkenalkan Kanun Buruh yang
memaksa pihak pengurusan ladang untuk mendirikan sebuah sekolah sekiranya
terdapat lebih daripada 10 oarang anak buruh yang berumur di antara 7-14 tahun.
Sekolah-sekolah ini hendaklah dibiayai oleh pihak pengurusan ladang. Satu masalah
utama yang dihadapi oleh sekolah-sekolah Tamil ialah kekurangan guru-guru yang
terlatih. Mutu pelajaran Tamil pula adalah rendah. Sekolah-sekolah Tamil di ladang
hanya memberikan pelajaran rendah selama 4 tahun. Dari segi bahasa pengantar
yang digunakan pula , di sekolah India telah menggunakan pelbagai rumpun bahasa
dari India seperti bahasa Telegu, Malayalam, Punjabi atau bahasa Hindi. Hal ini
menunjukkan bahawa sukatan pelajaran yang digunakan pada masa itu, adalah
yang berunsur keindahan. Kurikulum di sekolah-sekolah Tamil ini disesuaikan
mengikut negara India, begitu juga dengan tenaga pengajar serta buku-buku teks
dibawa masuk dari India. Kurikulumnya menegaskan pengetahuan dalam kemahiran
asas 3M iaitu membaca, mengira dan menulis karangan,ilmu alam dan kebersihan
diri (personal hygiene). Sebelum Perang Dunia Kedua, program latihan guru kelas
normal selama 3 tahun telah dimulakan untuk guru-guru sekolah Tamil. Pendidikan
di sekolah Tamil juga terhad di peringkat rendah sahaja.
Bagi sekolah Inggeris pula, kebanyakannya ditubuhkan di kawasan- kawasan
bandar dengan bantuan kerajaan Inggeris. Kurikulumnya bercorak Kurikulum School
of Great Britain dengan matlamat melahirkan pegawai-pegawai tadbir rendah bagi
memenuhi keperluan kuasa metropolitan British. Pendidikan di sekolah-sekolah
Inggeris diadakan secara dua peringkat iaitu peringkat rendah dan menengah.,
Program latihan guru kelas normal dimulakan di Kuala Lumpur pada tahun 1905 dan
di Pulau Pinang pada tahun I907 bagi memenuhi keperluan guru pelatih. Kursuskursus pendidikan peringkat diploma kemudiannya ditawarkan di Raffles College,
Singapura manakala pembelajaran tinggi bermula dengan penubuhan Medical
School di Singapura. Pada tahun 1912, namanya telah ditukar menjadi King Edward
VII Medical College. Raffles College yang ditubuhkan pada tahun 1928,
menawarkan kursus-kursus dalam bidang Sastera dan Sains. Sekolah Inggeris
dibahagikan kepada dua iaitu sekolah perempuan dan sekolah lelaki. Kelas yang
8

lebih tinggi akan mempelajari tentang kemahiran pertukangan kayu, membuat


pakaian dan kasut. Terdapat sekolah Inggeris kerajaan di Negeri-negeri Melayu yang
menawarkan pelajaran percuma kepada anak-anak lelaki golongan pembesar.
Pegawai British seperti Frank Swettenham, Hugh Clifford dan Martin Lister
menganggap bahawa apabila pelajaran percuma diberikan, para pembesar akan
lebih mudah bekerjasama.
Peringkat pendidikan sekolah Inggeris terbahagi kepada tiga bahagian iaitu
Kelas Bawah 1, 2 dan Darjah 1, Rendah Pertengahan dari Darjah 2 hingga Darjah 5
dan Menengah dari Darjah 6 hingga Kelas Sijil Sekolah (School Certificate) iv.
Tempoh masa pendidikan Inggeris ialah sebelas tahun merangkumi peringkat
sekolah

rendah

mementingkan

dan

sekolah

akademik

menengah.
dan

Kurikulum

persediaan

pendidikannya
untuk

pula

menghadapi

peperiksaan Cambridge Overseas School Certificate. Mata pelajaran yang dipelajari


ialah Bahasa Inggeris, matematik, sejarah Eropah, ilmu alam, sains, sastera
Inggeris, pendidikan jasmani dan juga lukisan. Apabila pelajar-pelajar berjaya
melepasi peperiksaan tersebut dengan baik, peluang untuk melanjutkan pengajian
mereka ke peringkat diploma seperti di Maktab Perubatan King Edward VII, Maktab
Raffles atau ke peringkat Ijazah di universiti-universiti di England terbuka luas.

