meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej
yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak
dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera.
Pancaindera yang ada pada manusia seperti rasa, sentuhan, bau, penglihatan,
pendengaran adalah fitrah yang Tuhan berikan kepada manusia. Pancainderan ini perlu
disuburkan melalui sentuhan yang murni. Pengalaman seni memerlukan kepekaan
terhadap pengamatan semasa penciptaan sesebuah karya seni, sebagai contoh semasa
melukis, pelajar perlu memberi perhatian dan pengamatan kepada objek yang
difokuskan, maka berlakulah pengamatan secara teliti.
Moholy Nagey menyatakan, satu cara untuk ilistrasi emosi adalah dengan
menggunakan seni untuk merangsang dan menyatakan emosi itu. Sebenarnya
melalui aktiviti-aktiviti seni kesan emosi terhadap diri pelajar ialah mereka akan
merasakan kepuasan, lega, lapang perasaan, stabil emosi, dan ketengaan dari
tekanan perasaan. Ini terbukti dengan membuat aktiviti melukis, kraf atau apa-apa
kegiatan seni akan menimbulkan kesan kelegaan dengan meluahkan perasaan
dalam hasil karya yang dibuat itu.
Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalinkan pelbagai unsur seni
dan berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur
dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat dapat menjadikan
murid berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih
mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar.
Secara semula jadi, kebanyakan aktiviti seni tidak dapat mengelakkan murid-murid
daripada terlibat dalam kegiatan yang melibatkan kerjasama. Aktiviti berkelompok
menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk
mencapai kejayaan bersama.
Pendidikan seni visual juga mampu memenuhi keperluan sosial yang asas. Muridmurid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa
yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan seni, keperluan untuk belaian
sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja
menghasilkan karya seni. Maka, terbentuklah satu situasi ideal yang dapat
memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu kemilikan dan keinginan diterima sebagai
anggota kumpulan. Kanak-kanak juga akan merasakan bahawa guru dan rakanrakan prihatin terhadap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki.
Mata pelajaran ini juga amat penting untuk luahan perasaan dan aras keyakinan
yang tinggi. Kanak-kanak yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat
melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai pandangan orang lain
terhadap dirinya. Guru juga boleh mendapat tahu perasaan sebenar murid melalui
tingkah laku yang dipamerkan. Hal ini kerana, perasaan merupakan reaksi badan
terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia bersedia atau tidak. Di samping itu,
perasaan juga mungkin dapat memberikan sumber manfaat dan kerugian kepada
seseorang.
Menurut Laura Chapman, 1978, sifat semula jadi bagi seseorang kanak-kanak
ialah memerlukan perhatian, belaian, sentuhan dan sebagainya. Tanpa kita sedari
perkembangan seni tampak minda kanak-kanak berlaku dengan begitu pesat sekali.
Sebelum meningkat remaja, kanak-kanak mengalami tiga tahap perkembangan seni
budaya. Sebut sahaja keperluan harian yang digunakan di rumah kita. Pinggan
mangkuk, peralatan memasak, ukiran kayu, seni batik dan tenunan atau tekstil,
hamparan tikar mengkuang atau pandan, anyaman kelarai, seni binaan rumah kayu
atau kampung dan seterus seni budaya sopan santun dan adat istiadat.
Seni warisan ini sebenarnya semakin terpinggir dan hampir dilupakan. Tidak
banyak lagi generasi hari ini yang mengamalkan menghulurkan tepak sirih apabila
menyambut kedatangan tetamu. Kehidupan moden yang dialami hari ini telah
melupuskan semua warisan itu. Seni itu wajar dipertahankan daripada hilang terus
atau mengalami kepupusan. Terdapat banyak contoh yang boleh dijadikan rujukan.
Seni kraftangan umpamanya seperti seni anyaman mengkuang dan seni anyaman
kelerai. Seni tekat, tembikar dan banyak lagi contoh yang bileh diketengahkan.
Boleh dikatakan kepentingan barangan kraf ini tidak lagi menjadi pilihan masyarakat
kini.
Seni visual mampu melahirkan masyarakat yang memiliki jati diri. Budaya
menunjukkan bangsa. Kata-kata ini jelas kepada kita bahawa sesebuah masyarakat
itu mesti meletakkan kepentingan budaya pada satu kedudukan yang tinggi dalam
masyarakatnya. Mengekalkan kebudayaan mereka supaya ia dikenali dan dihormati
bukanlah satu tugas yang mudah. Kita boleh mengesan sesuatu bangsa melalui
perkembangan budayanya. Ada yang berpendapat, mengenali sesuatu bangsa itu
lebih mudah dari mengenali budayanya.
Masyarakat yang memiliki jati diri yang kuat akan berusaha untuk mengekalkan
seni, budaya dan warisannya. Kita mestilah meletakkan tanggungjawab di bahu
masyarakat akan kepentingan nilai seni dan estetika. Kefahaman dan
tanggungjawab ini perlu dipupuk di peringkat awal lagi. Sekolah dan institusi
pengajian tinggi merupakan tempat yang paling wajar. Peranan murid, guru atau
pendidik, pensyarah, dan pihak kementerian pendidikan amat penting untuk
merealisasikan perkara ini. Justeru, selain apa yang disebutkan tadi, semua
masyarakat juga boleh memainkan peranan menjadi ahli atau individu yang ada
kepentingan untuk menjadi warga yang dapat memberikan sumbangan ke arah citacita yang murni ini.
Selain daripada semua ini, kepentingan seni visual juga dapat dibahagikan kepada
dua iaitu dari segi psikologi dan sosiologi. Peranan psikologi dilihat dari segi
perkembangan dan pembentukan diri individu berdasarkan kepada perkembangan
sensitiviti, emosi, kreativiti, dan ekspresi yang berlaku dalam diri individu melalui
aktiviti seni visual.
Emosi bermaksud keupayaan melahirkan idea, rasa hati,membuat pertimbangan
dan pernyataan diri. . Pembelajaran seni visual, aktiviti dan apresiasinya dapat
membangkitkan perasaan dan memantapkan sensibiliti, mencorak perlakuan
perasaan yang semulajadi seperti rasa cinta, prihatin atau rasa takut. Sensitiviti pula
bermakna kepekaan dan kebolehan membuat pertimbangan dan persepsi dari segi
sosial serta estetik. Oleh itu, kita dapat mewujudkan kebolehan untuk merasa dan
menghayati.
Individu ini berupaya mengubah dan mentafsir semula sesuatu benda yang ada
kepada penghasilan yang lebih menarik dikatakan kreatif. Individu ini sensitif kepada
masalah di sekelilingnya, yang kemudiannya bertindak mencari jalan keluar dalam
bentuk penghasilan. Penghasilannya yang dilakukannya adalah melalui daya