Anda di halaman 1dari 16

EKONOMI

BERASASKAN
PENGETAHUAN
MUHAMAD NUR FADHLAN BIN
JAMALUDDIN
6 ATAS DAHLIA

KONSEP EKONOMI
BERASASKAN
PENGETAHUAN

KONSEP
>>Ekonomi yang berdasarkan pengetahuan
merupakan asas untuk mengekalkan kadar
pertumbuhan ekonomi yang pantas dan
meningkatkan daya saing antarabangsa untuk
mencapai Wawasan 2020.

TUJUAN EKONOMI
BERASASKAN
PENGETAHUAN

TUJUAN
>>Membina asas tenaga kerja berpengetahuan,
antara lain, melalui penyemakan semula sistem
pendidikan dan latihan, memperkenalkan sistem
pembelajaran seumur hidup dan program bijak
pandai (brain-gain)
>>Memperbanyakkan lagi inisiatif S&T dan R&D
ke arah memperkukuhkan sistem inovasi negara.
>>Mempercepatkan pembangunan infrastruktur
bagi memudahkan pembangunan ekonomi
berasaskan pengetahuan.

>>Menstruktur semula sistem kewangan untuk


memberi pembiayaian yang sesuai bagi aktiviti
pengetahuan, menyediakan peralatan untuk
pengurusan makro-ekonomi dan dapat bertahan
dengan cabaran-cabaran berkaitan dengan ekonomi
berasaskan pengetahuan.
>>Meningkatkan kandungan pengetahuan di dalam
sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan.
>>Menggalakkan sektor swasta agar bersedia
dengan lebih pantas terhadap ekonomi berdasarkan
pengetahuan dan juga mengenalpasti dan
mengeksploitasi peluang-peluang yang bakal dijana.

>>Mengolah semula sektor awam untuk menjadi


lebih cekap dalam penggunaan perolehan,
penyebaran dan pengurusan pengetahuan.
>>Memupuk penggunaan pengetahuan yang
beretika;
>>Mengambil tindakan tegas bagi merapatkan
jurang digital antara pendapatan, kumpulan etnik,
kumpulan umur, komuniti bandar dan luar bandar
dan merentasi sempadan wilayah

PELAKSANAAN
EKONOMI
BERASASKAN
PENGETAHUAN

CARA PELAKSANAAN
>> Ekonomi berasaskan pengetahuan akan menyediakan
landasan ke arah mengekalkan kadar pertumbuhan
ekonomi yang pesat dan meningkatkan daya saing
antarabangsa untuk mencapai objektif Wawasan 2020. Ia
juga akan mengukuhkan kemampuan Malaysia untuk
berusaha menghasilkan pembaharuan, menyesuaikan dan
mencipta teknologi tempatan serta mereka bentuk,
membangun dan memasarkan produk baru yang akan
menyediakan asas bagi pertumbuhan yang didorong oleh
sumber dan kekuatan dalam negeri. Di samping itu,
ekonomi berasaskan pengetahuan akan melengkap dan
mempercepatkan perubahan daripada strategi
pertumbuhan yang didorong oleh input kepada strategi
yang didorong oleh produktiviti yang merupakan teras
utama yang dimulakan dalam Rancangan Malaysia
Ketujuh (RMKe-7).

>> Beberapa inisiatif telah dimulakan untuk membantu


memudahkan usaha pembangunan ekonomi berasaskan
pengetahuan. Walau bagaimanapun, Malaysia akan
melipatgandakan usaha dalam tempoh Rangka
Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) terutamanya
dalam bidang pembangunan sumber manusia, sains dan
teknologi (S&T), penyelidikan dan pembangunan (P&P),
infrastruktur maklumat dan pembiayaan untuk
meletakkan Malaysia di kedudukan yang penting dalam
peta dunia ekonomi berasaskan pengetahuan. Malaysia
juga akan mengambil langkah untuk memastikan setiap
lapisan masyarakat mendapat peluang yang saksama
untuk menikmati manfaat yang diwujudkan.

