Anda di halaman 1dari 13

1.

HAKIKAT 13: ALLAH MAHA MENGAMPUNI DAN SUKA MENGAMPUNI


a. HIJRAH
Manusia merupakan mahkluk yang sentiasa berubah dan berhijrah dalam
keadaan mereka tidak tahu dan mereka tidak boleh elak. mulai dari alam
rahim maka manusia berhijrah ke alam dunia dan mereka akan berhijrah pula
ke alam akhirat. Atau mereka berhijrah dari segi bentuk rupanya daripada
rupa orang muda menjadi rupa orang tua. Atau berubah kekuatannya
daripada bayi yang lemah ke orang dewasa yang gagah. Walau apa
sekalipun bentuk penghijrahan itu, ia membuktikan bahawa penghijrahan
adalah amalan yang sangat dekat dengan sifat manusia.
b. BERHIJRAH UNTUK BERJAYA DI DUNIA
Hijrah memurahkan rezeki manusia. Manusia sentiasa berhijrah tahap
dunianya dan tidak akan senang sekiranya hanya berada di tapak atau tahap
yang sama sepanjang masa. Maka dengan hijrah itu, dia akan mendapati
rezekinya semakin luas. Mulai dari menjadi seorang murid sekolah rendah
maka kita berhijrah ke murid sekolah menengah dan akan berhijrah pula
untuk menjadi pelajar pendidikan tinggi di universiti. Atau penghijrahan itu dari
segi pangkat yang dimulai dari menjadi seorang guru lalu berhijrah menjadi
seorang penolong kanan, selepas itu berhijrah pula menjadi seorang
pengetua. Atau berhijrah tempat kerjanya daripada bekerja di di dalam negeri
kepada bekerja di luar negara. Setiap kali mereka berhijrah, mereka akan di
naikkan taraf hidupnya dan rezeki mereka pula akan semakin bertambah.
Allah berfirman:
Dan barangsiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka akan
mendapati di bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak..
(surah an-Nisa:100)
Dengan penerangan ini, kita melihat betapa hijrah itu adalah suatu yang
baik kepada manusia dan tidak merugikan. Bahkan hijrah telah menjadi

syarat kejayaan manusia untuk berjaya di dunia.. Terlalu banyak bukti


menunjukkan ramainya manusia berjaya di dunia disebabkan kesanggupan
mereka untuk melakukan hijrah. Maka tidak wajar sekiranya terdapat diantara
kita apabila diminta untuk berhijrah, maka mereka mengatakan malu dan
tidak mahu. Manusia yang hanya duduk setempat dan tidak mahu berhijrah
pastinya akan kekal dengan tahap yang rendah dan sentiasa diperendahkan
oleh orang lain
c. BERHIJRAH UNTUK BERJAYA DI AKHIRAT
Sebagaimana seseorang itu akan berjaya di dunia sekiranya berhijrah,
seperti itu juga mereka akan berjaya di akhirat sekiranya mereka berhijrah.
Penghijrahan yang terbesar merupakan penghijrahan seseorang itu daripada
kehidupan yang dipenuhi dengan perkara haram kepada kehidupan yang
dipenuhi dengan perkara halal. Walaupun sehebat mana keuntungan dunia
pasti akan hilang nilainya sekiranya kita kerugian di akhirat. Ini kerana gagal
di akhirat maka telah gagal segala-galanya.
Jika kita meminta dunia, kita hanya dapat dunia sahaja dan hilang akhirat.
jika kita meminta akhirat pula maka kita akan dapat kedua-duanya sekali iaitu
dunia dan akhirat. Umpama di gerai makan, jika kita meminta cawan sahaja,
maka hanya diberi cawan tanpa air di dalamnya. tetapi sekiranya kita
meminta air, maka akan diberi cawan berserta air.
Sedangkan hijrah itu adalah penyelesaian terhadap masalah manusia di
dunia ataupun diakhirat.
d. BERTAUBAT
Apabila cara hidup sendiri membawa kepada kehancuran dan kita
telah kehilangan kebahagiaan, maka ambilah semula cara hidup agama yang
Allah tetapkan, dan cara yang di tetapkan ini adalah cara yang membawa
kepada kebahagiaan. Seseorang yang ingin mengambil makanan yang baru,
pastinya akan membasuh bekas yang telah digunakannya sehingga bersih

