Anda di halaman 1dari 8

1.

CADANGAN PENYELESAIAN KEPADA MASALAH UMAT

Ruginya telinga ini apabila ia masih boleh mendengar, tetapi tidak ingin mendengar
perkara akhirat, ruginya mulut ini apabila ia masih boleh bertutur, tetapi tidak ingin
bertutur perkara akhirat, dan ruginya mata ini apabila ia masih boleh melihat tetapi ia
tidak ingin melihat kekurangan dirinya untuk menuju akhirat.
Jika manusia secara beramai-ramai memberi sepenuh tumpuan untuk
memikirkan tentang dunia, maka dunia menjadi maju. Sebaliknya Jika manusia tidak
bersama-sama dalam memberi tumpuan untuk memikirkan tentang Islam, maka Islam
akan menjadi mundur dan jatuh.
Berkata Imam Ghazali "Di padang mahsyar nanti, manusia yang tidak pernah
keluarkan peluhnya di dunia untuk Islam akan tenggelam dalam peluhnya sendiri di
padang mahsyar itu".
Utsman bin Affan dalam kata-katanya memberitahu seseorang yang bingung
memikirkan nasib hidupnya di dunia maka gelap hatinya, tetapi seseorang yang
bingung dan runsing memikirkan nasibnya di akhirat, maka Allah akan memberi cahaya
kepada hatinya.
Kegelapan hati kerana terlalu memikirkan dunia menghalang kita daripada
melihat masalah yang bakal dihadapi di akhirat kelak. Seolah-olah orang yang gelap
matanya kerana buta tetapi ingin melintas jalan. Kebahayaan ini akan sentiasa
berterusan selagi mana tiada usaha bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Di dalam dakwah Nabi, mereka akan memperkenalkan kepada kaum atau
umatnya dengan iman terlebih dahulu. Daripada benih iman itu, lahirlah ibadat,
kemudian muamalat, kemudian muasyarat dan akhirnya akhlak. Permulaan kejatuhan
umat Islam pula dimulai dengan rosaknya akhlak, kemudian muasyarah, kemudian
muamalat, kemudian ibadah dan seterusnya mereka akan gadaikan iman.

Sekiranya ingin membangun kembali umat islam ini, ia tidak boleh dimulai
dengan terus menumpukan kepada ahklak bahkan ia perlu dimulai semula dengan
iman walaupun akhlak itu punca pertama kepada kejatuhan umat. Kerana dakwah rasul
yang diutus Allah kepada kaum yang telah mengalami kejatuhan, akan dimulai dengan
memperkenalkan semula iman walaupun nenek moyang mereka yang terdahulu pernah
dihantar nabi dan pernah beriman sebelum ini.
BERUSAHA MENINGKATKAN IMAN DI DALAM DIRI
Hati adalah bahagian yang penting dalam menggalakkan seseorang melakukan
sesuatu perkara. Seseorang yang hatinya sangat menyukai bola sepak, maka dia akan
bermain bola sepak setiap hari walaupun berjam lamanya dan dia tidak peduli. Namun,
jika hatinya tidak suka membasuh pinggan selepas, maka dia tidak akan membasuh
pinggan walaupun ia lebih mudah daripada bermain bola sepak.
Di sini kita dapat melihat bahawa sesuatu amalan yang disertai hati, maka
amalan itu akan dirasakan mudah walaupun amalan itu sukar. Namun apabila amalan
itu tidak disertai dengan hati, maka amalan itu akan dirasakan sukar walaupun amalan
itu mudah. Saya bahagikan hati kepada 3 jenis.
1) Hati yang gelap
Hati yang menyukai sesuatu atau membenci sesuatu tanpa arah tuju yang
betul adalah tanda hati yang gelap. Hati ini digelapkan kerana dosa yang
dilakukan dan terlalu lalai dengan kematian. Hati seperti ini sukar melihat
kebenaran dan sentiasa dalam keadaan yang bahaya. Seperti mana
seseorang yang ingin memasuki sebuah bilik gelap, maka dinding akan
dilanggar dan kemungkinan kaca atau paku akan dipijak maka begitu juga
orang yang memiliki hati yang gelap, dia akan melanggar hukum hakam
agama dan melakukan perkara-perkara yang akhirnya akan menzalimi dirinya
sendiri.
2) Hati yang terang

