Anda di halaman 1dari 8

Minggu 7:

Bincangkan tentang implikasi kepelbagaian sosio-budaya dari aspek guru, murid,


sekolah dan kurikulum tersirat.
IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA DI DALAM SEBUAH BILIK DARJAH
TERHADAP GURU, MURID DAN SEKOLAH

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA DI DALAM BILIK DARJAH TERHADAP


GURU
Malaysia menggunakan suatu kurikulum yang sama bagi semua pelajar. Ianya
menjadi satu cabaran besar kepada guru dalam menyampaikan kurikulum ini kepada
anak didik. Di dalam ruang lingkup bilik darjah, guru perlu membuat sedikit analisis
mengenai latar belakang murid-murid sebelum merancang pengajaran. Sebagai guru, ia
perlu tahu bahawa setiap pelajar mempunyai budaya, latar belakang keluarga dan tahap
sosio ekonomi yang berbeza-beza.
Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan
penuh dedikasi dan bersikap rofessional. Guru tidak harus membezakan bangsa murid,
tidak mengelompok murid mengikut kaum mereka sahaja..Murid dari kaum dan jantina
berlainan juga harus ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang
untuk berinteraksi terbuka luas.
Guru digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas rofes murid. Murid
hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira sama ada mereka dari kelas atasan atau
bawahan dan hendaklah tidak ada pinggiran ditunjukkan. Guru Hukuman berbentuk
deraan tidak seharusnya dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan antara
guru dan murid menjadi renggang dan hilang minat untuk meneruskan pembelajaran.
Guru bertanggungjawab membentuk komuniti pembelajaran yang mesra murid
berasaskan latar belakang dari harus bijak dalam mengendalikan kelas rofes murid
dimana akan wujud pergaulan bebas, tidak berkelompok, berinteraksi tanpa sekatan
budaya dan masyarakat. Dengan cara ini suasana pembelajaran lebih menyeronokkan.
Guru perlu berusaha untuk membantu murid memilih kerjaya yang sesuai
dengan tahap pencapaian mereka . Guru perlu membantu murid membina konsep

positif kendiri, memberi tunjuk ajar untuk mengatasi masalah akademik dan
meningkatkan prestasi akademik murid yang lemah melalui penganjuran kem motivasi
dan sebagainya.
Guru mesti membiasakan diri rofes awal kekelas dan mempunyai amalan
sentiasa menepati masa. Guru harus menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan
pembelajaran mengikut tahap pencapaian murid. Masa pengajaran hendaklah
dimaksimumkan dengan aktiviti yang meransang minda.Kata-kata motivasi dan penuh
senyuman, jenaka dan pujian supaya suasana sentiasa ceria di samping teguran berupa
nasihat dan bukan leteran.
Guru perlu menghormati dan bersikap adil kepada semua murid. Pelbagai sosiobudaya. Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan oleh guru untuk menyekat
aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, pembentukan
kumpulan berdasarkan etnik dan meniupkan api perkauman dikalangan murid.
Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan
oleh murid-murid. Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima seadanya. Isu-isu
sensitive dan berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan.
Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan,
nilai dan agama yang dianuti murid.
Aspek bahasa harus diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh guru. Murid yang
terdiri daripada pelbagai kaum pastilah berlakunya dialek bahasa yang sedikit sebanyak
akan memberi kesan kepada pembelajaran di dalam bilik darjah. Jurang yang berlaku
akibat daripada penggunaan bahasa dialek haruslah dielakkan. Penggunaan bahasa
yang standard akan memberi peluang yang sama rata kepada murid untuk mengambil
bahagian dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah.
Guru perlu mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam
pengajaran dan pembelajaran tersebut dan mencari peluang bagi pengubahsuaian serta
mengemukakan pandangan dan cadangan bagi menyelesaikan beberapa masalah
pembelajaran supaya pengajaran dan pembelajaran berikutnya dapat dilaksanakan
secara lebih sempurna dan mempunyai penambahbaikan. Guru yang berkualiti
mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti serta peka terhadap segala perubahan

yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak berlaku pembaziran waktu
disebabkan pelbagai pemantauan yang terpaksa dijalankan.
Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan yang
cemerlang. Antara perkara yang menjadi focus ialah mengetahui dan memahami bidang
kerjayanya, menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka pendek dan jangka
panjang. Kerja yang dilakukan lebih spesifik, boleh diukur pencapainya, boleh dicapai,
realistic dan bijak dalam pengurusan masa.
Demi memastikan objektif tercapai, perancangan guru yang rapi meletakkan
keutamaan terhadap tugasan. Ini bermaksud, keutamaan diberi kepada keupayaan,
kemahiran melaksanakan tugas, kemahiran berfikir, kemahiran berinteraksi dan
berkomunikasi. Selain itu, guru juga harus mempunyai kemahiran mengurus dan
mentadbir. Kemahiran mengaplikasi peralatan yang terkini seperti computer, kecekapan
menjalankan tugasan yang diamanahkan disamping memiliki wawasan yang jelas.

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIAL-BUDAYA DALAM BILIK DARJAH TERHADAP


GURU

Mengajar tanpa mengira social budaya murid


Jalankan tugas penuh dedikasi & rofessional
Bantu murid memilih kerjaya
Sentiasa menepati masa.
Menghormati murid & bersifat adil
Tidak menyentuh kepercayaan murid
Kurangkan penggunaan bahasa dealek
Catat kemajuan & kelemahan murid
Mempunyai kemahiran mengurus dan mentadbir
Guru mempunyai wawasan.

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA DI DALAM BILIK TERHADAP MURID

Panduan mengurus peraturan yang wajib tingkah laku dipatuhi

Tidak pertikai kepercayaan Galakkan penggunaan dan amalan agama lain

Bahasa standard

Galakkan berinteraksi

Perlu diberi motivasi dengan rakan.perlukan bimbingan dan dorongan dari guru

Murid adalah pelanggan bagi setiap guru di dalam bilik darjah. Mereka akan
bersama setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam bilik
darjah. Hati dan jiwa mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan terbaik yang
melampaui tingkah laku manusia. Kerapkali terdapat perbezaan antara individu atau
kumpulan murid dengan yang lain. Faktor ini mendesak guru menggunakan kemahiran
secara optimum dalam pengurusan bilik darjah dan adalah penting kepada guru untuk
memahami tingkahlaku dan budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan
mengikut kaedah yang betul dan tepat.
Panduan mengurus tingkah laku dengan menyenaraikan maklumat yang perlu murid
ketahui tentang peraturan yang wajib mereka patuhi sepanjang masa pengajaran dan
pembelajaran. Murid harus bersosial dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran.. Murid
harus berinteraksi tanpa mengira kelas social dan perlu membuang sikap prejudis
terhadap bangsa lain.
Setiap murid mempunyai kepercayaan dan amalan agama yang dianuti tidak harus
dipertikaikan dan aktiviti yang dijalankan berupaya menyemai semangat saling percaya
dan mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira
anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid
dapat dilaksanakan. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam
masyarakat dan seterusnya berupaya membentuk masyarakat yang toleran memacu
pembangunan negara Murid digalakkan menggunakan bahasa standard semasa
berkomunikasi sesama rakan. Dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan, murid mesti
diingatkan untuk sentiasa berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul.
Penggunaan laras bahasa yang tepat mesti diamalkan dalam situasi yang sesuai, aktiviti
yang bercorak kea rah peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan
bahasa murid sentiasa bertambah. Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu
murid mencapai kematangan sosial yang sepatutnya.

Murid digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan rakan-rakan yang berlainan


jantina.

Mereka

perlu

diberikan

kesedaran

batasan

perhubungan

dalam

interaksi tersebut. Dalam pengurusan bilik darjah, setiap murid harus diberikan peranan
dan tanggungjawab tertentu untuk menanam semangat kerjasama dan cinta akan kelas
mereka. Ahli jawatankuasa keceriaan kelas perlu diujudkan disamping jawatan ketua
dan penolong ketua kelas. Dengan ini setiap murud dapat merasakan diri mereka tidak
dipinggirkan di dalam kelas mereka.
Murid perlu diberi motivasi secara berhemah dan berhikmah. Guru perlu
menggunakan komunikasi berkesan dengan membiasakan diri dengan senyuman selain
kerap memberi penghargaan apabila murid mempamerkan sesuatu yang lebih
baik daripada sebelumnya. Murid biasanya suka akan budaya belajar yang ceria,
menyeronokkan, menyentuh emosi disamping meningkatkan kecergasan mental, kreatif
dan inovatif dan bermatlamat. Murid perlu membentuk budaya bilik darjah yang dinamis,
mementingkan aspek nilai-nilai murni, hubungan yang mesra sesama rakan dan guru.
Murid perlu mendapat dorongan dan bimbingan guru serta rakan sebaya, tahap
disiplin yang terkawal melalui tindakan yang berkhemah, yang dibaluti perasaan kasih
sayang dapat memberi peluang yang terbaik untuk mengembangkan potensi diri kea rah
pembentukan modal insan yang berkualiti. Tindakan murid boleh dibuat jangkaan oleh
guru. Guru dapat kurangkan masalah disiplin melalui pendekatan bilik darjah yang
berkesan. Murid-murid yang menimbulkan punca permasalah harus dikenal pasti,
supaya murid lain tidak menjadi pak turut .
Murid harus diterapkan supaya membiasakan diri datang ke bilik darjah tepat pada
masanya. Guru dicadangkan agar menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan
pembelajaran berlandaskan tahap pencapaian murid yang dimulakan dengan set indaksi
yang menarik dan diikuti aktiviti-aktiviti pembelajaran yang boleh menghilangkan rasa
bosan murid.

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA DI DALAM BILIK TERHADAP SEKOLAH

Kepelbagaian sosio budaya telah mewujudkan sekolah yang terdiri daripada


pelbagai bangsa seperti Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Cina dan Tamil.
Kementerian Pelajaran telah berusaha untuk mengatasi masalah kepelbagaian
sosiobudaya melalui aktiviti yang dijalankan di sekolah. Program Integrasi Untuk
Perpaduan (RIMUP) adalah salah satu daripada usaha Kementerian Pelajaran untuk
memupuk perpaduandalam kalangan murid tanpa mengira kaum.
Pada masa kini terdapat pelbagai pilihan jenis sekolah dalam sistem pendidikan
negara. Pada peringkat sekolah rendah terdapat SK, SJKC, SJKT. Pada peringkat
menengah pula terdapat SMK Harian, Sekolah Model Khas, Sekolah Berasrama Penuh,
Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Agama. Diperingkat sekolah rendah,
terdapat tiga jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan yang bahasa pengantar utamanya
ialah Bahasa Kebangsaan, SJKC yang bahasa pengantarnya Bahasa Cina manakala
SJKT menggunakan bahasa pengantarnya bahasa Tamil.
Diperingkat sekolah menengah pula terdapat Sekolah Berasrama penuh (SBP) yang
memberi peluang murid cemerlang khususnya dari kawasan luar Bandar mendapat
pendidikan yang terbaik supaya mereka terus berjaya dalam bidang akademik,
kokurikulum dan sahsiah. Setiap SBP mempunyai bidang keistemewaan masing-masing
seperti permainan ragbi di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Pancaragam di Sekolah
Menengah Tun Fatimah dan pidato di Kolej Islam Kelang.
Sekolah Menengah Teknik memberi peluang belajar kepada murid yang cenderung
dalam bidang teknikal dan vokasional. Matlamatnya adalah untuk menyediakan tenaga
kerja mahir dan separuh mahir yang mencukupi. Sekolah Teknik menawarkan bidang
bidang vokasional seperti ekonomi rumah tangga, pertanian, ketukangan elektrik,
mekanikal dan awam manakala bidang teknik termasuklah kejuruteraan elektrik,
mekanikal dan awam. SMT yang cemerlang termasuklah SMT Dato Undang Hj Md
Sharip ( ekonomi rumah tangga), SMT Chenor (pertanian), SMT Sri Manjung
(ketukangan elektrik), SMT Muazam Shah (ketukangan awam), SMT Shah Alam
(ketukangan makanikal) dan SMT Cheras (kejuruteraan).
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) menawar dan menyediakan
program Pendidikan Islam kepada murid. Ia memupuk potensi murid dari segi minat,
kreativiti, sahsiah dan kepimpinan serta menyediakan peluang melanjutkan pelajaran
dalam

