Anda di halaman 1dari 18

PANDUAN PENGANJURAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN DAN FESTIVAL NASYID

JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH.

1. PENDAHULUAN
Panduan Penganjuran Majlis Tilawah Al-Quran dan Festival Nasyid Jabatan Kesihatan Negeri
Sabah bertujuan untuk menyeragamkan sistem penganjuran yang seragam diperingkat Zon
dan Negeri. Supaya penghasilan penganjuran lebih berkualiti.
2. OBJEKTIF
Sebagai Panduan penganjuran di peringkat Zon dan Negeri Majlis Tilawah Al-Quran dan
Festival Nasyid serta program lain (Hafazan, Pidato / Syarahan dan Bercerita Kisah-Kisah
Nabi).
Menjadikan Buku Panduan ini sebagai rujukan dalam menentukan keputusan Pertandingan
serta cara penganjuran dijalankan.
3. JAWATANKUASA PENGANJUR ZON DAN NEGERI MAJLIS TILAWAH AL-QURAN
JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH
Semua Pengerusi Zon dan Negeri yang dilantik oleh PERKIPS Jabatan Kesihatan Negeri
Sabah yang dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran dan
Festival Nasyid hendaklah menggunakan buku panduan ini sebagai garis panduan
penganjuran.
Sebarang perubahan kandungan buku panduan ini hanya boleh diubah suai oleh
Jawatankuasa Induk PERKIPS Jabatan Kesihatan Negeri Sabah sahaja. (Jika ada sebarang
perubahan).
4. PERLANTIKAN PANEL HAKIM PERINGKAT ZON DAN NEGERI MAJLIS TILAWAH ALQURAN JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH
Perlantikan Panel Hakim di peringkat Zon akan ditentukan oleh Jawatankuasa Penganjur di
peringkat Zon. Panel Hakim yang dilantik mestilah yang mempunyai kelayakan yang berkaitan
dengan bidang yang diadili.
Perlantikan Panel Hakim hendaklah dibuat oleh Penyelaras Hakim Peringkat Negeri yang
dilantikan oleh Jawatankuasa Induk PERKIPS Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

PERKIPS JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH


Tarikh Kemaskini i 2011

01

PANDUAN PENGANJURAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN DAN FESTIVAL NASYID


JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH.

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN


PENDAHULUAN
Majlis Tilawah Al-Quran Jabatan Kesihatan Negeri Sabah bertujuan untuk menyuburkan budaya
ilmu di kalangan anggota Jabatan Kesihatan Negeri Sabah melalui pembacaan dan penghayatan
Al-Quran.
OBJEKTIF
1. Budaya ilmu melalui pembacaan Al-Quran bersesuaian dengan konsep iqra.
2. Memantapkan kecintaan kepada Al-Quran, menanam sifat takwa dan menghayati serta
mengamalkan ajarannya.
3. Menjadikan Majlis Tilawah ini sebagai wadah ilmu, pengerat silatur-rohim khusus di
kalangan anggota Jabatan Kesihatan Negeri Sabah sekaligus meningkat syiar dan
dakwah Islamiah.
4. Menjadi asas pemilihan wakil Qari & Qariah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah ke peringkat
Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia.
SYARAT PENYERTAAN:
1. Qari dan Qariah yang mewakili Peringkat Zon di Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri,
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah hendaklah terlebih dahulu menyertai Majlis Tilawah AlQuran Peringkat Zon, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah kecuali peserta Qari & Qariah
daripada Tuan Rumah ( yang mengendalikan / pelaksana Majlis Tilawah Al-Quran
Peringkat Negeri).
2. Setiap Zon hanya di benarkan menghantar 2 peserta (1 Qari & 1 Qariah) dan 2 peserta
(Qari & Qariah) sebagai calon simpanan.
3. Johan Qari & Qariah peringkat negeri akan mewakili Jabatan Kesihatan Negeri Sabah ke
Peringkat Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia. Naib Johan Qari dan Qariah
hadir bersama-sama ke Peringkat Kebangsaan KKM sebagai pengiring/calon simpanan.
4. Qari & Qariah yang bertanding di Majlis Tilawah Al-Quran Jabatan Kesihatan Negeri
Sabah peringkat Zon dan Negeri hendaklah ahli PERKIPS dan anggota Jabatan Kesihatan
Negeri Sabah.

