Anda di halaman 1dari 4

Cosmonout, Astronout dan Coconout

Hishamuddin Rais
Saya masih di Tokyo. Hari ini 23 Oktober 2007, akhbar Japan Times telah melaporkan
satu berita di muka 4 First Malaysian in space back home with a bump pulang kepala
bengkak. Ini mungkin kerana semasa Soyuz mendarat berlaku sedikit kesilapan teknikal.
Dalam berita yang sama dinyatakan juga bagaimana Malaysia membayar 23 juta dolar
duit tambang untuk menaiki Soyuz.
Juga dilaporkan kembali ya beda bedoo - bagaimana coconout opps angkasawan
Malaysia dapat menumpang Soyuz kerana Najib Razak yang tidak ada bersangkutan apaapa dengan Altantuya atau Ziana Zain telah bersetuju membeli 18 buah jet pejuang
Sukhoi pada tahun 2003 dahulu dengan harga 900 juta dolar. (Jangan tuduh saya tidak
patriotik ini laporan dari akhbar Jepun).
Apa yang hendak saya tulis di sini bukan tentang terbunuhnya gadis dari Mongolia atau
kenapa 6 orang pegawai Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan diberhentikan kerja. Ini
kisah lama, kisah yang telah saya baca dari Laman Mahazalim laman fitnah dan tohmah
yang sudah lama gulung tikar.
Apa yang ingin saya timbulkan di sini ialah satu persoalan yang semakin sarat mencari
jawapan: Apakah betul manusia telah sampai ke bulan? Apakah kita semua telah
dikelentong oleh NASA?
(Saya menggunakan perkataan kelentong. Maaf kerana menggunakan perkataan ini. Ada
pakar bahasa telah menghantar pesanan ringkas kepada saya dan menerangkan asal-usul
perkataan kelentong ialah dari dua perkataan - Keling dan tong. Ini kerana awal dahulu
ada orang Keling yang membeli botol dan tin kosong sebagai punca mata pencarian. Saya
tidak tahu bagaimana dua perkataan ini dikahwinkan dan diberi makna yang baru.
Seharusnya hamba Allah ini dinobatkan sebagai contoh insan kamil yang menjadi pemula
konsep kitar semula.)
Laporan dan pungutan suara di Amerika Syarikat akhir-akhir ini telah menunjukkan
hampir 20% rakyat Amerika tidak percaya yang manusia telah sampai ke bulan. Angkaangka peratus ini semakin bertambah kerana dengan munculnya teknologi baru, bukan
sahaja rakyat Amerika tetapi kita juga dapat menyelidiki satu demi satu bingkai-bingkai
filem, gambar dan imej-imej dari pasukan Apollo yang dikatakan telah menjejak kaki ke
bulan.
Untuk memahami kes kelentong NASA ini maka kita wajib kembali melihat latar
belakang di zaman kegilaan naik ke bulan. Sesudah perang dunia ke dua tamat Amerika
Syarikat telah menculik puluhan saintis Jerman dan dibawa pulang ke Amerika untuk
memulakan kajian ilmu roket. Ini kerana para saintis Jerman telah memiliki ilmu
pengetahuan roket ketika membuat senjata roket untuk menyerang dan menawan Eropah
di zaman Hitler. Pada ketika ini juga para saintis Russia telah memulakan ilmu kajian

