Anda di halaman 1dari 7

1.

PENGENALAN

Bahasa Melayu merupakan suatu bahasa yang indah dan hebat kerana ayat-ayat yang digunakan
mempunyai tautan antara satu ayat dengan ayat yang lain dan mempunyai perkaitan antara satu
perenggan dengan perenggan yang lain. Wacana merupakan unit tertinggi bahasa yang
melampaui ayat dan kajian tentang unit tersebut dan semua perkara yang melibatkan bahasa ialah
wacana.
Menurut Raminah Hj. Sabran, Rahim Syam (1985),Wacana adalah unit bahasa yang melebihi
batas ayat, iaitu boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, cerita, dialog, dan
sebagainya yang dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang
berturutan. Dengan perkataan lain, wacana adalah satu satuan bahasa yang lengkap.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, (

) wacana bermaksud, keseluruhan tutur yang

merupakan satu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan.Perbincangan atau pertukaran idea


secara lisan. Kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan.
Seseorang penulis yang bijak menggunakan wacana yang baik dan tepat mampu melahirkan
karya Bahasa Melayu yang hebat. Pendengar atau pembaca dapat memahami isi atau hujah yang
ingin disampaikan melalui tulisan ataupun lisan

sekiranya ia mempunyai kesinambungan

antara satu idea dengan satu idea yang lain yang memperlihatkan wacana yang berkesan. Bahasa
adalah alat perhubungan yang paling efektif oleh itu penggunaan kata yang sempurna dan tuntas
baik secara lisan mahu pun tulisan menjadikan bahasa itu gramatis dan difahami. Penggunaan
kata dan wacana dalam ayat menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang lengkap sebaris
dengan bahasa-bahasa lain di dunia.
Secara umumnya, wacana lisan dan tulisan merupakan dua jenis wacana dalam unit Bahasa.
Wacana lisan terhasil secara lisan melibatkan komunikasi secara langsung antara pendengar dan
penutur. Wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara bertulis melalui media
tulisan melibatkan hubungan antara pembaca dan penulis. wacana ini disampaikan dalam bentuk
bertulis. Wacana ini perlu dibaca bagi mendapatkan maklumat dan memahami wacana tersebut.

Menurut Zainol Ismail (2003), berdasarkan kepada bentuk, penulisan dapat dibahagikan kepada
dua jenis iaitu berformat dan bebas.Wacana berformat dalam wacana tulisan mesti ditulis
berdasarkan cara yang khusus melibatkan peraturan dan proses penulisan serta merangka
pencerakinan idea bagi mewujudkan kesinambungan. Konsep wacana akan terjejas sekiranya
penulisan tidak mengikut format yang ditetapkan. Menurut Abdul Jalil Othman (2001), aspek
wacana jika tidak diberi penekanan menyebabkan pelajar menjadi alpa sedangkan kecekapan
wacana menjadikan teks lebih utuh dan bermakna. Jenis penulisan wacana berformat ialah
ucapan, berita, catatan harian, laporan, syarahan, surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak rasmi,
dialog dan perbahasan.
Menurut Kamarudin Husin (1988) dalam bukunya, Pedagogi Bahasa menyatakan, konsep
wacana berformat ialah penulisan berkesinambungan yang mengandung format-format tertentu
untuk menggariskan penampilan wacana secara kohesif dan koheran.
Sementara itu Sulaiman Masri (1988) menyatakan, penulisan berformat mesti ditulis mengikut
cara tetentu. Penulisan berformat yang tidak ditulis mengikut format yang ditetapkan, maka
boleh menjejaskan konsep wacana.
Kemahiran menulis. Hasil penulisan yang baik adalah penulisan yang mengikut peraturanperaturan yang dikhususkan dan mengandungi wacana yang mantap.

