Anda di halaman 1dari 15

Kesan buruk medium sosial

Media sosial antara medium komunikasi paling hangat pada abad ini sehingga
sudah menjadi sebahagian keutamaan hidup.
Bilangan pengguna Internet di Malaysia dijangka meningkat kepada 25 juta orang
menjelang 2015 berbanding 18 juta pada 2012, demikian menurut Laporan Ekonomi
2013/3014 dikeluarkan Kementerian Kewangan.
Menurut laporan itu, kadar penembusan jalur lebar isi rumah pula meningkat
kepada 66.8 peratus pada akhir Jun 2013 manakala kadar penembusan telefon
mudah alih melebihi 100 peratus, kini terdapat 42.6 juta langganan.
Kehadiran media sosial membawa kepada perubahan ke arah penyertaan
masyarakat secara dalam talian.
Penggunaan media sosial yang mudah diakses antara kelebihannya. Hal ini
disebabkan aplikasi terdapat di media sosial yang canggih dapat menarik perhatian
masyarakat hingga terlupa pada masa sama mampu memberi kesan negatif
terhadap gaya hidup.
Kesan penggunaan media sosial yang meluas menyebabkan fitnah mudah berlaku.
Mengikut laporan sebuah portal berita tempatan pada 18 Mac 2014, pelbagai cerita
dan spekulasi berterusan ditulis di media sosial.
Masing-masing mengeluarkan teori rekaan sendiri untuk menunjuk pandai dan
mempengaruhi pembaca agar mempercayai tulisan mereka itu.
Kemudahan media sosial sering disalah guna untuk kepentingan peribadi.
Menurut Sengupta dan Chaudhuri (2008), penyalahgunaan maklumat yang tidak
benar serta menghantar ugutan dan mesej agresif dikira sebagai Internet abuse
sekali gus mampu mencemarkan maruah, kedudukan dan tekanan kepada individu.
Kesan penggunaan media sosial juga tidak boleh menafikan mampu mewujudkan
individu bersifat anti sosial terutama dalam kalangan kanak-kanak.
Menurut Cris Rowan (2010), pendedahan pada pelbagai jenis penggunaan teknologi
selama lapan jam sehari akan menyebabkan kanak-kanak menjadi tidak aktif secara
fizikal dan merugikan golongan itu keseluruhannya jika tidak ditadbir dengan
sistematik.
Media sosial juga mengakibatkan tekanan hidup dalam kalangan masyarakat
terutama golongan remaja.
Arnett (1999) menggambarkan kehidupan remaja sebagai kehidupan yang sentiasa
bergelora. Sikap mengejar kemewahan penggunaan media sosial menjadi satu
budaya dalam kehidupan masa kini.

Keterlaluan penggunaan media sosial menyebabkan ibu bapa dan anak kurang
mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang dan berdamping
antara satu sama lain.
Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan
pengawasan ibu bapa. Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga
menyebabkan keruntuhan disiplin remaja.
Cara menangani kesan media sosial adalah melalui pemikiran yang positif
menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda
kehidupannya dengan baik tanpa tertekan.
Masalah atau tekanan adalah sebahagian daripada asam garam kehidupan.
Manusia tidak dapat mengelak daripada mengalami tekanan, namun mempunyai
kekuatan dan upaya untuk mengurus tekanan dan menyelesaikan masalah.
Malah, tekanan juga memberi dorongan untuk seseorang melonjakkan diri mereka
ke arah hidup yang lebih cemerlang sekiranya mereka dapat menguruskan tekanan
dengan baik.
Kerajaan juga hendaklah memainkan peranan untuk mengurangkan kejadian media
sosial yang mendatangkan tekanan kepada masyarakat.
Pihak kerajaan perlu mengetatkan undang-undang dan peraturan terhadap segala
kegiatan penyalahgunaan media sosial.
Mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia bertanggungjawab memantau dan menangani isu sensitif yang
mengancam keselamatan negara seperti isu perkauman dan
agama.
Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia pula bertanggungjawab
mengendalikan semua urusan berkaitan dengan Internet serta mengambil alih
kuasa pelesenan terhadap spektrum penyiaran dan komunikasi.
Sebagai pengguna media sosial, kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat. Amalan
kehidupan yang harmonis boleh mengurangkan tekanan hidup.
Pengalaman sikap bertoleransi, sabar dan ceria dalam pergaulan seharian mampu
mengelakkan pertelingkahan.
Individu perlu berhati-hati dan bijak dalam perkongsian pendapat dan komen serta
perbincangan di media sosial.
Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Dengan ini, kita dapat
mengurangkan risiko berlakunya penyalahgunaan media sosial, sekali gus
mengurangkan masalah sosial dan jenayah daripada berlaku.

Media massa merupakan antara faktor berlakukan gejala sosial.