pelbagai bidang ilmu di dalam

dan di luar

negara.

Diantara yang

membanggakan ialah SMKA Maahad Haamidiah Kajang, Selangor. Ini adalah


kometmen Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menerapkan nilai kerohanian dan
kepercayaan agama kepada murid-murid.
Sekolah Premier ialah sekolah yang mempunyai unsur sejarah dan tradisi yang
kukuh dan memberi sumbangan yang banyak kepada negara sejak penubuhannya.
Sekolah ini mempunyai senibina yang bersejarah yang akan memperkayakan khazanah
warisan

negara.

Sekolah

ini

menjadi

lambing

kebanggaan

negara

kerana

kecemerlangannya. Sekolah ini melahirkan tokoh-tokoh negara dan korporat seperti


Victoria Institiut (Kuala Lumpur), Sekolah Zainab (Kelantan), Maktab Sultan Ismail
(Kelantan) dan Sekolah MenengahSt. John (Kuala Lumpur)
Sekolah Bestari merupakan sekolah-sekolah yang terletak di Koridor Raya
Multimedia terutama di Putrajaya dan Cyberjaya. Sekolah ini mempunyai reka bentuk
yang menarik, infrastruktur yang lengkap dan terletak dalam kawasan strategic
berhampiran dengan Kompleks Kerajaan Persekutuan.
Sekolah Model Khas pula menggabungkan murid sekolah rendah pada peringkat
tahap dua dan murid sekolah menengah di bawah satu bumbung. Ia merupakan konsep
baru dan menyediakan kemudahan fizikal yang kundusif bagi murid-murid yang
berpotensi di kawasan luar Bandar seperti Sekolah Kebangsaan Clifford Kuala Lipis,
Pahang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jenun di Negeri Kedah.
Sekolah Pendidikan Khas menyediakan Pendidikan Khas kepada murid bermasalah
penglihatan, pendengaran, autisme, sindrom-down, keupayaan kognitif rendah, ADHD
dan disleksia. Matlamatnya adalah supaya mereka menjadi insan yang berdikari dan
dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Sekolah Menengah Pendidikan
Khas Indrapura contohnya menyediakan kemudahan pelajaran bagi ketiga-tiga kategori
pendidikan khas. Sekolah Menengah Teknik memberi peluang pendidikan kepada murid
bermasalah pendengaran dengan menawarkan kursusu-kursus anjuran Majlis Latihan
Vokasional Kebangsaan (MLVK).
Sekolah Wawasan pula ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan
murid di sekolah. Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing antara
satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam. Apabila
anak orang Melayu, Cina, India dan kaum lain dapat berinteraksi sejak dari peringkat

awal persekolahan lagi sedah tentu akan lahir satu generasi Malaysia yang bersifat
pelbagai budaya. Penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum sejak
kecil iaitu dibangku sekolah rendah akan lebih memudahkan kerana mereka ini masih
kanak-kanak yang boleh dibentuk.

Anda mungkin juga menyukai