>> Ekonomi berasaskan pengetahuan merupakan faktor


pengeluaran yang lazim seperti buruh, modal, bahan mentah dan
keusahawanan terus penting, pengetahuan akan menjadi faktor
utama yang menerajui pertumbuhan, menghasilkan nilai baru dan
menyediakan asas untuk mengekalkan daya saing. Walaupun
teknologi maklumat (IT) merupakan alat penggerak asas utama,
namun nadi bagi ekonomi berasaskan pengetahuan adalah
sumber manusia - khususnya keupayaan mencipta, berusaha
menghasilkan pembaharuan, menjana dan memanfaatkan buah
fikiran baru serta menggunakan teknologi dan kemahiran
keusahawanan yang terbaik. Industri sedia ada akan menjadi lebih
berintensifkan pengetahuan manakala industri baru berasaskan
pengetahuan dan industri sokongan akan muncul. Dengan itu,
ekonomi akan bercirikan aktiviti yang berasaskan pengetahuan
dan industri berteknologi tinggi akan mempunyai bahagian yang
besar dalam guna tenaga, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)
dan eksport. Selain menjadi satu faktor pengeluaran, pengetahuan
juga akan menjadi satu barangan yang boleh diperdagangkan.

>> Ekonomi berasaskan pengetahuan menyediakan satu


kaedah untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang
pesat dan mampan serta berdaya saing dalam jangka
masa sederhana dan panjang. Dalam hubungan ini,
Malaysia akan membangunkan kemudahan yang
diperlukan dan memajukan industri yang mempunyai
potensi untuk menjadi industri yang berintensifkan
pengetahuan. Sektor swasta akan terus menjadi jentera
pertumbuhan dalam ekonomi berasaskan pengetahuan,
manakala sektor awam akan menyediakan persekitaran
yang sesuai dan menggalakkan. Objektif sosial dan
kesaksamaan akan kekal menjadi unsur penting dalam
tahap pembangunan ekonomi yang baru ini dengan
tanggungjawab tambahan untuk mengurangkan jurang
pengetahuan di kalangan berbagai golongan pendapatan
yang berlainan, di antara masyarakat bandar dengan luar
bandar dan di antara wilayah.

KESAN EKONOMI
BERASASKAN
PENGETAHUAN

KESAN

>>Sehingga pertengahan tahun 1990an, Malaysia bergantung


sebahagian besarnya kepada pelaburan modal untuk menerajui
pertumbuhan ekonomi. Malaysia telah melaksanakan strategi untuk
beralih daripada pertumbuhan yang didorong oleh input kepada yang
didorong oleh produktiviti. Perubahan ini disebabkan oleh penurunan
nilai sut produktiviti modal seperti yang dicerminkan oleh peningkatan
nisbah tambahan modal kepada pengeluaran.

>>RMKe-7 mengiktiraf usaha meningkatkan sumbangan produktiviti


faktor keseluruhan (TFP) kepada pertumbuhan sebagai satu strategi
penting. Namun dalam tempoh Rancangan tersebut, peralihan kepada
ekonomi yang didorong oleh produktiviti adalah perlahan
sebahagiannya disebabkan pelaburan besar yang mempunyai tempoh
matang yang panjang serta kejatuhan pengeluaran akibat daripada
krisis kewangan pada tahun 1997. Kekurangan tenaga manusia mahir
dan kemajuan teknologi juga turut menyebabkan keadaan ini berlaku.

>>Ekonomi berasaskan pengetahuan akan melengkapi


usaha meningkatkan produktiviti keseluruhan ekonomi
melalui peningkatan TFP kerana ianya akan menambah
nilai baru kepada aktiviti sedia ada dan akan diiringi dengan
peningkatan teknologi, kemampuan inovasi yang lebih
tinggi dan input daripada tenaga kerja yang lebih mahir.

>> Ekonomi berasaskan pengetahuan juga akan


melahirkan aktiviti baru untuk pelaburan dalam industri
yang sedia ada di samping mewujudkan industri baru.

>>Pengenalan kepada proses pengeluaran berteknologi


tinggi dan berintensifkan pengetahuan akan membuka
peluang pelaburan baru dalam industri sedia ada.
Keperluan meluaskan aktiviti di sepanjang rantaian nilai
meliputi reka bentuk dan pembangunan produk serta
pembungkusan, pemasaran dan pengedaran akan
menawarkan peluang pelaburan dalam industri baru.

TAMAT

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai