Anda di halaman 1dari 9

MUSIC APREACIATION FOR CHILDREN

Penghargaan
Syukur Alhamdulillah saya panjatkan kepada ilahi di atas kelancaran perjalanan dalam
penghasilan tugasan ini. Tugasan Music Areciation For Childrens MUE462 ini tidak akan
terhasil tanpa sokongan semua. Secara khususnya, saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas
kepada pensyarah saya, Puan Juriani Bt Jamaludin di atas kesabaran dan ketekunan, galakan,
bimbingan, pengkritik serta segala-galanya yang dicurahkan oleh beliau. Tanpa sokongan dan
bimbingan beliau yang berterusan, tugasan ini tidak dapat disiapkan dengan jayanya.

Saya juga terhutang budi kepada rakan-rakan saya dan insan-insan yang berada dekat
dengan saya. Terima kasih untuk semua sokongan dan nasihat yang sangat berguna sekali. Akhir
sekali, penghargaan ikhlas saya juga didedikasikan khas kepada isteri tercinta yang banyak
membantu dan memberi sokongan yang tidak pernah putus dalam menjayakan tugasan Alat
Bantu Mengajar Kreatif saya ini. Tanpa bantuan dan bimbingan daripada insan-insan yang
sebutkan di atas, saya yakin tugasan ini tidak akan terhasil dengan jayanya Saya amat
menghargai dan berterima kasih sekali lagi atas sokongan dan bantuan mereka yang berterusan.

Terima kasih.

MUSIC APREACIATION FOR CHILDREN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Mata Pelajaran

Dunia Muzik

Kelas / Tahun

6 Amanah

Tajuk / Tema

Burung Kakak Tua (Solfa dan Dinamik)

Masa

1:15 tengah hari 1:45 tengah hari (30 minit)

Standard Pelajaran

1.1.5 Mengaplikasi dinamik dalam nyanyian

Lembut ( p )

Kuat ( f )
2.1.3 Membunyikan solfa dengan betul

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran :


-

Murid dapat menyanyi dan membuat solfa dengan teknik nyanyian


yang betul dan menyanyikan lagu Burung Kakak Tua mengikut
dinamik lembut dan kuat.

Aktiviti PdP

1) Membuat latihan pernafasan.


2) Murid menyanyinya solfa yang dimainkan oleh guru.
3) Murid membunyikan solfa yang dimainkan mengikut kad
beracun yang ditunjukkan oleh guru.
4) Murid diminta menyanyikan lagu Burung Kakak Tua dengan
mengikut dinamik yang betul sambil diberi panduan oleh guru.
(lagu telah diajar pada minggu yang lalu).
5) Mengenalpasti dinamik kuat dan lembut melalui nyanyian
mengikut pernafasan yang betul.

MUSIC APREACIATION FOR CHILDREN

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) : Kreativiti


Bahan Bantu Mengajar : Kad Imbasan (Kad Beracun), Kibod
Penilaian PdP

: Pemerhatian

Refleksi

: Seramai 15 orang murid dapat menguasai postur pernafasan yang betul.


Tiada orang murid memerlukan bimbingan guru.

Langkah /
Masa

Konsep /
Teknik

Set
Induksi

Pemanasan suara

6 minit

Nyanyian
solfa

Strategi

Main Peranan

Aktiviti Pengajaran dan


Pembelajaran

1) Guru meminta
murid
memejamkan mata
sambil
membayangkan
mereka berada di
tepi pantai dalam
suasana yang
tenang.
2) Guru
menunjukkan kad
imbasan yang
mengandungi suku
kata.
-

La
Lu
Ma
Mi

Catatan

ABM
-

Kibod

Kad
imbasan

MUSIC APREACIATION FOR CHILDREN

3. Murid
menyanyikan solfa
yang dimainkan
oleh guru
mengikut sebutan
suku kata yang
ditunjukkan oleh
guru.
4. Guru mengaitkan
dengan isi
pelajaran.

Langkah 1
8 minit

Nyanyian Solfa

Memperdengar
kan solfa

Main Peranan

1) Guru meminta
murid member
cadangan untuk
membunyikan
solfa dengan
menggunakan
kaedah lain.
2) Murid
mencadangkan
untuk
menggunakan
bunyi haiwan
seperti kucing,
lembu, itik dan
burung.
3) Murid
menyanyikan solfa
berdasarkan bunyi
binatang dengan
iringan solfa yang
dimainkan oleh
guru secara
individu dan
berkumpulan.

ABM
-

Kibod

Kad
imbasan

MUSIC APREACIATION FOR CHILDREN

Langkah 2
10 minit

Nyanyian

Main Peranan

Dinamik
- Kuat
- Lembut

1) Murid menyanyi
lagu Burung
Kakak Tua yang
diajar dalam
pengajaran yang
lalu.

ABM
-

Kibod
-

Kad
imbasan

2) Guru membimbing
murid menyanyi
lagu Burung
Kakak Tua
dengan dinamik,
Nilai
postur badan,
ekspresi,mud dan
- Disiplin
sebutan yang tepat
3) Murid menyanyi
dengan dinamik
yang betul
berdasarkan kad
ikon kecil dan
besar yang
ditunjukkan oleh
guru

Penutup

Nyanyian

6 minit

Dinamik
-

Kuat
Lembut

Main Peranan

Tunjuk Cara

1) Guru meminta
ABM
murid
- Kibod
mengenalpasti
dinamik kuat dan
lembut melalui
nyanyian mengikut
Nilai
pernafasan yang
betul berdasarkan
- Disiplin
kad ikon yang
ditunjukkan oleh
guru.