PERKIPS JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH


Tarikh Kemaskini i 2011

02

PANDUAN PENGANJURAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN DAN FESTIVAL NASYID


JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH.

5. Qari /Qariah yang telah menjadi Johan Peringkat Negeri selama 3 tahun berturut turut
TIDAK DIBENARKAN menyertai pada tahun berikutnya.(Selama satu tahun sahaja)
6. Qari / Qariah yang telah menjadi Johan peringkat Kebangsaan KKM tidak dibenarkan
menyertai MTQ, JKNSabah selama 3 tahun daripada tahun diperolehi.
PAKAIAN
1. Peserta Qari hendaklah berpakaian baju kebangsaan (Melayu) dan bersongkok hitam
manakala peserta Qariah hendaklah berbaju kurung dan menutup aurat.
2. Peserta Qari hendaklah berambut pendek dan peserta Qariah berpakaian longgar dan
tidak menampakkan tubuh badan.
PENGHAKIMAN
Ciri Penghakiman meliputi:
a. Tajwid

40 Markah

b. Lagu

25 Markah

c. Suara

15 Markah

d. Tartil dan Fasahah

20 Markah

100 Markah

Jumlah
Tajwid

Penghakiman dari segi tajwid meliputi segala hukum tajwid termasuk sebutan makhraj huruf,
hukum Tarqiq dan Tafkhim, huruf Lam dan Ra, Mad Asli dan Mad Badal tetap dengan kadar
panjang dua harkat, Mad Jaiz Munfasil boleh dibaca dengan 2,4 atau 5 harkat, Mad Lazim
dengan kadar 6 harkat, Mad Aaridh dengan kadar 2,4 atau 5 harkat, Ghunnah-ghunnah dengan
kadar panjang 2 harkat Hafaz.
Lagu
1. Menggunakan maqam-maqam Arab (irama lagu Arab) dengan sekurang-kurangnya 4 jenis
lagu di dalam satu-satu bacaan tanpa mengira apa lagu yang dimulakan.
2. Setiap lagu (maqam atau naghamat) hendaklah disempurnakan secara teratur dan
beransur-ansur sekuran-kurangnya dalam empat harakak tanpa bercampur aduk (takrir).

PERKIPS JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH


Tarikh Kemaskini i 2011

03

PANDUAN PENGANJURAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN DAN FESTIVAL NASYID


JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH.

3. Setiap lagu (maqam atau naghamat) hendaklah di bawa dalam tiga tingkatan (tobaqat)
suara itu rendah, sederhana dan tinggi atau sederhana, tinggi atau tertinggi.
4. Setiap lagu (maqam) hendaklah dibawa dengan teratur dan tersusun satu demi satu tanpa
bercampur aduk antara satu sama lain kecuali Waslah al- Mumasalah.
5. Setiap lagu (maqam) yang dibawa pada ayat yang akhir hendaklah sama dengan lagu
yang dibawa pada ayat mula.
6. Menunaikan Waslah al- Mumasalah sekurang-kurangnya sekali dalam satu-satu bacaan.
7. Menunaikan Ikhtilalul-lahn sekurang-kurangnya sekali dalam satu-satu bacaan.
Suara
Suara akan dinilai dari segi kebersihan suara, kelicinan suara, juga suara yang terang dan lantang.
Saura tidak berubah dari mula hingga akhir. Suara hendaklah disesuaikan dengan nafas yang
tidak putus di tengah bacaan.
Fasahah
Perkara yang akan diawasi dalam bahagian Fasahah termasuklah cermatnya bacaan, lancar
dalam sebutan pada ayat, terpelihara segala baris, huruf dan tasydidnya dan terpelihara semua
susunan ayatnya. Fasahah juga meliputi hukum waqaf dan ibtida.
PEMILIHAN AYAT
Potongan surah dan ayat Al-Quran yang dibaca akan ditentukan dengan cara undian iaitu Juz 1
hingga Juz 30. Undian pemilihan ayat hendaklah dibuat 9 jam sebelum pertandingan.
MASA
Masa Bacaan adalah 10 minit.

