Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.r
Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Ilahi dengan keizinan dan kurniaan-Nya dapat
kami menyiapkan tugasan yang telah diberikan.Jutaan terima kasih saya hulurkan kepada
pensyarah pendidikan khas Cik Zubaidah binti Mat Nor dengan berkat tunjuk ajarnya dapat
saya memperbaiki kekurangan yang ada pada kerja khusus ini. Ucapan terima kasih juga tidak
dilupakan buat keluarga tercinta yang telah banyak memberi sokongan, dorongan dan bantuan
kepada saya sepanjang tempoh saya menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan.Buat
rakan-rakan yang banyak memberikan pendapat dan sokongan moral hanya Allah sahaja yang
dapat membalas budi baik kalian semua. Insyaallah dengan selesainya tugasan ini dapatlah
kita sama-sama dan memahami dengan lebih telus lagi mengenai peranan dan tangungjawab
pentadbiran dan pengurusan sekolah yang merangkumi tangungjawab penolong kanan
pendidikan khas, guru, pembantu pengurusan murid dan persatuan ibu bapa dan guru dalam
meningkatkan pencapaian akademik dan kokurikulum murid pendidikan khas.

Selain itu,

melalui tugasan ini juga dapat memberi pengetahuan dan ilmu baru mengenai Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia yang mempunyai dasar-dasar yang melibatkan bidang
pendidikan khas sendiri seperti program inklusif di sekolah. Sesungguhnya kita sebagai bakal
pendidik wajar memahami dengan lebih mendalam mengenai dasar pendidikan yang
diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan dan menjadikan dasar atau pelan
pembangunan tersebut

sebagai satu panduan dan pendoman dalam menongkah arus

pendidikan khas pada hari ini . Akhir kata saya sekali lagi mengucapkan berbanyak-banyak
terima kasih kepada semua pihak yang membantu saya menyelesaikan tugasan ini dan ribuan
keampunan saya mohon jika terdapat kekurangan dan kesilapan sepanjang melaksanakan
amanah ini. Sesungguhnya kekurangan itu dari kesilapan saya sendiri dan kelebihan itu
datangnya dari Allah s.w.t.