untuk meletakkan makanan yang baru. Seperti itu juga seseorang yang ingin
bertaubat, maka dia perlu membersihkan dirinya daripada kehidupan yang
lama dengan bertaubat sebelum dia memulakan perjalanan hidup yang baru
dan lebih mendekatkan diri kepada Allah.
janganlah berputus asa untuk bertaubat kerana Allah tidak pernah
putus asa untuk mengampunimu. Ada ulama menyatakan bahawa wahai
orang yang berbuat maksiat, cubalah bertaubat hingga seribu kali.
Berusahalah terus hingga lebih dari seribu kali. Sebab boleh jadi Allah akan
menolongmu setelah usaha yang keseribu.
Ujian bagi seseorang yang sedang berubah akan datang seperti air
yang mengalir dari bukit. Langkah-langkah dalam menuju perubahan pastinya
akan ditempuh dengan tangisan dan rintihan kerana beratnya ujian. Namun
setiap langkah-langkah itu pastinya akan dapat ditempuhi sekiranya kita
sentiasa bersabar. Kerana jalan yang panjangnya seribu langkah pasti dapat
ditempuhi dengan satu langkah, iaitu dengan kesabaran.
Anas bin Malik Radhiallahu anhu meriwayatkan bahawa dia
mendengar Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam bersabda, Allah
Subhanahu wa Taala berfirman: Wahai anak Adam, jika engkau berdoa dan
berharap padaku, nescaya Aku mengampuni dosa-dosamu yang ada padamu
dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika dosamu mencapai awan
sekalipun, kemudian engkau meminta ampun padaku, nescaya Aku
ampunkan engkau dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika engkau
datang padaku membawa dosa sepenuh bumi sekalipun, lalu engkau
mendatangiku

tanpa

menyekutukanku

dengan

sesuatu,

Aku

akan

mendatangimu dengan keampunan yang sepenuhnya (Hadis riwayat atTirmidzi)

Diceritakan bahawa ada seorang lelaki Bani Israel yang beribadah


kepada Allah selama empat puluh tahun. Kemudian setelah itu, dia derhaka
kepada Allah selama empat puluh tahun. Kemudian dia melihat di dalam

cermin bahawa rambutnya telah beruban, orang itu pun berkata, wahai
Tuhanku, aku mentaati-Mu selama empat puluh tahun, dan aku menderhakaiMu empat puluh tahun. Apakah Engkau akan menerima taubatku ini?
Lelaki itu kemudian terdengar suara, dulu engkau mentaati Tuhanmu,
sehingga Dia menerimamu, maka setelah itu engkau menderhakainya
sehingga Dia membiarkanmu. Jika engkau kembali kepada-Nya hari ini,
nescaya Dia tetap akan menerimamu kembali
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaku yang telah
melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan
maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana
sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua
Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Az-Zumar 39:53)
Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati
dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka
sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada
Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka
mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
(An-Nisaa' 4:64)

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Sesungguhnya Allah membuka


tangan-Nya pada malam hari supaya orang yang melakukan kejahatan pada
siang hari bertaubat, dan Dia membuka tangan-Nya di siang hari supaya
yang melakukan kejahatan pada malam hari bertaubat hingga matahari terbit
dari barat. (HR Muslim)
Wahai hamba-Ku, siang dan malam kamu berbuat dosa, namun Akulah
yang mengampuni semua dosa. Oleh itu, mohonlah keampunan kepada-Ku
dan Aku akan memberikan keampunan kepadamu.