PERKIPS JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH


Tarikh Kemaskini i 2011

04

PANDUAN PENGANJURAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN DAN FESTIVAL NASYID


JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH.

PENENTUAN PEMENANG
1. Peserta yang mendapat markah yang tinggi sekali akan menyandang tempat pertama
manakala yang kedua tinggi akan mendapat kedua dan seterusnya.
2. Jika didapati persamaan mata bagi dua orang untuk tempat yang pertama, kedua atau
ketiga maka hendaklah dirujuk kepada markah tajwid terlebih dahulu, jika masih terdapat
persamaan hendaklah dirujuk pula kepada markah lagu dan jika masih sama maka
hendaklah dirujuk kepada markah fasahah dan jika masih terdapat persamaan maka
hendaklah diputuskan dengan cara undi yang dilaksanakan oleh para hakim dan atas
arahan ketua hakim (Penyelaras Hakim).
3. Keputusan yang umumkan adalah MUKTAMAD.
Sebarang bantahan mengenai penghakiman tidak akan dilayan.(kecuali terdapat
kesilapan teknikal seperti kesalahan menjumlahkan markah dll.)

NOTA:
Hakim untuk MTQ Peringkat Negeri akan diuruskan oleh PERKIPS INDUK. Sementara
untuk MTQ peringkat zon dan cawangan akan diuruskan oleh penganjur.
Walaubagaimanapun adalah dicadangkan agar penganjur untuk peringkat zon dan
cawangan berhubung dengan pihak JHEAINS di daerah masing masing untuk
mendapatkan hakim, ini bagi memastikan HANYA hakim yang layak dan bertauliah sahaja
dilantik.
.

PERKIPS JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH


Tarikh Kemaskini i 2011

05

PANDUAN PENGANJURAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN DAN FESTIVAL NASYID


JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH.

FESTIVAL NASYID
PENDAHULUAN:
Festival Nasyid Peringkat Zon Dan Negeri Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dianjurkan bagi
memilih wakil di peringkat Zon untuk ke peringkat Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah. Johan
Peringkat Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah akan mewakili Jabatan Kesihatan Negeri
Sabah ke Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia.
OBJEKTIF:
1. Mempopularkan lagu nasyid sebagai satu budaya warisan Masyarakat Satu Malaysia
Melayu Islam yang berunsurkan keagamaan untuk meningkatkan pembangunan insan
serta pembangunan negara.
2. Menarik minat dan mencetuskan kesedaran di kalangan kakitangan Kerajaan supaya
melibatkan diri secara aktif dalam bidang dakwah melalui lagu-lagu dan lirik-lirik bermutu
yang berunsurkan nilai-nilai murni Islam dan kemanusiaan sejagat.
3. Mengembangkan seni nasyid dalam masyarakat sebagai alternative kepada seni muzik
sedia ada di Negara ini.
4. Sebagai salah satu medium dakwah kontemporari khususnya di kalangan anggota Jabatan
Kesihatan Negeri Sabah dan Kementerian Kesihatan Malaysia amnya di samping
menggalakkan penghayatan terhadap kesenian Islam dan pengamalan seruannya dalam
kehidupan seharian.
5. Merapatkan lagi tali silaturahim di kalangan kakitangan kerajaan di samping memupuk
perasaan kekitaan yang tinggi di kalangan mereka.
FORMAT PERTANDINGAN:
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua Ahli PERKIPS di Jabatan Kesihatan Negeri Sabah
dan Cawangan PERKIPS hanya dibenarkan menghantar satu kumpulan sahaja di
peringkat Zon. Kumpulan Nasyid yang menjadi Johan dan Naib Johan di Peringkat Zon
layak mewakili Zon berkenaan ke Peringkat Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah,
manakala hanya Kumpulan Nasyid yang menjadi Johan di peringkat Negeri akan mewakili
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah ke Peringkat Kebangsaan Kementerian Kesihatan
Malaysia.
2. Pertandingan ini akan Menggunakan kaedah MINUS-ONE yang akan disediakan oleh
setiap kumpulan. Nyanyian yang diiringi dengan iringan alat muzik seperti kompang atau
gendang secara lansung atau nyanyian tanpa diiringi oleh muzik juga adalah dibenarkan.