MUSIC APREACIATION FOR CHILDREN

Dalam pengajaran makro bagi tugasan Music Appreciation for Children, MUE462, saya telah
memperkenalkan nyanyian solfa serta konsep dinamik lembut dan kuat dalam nyanyian kepada
murid-murid tahun 6 Amanah. Dalam pemerhatian saya, bagi tempoh masa tiga puluh minit
tersebut, sememangnya ia adalah amat singkat. Walaupun begitu, fokus yang tinggi dari muridmurid terhadap pembelajaran telah membolehkan mereka menyanyikan solfa dengan tepat serta
mengenal dinamik lembut dan kuat dalam di dalam nyanyian mereka. Ini memandangkan muridmurid sudah boleh menyanyikan lagu Burung Kakak Tua yang telah disampaikan dalam
pengajaran yang lepas.

Pada awal pengajaran, saya terlebih dahulu membuat aktiviti pernafasan bersama-sama
murid. Dalam langkah awal tersebut, saya meminta semua murid memejamkan mata masingmasing sambil membayangkan mereka berada di tepi pantai yang tenang sambil menarik dan
menghembuskan nafas secara perlahan-lahan dalam kiraan sepuluh. Setelah itu, saya
menjalankan aktiviti pemanasan suara dengan memainkan solfa dengan menggunakan kibod.
Saya terlebih dahulu menunjukkan kad-kad imbasan yang mengandungi suku kata- suku kata
seperti ma, mi, mu, la, li, lu kepada murid. dalam langkah ini, murid akan menyanyikan solfa
berdasarkan suku kata mengikut solfa yang dimainkan oleh guru. Saya juga mengunakan kad
imbasan bergambar haiwan bagi menarik minat murid dalam nyanyian solfa. Murid
menyanyikan solfa mengikut bunyi binatang pada kad imbasan yang ditunjukkan oleh saya.
Semasa menjalankan pengajaran solfa, saya dapati murid-murid dapat menyanyikan solfa dengan
tepat.
Di dalam langkah pengajaran yang seterusnya, saya menerangkan konsep dinamik
kepada murid-murid dan bagaimana untuk kita mengaplikasikan konsep dinamik ini dalam
nyanyian.

Saya mengaplikasikan ikon-ikon bergambar kecil dan besar bagi membezakan

dinamik lemnut dan kuat. Saya memainkan lagu Burung Kakak Tua menggunakan kibod dan
meminta murid-murid menyanyikan lagu Burung Kakak Tua dengan dinamik, ekspresi, mud
dan sebutan yang tepat. Apa yang dapat saya perhatikan di dalam langkah pengajaran ini ialah
murid dapat menyanyikan lagu Burung Kakak Tua dengan baik sekali. Dengan bimbingan saya,
murid dapat menyampaikan lagu Burung Kakak Tua dengan dinamk, ekspresi,mud serta

MUSIC APREACIATION FOR CHILDREN

sebutan yang betul. Pada akhir pengajaran, saya meminta murid mengenalpasti dinamik lagu
melalui nyanyian mereka mengikut pernafasan yang betul.

MUSIC APREACIATION FOR CHILDREN

Refleksi
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT kerana memberi saya
kekuatan dan semangat buntuk menyelesaikan tugasan ini time.Saya juga ingin mengucapkan
terima kasih kepada pensyarah yang amat saya hormati , Puan Juriani di atas bantuan dan
bimbingan beliau kea rah penghasilan tugasan ini.
Selepas saya membaca tugasan, saya terus merancang tentang pengajaran yang akan saya
sampaikan kepada murid-murid yang bertepatan dengan kehendak tugasan. Pada pandangan
saya, tugasan ini tidak memberikan sebarang masalah kepada saya memandangakan saya sudah
berpengalaman dalam mengajar mata pelajaran Muzik. Justeru, saya memilih tajuk solfa dan
dinamik bagi pengajaran saya. Setelah merancang pengajaran saya mengikut kaedah dan
langkah-langkah yang bersesuaian, saya terus mencari bahan bagi menghasilkan alat bantu
mengajar yang bertepatan dengan tajuk pengajaran yang telah saya rancang. Tidak sukar umntuk
saya menghasilkan alat bantu mengajar ini. Yang diperlukan hanyalah ketekunan dan kegigihana
dalam menghasilkan alat bantu mengajar ini.
Sepanjang menghasilkan tugasan alat bantu mengajar kreatif ini, saya sentiasa mendapt
pendapat dan bantuan daripada isteri saya yang juga merupakan seorang guru Muzik. Saya amat
gembira kerana beliau sentiasa membantu dan tidak lokek dalam berkongsi pendapat serta ilmu.
Saya juga amat bersetuju terhadap tugasan ini kerana berdasarkan tugasan ini say adapt
memperbaiki mutu pengajaran saya pada masa hadapan. Saya juga boleh menilai sejauh mana
keberkesanan alat bantu mengajar yang saya hasilkan terhadap pengajaran dan pembelajaran
saya di dalam kelas. Saya dapati dengan adanya alat bantu mengajar, murid-murid lebih
bersemangat dan berminat terhadap pengajaran yang saya sampaikan. Alat bantu mengajar
mampu meransang minat murid dalam menerima pengajaran yang guru sampaikan.
Justeru, saya akan terus menghasilkan alat bantu mengajar yang kreatif untuk
diadaptasikan dalam pengajaran dan pembelajaran saya di masa hadapan. Insyallah.

MUSIC APREACIATION FOR CHILDREN

Anda mungkin juga menyukai