Hati yang terang ialah hati yang dibimbing agar menyukai apa yang Allah
sukai dan membenci apa yang Allah benci. Hati seperti ini diterangi oleh iman
dan ilmu. Hati sperti ini mudah melihat kebenaran dan mudah pula untuk
membawa seseorang untuk melakukan ketaatan. Seperti seseorang yang
ingin memasuki bilik yang terang, maka dia akan dapat mengelak daripada
melanggar dinding dan memijak kaca atau paku. Bahkan dia juga mampu
untuk membuang segala perkara yang merbahaya di dalam biliknya dan
mempercantikkannya. Maka hati yang terang dapat membawa seseorang itu
untuk melihat jalan yang betul dan mengelak daripada jalan yang salah serta
merbahaya. Bahkan orang yang terang hatinya mampu untuk memperbaiki
dirinya sendiri dan membuang segala perkara yang buruk di dalam diri.
3) Hati yang memiliki iman yang kuat
Hati yang memiliki iman yang kuat mampu mendorong seseorang kepada
amal-amal yang tidak mampu dilakukan oleh seseorang yang memilki iman
yang lemah. Baginya solat tahajud menjadi mudah, pergi masjid menjadi
mudah, menutup aurat menjadi mudah, dan membaca al-Quran setiap hari itu
menjadi mudah. Tetapi jika iman tidak ditingkatkan, maka amalan yang
dahulunya mudah akan dilihat sukar dan tidak mampu diistiqamahkan.
Iman dan taqwa yang kuat umpama perisai yang menjauhkan kita dari dosa
dan mendekatkan kita dengan ketaatan. Seperti mana sebuah sistem
ketenteraan mempertahankan negara, seperti itu juga iman mempertahankan
hidayah yang telah diperolehi dariNya.

BAGAIMANA MENINGKATKAN IMAN?


a. TINGKATKAN IMAN MELALUI MENDENGAR
b. TINGKATKAN IMAN MELALUI KATA-KATA

Percakapan yang sering dilupai adalah percakapan yang membawa manusia


mengingati Allah. Jarang sekali percakapan ini didengari oleh masyrakat Islam
walaupun di dalam masjid. Apabila percakapan ini tidak dipercakapkan lagi maka umat
ini akan dijauhkan daripada kemanisan iman dan taqwa.
Percakapan ini juga membantu dalam meningkatkan iman di dalam hati.
Rasulullah sendiri diceritakan oleh allah berkenaan kisah-kisah nabi kerana dengan
kisah-kisah itu akan meningkatkan dan menambah keimanan di dalam hati.
Allah swt berfirman:
Dan semua kisah rasul-rasul kami ceritakan kepadamu(Muhammad), agar dengan
kisah itu, kami teguhkan hatimu, dan di dalamnya telah diberikan kepadamu (segala)
kebenaran, nasihat dan peringatan bagi orang yang beriman.
(surah Hud:120)
Sekiranya kisah-kisah nabi bermanafaat untuk rasulullah sendiri, maka ia lebihlebih lagi akan bermanafaat bagi diri kita yang lemah ini. Tersangat rugi sekiranya kita
meninggalkan daripada menyebut atau mengucapkan kisah-kisah ini kepada anak-anak
kita, suami atau isteri kita, kawan atau jiran kita,serta ibu dan bapa kita.
Ibnu Samak merupakan seorang yang sentiasa membawa orang lain mengingati
Allah melalui percakapannya. Pernah pada suatu hari Ibnu Samak datang menemui
Harun Al Rasyid yang saat itu sedang berada ditengah-tengah para penasihatnya.
Setelah mengucap salam lalu ia mengucap syukur dan pujian kepada Allah dan
berselawat ke atas Nabi dan para sahabatnya. Kemudian ia mengingatkan Khalifah
Harun Al Rasyid agar sentiasa bertakwa kepada Allah dalam setiap waktu dan
kesempatan serta mengingatkan bahawa seseorang tidak akan memperoleh rahmat
dan keampunan dari Allah sekiranya dia tidak mendekatkan diri dan bertaqarrub kepada
Allah.
Harun Al Rasyid mendengar nasihat dari ulama tersebut dengan khusyu dan
bersungguh-sungguh. Tetapi tiba-tiba ada seorang penasihatnya yang bernama Fadlal
bin Rabi yang mencelah kerana hendak menarik perhatian dihadapan Khalifah Harun Al