4.0Kesan Sistem Pendidikan Tersebut Terhadap Pembentukan Perpaduan


Negara Selepas Perang
Semua sekolah yang ditubuhkan pada zaman kolonial adalah mencerminkan
kuasa, keperluan dan kehendak pendidikan penjajah. Walaupun pendidikan pada
waktu itu merupakan suatu kepentingan, tetapi sekolah-sekolah yang direka adalah
bagi memenuhi keperluan penjajah. Pada zaman penjajahan, pelbagai jenis sekolah
telah diwujudkan seperti sekolah Melayu, sekolah Agama, sekolah Cina dan sekolah
Tamil yang menjadi pemisah besar kepada hubungan etnik di Tanah Melayu, Sabah
dan Sarawak. Hal ini kerana setiap sekolah tersebut khusus untuk kaum tertentu
sahaja dan menjadi penyebab utama kanak-kanak Melayu, Cina, dan India sukar
bergaul antara satu dengan yang lain. Tanpa pergaulan dan persefahaman,
perpaduan kaum tidak mungkin akan tercapai jika sistem pendidikan kolonial ini
terus dikekalkan. Ketiga-tiga kaum iaitu orang Melayu, Cina dan India hanya
berkesempatan bergaul jika mereka belajar di sekolah Inggeris yang terdapat di
bandar-bandar sahaja. Walau bagaimanapun, sekolah ini hanyalah lebih kepada
orang Cina dan India sahaja dan mengenepikan peluang bagi anak-anak orang
Melayu yang tinggal di desa. Oleh sebab setiap sekolah khusus untuk kaum tertentu
sahaja, maka sekolah-sekolah itu terpisah antara satu dengan yang lain.
Mengikut kedudukan geografi serta taburan penduduk, kita dapat mengetahui
bahawa kebanyakan sekolah Melayu ditubuhkan di desa kerana adalah dasar British
untuk mengekalkan orang Melayu di kampung kerana orang Inggeris menganggap
orang Melayu pemalas dan tidak mahu melakukan kerja. Sekolah Cina pula terdapat
di kawasan perlombongan, perniagaan dan perindustrian kerana sebilangan besar
orang Cina bergiat di bidang-bidang tersebut pada zaman kolonial manakala sekolah
Tamil pula terdapat di kawasan ladang getah kerana penoreh getah merupakan
pekerjaan utama mereka apabila mereka sampai di Tanah Melayu. Perbezaan
kawasan tempat tinggal ini akhirnya menjadi faktor pemisah pergaulan antara kaum.
Kurikulum bagi kelima-lima jenis sekolah ini adalah berbeza dan tidak sehala.
Masing-masing mempunyai kurikulum yang tersendiri. Lebih menyedihkan dengan
sikap imigran yang tinggal di Tanah Melayu yang langsung tidak menunjukkan rasa
kecintaan mereka pada tanah tempat mereka berlindung. Contohnya imigran Cina
hanya mengambil tahu tentang perkembangan di Tanah Besar China sama ada isu
semasa mahupun pergolakan politik. Manakala orang India pula tidak mengambil
10