Dahulu, pada zaman manusia belum mencapai tahap ketamadunan yang tinggi,
alat komunikasi dan perhubungan untuk menyampaikan maklumat tidak dicipta.
Mereka sekadar menggunakan burung dan asap daripada unggun api sebagai
petunjuk dan utusan kepada seseorang. Namun, pada era teknologi maklumat kini,
mesej-mesej dapat disampaikan dalam sekelip mata. Media massa terbahagi
kepada dua iaitu media cetak seperti risalah, majalah, dan akhbar manakala media
elektronik pula iaitu Internet, televisyen, dan radio. Namun demikian, media massa
telah disalahgunakan dan menjadi salah satu daripada punca penyumbang utama
berlakunya gejala sosial.
Tidak dapat dinafikan lagi, media massa merupakan penyumbang utama kepada
keruntuhan moral di kalangan belia. Program-program televisyen khasnya, lebih
mementingkan hiburan daripada maklumat. Tayangan-tayangan filem Barat dan
Hindustan contohnya, telah menolak unsur-unsur ketimurah yang sebati dalam jiwa
masyarakat. Adegan-adegan lucah hanyalah sebagai halwa mata bagi mereka. Jadi,
apabila filem tersebut dipertontonkan, sudah tentu golongan remaja amnya, akan
meniru stail dan aksi artis pujaan mereka. Natijahnya wujudlah budaya punk,
bertindik di telinga kiri bagi lelaki, seks bebas, dan lebih dahsyat lagi pembuangan
bayi yang semakin berleluasa. Secara tidak langsung, ia mencetuskan kemelut jati
diri bagi remaja yang sedang mencari iderttiti diri seterusnya terlibat dalam gejala
hedonisme ini.
Di samping itu, konsert-konsert penyanyi dari negara Barat yang ditayangkan turut
membawa impak buruk. Penyanyi dari Barat, terionjak-ionjak memakai jeans yang
terkoyak sehingga menjadi kegilaan dan idola remaja. Sekali gus, hal ini turut
menjajah minda remaja kerana mereka berfikir semua perkara yang baik datang
dari Barat. Amalan-amalan tidak sihat seperti minum arak dan menagih dadah turut
menjadi ikutan muda-mudi.
Melalui majalah-majalah pula, artis-artis tempatan yang kononnya menjadi contoh
dan teladan sebenarnya semakin membawa remaja ke arab kemaksiatan dan
keruntuhan moral. Kandungan majalah dan gambar-gambar yang memaparkan
unsur pendedahan aurat yang keterlaluan serta menjolok mata semata-mata untuk
mengaut keuntungan yang maksima menyebabkan rosak minda para remaja.
Gejala sosial dan kebejatan moral semakin gawat dan meningkat hari demi hari
berikutan perkembangan media massa yang tidak terkawal dan maju umpama
cendawan tumbuh selepas hujan. Tambahan pula, kini wujud pula satu saluran
maklumat yang canggih dan sistematik iaitu Internet disusuli pula dengan
penubuhan pusat kafe siber. Pusat maklumat kafe siber menjadi sarang kepada
golongan belia untuk melihat bahan-bahan negatif dan meneroka laman-laman web

pornografi yang mempunyai bahan-bahan lucah dan unsur-unsur yang


bertentangan dengan syariat Islam dan budaya masyarakat Malaysia.
Pusat-pusat Internet menjadi tempat untuk para pelajar melepak. Ditambah lagi
dengan sistem langit terbuka dan dunia tanpa sempadan yang diwara-warakan oleh
sesetengah pihak semakin menarik minat mereka. Pelajar-pelajar sanggup berada
di hadapan skrin atau monitor komputer berjam-jam lamanya sehingga
mengabaikan masa untuk sekolah hanya sekadar untuk mencari hiburan di kafe
siber.
Dalam pada itu, penyeludupan video-video dan VCD dari luar negara semakin
berleluasa. Remaja boleh mendapatkannya dengan mudah kerana video-video
tersebut dijual di pasar-pasar malam dan iu,ga terdapat di pasar-pasar gelap. Di
pawagam pula, setiap hari, pasti ada filem-filem seperti perang yang tidak sesuai
untuk tontonan remaja di negara kita kerana Malaysia pada dasarnya adalah
sebuah negara yang arnan. Label 18SX, 18SG, dan 18PL hanyalah sekadar hiasan
dan jarang sekali pemantauan diadakan. Jika muda-mudi disajikan dengan aksi-aksi
lucah, perang, dan blues secara berterusan justeru lahirlah generasi alaf baru yang
nilai moralnya mencecah ke paras sifar, malah sentiasa mengikut ideologi dan
pandangan aging. Mereka mengagung-agung orang lain sehingga hilang semangat
kepimpinan dalarn diri.
Konklusinya, media massa adalah antara penyumbang utama berlakunya gejala
sosial, mendatangkan keburukan, dan membawa kesan negatif kepada remaja pada
hari ini. Jika perkara ini masih berterusan dan tiada langkah drastik untuk
menanganinya sudah tentu pada masa akan datang gejala-gejala buruk menjadi
budaya golongan muda. Hasilnya lahirlah generasi yang menjadi robot dan hanya
diperalatkan untuk kepentingan individu tertentu