PERKIPS JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH


Tarikh Kemaskini i 2011

06

PANDUAN PENGANJURAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN DAN FESTIVAL NASYID


JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH.

SYARAT PENYERTAAN:
I. Penyertaan:

a. Semua Ahli kumpulan Nasyid adalah Ahli PERKIPS, Jabatan Kesihatan Negeri
Sabah dan anggota( Kakitangan ) Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

b. Setiap Kumpulan hendaklah disertai tidak lebih dari sepuluh(10) orang dan tidak
kurang dari enam(6) orang.

c. Had umur penyertaan adalah tidak kurang daripada enam ( 6 ) orang berumur 18
hingga 35 tahun..

d. Komposisi penyertaan anggota antara lelaki dan wanita adalah tidak dibenarkan
dalam satu kumpulan.

e. Seandainya kumpulan menjadi johan dan terpilih untuk mewakili Jabatan ke


Pertandingan Nasyid KKM, hanya seramai 4 hingga 6 orang ahli kumpulan yang
berumur diantara 18 hingga 35 tahun sahaja layak mewakili Jabatan.

II. lagu:
a. Setiap kumpulan nasyid hendaklah mempersembahkan sebuah lagu nasyid. Lagu
nasyid ini hendaklah tidak melebihi enam (6) minit.
b. Senikata lagu hendaklah dalam Bahasa Melayu, Arab atau Inggeris atau
gabungan bahasa-bahasa tersebut. Bagi senikata dalam Bahasa Arab dan
Inggeris hendaklah disediakan terjemahannya dalam Bahasa Melayu.
c. Senikata dan lagu hendaklah ciptaan asal, tulen, bebas dari saduran / ciplak /
plagiat dan belum pernah dirakam, dicetak atau disiarkan untuk sebarang siaran.
III. Lirik:
a. Lirik lagu hendaklah ciptaan sendiri, berunsur Nilai-nilai murni Islam yang
bertujuan untuk memupuk semangat dakwah islamiah, kehidupan sejahtera,
keluarga bahagia, masyarakat penyayang, perpaduan, membanteras masalahmasalah sosial seperti dadah, rasuah, penyelewangan, meningkatkan Nilai-nilai
kemanusiaan sejagat dan seumpamanya. Pengggunaan tema Maal Hijrah tahun
semasa sebagai Tajuk lagu tidak dibenarkan.
b. Lirik lagu hendaklah tidak menyentuh sentimen mana-mana individu atau kaum.

PERKIPS JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH


Tarikh Kemaskini i 2011

07

PANDUAN PENGANJURAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN DAN FESTIVAL NASYID


JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH.

IV. Persembahan:
Pakaian peserta hendaklah bersopan dan sesuai dengan nilai-nilai yang digariskan oleh Islam.

PENGHAKIMAN:
a. Syarat Hakim:
1. Seorang Hakim tidak layak menjadi hakim pertandingan jika terlibat sebagai penulis,
pengubah, jurulatih atau pemimpin mana-mana kumpulan yang bertanding.
2. Hakim yang terpilih terdiri dari kalangan mereka yang terlibat secara aktif dalam
penciptaan lagu, penulisan lirik, para pensyarah muzik, pernah menjadi hakim Tilawah AlQuran Peringkat Negeri dan kalangan yang terlibat secara langsung dalam industri muzik.
b. Ciri Penghakiman:
Penghakiman akan dinilai daripada beberapa aspek seperti berikut:
1. Mutu Suara

