Anda di halaman 1dari 8

Simpulan

Bahasa
angkat
Maksud: meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab
Contoh Ayat:Sebelum dipukul oleh ayahnya, budak nakal itu pun
angkat kaki.

berat
Maksud: orang yang malas bekerja
Contoh Ayat:Orang yang berat tulang susah hendak mencari
rezeki.

berat
Maksud: susah hati
Contoh Ayat:Berat kepala saya memikirkan langkah-langkah
untuk meninggikan mutu matapelajaran Matematik.

terbuka
Maksud: murah hati
Contoh Ayat:Ahli parlimen sentiasa melayan anak buahnya
dengan tangan terbuka.

lintah
Maksud: orang yang tajam pendengarannya.
Contoh Ayat:Anjing yang bertelinga lintah dilatih oleh pakar
pelatih untuk membantu pihak polis.

senyum
Maksud: senyum dibuat-buat
Contoh Ayat:Abu hanya senyum kambing bila bertemu dengan
saya.

puteri
Maksud: orang yang tidak menahan panas
Contoh Ayat:Anak gadis yang mukanya pucat itu jatuh pengsan
ketika menati bas . Dia itu memang puteri lilin.

rabun
Maksud: tidak dapat melihat dengan jelas pada waktu senja/
penglihatan tidak jelas pada waktu malam.
Contoh Ayat:Datuk saya sudah rabun ayam sejak beberapa tahun
yang lalu.

sehari
Maksud: pengantin baru
Contoh Ayat:Ahmad dan Minah akan menjadi raja sehari bulan
depan.

nyawa-nyawa
Maksud: hamper-hampir mati
Contoh Ayat:Orang tua yang dilanggar lori itu tinggal nyawanyawa ikan sahaja.

mandi
Maksud: mandi dengan tidak menggosok badan
Contoh Ayat:Budak yang selalu mandi kerbau di dalam sungai itu
mendapat penyakit kulit.

khabar
Maksud: berita atau khabar yang belum sah lagi
Contoh Ayat:Pihak polis sedang mencari orang yang menyebarkan
khabar angin.

kaki
Maksud: kuat minum arak
Contoh Ayat:Keluarga Mak Minah menderita kerana suaminya,
Pak Dollah menjadi kaki botol.

Hati
Maksud: penakut
Contoh Ayat:Dia tidak berani berjumpa dengan guru besar
kerana dia berhati tikus.

kosong
Maksud: pandai bercakap tetapi tidak tahu membuatnya.
Contoh Ayat: Orang benci kepadanya kerana dia tin kosong.

Anda mungkin juga menyukai