ISU SOSIAL
Posted by tech_voice
PENGENALAN
Kita sedia maklum bahawa tugas dan tanggungjawab polis, terutamanya dalam
membanteras jenayah dan menjaga keamanan, kini lebih berat dan jauh lebih
rumit. Pembangunan negara yang begitu pesat, terutamanya di bandar,
menyebabkan jenayah harta benda seperti kes meragut beg, menyamun serta
merompak semakin meningkat. Pemodenan dari segi teknologi melahirkan pelbagai
jenis jenayah yang tidak pernah terdengar beberapa tahun dahulu. Contohnya,
jenayah kolar putih yang melibatkan penyalahgunaan teknologi canggih
berkomputer, semakin berleluasa. Gejala sosial semakin teruk jika dibandingkan
masa dahulu. Kegiatan kong-kongsi gelap, samseng sekolah, kutu rayau,
pengedaran dadah dan maksiat, serta keganasan rumahtangga, semakin
membimbangkan. Ini semua menjadi cabaran harian kepada pihak polis.
PELAYARAN WEB NEGATIF
Minat dan kesukaan melawati laman-laman web yang tidak bermoral dan tidak
berfaedah memberi kesan negatif dalam perkembangan minda dan fizikal manusia.
Ketagihan terhadap laman web negatif mencetuskan kerosakan maruah, nilai
keperibadian, dorongan terhadap jenayah seksualiti, masalah perundangan,
perhubungan interpersonal dan pembaziran wang serta masa. Kewujudan laman
web lucah yang mudah diakses oleh sesiapa sahaja termasuk anak-anak sekolah,
remaja dan golongan dewasa memberi kesan negatif terhadap perubahan nilai dan
gaya hidup mereka. Larangan agama terhadap perlakuan yang boleh menghampiri
zina tidak mampu menyekat remaja dan golongan dewasa daripada menghindari
perbuatan tercela. Sebagaimana firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud
Jangan kamu hampiri perbuatan Zina kerana ia adalah amalan yang sangat keji .
Ketagihan internet ini tertumpu kepada cybersex addiction dan comulsive gambling.
Material berkaitan sex begitu mudah dan tersiar di internet dengan pelbagai
dimensi dan ilustrasi pornograksi dan chatroom yang membicarakan unsur-unsur
seksual. Kewujudan berbagai bentuk laman web negatif telah mencabar nilai dan

gaya hidup insaniah sebagaimana yang diajar oleh Islam. Pendidikan Islam jelas
mencegah umat dari terlibat dalam kegiatan tidak bermoral. Pendidikan akhlak
menurut Islam ialah pembentukan jiwa dan peribadi muslim yang mampu menjaga
dan menjauhi amalan-amalan buruk termasuk melayari laman web lucah. Impak
kepada gejala ini maka merebaklah bermacam penyakit sosial akibat ketagihan
seks seperti perzinaan, pelacuran, penularan HIV/AIDS, Homoseksual dan Lesbian,
penyakit kelamin, curang dalam hubungan dan melakukan seks sebelum kahwin di
kalangan remaja.
Menurut laporan akhbar dan kajian oleh penyelidik Universiti Malaya pada tahun
2005, ramai remaja sudah melakukan hubungan seks dalam menjalinkan
perhubungan mereka. Malahan ada yang merakamkan untuk simpanan peribadi
dan disebar untuk umum melalui internet dan telefon peribadi menggunakan
teknologi 3G. Berdasarkan kajian Kementerian Kesihatan, Pertubuhan Kesihatan
Sedunia, Universiti Malaya dan sebuah syarikat swasta5 pada tahun lalu mendapati
13 peratus remaja berusia 15 hingga 21 tahun pernah mengadakan hubungan seks
sebelum. Kajian itu mendapati 76 peratus daripada respondennya remaja lelaki
manakala 61 peratus membabitkan remaja perempuan. Dalam kajian lain
Kementerian Kesihatan terhadap remaja bersekolah berumur 13 hingga 18 tahun
mendapati 1.8 peratus daripadanya mengaku pernah terbabit dalam aktiviti
seks.Walaupun isu seks bebas remaja membabitkan kedua-dua jantina lelaki dan
perempuan, permasalah lebih besar sering melingkungi kaum hawa.
PERMASALAHAN REMAJA
Minat remaja terhadap ICT terutama teknologi internet dan alat komunikasi
mendorong mereka menghabiskan masa di cyber caf ,internet caf dan telefon
tangan. Program seperti chatting, permainan video, sms, mms, 3G dan berbagai
aktiviti melaluinya membawa kesan dan cabaran tersendiri. Kegilaan anak remaja
ini memberi cabaran kepada ibubapa mereka. Ramai pelajar yang ponteng sekolah,
menyalahgunakan wang saku, meminjam wang teman bahkan ada yang sanggup
menipu dan mencuri. Setiap ibubapa adalah pemimpin kepada anak-anak mereka.
Menurut ajaran Islam setiap pemimpin bertanggungjawab terhadap pengikut
mereka. Kawalan dan penjagaan yang berterusan perlu bagi menjamin anak-anak
tidak terlibat dalam kancah gejala sosial. Hal ini mencabar pengurusan sekolah,
pihak berkuasa dan orang ramai terhadap masalah pelajar yang mengunjungi pusat
internet di waktu persekolahan dan selepas persekolahan. Kesannya ialah
pembaziran masa kerana terlalu lama di cyber caf, tidak ada kawalan keluarga dan
berkembangbiaknya masalah serta gejala sosial di kalangan remaja. Hal ini
menyebabkan kerajaan terpaksa bertindak mengawal aktiviti kunjungan remaja ke
pusatpusat internet. Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM 6-7
Disember 2005. Putrajaya. Pusat Kajian E-Komuniti. FSSK-UKM.
JENAYAH INTERNET
Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah
penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh kerana tiada
siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman
web telah dihidupkan. Bermacam-macam maklumat (sama ada benar atau salah),
idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui

Internet. Namun kesemua peringkat penggunaan komputer seperti internet adalah


sentiasa berhadapan dengan aktiviti jenayah. Sama ada sebagai mangsa kepada
jenayah atau peralatan bagi jenayah atau kedua-duanya. Operasi input,
pemprosesan data, operasi output dan komunikasi data telah digunakan dengan
teliti untuk tujuan yang tidak sihat. Jenis jenayah internet yang biasa kita dengar
adalah seperti penggodam. Penggodam ialah seorang yang mencipta dan
mengubah suai perisian dan perkakasan komputer, termasuklah pengaturcaraan
komputer, pentadbiran, dan urusan-yang berkaitan dengan keselamatan. Dalam
pengaturcaraan komputer, penggodam ialah seorang pengaturcara yang
menggodam atau mencapai matlamat dengan menggunakan satu siri
pengubahsuaian untuk mengeksploit atau melanjutkan kod atau sumber melalui
internet.
Jenayah Internet juga boleh dikategorikan sebagai boleh memalukan sesetengah
orang, contohnya seperti seseorang itu menyebarkan tentang sesuatu perkara yang
boleh memalukan sesetengah pihak. Jika penggunaan web atau internet disalah
gunakan maka akan menimbulkan banyak kerugian kepada golongan manusia.
Penggunaan teknologi informasi yang diaplikasikan dengan internet atau pun web
dalam segala bidang seperti e-banking, e-commerce, e-government, e-education
dan banyak lagi telah menjadi sesuatu yang lumrah. Internet telah menciptakan
dunia baru yang dinamakan cyberspace iaitu sebuah dunia komunuikasi
berlandaskan computer yang menawarkan perkhidmatan yang baru berbentuk
virtual (tidak langsung dan tidak nyata).
Perkembangan internet yang semakin hari semakin meningkat baik teknologi dan
penggunaanya dan mempunyai banyak kesan positif dan negatif. Untuk yang
bersifat positif, banyak manfaat dan kemudahan yang didapat dari teknologi ini,
misalnya kita dapat melakukan transaksi dengan e-banking, e-commerce juga
membuat kita mudah melakukan pembelian maupun penjualan suatu barang tanpa
mengenal tempat. Mencari referensi atau informasi mengenai ilmu pengetahuan
juga bukan hal yang sulit dengan adanya e-library dan banyak lagi kemudahan yang
didapatkan dengan perkembangan Internet. Tentunya, tidak mungkin akan terpingir
bahawa teknologi Internet membawa kesan negatif yang ada. Internet atau pun
web juga membawa keburukan yang bersifat konvensional seperti pengancaman,
pencurian dan penipuan kini dapat dilakukan dengan menggunakan media
komputer secara online dengan resiko tertangkap yang sangat kecil oleh individu
ataupun kelompok dengan akibat kerugian yang lebih besar. Seperti seorang
penggodam dapat masuk ke dalam suatu sistem jaringan perbankan untuk mencuri
informasi E-commerce ada baik buruknya, seperti yang dilakukan oleh sekelompok
pemuda di Medan yang memasang iklan di salah satu website terkenal Yahoo
dengan seolah-olah menjual kereta mewah Ferrary dan Lamborghini dengan harga
murah sehingga menarik minat seorang pembeli dari Kuwait. Perbuatan tersebut
dapat dilakukan tanpa adanya hubungan terlebih dahulu antara penjual dan
pembeli.
HAK PERIBADI
Kepelbagaian teknologi komunikasi, daripada asas hinggalah paling canggih kini
menjadi keperluan hidup. Mengapa tidak, banyak urusan harian boleh dilakukan
dengan mudah hasil kepesatan teknologi. Namun, tidak semua individu menjadi