Rasyid. Dia berkata Wahai Amirul Mukminin! Sungguh engkau telah bersikap adil
dalam menjalankan amanah kaum mukminin. Maka aku tidak ragu lagi bahawa engkau
akan masuk ke dalam syurga atas sikap adilmu itu.
Mendengar perkataan ini maka Ibnu Samak kembali berbicara Wahai Amirul
Mukminin sesungguhnya pengadilan yang Maha Adil di yaumil hisab kelak akan kau
hadapi seorang diri dan Fadlal bin Rabi tidak akan mendampingimu untuk membelamu.
Maka hendaklah engkau selalu bertakwa kepada Allah karena sebaik baik bekal adalah
takwa!
Ibnu Samak rahimahullah kembali mengkhabarkan berita-berita mengenai
beratnya hisab dan perhitungan amal di yaumil hisab kelak sehingga bercucuranlah air
mata Khalifah Harun Al Rasyid mendengarnya lalu membasahi janggutnya.
Orang mengutamakan dunia atau orang yang mengutamakan akhirat dapat
dikenali melalui percakapannya. seseorang yang hanya berbicara mengenai dunia dan
mengelak daripada berbicara mengenai akhirat, maka dengan percakapannya itu dia
menjadi orang yang lebih mengutamakan dunia. tetapi apabila dia lebih banyak
berbicara mengenai akhirat dan tidak gemar berbicara dunia, maka dengan
percakapannya itu dia menjadi orang yang mengutamakan akhirat lebih daripada dunia.
Apabila kita berkata-kata mengenai sesuatu perkara dengan sangat kerap,
perkara itulah yang akan menjadi besar di dalam hati. Dan apabila sesuatu perkara itu
sudah menjadi besar di dalam hati, maka tentunya kita akan mengutamakan perkara itu
daripada perkara-perkara yang lain. Ini kerana manusia kebiasaannya akan
mengutamakan perkara yang besar berbanding perkara yang kecil.
Sebagai contoh, terdapat seorang yang sering bercerita mengenai bola sepak
dan menghabiskan banyak masanya dengan bercakap mengenai bola sepak. Maka
bola sepak telah membesar di dalam hatinya. Oleh itu dia akan mengutamakan bola
sepak lebih daripada perkara lain sehingga apabila dia membaca surat khabar, dia akan
lebih mengutamakan membaca akhbar mengenai bola sepak. Apabila menonton siaran
televisyen pula, dia akan mengutamakan siaran bola sepak dan sekiranya ada
perlawanan bola sepak pada waktu tengah malam, dia sanggup menahan diri daripada

tertidur. Kesemua itu dia sanggup lakukannya kerana bola sepak itu telah membesar di
dalam hati lalu menyebabkan bola sepak itu lebih utama daripada perkara lain.
Sekiranya berbicara mengenai bola sepak membawa seseorang itu untuk
mengutamakan bola sepak, maka apakah pendapat anda sekiranya kita berbicara
mengenai agama dan hari akhirat? Pastinya seseorang itu akan lebih mengutamakan
membaca buku-buka agama, atau dia akan lebih suka menonton rancangan-rancangan
agama atau dia akan lebih kenal orang-orang yang penting dalam agama. Sekiranya
dia perlu untuk bangun awal untuk solat tahajjud sekalipun, dia pasti akan
melakukannya kerana agama telah menjadi besar di dalam hatinya dan agama itu telah
menjadi lebih utama daripada perkara-perkar yang lain.
c. MENINGKATKAN IMAN MELALUI PENGORBANAN

1. MENCARI KAWAN YANG SOLEH


Imam Hasan al-Bashri Rah.a (Tabiin) pernah berkata tentang kedudukan
sahabat-sahabatnya yang baik, Sahabat-sahabat kami lebih mahal (tinggi
kedudukannya) daripada keluarga kami. Keluarga kami mengingatkan kami
kepada dunia sedangkan sahabat-sahabat kami mengingatkan kami kepada
akhirat.
perlakuan baik atau buruk seseorang itu kebiasaannya dipengaruhi oleh
rakan sebaya. Sekiranya kita berkawan dengan kawan yang lalai, maka kita juga
akan dijangkiti oleh kelalaiannya. Pernah datang seorang lelaki bertanya kepada
Hasan al Basri, wahai tuan, saya solat dan puasa namun saya tidak merasai
kelazatannya. Lalu Hasan al Basri menjawab kerana kamu ini biasa berkawan
dengan orang yang tidak takut kepada Allah
Setiap manusia mempunyai orang yang dicintai dan yang dibenci. Tapi
bagimu, jika ada maka berkumpullah kamu dengan orang-orang yang bertaqwa.
(Imam Syafi).