2.0

KONSEP DAN JENIS-JENIS WACANA BERFORMAT DALAM BAHASA


MELAYU

Konsep wacana berformat adalah merangkumi komponen-komponen yang bersepadu seperti di


bawah:
a) Mempamerkan penggunaan kata, frasa serta ayat baik dan tepat supaya maklumat dapat
disampaikan secara tersusun dan kohesi.
b) Penentuan format penyampaian dan jenis penulisan yang sesuai untuk memberi
maklumat. Wacana berformat mestilah ditulis dengan tepat berdasarkan format penulisan
serta tujuan penulisan tersebut.
c) Pengenalpasti gaya bahasa dan penggunaannya dalam penulisan. Dalam konteks
penulisan, pelajar digalakkan menggunakan gaya bahasa yang bersesuaian dengan karya
yang ditulis. Gaya bahasa adalah unsur yang perlu wujud dalam penulisan jika aspek
keindahan bahasa ingin diberikan tumpuan dalam penulisan.
d) Penganalisisan gaya bahasa dan penggunaannya secara koheren dalam penulisan. Gaya
bahasa yang digunakan haruslah baku dan dapat menggunakan ejaan serta tanda bacaan
yang betul .Strukturnya mestilah mengikuti urutan dan logik,untuk membantu pembaca
memahami mesej yang ingin disampaikan.
e) Penyampaian isi yang bernas dalam membina kerangka penulisan dapat melukiskan
fikiran dan perasaan pengarang setepat-tepatnya dan menimbulkan pemahaman kepada
pembaca dengan yang dimaksudkan oleh pengarang
f) Pembinaan ayat utama dan huraian untuk membina perenggan yang kohensif. Untuk
menghasilkan perenggan yang baik dan berkesan perlu ada kesatuan dan pertautan isi
dalam penulisan. Ayat utama perlu disokong oleh ayat huraian yang terdiri daripada isi
sokongan.
g) Penyusunan isi dan penggunaan penanda wacana untuk menghasikan perenggan yang
kohesif dan koheren. Sesuatu wacana akan disebut baik sekiranya wacana itu kohesif dan
koherens. Untuk mendapatkan wacana yang kohesif dan koherens,ia dapat digunakan

dengan pelbagai alat wacana, baik yang berupa aspek gramatikal maupun yang berupa
aspek semantik atau gabungan kedua-dua itu sekali.
h) Tatabahasa adalah asas dalam kecekapan berbahasa. Ia perlu di ajar secara terancang agar
ketepatan berbahasa dengan berasaskan penggunaan wacana yang jelas dapat dikuasai.
Penulisan yang baik harus mempamerkan penggunaan tatabahasa yang baik dan betul.

2.1

JENIS-JENIS WACANA BERFORMAT DALAM BAHASA MELAYU

1. Surat Kiriman Rasmi


Surat kiriman rasmi digunakan untuk menulis kepada pihak tertentu dengan tujuan
rasmi. Ia merupakan alat komunikasi bertulis alat komunikasi bertulis yang ditulis oleh
jabatan-jabatan kerajaan, badan-badan berkanun, swasta dan individu untuk berhubung
secara rasmi di antara satu sama lain. Biasanya surat kiriman rasmi ditulis untuk
menyatakan ketidakhadiran, memesan majalah, penghargaan, cadangan,rayuan,
memohon pekerjaan dan jemputan. Menurut Sulaiman Masri, Ahmad Khair Mohd. Nor(
2005), Surat rasmi ialah surat yang ditulis untuk urusan rasmi yang berhubung dengan
urusan pejabat seperti pejabat kerajaan,syarikat atau institusi swasta. Surat rasmi bersifat
formal, walaupun pengirim dan penerima bersahabat.
Dari segi teknik penulisan, surat kiriman rasmi mesti ditulis mengikut format dengan
tepat. Ejaan, tanda bacaan, huruf besar, huruf kecil, koma, nokhtah dan sebagainya mesti
digunakan dengan cara yang betul.Gunakan bahasa yang mudah, tepat dan padat serta
elakkan bahasa kiasan dan ungkapan peribahasa.

Format:
i.

Alamat pengirim hendaklah ditulis di sebelah kiri halaman atas surat. Sekiranya
surat berbentuk peribadi tuliskan nama penuh pengirim dan sekiranya mewakili
mana-mana pihak tuliskan nama jawatan tersebut.

ii.

Tuliskan

alamat

lengkap

dan

nokhtahkan

alamat

tersebut.

Sekiranya

menggunakan kepala surat ,semua maklumat berkenaan jabatan tersebut perlu


iii.

lengkap. Contohnya, alamat, no talipon, no faks dan laman web.


Buatkan satu garis memanjang dari kiri ke kanan surat untuk memisahkan alamat

iv.

pengirim dengan alamat penerima.