pengguna teknologi mengikut kaedah atau cara betul. Tidak dinafikan, segelintir
pihak menyalahgunakan telefon bimbit dan laman sosial di internet untuk
menganiaya atau menceroboh hak peribadi orang lain dengan menipu,
mengganggu, menuduh dan menabur fitnah. Selain faktor pengguna sendiri yang
menyeleweng, gejala negatif berhubung penyalahgunaan teknologi ini boleh
berpunca daripada kealpaan sesetengah pihak terhadap implikasi buruk andai tidak
berhati-hati menggunakan teknologi.Apabila pengguna tidak menyedari etika,
batasan dan risiko penggunaan teknologi komunikasi yang digunakan, tidak
mustahil mereka sendiri akan terdedah dengan risiko menjadi pihak dianiaya atau
terjebak dalam kes penyalahgunaan teknologi.
Di Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjadi
badan yang mempunyai kuasa serta bertanggungjawab dalam bidang kawalan
industri teknologi dan multimedia.Berteraskan Akta Komunikasi dan Multimedia
1998, SKMM bertanggungjawab melaksana dan mempromosikan dasar kerajaan
dalam sektor komunikasi dan multimedia. Suruhanjaya ini berperanan mewujudkan
rangka kerja kawalan baru terhadap setiap cabang industri ini.Sejak akhir-akhir ini,
budaya menyebar khidmat pesanan multimedia (MMS) baik dalam bentuk paparan
gambar atau video dilihat makin menjadi-jadi. Kita bimbang senario ini memberi
kesan kepada generasi muda yang mudah terpengaruh dengan kegiatan tidak
sihat.Penyedia perkhidmatan sentiasa digalak memperkenalkan teknologi baru. Ini
termasuk perkhidmatan MMS yang membolehkan pengguna menghantar dan
menerima gambar serta video ringkas menerusi perkhidmatan jalur lebar.
Penggunaan teknologi komunikasi yang canggih semakin berkembang dari semasa
ke semasa. Teknologi ini adalah neutral. Baik atau buruknya bergantung kepada
cara ia digunakan.Kita perlu meletakkan teknologi komunikasi dalam perspektif
yang betul.
Ia sememangnya satu peralatan tapi ia mempunyai pelbagai tujuan penggunaan.
Kalau baik tujuannya, maka baiklah peralatan komunikasi itu. Jika buruk, maka
buruklah ia.Dalam konteks evolusi komunikasi kini, kesan penggunaan telefon
bimbit bagi tujuan menghantar MMS bergantung kepada pengguna. Jika MMS yang
dihantar adalah gambar atau video yang tidak baik atau memalukan, yang patut
dipersalahkan adalah pengguna, bukannya telefon bimbit atau teknologi berkenaan.
Perlu diingatkan, setiap kesalahan membabitkan teknologi komunikasi pada ruang
dunia elektronik atau internet adalah seperti kesalahan yang dilakukan di dunia
nyata. Pesalah boleh didakwa atau dibawa ke mahkamah jenayah atau sivil.
Contohnya, penyebaran atau penjualan MMS yang tidak baik mungkin boleh
dikategorikan sebagai jenayah dan boleh didakwa mengikut Kanun Keseksaan atau
Akta berkaitan seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Kemudahan mengakses Internet secara global dan pertambahan jumlah pengguna
Internet setiap hari membuka ruang komunikasi tanpa sempadan dan kemudahan
berkongsi apa juga bentuk fail. Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia turut
menerima perkembangan rangkaian teknologi digital dan platform media baru.
Sayangnya, kurang kajian tempatan yang dilakukan untuk mengkaji subjek media
baru ini. Sebenarnya, di kebanyakan laman sosial, ada kaedah mengawal maklumat
peribadi. Pengguna diingat menggunakan kaedah kawalan ini supaya mereka dapat
mengawal siapa antara rakan mereka yang boleh melihat maklumat peribadi di
laman terbabit. Usah salahkan orang lain kalau pengguna sendiri tidak melakukan

kawalan. Peruntukan undang-undang sedia ada dan kod etika yang dibangunkan
adalah mencukupi untuk menangani isu ini. Forum Pengguna atau CFM
(Communications and Multimedia Consumer Forum) dan Forum Kandungan atau
CMCF (Communications and Multimedia Content Forum) memainkan peranan
penting dalam membantu memupuk sikap kawal selia kendiri di kalangan rakyat.
Selain itu, beberapa program kesedaran awam dianjurkan. Kedua-dua forum ini
menyediakan saluran untuk aduan; mengendalikan pertikaian dan rungutan
pengguna; mencadangkan tatacara penyelesaian pertikaian alternatif dan
mengelakkan kes mahkamah jika anda rasa terpedaya dan mungkin juga boleh
membantu mencadangkan tatacara pembayaran pampasan untuk pengguna.Dalam
persekitaran pelbagai sumber dan media kandungan baru serta aplikasi yang
diperkenalkan pemberi perkhidmatan, kawalan kendiri adalah satu pendekatan
yang difikirkan sesuai dalam konteks ini. Antara asas penting untuk menjayakan
kawalan kendiri adalah pengetahuan dan maklumat di kalangan pengguna
mengenai cara berinteraksi dengan teknologi dan perkhidmatan yang disediakan
serta hak dan tanggungjawab mereka. Pengguna tidak seharusnya memikirkan
mereka boleh berbuat sesuka hati tanpa batasan atau tanggungjawab. Mereka perlu
sensitif kepada sensitiviti masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan kaum
serta peruntukan undang-undang yang sedia ada. Kawalan kendiri dan pelaksanaan
tanggungjawab di kalangan semua peringkat masyarakat adalah pendekatan paling
sesuai untuk mewujudkan budaya sihat dan positif dalam penggunaan media dan
teknologi.
LONGGOKAN SIARAN BARAT
Kesan-kesan negatif daripada pengaruh dunia tanpa sempadan begitu dirasai
dengan kewujudan siaran televisyen berbayar daripada luar negara. Anak muda kita
hari ini seolah-olah telah hilang jati diri budaya sendiri dan lebih berbangga dengan
budaya luar. Setiap hari kini kita sering dilemparkan dengan nilai-nilai budaya luar
dengan penyiaran rancangan drama, filem dan muzik terutamanya daripada Negara
barat. Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapanya pada 2 Ogos 2005,
stesen TV mesti mengambil kira hasrat kita untuk membina negara dan bangsa
sesuai dengan cita rasa kita, yang mengikut kehendak dan acuan kita sendiri. Pada
pendapat kami, nilai jati diri yang kuat boleh dipupuk kepada generasi muda masa
kini dengan menggunakan cara yang sama seperti oleh pengaruh luar yang mudah
meresap masuk kepada mereka iaitu melalui siaran televisyen. Ini kerana, melalui
siaran TV jugalah semua nilai-nilai positif boleh disemai. Semua itu sebenarnya
boleh dipupuk dengan penyiaran semula khazanah budaya dan hiburan yang
pernah disiarkan di Negara ini. Penyiaran semula khazanah seni negara meliputi
siaran drama, rancangan hiburan, rancangan budaya, filem dan dokumentari yang
pernah diterbitkan oleh RTM. Maka itu memerlukan satu stesen TV yang
mengkhususkan kepada penyiaran bahan tersebut di mana melakukan penyiaran
berkala konsisten.
KEHIDUPAN SOSIAL REMAJA
Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota
masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan
sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun

negara. Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi


mengkategorikan remaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996
mentakrifkan seorang kanak-kanak adalah mereka yang berada dalam lingkungan
umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan 1952, kanak-kanak
didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke bawah. Walaupun setiap akta ini
tidak menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan
masalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di
bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam
persekolahan.
Di Malaysia, remaja merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan penduduk.
Oleh kerana bilangannya yang ramai, maka masalah yang berkaitan dengan
kelompok ini juga banyak. Data dan statistik banyak menunjukkan keruntuhan
akhlak di kalanagan remaja di negara ini adalah semakin serius. Mengikut Pihak
Berkuasa Jenayah Bukit Aman (Berita Harian, 22 September 1993) antara tahun
1990 dan 1992 sahaja, seramai 37602 individu ditahan bagi kesalahan jenayah
harta benda serta kekerasan. Daripada jumlah ini, seramai 3450 atau 9.17% adalah
remaja dan dalam kalangan remaja yang diberkas pula, kesalahan yang dilakukan
boleh dibahagikan kepada jenayah kekerasan dan harta benda.
Perangkaan polis menunjukkan, antara kes jenayah yang selalu dilakukan oleh
remaja adalah pecah rumah, rusuhan, pergaduhan sesama mereka, salah guna
dadah, mencuri basikal atau motosikal. Satu lagi tabiat remaja yang menampakkan
potensi untuk menjadi gejala yang sukar dibendung adalah kegemaran mereka
membazir masa. Istilah yang popular digunakan kini adalah budaya lepak. Satu
kajian di dua buah rumah pangsa di Kuala Lumpur mendapati sebanyak 90% remaja
kaum Cina terus pulang ke rumah selepas sekolah, sebanyak 72% remaja kaum
India berbuat demikian dan hanya 5.8% remaja kaum Melayu pulang ke rumah
selepas sekolah.
PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK
Daripada data dan statistik yang dibentangkan, terbukti keruntuhan ahklak di
kalangan remaja masih pada tahap yang tinggi. Keruntuhan ahklak ini dapat dilihat
dari pelbagai sudut. Antara punca yang dikenal pasti adalah seperti faktor yang
dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan dalam jenayah.
Remaja yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang
miskin tetapi juga keluarga berada, malah segelintir daripada mereka berasal
daripada keluarga yang mempunyai latar belakang yang baik. Justeru, bolehlah
dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak yang utama adalah kemerosotan
dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga.
Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam
aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau
kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah
ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara
hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa. Keluarga yang terlalu
mewah cara hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin remaja. Sebagai
contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan wang
saku yang terlalu banyak. Perbuatan ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi
oleh remaja lain yang bersuka-suka. Kesan pergaulan bebas dan terpengaruh

dengan rakan-rakan sebaya yang rosak akhlak akan memburukkan lagi keadaan.
Sikap ibu bapa juga yang tidak mengambil berat tentang kelakukan dan pergaulan
anak remaja mendorong pada kerosakkan ahklak. Remaja yang terlalu awal
terdedah kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa
bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan salah satu faktor
keruntuhan akhlak.
Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan
kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa,
pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang
sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak
keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh juga
membawa kepada kancah keruntuhan moral. Justeru, sebagai ibu bapa dan anggota
masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya menjalankan kewajipan
dengan merancang aktiviti, mengenal pasti masalah anak, memberi nasihat,
pedoman, memberikan kemudahan-kemudahan serta mengawal selia anak
sepanjang masa. Selain itu, pengaruh persekitaran, luaran dan media massa juga
sentiasa membentuk perilaku para remaja yang masih mentah dalam menghadapi
cabaran hidup. Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan melalui
persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut dengan
pengaruh ini.
Lantaran itu untuk memenuhi keinginan ini, mereka merayau-rayau di pusat-pusat
membeli-belah, pusat permainan video dan secara tidak langsung terlibat dalam
pergaulan bebas. Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak
remaja. Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa
diberikan dalam akademik serta guru yang kurang profesional dalam menangani
masalah pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan
mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan
yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa di
rumah.
CARA MENGATASI MASALAH
Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar
remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan
remaja ini. Berikut beberapa saranan yang diberi iaitu peranan ibu bapa adalah
amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak
mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anakanak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti
masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk
mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan
anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul
dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik.
Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian
bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian,
mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu
tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi,
melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji,

berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup


menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah
menjadi role model kepada anak. Pendekatan akademik boleh dilakukan dengan
menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti
kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknikteknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang
dengar dan teknik pengajaran luar kelas.
Selain itu, mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang
di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di
samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu
bapa dalam pengawasan disiplin. Saranan seterusnya ialah penguatkuasaan
undang-undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia
ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajarpelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk
masalah pelajar ini kepada pihak polis. Langkah-langkah pencegahan yang
bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah.
Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi
masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor
yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan
dan keberkesanan kaunseling tersebut serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu
bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang
bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap
terbuka dan positif.
KESIMPULAN
Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting: ibu
bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah
keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah
yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya
gejala ini sukar diatasi

Kebaikan dan Keburukan Laman Sosial


Kebaikan dan Keburukan Laman Sosial
Kebaikan dan Keburukan Laman Sosial Kepada Pengguna Internet.
Laman sosial mempunyai kebaikan yang boleh dimanfaatkan. Antaranya ialah :1. Berkomunikasi: Boleh menghubungi teman lama yang terpisah. Mempertemukan
sahabat lama terpisah. Kita boleh mencari kembali rakan-rakan sekolah melalui
jaringan antara satu sama lain. Sambil berhubung boleh mengenang kembali kisah
lama. Kisah manis, masin, pahit, tawar dan sebagainya. Talian hubungan dapat
dikekalkan. Mengeratkan tali silatulrahim, mengikuti perkembangan aktiviti
pemimpin seperti Twitter PM Dato Sri Najib, bertanya khabar dengan cara paling
menjimatkan, berbincang, nasihat menasihati, berkongsi pengalaman dan petua.
2. Boleh membantu mempromosi sesuatu.
Melalui laman sosial, entri terbaru boleh dikhabarkan kepada rakan-rakan di laman
sosial. Barangan dan perkhidmatan yang baik dapat disebarkan. Misalnya masakan
restoran yang enak dan murah dapat diketahui dengan meluas. Jenis kamera yang
terbaik untuk nilai wang ringgit dapat dibincangkan.
3. Mudah menyebarkan maklumat.
Sebagai contoh, di waktu dulu ketika ingin melakukan majlis jemputan kahwin perlu
mencari alamat rakan-rakan masing-masing. Tapi kini dengan kecanggihan laman
sosial, kad kahwin boleh di letakkan di sana dan dimaklumkan kepada rakan-rakan.
Mudah dan cepat. Permintaan bantuan cemas seperti derma darah jens tertentu
untuk membantu pesakit tenat juga dapat disebarkan. Kes-kes penipuan dan wajah
penjenayah dapat disebarkan dalam usaha membanteras jenayah.
4. Perkongsian maklumat/ilmu.
Kalau kita bijak mencari kawan yang sesuai, kita akan mendapat maklumat terkini
dengan cepat. Ada rakan-rakan yang rajin berkongsi berita dan maklumat untuk
dikongsi bersama. Sebagai contoh, laman sosial dapat menggantikan tv untuk
mengetahui berita terkini. Malah perbicaraan mahkamah diketahui dengn serta
merta melalui twitter dan laman web tertentu. Peristiwa terkini dapat diketahui
serta merta. Imlu dalam bidang perubatan, teknologi dan sebagainya juga dapat
disebarkan.
Laman web sosial seperti ini sebenarnya dapat memberikan banyak kebaikan
kepada remaja sekiranya digunakan dengan betul. Tetapi kebanyakannya tidak
manfaatkan kemudahan seperti ini dengan sebaik-baiknya sehinggakan ada di

