Anda di halaman 1dari 2

KAN KELI GORENG BERLADA

Oleh : MA

Bahan-bahannnya :

3 ekor ikan keli (MA kelar-kelarkan serta keratkan 2)


2 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Sedikit sos tiram
1/2 kiub pati ayam
1 biji limau kasturi (diambil airnya) -boleh juga digantikan dengan asam
keping
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Untuk Di Kisar :

6 biji cili merah (boleh diganti dengan cili mesin/ cili kering)
6-8 biji cili padi (boleh kurangkan jika tak suka pedas)
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit belacan (pilihan)

Cara Membuat :

Bersihkan ikan kemudian dilumurkan garam dan serbuk kunyit. (MA potong 2
ikan keli tuu)
Gorengkan ikan sehingga garing. Angkat dan ketepikan (Semasa menggoreng
ikan keli ini mesti berhati2 kerana ikan keli akan meletop bila digoreng.
Seelok2nya tutupkan kuali dengan penutup dan semasa nak terbalikkan ikan keli
- tutupkan sebentar api dapur....apabila dah di terbalikkan ikan dan tutupkan
kuali kemudian barulah dibukakan semula api dapur).
Tinggalkan sedikit minyak dan tumiskan bahan2 yang dikisar sehingga garing.
Masukkan sos tiram, pati ayam dan kacau rata.

Masukkan juga garam dan gula secukup rasa serta air limau kasturi.
Sebatikan.
Masukkan ikan keli goreng, kacau rata.
Tutupkan api dan sedia dihidangkan.

Diambil dari blog http://citarasamamaana.blogspot.com.


pemilik blog tersebut sepenuhnya.

Hakcipta adalah milik

Anda mungkin juga menyukai