30 Markah

2. Lagu/Ciptaan

25 Markah

3. Lirik

25 Markah

4. Persembahan/Pakaian:

20 markah

Jumlah

100 markah

KEPUTUSAN PERTANDINGAN:
1. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan jumlah markah tertinggi yang diperolehi oleh
kumpulan. Sekiranya jumlah markah kumpulan adalah sama, markah mutu suara akan
diambil kira terlebih dahulu. Sekiranya masih sama, turutan markah hendaklah dilihat dari
markah lagu/ciptaan, lirik dan seterusnya persembahan/pakaian. Sekiranya markah masih
sama, pemilihan hendaklah dibuat melalui undian panel hakim yang dipengerusikan oleh
ketua hakim.
2.

Keputusan jemaah hakim adalah muktamad.

PERKIPS JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH


Tarikh Kemaskini i 2011

08

PANDUAN PENGANJURAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN DAN FESTIVAL NASYID


JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH.

PERTANDINGAN SYARAHAN / PIDATO


PENDAHULUAN
Pertandingan Syarahan / Pidato dalam program Majlis Tilawah Al-Quran Jabatan Kesihatan Negeri
Sabah bertujuan dalam pengahayatan serta kefahaman melalui penyampaian pertandingan ini
yang menitik beratkan soal pembinaan syaksiah anak-anak.
OBJEKTIF:
1. Budaya ilmu melalui Penghayatan penyampaian dalam Pertandingan Syarahan
bersesuaian dengan konsep iqra.
2. Memantapkan kecintaan, menanam sifat dan menghayati serta mengamalkan ajaran Islam
sebagai panduan hidup.
3. Menjadikan Pertandingan Syarahan ini sebagai wadah ilmu, pengerat silatur-rohim khusus
di kalangan anggota Jabatan Kesihatan Negeri Sabah sekaligus meningkat syiar dan
dakwah Islamiah.
SYARAT PENYERTAAN:
1. Terbuka kepada semua anak-anak Ahli PERKIPS Jabatan Kesihatan Negeri Sabah yang
berumur dari 13 Tahun hingga 19 Tahun.
2. Setiap Cawangan / Zon hanya di benarkan menghantar 1 peserta
( Lelaki atau Perempuan ).
SYARAT PERTANDINGAN:
1. Setiap peserta akan diberikan masa 7 minit untuk bercerita.
2. Loceng Pertama akan dibunyikan bagi memaklumkan peserta untuk mula bercerita.
3. Loceng kedua akan dibunyikan bagi 5 minit pertama dan peserta dikehendaki membuat
kesimpulan tentang cerita yang disampaikan.
PERKIPS JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH
Tarikh Kemaskini i 2011

09

PANDUAN PENGANJURAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN DAN FESTIVAL NASYID


JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH.