tahu tentang Tanah Melayu. Hubungan etnik pada zaman kolonial semakin hari
semakin menjadi renggang sehinggalah akhirnya menyebabkan berlakunya
peristiwa berdarah pada 13 Mei 1963.
Pengenalan sistem pendidikan berasaskan bahasa ibunda sebagai bahasa
pengantar menyebabkan masyarakat di Tanah Melayu terpisah antara satu sama
lain. Dalam keadaan ini, perpaduan kaum sangat sukar dipupuk kerana tidak ada
satu bahasa yang dapat dijadikan bahasa rasmi yang boleh menyatukan semua
masyarakat. Bagi memupuk perpaduan kaum, satu bahasa harus ditetapkan
sebagai bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi serta harus difahami semua
lapisan masyarakatnya. Situasi ini disebabkan semua kaum di Tanah Melayu amat
taksub dengan bahasa ibunda mereka sendiri yang mana orang Cina dengan
bahasa Cina, orang India dengan bahasa Tamil, Malayam, Telegu, Hindi dan
sebagainya. Tidak kurang pentingnya pengaruh budaya daripada Timur Tengah dan
Arab juga membawa bibit perpecahan di kalangan masyarakat Melayu dengan
wujudnya aliran pendidikan Arab di samping dua aliran lain iaitu Melayu dan
Inggeris. Pendidikan dan persekolahan menanamkan ideologi politik dan ideologi
sosial yang berbeza yang menjadikan masalah perpecahan begitu meruncing.
Dasar

pendidikan

kolonial

telah

menyebabkan

berlaku

pengkelasan

masyarakat mengikut pekerjaan. Kebanyakan sekolah Vernakular tidak mempunyai


sukatan mata pelajaran yang betul dan hanya memberikan pendidikan di peringkat
asas sahaja. Contohnya Vernakular Melayu, iaitu Sekolah Bayan Lepas di Pulau
Pinang dan Sekolah Melayu Gelugor hanya memberikan pendidikan rendah
sehingga darjah enam sahaja. Anak-anak Melayu sekolah ini hanya diajar menulis,
membaca, mengira, sedikit ilmu Geografi, seni pertukangan seperti pertukangan
kayu dan perkebunan. Pendidikan Vernakular Melayu pula amat rendah mutunya.
Mata pelajaran Geografi yang diajar adalah Geografi British yang tidak ada kenamengena dengan orang Melayu. Anak-anak Melayu yang belajar di sekolah ini diajar
asas pelayaran dan pertanian supaya mereka boleh menjadi nelayan dan petani
yang lebih baik daripada ibu bapa mereka. Orang Cina lazimnya akan bekerja di
bandar-bandar atau lombong manakala orang India pula di kawasan estet dan
ladang kopi. Sistem pendidikan yang berbeza-beza akan menyebabkan pekerjaan
yang berbeza-beza dan menjejaskan pembentukan perpaduan negara selepas
perang.
11

Krisis bahasa berlaku akibat kewujudan sekolah vernakular yang mesti


menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Bahasa Melayu yang sudah mula
diketepikan sehingga bahasa Inggeris pula menjadi bahasa pengantar di semua
sekolah. Hal ini menyebabkan bahasa asal kaum Melayu, kaum Cina, dan Kaum
Tamil terpaksa diketepikan sebagai bahasa pengantar di sekolah vernakular masingmasing. Perubahan-perubahan ini telah menimbulkan reaksi yang berbeza-beza
daripada masyarakat yang pelbagai bangsa dan bahasa. Pandangan terhadap dasar
pelajaran kebangsaan juga berbeza-beza berdasarkan minat, keperluan dan
kepentingan masing-masing. Mereka yang terdiri daripada yang berpendidikan
Inggeris pula mahukan bahasa Inggeris dikekalkan pula kedudukannya di sekolahsekolah. Dari mereka yang berlatarbelakangkan pendidikan Cina pula mahukan
mahukan semua bahasa yang terdapat di negara ini diiktiraf sama dengan
kedudukannya. Akan tetapi orang-orang Melayu melihat kedudukan bahasa Melayu
melalui satu perspektif yang berlainan. Jelaslah disini bahawa sememangnya wujud
krisis bahasa akibat daripada sistem pendidikan kolonial.
Secara personal, saya bersetuju bahawa perkembangan pendidikan sebelum
Perang Dunia Kedua adalah benih kepada pengasingan masyarakat di Negeri-negei
Melayu dengan mengikut pandangan Philip Loh Fok Seng v. Hal ini dapat dibuktikan
melalui dasar pendidikan British di Tanah Melayu iaitu dasar pecah dan perintah
serta dasar terbuka dan memberi pendidikan kepada rakyat tempatan adalah
sekadar memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi. Hal ini telah menyebabkan
wujudnya empat aliran pendidikan yang berasingan dengan tujuan, matlamat dan
kandungan kurikulum yang berlainan iaitu pendidikan sekolah Melayu, Cina, Tamil
dan Inggeris. Natijahnya, wujud pengasingan masyarakat di negeri-negeri Melayu.