roket.
Pada 4hb Oktober 1957 Republik Soviet Sosialis (USSR) telah berjaya melancarkan
roket Sputnik ke angkasa lepas. Amerika menjadi gempar kerana mereka kelihatan jauh
ketinggalan dalam ilmu pelancaran roket ke angkasa lepas. Ini diikuti pula dengan satu
lagi kejayaan USSR meroketkan Yuri Gagarin pada 12 April 1961. Yuri Gagarin adalah
manusia pertama insan sosialis - naik ke angkasa lepas.
Ketika Sputnik dan Yuri Gagari di angkasa lepas Perang Dingin sedang berlaku.
Pertembungan Amerika Syarikat dan USSR cukup sengit. Perang Dingin ialah perang di
mana dua sistem ekonomi kapitalis dan sosialis sedang bersaing hebat untuk
membuktikan kekuatan masing-masing dan mencari pengaruh.
Sebagai jawapan, kekasih Marilyn Monreo, Presiden Kennedy telah mengeluarkan satu
arahan kepada NASA dalam ucapannya kepada kedua-dua parti ahli-ahli Kongres pada
25hb May 1961. Kekasih Marilyn Monreo ini telah mengarahkan NASA untuk
menghantar angkasawan Amerika ke bulan dan pulang ke dunia dalam masa satu dekad.
Belanjawan sebanyak 40 bilion dolar telah diperuntukkan kepada projek Moon
Landing.
Pada 16 Julai 1969 Apollo 11 telah dilancarkan untuk menghantar 3 orang angkasawan
Amerika ke bulan. Saya masih ingat lagi, empat hari kemudian pada petang 20 Julai 1969
saya telah mencuri masuk ke rumah Chief Clerk, Malay College Kuala Kangsar untuk
menonton TV hitam putih agar dapat melihat Neil Armstrong, Michael Collins dan
Edward Aldrin Jr. menjejakkan kaki ke bulan. Saya tidak mahu melepaskan peluang
untuk melihat detik bersejarah ini lari dari pandangan mata dan ingatan saya.
Pada petang itu saya dan mungkin juga seluruh warga dunia cukup kagum melihat
teknologi Amerika. Saya tidak memiliki apa-apa syak wasangka terhadap projek Apollo.
Saya juga belum lagi memahami apa itu Perang Dingin dan apa itu propaganda dan
perang saraf.
Ini berlaku pada tahun 1969, hari ini pada tahun 2007, saya agak was-was dan semakin
kurang yakin tentang apa yang saya lihat petang itu. Saya masih ingat lagi gambargambar kabur hitam putih pada ketika Neil Armstrong menjejakkan kakinya ke bulan.
Hari ini dari apa yang telah saya baca dan ulang tonton footage bersejarah ini sengaja di
kaburkan oleh NASA kerana semua ini berlaku bukan di bulan tapi dalam studio di Area
51.
Area 51 adalah sebuah kawasan sulit di kawasan tandus Nevada Amerika di mana segala
bentuk kerja-kerja sulit penyelidikan tentera Amerika sedang dijalankan. Ini kawasan
rahsia dan larangan. Sesiapa yang cuba menerbus masuk atau mengintip akan mati katak
tanpa soal siasat.
Hari ini timbul satu persoalan dalam kepala saya kenapa USSR yang pertama ke angkasa
lepas tetapi TIDAK berniat menghantar cosmonout mereka ke bulan? Dalam satu klip

temubual dengan Boris Valentinovich Volinov bekas ketua cosmonout USSR, yang saya
temui dalam uTube, saya diberitahu bahawa untuk sampai ke bulan roket-roket perlu
melintasi apa yang dipanggil Van Allen Belt.
Setelah roket meninggalkan bumi sejauh 700 atau 10,000 kilometer maka roket ini akan
memasuki wilayah besi berani Van Allen Belt yang dipenuhi dengan radioaktif. Jauh
bulan dari dunia ialah 250,000 batu atau 385,000 kilometer. Apollo 11 setelah 4 hari
bergerak pasti telah melintasi Van Allen Belt. Persoalan timbul hingga ke hari ini belum
ditemui lagi alat kebal/kalis yang dapat mendinding bukan sahaja para angkasawan tetapi
roket itu sendiri dari dicemari oleh bahan radioaktif. Kerana itu menurut Boris
Valentonovich USSR tidak berani menghantar manusia ke bulan.
Hari ini, jika kita menggoogle tentang Apollo 11, maka kita akan dapat melihat
video/gambar/imej tentang sejarah manusia naik ke bulan. Apa yang memeranjatkan saya
ialah ada klip filem yang menunjukkan bagaimana bendera Amerika yang dicacakkan di
atas bulan kelihatan berkibar-kibar. Bendera tidak mungkin berkibar kerana di bulan tiada
udara. Lalu persoalan timbul - kenapa bendera berkibar-kibar? Apakah Apollo 11 itu
dilakukan dalam studio di Area 51?
Banyak lagi perkara-perkara aneh yang menghakiskan keyakinan saya. Anak roket yang
turun ke bulan itu seharusnya akan melahirkan lubang/crater yang agak besar kerana
kuasa pembakaran enjin ketika mendarat turun dari atas ke bawah. Tidak pula dapat
dilihat gumpalan tanah, batu batan atau debu-debu yang terkumpul membukit di
sekeliling anak roket ini. Ini bertambah pelik jika semua debu telah bertaburan jauh
kerana tekanan jana kuasa enjin, kenapa pula banyak jejak jejak dan tapak kasut
angkasawan ini kelihatan dalam gambar-gambar yang dihantar ke bumi?
Tentang gambar-gambar ini lagi pelik dan memelikkan. Menurut Jan Lundberg yang
menjadi Pengarah syarikat kamera Hasselblad untuk Space Project NASA 1966-1975, dia
sendiri hairan bagaimana gambar-gambar yang lahir dari kamera ini kelihatan cantik dan
dapat dibingkaikan seperti gambar iklan walhal kamera yang direkanya pada ketika itu
tidak ada view finder dan hanya tersangkut di atas dada para angkasawan. Gambargambar hanya diambil secara rambang. Bayangkan betapa susahnya untuk mengambil
gambar kerana jari-jari para angkasawan ini cukup besar dibungkus oleh sarung tangan.
Kelentong NASA ini menjadi lebih lawak lagi apabila AREA 51 telah dirakam curi oleh
satelit USSR. Ada satu gambar gaung di Area 51 yang betul-betul sama bentuk dan
rupanya dengan gambar gaung yang telah dirakamkan oleh para angkasawan Apollo di
bulan.
Kita tidak perlu belajar di sekolah filem Universiti of Westminster untuk memahami
bagaimana banyak pencahayaan filem dan gambar-gambar dari Angkasawan Apollo ini
bukan hanya dari satu sumber matahari. Gambar-gambar ini telah mendapat cahaya dari
pelbagai sumber seperti kita membuat filem. Ini membuktikan naik ke bulan itu telah
dirakamkan dalam studio.