4. Loceng ketiga akan dibunyikan apabila masa telah tamat. Segala penceritaan selepas
masa tamat tidak akan dikira atau diberikan markah.
5. Setiap isi cerita hendaklah tidak menyentuh isu-isu yang sensitif dan menghina Agama
Islam. Peserta yang melanggar syarat ini akan dibatalkan penyertaannya.
6. Keputusan Pengadil Adalah Muktamad.
PAKAIAN
1. Peserta kemas dan bersesuaian. Peserta Lelaki tidak dibenarkan memakai pakaian (t-shirt
dan berseluar pendek dan tidak berkasut. Peserta Perempuan hendaklah berbaju kurung
dan menutup aurat.
2. Peserta Lelaki hendaklah berambut pendek dan Kemas. Peserta Perempuan berpakaian
longgar dan tidak menampakkan tubuh badan.
PEMILIHAN TAJUK SYARAH / PIDATO:
Pemilihan Tajuk Syarahan / Pidato berdasarkan tajuk utama yang telah ditetapkan oleh pihak
penganjur seperti berikut:
1. REMAJA BERAKHLAK ASET KEGEMILANGAN NEGARA.
2. SARINGAN HIV/AIDS MEMELIHARA KEUTUHAN KETURUNAN UMMAT MANUSIA.
3. FARDHU KIFAYAH DALAM KONTEKS PEMBANGUNAN NEGARA.
4. JATI DIRI DALAM PEMBINAAN UMMAH HADHARI.
5. KONSEP DAKWAH ISLAMIAH DI ERA GLOBALISASI.
6. BERHIJRAH KE ARAH PENGHAYATAN AJARAN ISLAM.
7. KESELAMATAN DAN KEAMANAN DALAM PERSPEKTIF ISLAM.
8. PENDIDIKAN AL-QURAN PENCETUS MINDA KELAS PERTAMA.
9. KEUTUHAN AQIDAH TONGGAK INSAN BERKUALITI.
10. KELUARGA CEMERLANG TERAS NEGARA TERBILANG.
Nota: Para peserta boleh memilih 1 (satu) daripada yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
PENGHAKIMAN
Ciri Penghakiman meliputi:
a. Isi Kandungan

PERKIPS JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH


Tarikh Kemaskini i 2011

40 Markah

010

PANDUAN PENGANJURAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN DAN FESTIVAL NASYID


JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH.

b. Mutu Suara

30 Markah

c. Persembahan

20 Markah

d. Penampilan / Keterampilan

10 Markah

100 Markah

Jumlah
PENENTUAN PEMENANG:

a. Peserta yang mendapat markah yang tinggi sekali akan menyandang tempat
pertama manakala yang kedua tinggi akan mendapat kedua dan seterusnya.
b. Jika didapati persamaan mata bagi dua orang untuk tempat yang pertama, kedua
atau ketiga maka hendaklah dirujuk kepada markah Isi Kandungan terlebih
dahulu, jika masih terdapat persamaan hendaklah dirujuk pula kepada markah
Mutu Suara, jika masih ada persamaan, markah Persembahan dan jika masih
sama maka hendaklah dirujuk kepada markah Penampilan/Keterampilan dan
jika masih terdapat persamaan maka hendaklah diputuskan dengan cara undi
yang dilaksanakan oleh para hakim dan atas arahan ketua hakim (Penyelaras
Hakim).
c. Keputusan yang umumkan adalah MUKTAMAD. Sebarang bantahan tidak
dilayan.

PERKIPS JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH


Tarikh Kemaskini i 2011

011

PANDUAN PENGANJURAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN DAN FESTIVAL NASYID


JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH.

PERTANDINGAN HAFAZAN
PENDAHULUAN
Pertandingan Hafazan untuk anak-anak Ahli PERKIPS Jabatan Kesihatan Negeri Sabah bertujuan
untuk menyuburkan budaya melalui pembacaan dan penghayatan Al-Quran. Pertandingan ini
terbahagi kepada 2 Kategori iaituTahap 1 dan Tahap 2. Dan setiap Zon akan diwakili oleh seorang
peserta sahaja bagi setiap kategori (Tahap)
OBJEKTIF
1. Budaya hafaz dikalangan anak-anak melalui hafazan ayat-ayat Al-Quran bersesuaian
dengan konsep iqra.
2. Memantapkan kecintaan kepada Al-Quran, menanam sifat takwa dan menghayati serta
mengamalkan ajarannya.
3. Menjadikan sebagai wadah ilmu, pengerat silatur-rohim khusus di kalangan anggota
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah sekaligus meningkat syiar dan dakwah Islamiah.
SYARAT PENYERTAAN:
1. Terbuka kepada semua anak-anak Ahli PERKIPS Jabatan Kesihatan Negeri Sabah
sahaja.
2. Setiap Cawangan / Zon hanya di benarkan menghantar 1 peserta .
3. Johan Peringkat Zon Layak ke pertandingan Peringkat Negeri.
KATEGORI:
1. Tahap 1:
Terbuka kepada kanak-kanak Tahun 3 kebawah iaitu Tahun 3, 2, 1 dan
TADIKA sahaja.