12

5.0Analisis Kandungan Laporan-Laporan Yang Dihasilkan Dalam Membentuk


Sistem Pendidikan Yang Selaras Pada Masa Kini
Apabila tiba era kemerdekaan, kesedaran untuk mewujudkan satu sistem
persekolahan mula timbul. Hasilnya, beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk
mengkaji sistem persekolahan pada masa itu dan terbentuklah beberapa laporan
seperti Rancangan Cheeseman, Laporan Barnes, Laporan Fenn-Wu, Ordinan
Pelajaran dan Laporan Razak. Pada tahun 1946, Rancangan Cheeseman telah
dikeluarkan dengan mencadangkan pendidikan secara percuma di peringkat rendah
dalam

semua

bahasa

pengantar.

Pendidikan

peringkat

menengah

pula

menggunakan Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin & Bahasa Tamil
sebagai bahasa pengantar dan Bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib di
semua sekolah vernakular. Kerajaan British telah memperkenalkan Laporan Barnes
pada 1950 sebelum negara mencapai kemerdekaan. Matlamatnya ialah supaya
Tanah Melayu dapat bergerak ke arah berkerajaan sendiri dengan perpaduan kaum
yang berlaku. Laporan Barnes bertujuan untuk membubarkan sistem sekolah
vernakular yang berasingan dan menggantikannya dengan sekolah kebangsaan
bagi semua kaum. Tentangan kuat yang diterima daripada pihak komunis pada
ketika itu menyebabkan British khuatir dan bimbang kaum-kaum di negara ini akan
terpengaruh dengan ideologi komunis yang boleh membawa kepada huru-hara.
Laporan Barnes mencadangkan Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa
pengantar pada peringkat sekolah rendah serta bahasa Inggeris pada peringkat
sekolah menengah dan peringkat yang lebih tinggi. Cadangan ini diharapkan dapat
merapatkan jurang komunikasi antara kaum serta merapatkan hubungan mereka.
Namun demikian, masyarakat Cina telah menentang cadangan ini kerana bimbang
akan mengganggu-gugat bahasa ibunda mereka. Oleh yang demikian, mereka
mencadangkan Laporan Fenn-Wu agar sekolah vernakular Cina dikekalkan
walaupun mereka bersetuju dengan sistem pendidikan kebangsaan.
Kemudian, Ordinan Pelajaran 1952 pula diperkenalkan dengan mengambil
kira kandungan kedua-dua laporan tersebut. Walau bagaimanapun, ordinan ini tidak
dapat dilaksanakan ekoran daripada tentangan masyarakat Cina dan India,
kekurangan kewangan dan terdapat ancaman daripada pihak komunis. Penyata
Razak 1956 diperkenalkan dengan mengemukakan sistem persekolahan yang sama
dan penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan. Penyata ini bertujuan
13

untuk menyuburkan semangat perpaduan kaum di Tanah Melayu. Kemudian,


Laporan Rahman Talib diperkenalkan dengan penekanan terhadap penggunaan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan akhirnya menjadi Akta Pelajaran
1961.
Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia selepas merdeka bermula
pada tahun 1963 hingga 1975. Tahap pertamanya menekankan perlaksanaan Akta
Pelajaran 1961. Antara yang dilaksanakan dalam tahap pertama termasuklah
pemansuhan