Percakapan agama menyelamatkan diri daripada lalai dan akan dijauhi


daripada golongan yang lalai. Apabila telah dijauhi oleh golongan yang lalai,
maka kita turut dijauhi daripada hasutan kelalaian itu. Kemudian Allah akan
menghadiahkan kepada kita rakan baru yang sentiasa mengingati-Nya dan
membawa kita lebih dekat kepada-Nya. Dengan rakan yang baik itu, kita mudah
meninggalkan perbuatan yang buruk dan mudah melaksanakan perbuatan yang
baik.
Terdapat golongan yang sentiasa berangan-angan dan sentiasa berdoa
agar dibangkitkan bersama-sama orang yang soleh dan bertaqwa di akhirat,
tetapi hakikatnya mereka sentiasa menjauhi daripada orang soleh dan bertaqwa
ketika di dunia. Renungilah diri ini sejenak, dengan siapakah kita rapati dan
dengan siapakah kita telah jauhi tanpa kita sedari? Berapa ramaikah rakan yang
melalaikan kita dan berapa ramaikah rakan yang membawa kita kepada Allah?
Jika ada musuh yang bisa mendekatkan kamu kepada Allah, maka hal itu
lebih baik dari pada teman akrab yang menjauhkan kamu dari Allah. (Abul Hasan
as-Sadzili).
Teman yang tidak membabantu kesulitan seperti halnya musuh. Tanpa
saling membantu maka hubungan teman tak akan lama. Telah kucari teman
sejati dalam setiap masa, akan tetapi usahaku itu siasia belaka. (Imam Syafi)
AMAR MARUF NAHI MUNGKAAR
Kaedah berdakwah adalah sangat banyak dan sangat

luas lingkungannya.

Setiap orang mempunyai cara pemikiran yang berlainan dalam menyampaikan


dakwahnya. Walaupun berbeza keadahnya, namun matlamatnya adalah sama iaitu
mewujudkan manusia yang beriman dan bertaqwa di atas muka bumi ini.
Tujuan utama nahi mungkar supaya perlaku maksiat dapat meninggalkan kemaksiatan
itu untuk seluruh kehidupan mereka. Dan tanpa ada rasa benci kepada maksiat di
dalam hatinya, maka mustahil untuk mereka mampu meninggalkan maksiat tersebut
dalam kehidupan mereka. Maka kejayaan sebenar seseorang pendakwah apabila

dapat menimbulkan di dalam hati mereka rasa benci akan maksiat. Tetapi kaedah yang
ingin dibincangkan di dalam tulisan ini adalah kaedah hikmatul ilmiah iaitu melakukan
dakwah dengan pendekatan yang paling hikmah.
jika adanya hikmah dlm mengajak seseorang beramal, maka tidak terasa berat bagi
orang yang diajak itu beramal sekalipun amaln itu sukar..sebaliknya jika tiada hikmah
dlm mengajak seseorang beramal, maka akan terasa berat bagi org yg diajak itu
beramal sekalipun amalan itu mudah...

seorang tetamu yang bertandang ke rumah, lalu makanan dihidangkan kepadanya dan
dicampakkan ke atas lantai, maka walaupun makanan itu sedap, pasti tetamu itu tidak
akan memakannya walaupun sedikit...tetapi jika makanan itu dihidangkan dengan
penuh hikmah, maka walaupun makanan itu tidak di minatinya, pasti tetamu itu akan
memakannya juga walaupun sedikit...
2. CARA UNTUK MEMPEROLEHI HIDAYAH ALLAH.
3. MENGAMBIL NAMA ORANG YANG BERAZAM UNTUK BERUBAH SELEPAS
4.
5.
6.
7.
8.

DARIPADA CERAMAH
KELUAR DARI DUNIA DAN DATANG KE SUASANA AKHIRAT
MENGHIDUPKAN MASJID
MENGHIDUPKAN RUMAH SEPERTI MANA MASJID
MENJADIKAN SAHABAT SEBAGAI IDOLA
MEMBACA BUKU FADHILAT AMAL

Anda mungkin juga menyukai