Bill Kaysing yang pernah menjadi ketua pengarah bahagian penerbitan/penganalisis


syarikat Rocketdyne pembuat roket Saturn V yang menaikkan angkasawan ke bulan tidak
pernah percaya dari awal lagi bahawa manusia telah sampai ke bulan dengan Apollo 11.
Menurut Kaysing selama 7 hari Apollo telah mengelilingi dunia dan pada hari kelapan
mereka telah turun kembali ke bumi untuk disambut hebat.
Menurut Kaysing, pada ketika itu Amerika tidak memiliki teknologi untuk menghantar
manusia naik ke bulan dan pulang dengan selamat. Satu perkara yang ditunjukkan oleh
Kaysing ialah gambar anak roket yang telah berlabuh di bulan, ketika malam. Latar
belakangnya ialah alam yang gelap gelita tanpa satu pun kerlipan bintang. Bintang yang
seharunya bertaburan seperti kita melihat langit di waktu malam.
Semua gambar-gambar yang dikaji selidiki ini adalah gambar-gambar rasmi kerajaan
Amerika dan gambar-gambar dalam laman-laman rasmi NASA sendiri. Justeru tidak
timbul kes sama ada ini pita rakaman Lingam atau pita rakaman Fairuz.
Tulisan saya bukan untuk membuktikan bahawa coconout opps.... angkasawan kita tidak
naik ke angkasa lepas. Memang Soyuz naik ke angkasa lepas. Tetapi apabila coconout
...opps... angkasawan kita dinaikkan kerana telah ada agenda tersuruk, sama seperti
agenda Perang Dingin NASA yang berjaya mengelentong rakyat dunia dengan Apollo 11
naik ke bulan.
Rakyat Malaysia TIDAK diberitahu (nasib baik saya baca akhbar Jepun) bahawa rakyat
Malaysia telah membayar tiket untuk naik Soyuz ke angkasa. Untuk tujuan apa? Ini
samalah seperti naik Proton Saga ke Kutub Utara atau pergi mendaki gunung apa
namanya....saya dah lupa. Semuanya adalah kelentong besar untuk agenda politik.
Semuanya kelentong ini TIDAK ada sangkut-paut dengan keilmuan sains jauh lagi dalam
bidang teknologi. Teknologi kepala bana apa? Kita hanya membeli tiket untuk naik
Soyuz. Ini samalah macam naik Bas Mini dan kemudian dalam bas ini kita buat
panggilan telefon ke rumah. Bas buatan Jepun. Telefon bimbit buatan Sweden. Kutu
berahak penyelidikan apa? Tidak percaya apa yang saya tulis sila saman akhbar Jepun.
Duit tiket 25 juta dolar dan 900 juta dolar itu beli jet pejuang ini mungkin termasuk atau
tidak termasuk duit upah kangkang opps... upah si penterjemah Altantuya, hal ini saya
tidak arif. Tetapi saya sedar jika duit ini tidak digunakan untuk membazir membeli jet
pejuang pasti boleh digunakan untuk membangunkan bilik-bilik makmal yang lengkap
dan canggih untuk sekolah-sekolah menengah di seluruh negara.
Neil Amstong telah berkelentong pada 20 Julai 1969 dengan kata-kata satu jejak insan
adalah satu loncatan besar untuk umat manusia. Cukup indah bunyinya. Bagaimana pula
dengan ini kata-kata pujangga ini - 457 juta ringgit duit komisen Sukhoi adalah loncatan
besar untuk mendekatkan Najib kepada anak kunci simpanan duit Bank Negara.

Anda mungkin juga menyukai