Peperiksaan

Masuk

Sekolah

Menengah,

penubuhan

sistem

Pendidikan Aneka Jurusan dan penubuhan Pusat Latihan Daerah. Tahap


kedua(1966-1970) pula dilaksanakan dibawah Rancangan Malaysia Pertama yang
digubal atas tujuan untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial yang timbul
pada masa itu. Antara yang dilaksanakan termasuklah penubuhan Sekolah
Menengah Teknik dan Vokasional, penyelarasan sistem pendidikan melalui Polisi
Pendidikan Kebangsaan serta penubuhan Lembaga Peperiksaan Malaysia. Tahap
ketiga(1971-1975) merupakan pengubahsuaian sistem pelajaran dan latihan untuk
memenuhi keperluan-keperluan perkembangan ekonomi serta mengeluarkan lebih
ramai tenaga kerja mahir bagi melicinkan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Antara
yang ditekankan ialah peranan pendidikan dalam perpaduan, penubuhan Rukun
Negara dan Pusat Pengajian Sains.
Berlandaskan kepada laporan-laporan pendidikan sebelum ini, beberapa
perubahan telah berlaku bagi menambahbaik sistem pendidikan. Antaranya ialah
Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama yang dilaksanakan
sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada
tahun 1982, manakala di Sarawak pada tahun 1990. Tumpuan turut diberikan
terhadap Bahasa Inggeris yang digunakan sebagai bahasa kedua. Selaras dengan
Akta Pelajaran 1961, sekolah rendah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan yang
menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar masih
dikekalkan. Selain itu, mata pelajaran Sivik diperkenalkan bagi memupuk semangat
jati diri dalam kalangan pelajar. Pendidikan Sains dan Teknikal pula diberi
penekanan pada peringkat menengah bagi menghasilkan tenaga kerja mahir.
Semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet
Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) telah menggariskan cadangan
pendekatan dan strategi baru untuk mengukuhkan lagi sistem pendidikan. Sekitar
14

tahun 1980-an, peluang pendidikan untuk warganegara ditingkatkan dengan


menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di kawasan luar bandar.
Kemudian, Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubal pada tahun 1988 bagi
memfokuskan hala tuju dan matlamat pendidikan negara. Falsafah ini menekankan
pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar yang
seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Jawatankuasa Kabinet telah mengkaji keberkesanan sistem pendidikan serta
mempertingkatkan kualitinya dengan pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Pada tahun 1990an, peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR), Penilaian Menengah
Rendah(PMR),

Sijil

Pelajaran

Malaysia(SPM)

dan

Sijil

Tinggi

Pelajaran

Malaysia(STPM) telah diperkenalkan. Perkembangan terhadap sistem pendidikan


berterusan sehingga ke hari ini antaranya termasuklah penubuhan Sekolah
BESTARI 1995, Koridor Raya Multimedia 1999, Ujian Bahasa Inggeris(MUET), PSMI
2003, Sekolah Wawasan dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006. Dalam
sistem pendidikan kini, kerajaan telah mengambil inisiatif melaksanakan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang menjadi pelengkap kepada Dasar Pendidikan
Kebangsaan. Dasar ini penting dalam usaha untuk memupuk perpaduan kaum dan
integrasi nasional. Ideologi negara bagi sistem pendidikan adalah Rukun Negara
dan tumpuannya adalah selaras dengan pembangunan negara. Penambahbaikan
daripada laporan-laporan yang terdahulu turut berlaku dengan memberi penekanan
terhadap etika dalam Rukun Negara, iaitu Kesopanan dan Kesusilaan vi. Aspek ini
sering diaplikasikan dalam banyak mata pelajaran yang diajar di sekolah-sekolah
bagi mewujudkan para pelajar yang tinggi moral dan nilai etikanya.