PERKIPS JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH


Tarikh Kemaskini i 2011

012

PANDUAN PENGANJURAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN DAN FESTIVAL NASYID


JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH.

2. Tahap 2:
Terbuka kepada kanak-kanak Tahun 4 hingga Tahun 6 sahaja.

SURAH- SURAH YANG AKAN DIUJI:


4. Tahap 1:
a. Surah Al-Fatihah Surah Wajib dibaca
b. Soalan 1 : (salah satu dari surah berikut):
i.
ii.
iii.

An - Nas
Al Falaq
Al Kafirun

c. Soalan 2 : (salah satu dari surah berikut):


i.
ii.
iii.
iv.
v.

At Takatsur
Al Humazah
Al Fil
Al - Maun
Al Lahab / Al Masad.

5. Tahap 2:
a. Surah Al-Fatihah Surah Wajib dibaca
b. Soalan 1 : (salah satu dari surah berikut):
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Az - Zalzalah
Al - Adiyat
Al Qoriah
Ad Dhuha
Al Insyirah
At - Tin

c. Soalan 2 : (salah satu dari surah berikut):


i. Al - Alaq
PERKIPS JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH
Tarikh Kemaskini i 2011

013

PANDUAN PENGANJURAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN DAN FESTIVAL NASYID


JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH.

ii. Al Baiyinah

Nota : Kaedah / Cara Menguji :


Samada peserta disuruh sambung bacaan, ulang dari awal atau MUNABIH akan
menyebut nama surah dan meminta peserta membacakan.

PENGHAKIMAN
Ciri Penghakiman meliputi:
a. Hafaz dan Lancar

50 Markah

b. Tajwid dan Fasohah

40 Markah

c. Suara dan Gaya

10 Markah

100 Markah

Jumlah
PENENTUAN PEMENANG:
1.
2.

Peserta yang mendapat markah yang tinggi sekali akan menyandang tempat
pertama manakala yang kedua tinggi akan mendapat kedua dan seterusnya.
Jika didapati persamaan mata bagi dua orang untuk tempat yang pertama,
kedua atau ketiga maka hendaklah dirujuk kepada markah Hafaz dan Lancar
terlebih dahulu, jika masih terdapat persamaan hendaklah dirujuk pula kepada
markah Tajwid dan jika masih terdapat persamaan maka hendaklah diputuskan
dengan cara undi yang dilaksanakan oleh para hakim dan atas arahan ketua
hakim (Penyelaras Hakim).

3.

PERKIPS JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH


Tarikh Kemaskini i 2011

Keputusan yang umumkan adalah MUKTAMAD.


Sebarang bantahan tidak dilayan.

014

PANDUAN PENGANJURAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN DAN FESTIVAL NASYID


JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH.

PERTANDINGAN BERCERITA KISAH-KISAH NABI


Pertandingan Bercerita Kisah kisah Nabi dalam program Majlis Tilawah Al-Quran Jabatan
Kesihatan Negeri Sabah bertujuan dalam pengahayatan / tauladan serta kefahaman melalui
penyampaian cerita kisah-kisah Nabi yang menitik beratkan soal pembinaan syaksiah anak-anak.
OBJEKTIF:
1. Budaya ilmu melalui Penghayatan penyampaian dalam Cerita bersesuaian dengan konsep
iqra.
2. Memantapkan kecintaan, menanam sifat dan menghayati serta mengamalkan ajaran Islam
sebagai panduan hidup.
3. Menjadikan Pertandingan bercerita Kisah-kisah Nabi sebagai wadah ilmu, meningkat syiar
dan dakwah Islamiah.
SYARAT PENYERTAAN:
1. Terbuka kepada semua anak-anak ahli PERKIPS
2. Umur dari 7 tahun hingga 12 tahun sahaja.
3. Hanya Seorang Peserta Sahaja Yang Mewakili Setiap Cawangan ,samada Lelaki atau
Perempuan
SYARAT PERTANDINGAN:
1. Setiap Peserta akan diberikan masa selama 7 minit untuk bercerita .
2. Loceng pertama akan dibunyikan sebagai menandakan peserta untuk mula bercerita.
PERKIPS JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH
Tarikh Kemaskini i 2011

015

PANDUAN PENGANJURAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN DAN FESTIVAL NASYID


JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH.

