Anda di halaman 1dari 2

Penyataan profesional

Pada 2 Februari saya akan menjalankan praktikal fasa 3 saya di Sekolah


Kebangsaan Seberang Jaya 2. Oleh sebab ini adalah praktikal yang ketiga
saya, maka saya tidak bermasalah dalam mempersiapkan diri saya
terutama menyediakan buku rancangan pengajaran harian dan portfolio.
Sekolah yang bakal saya tempati ini merupakan sekolah berprestasi
tinggi. Oleh itu, saya perlu bersedia baik dari segi fizikal dan mental.
Keadaan ini menjadi satu cabaran bagi saya kerana sebelum ini saya
menjalankan praktikal di sekolah-sekolah berprestasi sederhana.
Harapan saya ialah, saya ingin menimba sebanyak-banyaknya ilmu
semasa menjalankan praktikal kali ini baik dari segi pentadbiran sekolah,
kokurikulum atau kurikulum. Dan saya merasakan sekolah ini amat sesuai
kerana prestasi sekolah yang tinggi berkemungkinan besar disebabkan
oleh warga sekolah yang telus dalam menjalankan tugas-tugas mereka.
Seterusnya, saya ingin meningkatkan lagi kemahiran melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran. Sebelum ini, saya merasakan kemahiran
yang saya miliki tidak begitu kukuh terutama bagi sekolah yang
berprestasi tinggi ini. Oleh itu, saya berharap dapat menimba ilmu serba
sedikit melalui perkongsian saya bersama guru-guru terutamanya guru
pembimbing

saya

kelak.

Saya

amat

berminat

untuk

mengetahui

bagaimana guru-guru di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2 mampu


meletakan

sekolah

tersebut

pada

peringkat

yang

tinggi

serta

mengekalkan kecemerlangan sekolah tersebut.


Sehubungan itu, saya juga ingin meningkatkan lagi kemahiran
pengawalan kelas saya. Pada praktikal fasa 2, saya hampir berjaya
mengawal kelas namun keadaan tersebut berlaku di hujung praktikal.
Saya masih belum berpuas hati dengan keadaan itu. Oleh itu, saya
berhasrat ingin menambah baik kemahiran kawalan kelas.
Tambahan pula, kawalan kelas yang berkesan dapat menjamin sesi
pengajaran

dan

pembelajaran

yang

berkesan.

Oleh

itu,

saya

menyimpulkan bahawa kekuatan seorang guru bukan sahaja pada cara


atau teknik pengajaran sahaja namun kawalan kelas yang berkesan juga
dapat membantu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, saya berharap dapat memberikan sumbangan kepada
sekolah ini terutamanya memberi peningkatan pada gred pemarkahan
murid bagi mata pelajaran yang saya ajar iaitu bahasa Inggeris dan
Matematik.
Akhir sekali, ini merupakan kali pertama saya mengajar mata
pelajaran Bahasa Inggeris. Saya risau saya tidak mampu membimbing
murid-murid dalam mata pelajaran ini. Oleh itu, saya berharap, praktikal
kali ini dapat menghapuskan rasa kurang percaya diri dalam diri saya bagi
mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris.
Kesimpulannya, saya ingin menimba sebanyak-banyaknya ilmu
serta pengalaman melalui praktikal kali ini.

Anda mungkin juga menyukai