antara mereka yang salah guna sehingga mencetuskan kontroversi seperti ugutan
kepada individu tertentu.
Mengapa remaja taksub dengan laman web sosial seperti facebook.
1. Untuk perkongsian ilmu dan maklumat
Pelajar merupakan individu yang menggunakan kemudahan laman web sosial ini
bagi tujuan perkongsian maklumat dan ilmu dengan rakan-rakan. Bagi mereka,
dengan cara ini mereka boleh berbincang bersama rakan-rakan dengan pantas
tentang sesuatu masalah atau isu yang dikemukakan. Ada juga yang
memanfaatkannya dengan perkongsian maklumat tentang perniagaan.
2. Sekadar untuk mengisi masa lapang
Ramai remaja menghabiskan masa mereka dengan facebook. Dengan adanya
laman web sosial seperti ini, mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan
melayari facebook. Bagi mereka yang bijak, di samping mengisi masa lapang ada
antara mereka membuat bisnes dan membuat promosi melalui laman web sosial
seperti facebook dan twitter.
3. Untuk mencari pasangan hidup
Tidak dinafikan juga ada antara remaja yang melayari laman web sosial sematamata untuk mencari pasangan hidup. Dalam bahasa mudah, mencari teman lelaki
ataupun teman wanita. Adakah anda salah seorang daripada mereka? Kepada
mereka yang kesunyian dan masih single tu, silalah aktifkan diri anda dengan laman
web sosial.
4. Hendak menonjolkan imej diri/hendak pamer body yang mantap.
Sebab ini saya rasa adalah paling releven kenapa remaja terlalu taksub dengan
laman web sosial terutama facebook dan myspace. Tidak kira perempuan ataupun
lelaki, mereka berlumba-lumba mempamerkan wajah dan imej diri dengan gaya
yang istimewa termasuk kemantapan body masing-masing. Bagi yang kacak dan
cun memang menjadi kegilaan sesetengah individu.
5. Ingin mendapatkan berita terkini dengan cepat
Ada juga remaja yang taksub dengan laman web sosial kerana ingin mendapatkan
sesuatu info terkini dengan cepat dan pantas. Golongan ini mungkin juga terdiri
daripada golongan pelajar dan mereka-mereka yang suka sesuatu yang baru.
Perasaan ingin tahu dalam diri sangat tinggi.
6. Aplikasi menarik dan ketagih game
Laman web sosial seperti facebook menyediakan pelbagai aplikasi dan game
menarik kepada penggunanya. Bagi mereka yang ketagih dengan game, facebook
merupakan tempat atau medium terbaik untuk melepaskan gian tersebut kerana
setakat ini tiada laman web sosial lain yang dapat menandingi facebook terutama
aplikasi yang disediakan. Dengan adanya aplikasi seperti akan menyebabkan
remaja sanggup melayari facebook 24 jam dan sanggup untuk tidak tidur pada
waktu malam.
Keburukan laman sosial
1. Melalaikan/melekakan.

Terlalu lama berdepan dengan teman-teman sosial hingga menyebabkan lupa


dengan tanggungjawab. Kadang-kadang terganggu tugas samada hakiki mahupun
penulisan blog. Ianya mampu mengganggu tumpuan terutamanya jika anda
menyertai games, group provokasi/gossip dan sebagainya. Ketagihan melayari
laman web sosial ini menyebabkan produktiviti menurun dan pendapatan bulanan
sepatutnya diperoleh daripada bekerja disia-siakan dengan aktiviti melalaikan.
Pelajar akan abaikan pelajaran mereka.
2. Obses/ketagihan.
Berlakunya kegilaan terhadap laman sosial hingga sukar untuk berengang darinya.
Boleh juga menimbulkan kemarahan sekiranya diganggu ketika bersosial di laman
tersebut. Tidak mustahil ada yang menjadi gila disebabkan obses terhadap laman
sosial. Ada yang mengurung diri dalam bilik berhadapan dengan komputer buat
beberapa hari berterusan kerana melayari web.
3. Terhakis pergaulan secara realiti.
Ramai yang memencilkan diri dan lebih menumpukan komuniti online berbanding
offline. Sedikit sebanyak mengugat komuniti tempatan. Hubungan sesama ahli
keluarga dan jiran semakin renggang.
4. Gangguan kesihatan.
Sudah pasti akan memberi kesan kepada kesihatan samada fizikal ataupun mental.
Hal ini kerana terlalu khusyuk mengadap komputer mampu memberikan impak
buruk terhadap tubuh badan. Sakit sendi, pening kepala, terjejasnya penglihatan,
obesiti, malah kanser kerana terdedah kepada radiasi komputer merupakan
fenomena biasa merosotnya kesihatan seseorang yang terlibat dalam laman web
sosial.
5. Gangguan oleh individu yang tidak dikenali.
Kadangkala ada individu yang tanpa disedari menceroboh peribadi. Sebab itu perlu
berhati-hati dalam membenarkan mereka memasuki senarai kawan anda. Penipuan
wang, cinta dan sebagainya sering berlaku. Fitnah dan tohmahan terhadap
seseorang disebarkan. Ini memalukan mangsanya.
6. Boleh meruntuhkan rumah tangga/menjurus ke arah keghairahan maksiat.
Termasuk mempengaruhi remaja berzina. Remaja perempuan terjebak dalam gejala
zina berpunca daripada Facebook. Mereka terpengaruh dan ghairah dengan katakata pujian serta pujaan lelaki menerusi Facebook sehingga membawa perbuatan
zina. Gambar-gambar lucah disebarkan. Seks maya dijalankan kerana identiti
sebenar tidak diketahui. Facebook juga menyebabkan berlaku kes perceraian kerana
suami atau isteri curang selepas berkenalan dengan kekasih menerusi laman web
sosial
Pada kesimpulannya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
menerusi sebuah kenyataan sebelum ini berkata, kematangan berfikir penting bagi
setiap individu yang menggunakan media baru seperti laman web sosial untuk
menilai kebaikan dan keburukan setiap aktiviti di alam maya. Pendek kata, apa
yang penting ialah semua pihak perlu berhati-hati, cermat dan bertanggungjawab
ke atas segala maklumat yang ingin disebarkan serta dikongsi agar ia tidak
membawa padah kepada diri dan orang lain