6.0Kesimpulan
15

Sebelum campur tangan British, masyarakat tempatan di Tanah Melayu


sudah pun mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri, terutamanya bagi orang
Melayu. Pendidikan orang Melayu banyak dipengaruhi oleh perkembangan agama
Islam. Oleh yang demikian, orang Melayu begitu menekankan anak-anak mereka
agar dapat menuntut ilmu dalam pengajian agama sejak kecil lagi. Guru-guru pula
terdiri daripada ibu bapa sendiri, imam atau haji yang mengajar secara tidak formal.
Pendidikan tidak formal berkaitan dengan pendidikan secara pengetahuan dan
kemahiran seperti aktiviti sosial dan ekonomi. Contohnya seperti pengajaran alQuran, akhlak yang baik, ilmu kerohanian dan seni mempertahankan diri.
Disamping itu, aktiviti pertanian, perikanan dan perburuan turut dipelajari.
Sekolah vernarkular Cina yang terawal di Tanah Melayu tertubuh di Negerinegeri Selat. Sekolah Cina yang pertama telah dibina di Melaka pada tahun 1816,
oleh sekumpulan mubaligh-mubaligh Kristian dari Persatuan Mubaligh London.
Kelas-kelas dalam bahasa Cina

kemudiannya

berkembang

di semua free

school iaitu di Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Pada peringkat awal, sekolahsekolah Cina berkembang tanpa campur tangan Brtish. Oleh yang demikian,
perkembangan politik dan ekonomi di negara China telah banyak mempengaruhi
sistem pendidikan orang Cina di Tanah Melayu.
Sekolah Tamil turut bertapak di Negeri-negeri Selat tetapi sekolah Tamil di
Negeri-negeri Melayu bermula dengan berkembangnya kegiatan perladangan iaitu di
ladang-ladang kopi, gula, kelapa dan getah. Hal ini disebabkan kebanyakan buruhburuh India lebih tertumpu di kawasan-kawasan tersebut.

Pada tahun 1900,

pendidikan Tamil mendapat bantuan kewangan untuk mewujudkan sekolahsekolah Anglo-Tamil Cristian Missionary. Pada tahun yang sama, terdapat sebuah
sekolah Tamil dan tiga buah sekolah Anglo-Tamil iaitu di Perak, Negeri Sembilan dan
di Selangor telah ditubuhkan. Orang India kebanyakannya tidak berkemampuan
untuk membiayai dan mewujudkan sekolah-sekolah Tamil. Oleh yang demikian,
mereka bergantung kepada majikan untuk mendapatkan pendidikan.
Setelah tamat Perang Dunia Kedua, sistem pendidikan di Tanah Melayu telah
mengalami perubahan. British telah mencuba untuk mengembalikan hak peribumi
iaitu hak keistimewaan seperti bahasa dan hak mendapatkan pendidikan dalam
kalangan masyarakat tempatan. Selain itu, British cuba untuk menyatupadukan
16

masyarakat yang berbilang kaum agar tidak berlakunya kekacauan dan tidak
digunakan sebagai peluang untuk menyebarkan fahaman komunisme yang semakin
berleluasa di Asia Tenggara selepas Perang Dunia Kedua.

17

Nota Hujung

18

i Abu Zahari Abu Bakar. (1984). Perkembangan Pendidikan Di Semenanjung Malaysia : Zaman

Sebelum Merdeka Hingga Ke Zaman Sesudah Merdeka. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti. Ms
67

ii Ibid. ms 64
iii Ibid. ms 69
iv Ibid. ms 71
v Ibrahim Saad. (1990) Perubahan Pendidikan Di Malaysia: Satu Cabaran, Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa & Pustaka. Ms 20

vi Ibid. ms 25

Anda mungkin juga menyukai