3. Loceng kedua akan dibunyikan pada 5 minit pertama dan peserta dikehendaki untuk
membuat kesimpulan tentang cerita yang disampaikan
4. Loceng terakhir / ketiga akan dibunyikan setelah tamat masa 7 minit dan markah tidak
akan dikira untuk cerita yang disampaikan setelah masa tamat.
5. Setiap isi cerita hendaklah tidak menyentuh isu-isu yang sensitif dan menghina agama
islam dan sekiranya ianya berlaku , penyertaan akan dibatalkan.

PAKAIAN
1. Peserta kemas dan bersesuaian. Peserta Lelaki tidak dibenarkan memakai pakaian (t-shirt
dan berseluar pendek dan tidak berkasut. Peserta Perempuan hendaklah berbaju kurung
dan menutup aurat.
2. Peserta Lelaki hendaklah berambut pendek dan Kemas. Peserta Perempuan berpakaian
longgar dan tidak menampakkan tubuh badan.
PEMILIHAN TAJUK CERITA KISAH-KISAH NABI:
Pemilihan Tajuk Cerita Kisah-kisah Nabi berdasarkan tajuk utama yang telah ditetapkan oleh pihak
penganjur seperti berikut:
a) KISAH NABI ADAM A.S
b) KISAH NABI NUH A.S
c) KISAH NABI IBRAHIM A.S
d) KISAH NABI ISMAL A.S
e) KISAH NABI YAQUB A.S
f)

KISAH NABI YUSUF A.S

g) KISAH NABI SULAIMAN A.S


h) KISAH NABI MUSA A.S
i)

KISAH NABI ISA A.S

PERKIPS JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH


Tarikh Kemaskini i 2011

016

PANDUAN PENGANJURAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN DAN FESTIVAL NASYID


JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH.

j)

KISAH NABI MUHAMMAD S.A.W

Nota: Para peserta boleh memilih 1 (satu) daripada yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

PENGHAKIMAN
Ciri Penghakiman meliputi:
a. Isi Cerita

40 Markah

b. Kelancaran Cerita

15 Markah

c. Nada Suara (Mutu Suara)

15 Markah

d. Susun atur isi cerita/Plot

10 Markah

e. Hubungan dengan Audion


(Eye contact / hubungan mata)

10 Markah

d. Penampilan / Keterampilan

10 Markah

100 Markah

Jumlah
PENENTUAN PEMENANG:

a. Peserta yang mendapat markah yang tinggi sekali akan menyandang tempat
pertama manakala yang kedua tinggi akan mendapat kedua dan seterusnya.
b. Jika didapati persamaan mata bagi dua orang untuk tempat yang pertama, kedua
atau ketiga maka hendaklah dirujuk kepada markah Isi Cerita terlebih dahulu, jika
masih terdapat persamaan hendaklah dirujuk pula kepada markah Kelancaran
Cerita dan jika masih sama maka hendaklah dirujuk kepada markah Nada Suara,
Plot Cerita, Hubungan dengan Audion, Penampilan / Keterampilan dan jika
masih terdapat persamaan maka hendaklah diputuskan dengan cara undi yang
dilaksanakan oleh para hakim dan atas arahan ketua hakim (Penyelaras Hakim).
c. Keputusan yang umumkan adalah MUKTAMAD. Sebarang bantahan tidak
dilayan.
PERKIPS JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH
Tarikh Kemaskini i 2011

017

PANDUAN PENGANJURAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN DAN FESTIVAL NASYID


JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH.

PERKIPS JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH


Tarikh Kemaskini i 2011

018

Anda mungkin juga menyukai