Sekiranya surat tersebut dijangka akan melalui bebrapa proses, surat tersebut

v.

hendaklah diberi nombor rujukan.yang ditulis disebelah kanan halaman surat.


Alamat lengkap penerima ditulis di bawah garisan panjang di sebelah kiri
halaman. Sekiranya penerima sangat dikenali, tuliskan nama penuhnya dan
sekiranya tidak mengetahui penama yang sebenar, tuliskan jawatan penama
tersebut. Sekiranya memerlukan perhatiah khusus, ditulis di bawah alamat

vi.

terakhir penerima menggunakan singkatan (u.p:.).


Tarikh ditulis di sebelah kanan halaman sebaris dengan barisan akhir alamat
penerima. Nama bulan ditulis dengan menggunakan huruf besar dan tarikh jangan

vii.

dinokhtahkan.
Tulis status atau kata sapaan penerima dan letakkan tanda koma (,). Menggunakan
kata ganti nama diri ( Tuan/Puan )atau panggilan lain yang lebih tepat ( Yang

viii.

berbahagia Dato atau sebagainya ).


Ada tajuk surat yang mencerminkan isi kandungan surat, ringkas dan padat. Ia

ix.

boleh ditulis menggunakan huruf besar atau huruf kecil dan garis pada baris akhir.
Surat dimulai perenggan demi perenggan mengikut kepentingan. Sebaiknya satu
isi mewakili satu perenggan. Perenggan perlu dinombori untuk memudahkan
rujukan kecuali perenggan pertama dan perenggan penutup. Surat yang baik
hanya memerlukan satu halaman bagi tujuan perekodan dan untuk mengekalkan
format. Sekiranya melebihi satu mukasurat sebahagian isi perlu ada pada helaian

x.

kedua untuk mengelakkan kes penipuan dan tulis simbol 2/-.


Perenggan penutup surat biasanya menggunakan frasa

sekian

terima

kasih.Langkau sebaris dan sertakan ungkapan yang sesuai dengan isi bagi
memberi kekuatan kepada surat berkenaan yang menggunakan huruf besar.
Contohnya, BERKHIDMAT UNTUK NEGARA dan BERSIH, CEKAP,
xi.

AMANAH.
Langkau 3 baris dan tuliskan rangkaikata seperti:
Saya yang menjalankan tugas,
Saya yang menurut perintah,
Saya yang benar,

xii.

Tandatangan ditulis di bahagian kiri bawah surat.Di bahagian bawah tandatangan,


nama pengirim ditulis dengan huruf besar dalam kurungan.Sekiranya mewakili

xiii.

pihak-pihak tertentu, tuliskan nama jawatan .


Sekiranya surat berkenaan memerlukan tindakan pihak ketiga, surat itu hendaklah
mempunyai salinan kepada yang disingkatkan menjadi s.k.

Penutup
Penggunaan wacana dalam penulisan terutamanya Bahasa Melayu merupakan sesuatu yang
sangat penting bagi melahirkan sesebuah hasil yang berkualiti. Setiap murid yang berada di
sekolah rendah mahupun menengah seharusnya tahu akan fungsi dan seterusnya mahir
menggunakan wacana ini pada tempat yang sepatutnya. Kegagalan seseorang pelajar menguasai
wacana, akan menyebabkan mereka gagal dalam melahirkan atau menghasilkan sesebuah
penulisan yang kritis dan puitis.

Raminah Hj. Sabran, Rahim Syam (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan,
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Adenan Ayob (2009). HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur : Open University Malaysia.
Abdul Jalil Othman, (2001). Perkaitan semantik dalam penulisan. Issues in Education, 24, 141157.
Zainol Ismail.(2003).Fokus unggul/UPSR penulisan. Johor Bahru.Pelangi
Sulaiman Masri, Abdullah Yusof, Mohd Ra'in Shaari,2006. Bahasa Melayu: dimensi pengajaran
dan pembelajaran. Kuala Lumpur.Utusan publications and distributors Sdn Bhd

Sulaiman Masri, Ahmad Khair Mohd. Nor 2005.Komunikasi pejabat: petua pelayanan pelanggan
serta panduan umum penulisan .. . Kuala Lumpur.Utusan publications and distributors Sdn Bhd.

Anda mungkin juga menyukai