e. KESILAPAN SELEPAS BERTAUBAT


Adakah seseorang yang telah kembali kepada Allah dan memohon
pengampunan daripada Allah tidak akan melakukan kesilapan lagi di dalam
hidupnya? Manusia sentiasa ditipu syaitan sehingga mereka telah melakukan
banyak dosa. Walaupun telah bertaubat, kadang kalanya mereka masih ditipu
syaitan dengan melakukan beberapa kesilapan selepas bertaubat sehingga
mereka terjerumus kembali ke jalan yang lama. Apakah kesilapan itu? Di sini
adalah kesilapan-kesilapan yang biasa saya lihat melalui pengalaman saya
dalam bertemu manusia-manusia yang ingin bertaubat:
1. Mereka hanya meninggalkan perbuatan maksiat tetapi tidak meninggalkan
cara hidup yang lama. sedangkan kehidupan yang lama itu lah yang menjadi
punca kepada mereka telah melakukan maksiat. Akhirnya mereka kembali
semula untuk melakukan keburukan disebabkan cara hidup yang lama itu.
Ramai yang bertaubat daripada meninggalkan solat tetapi corak hidupnya
yang suka berhibur telah membawa mereka kembali untuk lalai mengerjakan
solat. Ada juga yang bertaubat daripada tidak menutup aurat, namun
kehidupannya yang suka berfesyen seperti seorang artis membawa dia
kembali untuk tidak menutup aurat.
Oleh itu sangat penting mengubah corak hidup yang dahulu selepas
bertaubat supaya tidak membawa kepada berulangnya maksiat yang pernah
dibuat. Sepatutnya bertaubat itu menyebabkan seseorang semakin mengikut
kehidupan nabi, namun ramai yang bertaubat tetapi tidak menjadikan
kehidupan nabi sebagai contoh hidupnya yang baru. Mereka merasa senang
sekiranya menjadi orang yang biasa-biasa dan hanya menumpukan amalan
fardhu sahaja. Walhal amalan sunnah lah yang akan membantu mereka
untuk merasa indahnya agama ini seperti amalan sunnah berpakaian, sunnah
dalam makan minum, sunnah dalam berkeluarga dan sunnah dalam
bermasyarakat.

Adalah sangat rugi bagi seseorang tidak dapat menjalani kehidupan


sunnah setelah bertaubat kerana di dalam sunnah ini terdapat banyak rahsia
serta hikmah yang juga membantu dalam menyelesaikan masalah dunia dan
akhiratnya yang pernah mereka rosakkan suatu ketika dahulu.
2. Agama mula diamalkan, tetapi masih dilakukan mengikut kehendak nafsu
dan bukan mengikut kehendak Allah. Mereka menyangka dengan cara itu
dapat membantu diri untuk istiqamah dalam berubah sedangkan dia sedang
mengajar dirinya untuk meringan-ringankan amalan agama. Sedangkan kita
perlu tunduk dengan apa sahaja perintah Allah tidak kira nafsu menyukainya
atau nafsu membenci akan perintah-perintah itu.
Apabila nafsu mahukan sesuatu amalan itu diringan-ringankan, maka
amalan agama sedikit demi sedikit akan hilang. Contohnya seseorang yang
bertaubat daripada meninggalkan solat zuhur, lalu dia menetapkan masa
untuk bersolat zuhur pada pukul 2 petang, kemudian dia merasakan pukul 2
petang itu terlalu awal dan menetapkan untuk bersolat zuhur pada pukul 2.30
petang pula, kemudian dia juga merasakan pukul 2.30 petang itu awal dan
menetapkan untuk bersolat pada pukul 3 petang. Penangguhan demi
penangguhan telah dibuat sehingga akhirnya dia tidak lagi melakukan solat.
Sangat penting untuk melakukan solat fardhu seperti dikehendaki Allah
iaitu di masjid secara berjemaah. Ada yang berpendapat bahawa bersolat
sendirian lebih baik daripada solat berjemaah kerana baginya solat
berjemaah itu menyusahkan dirinya untuk khusyuk. Walhal itu hanyalah
kehendak nafsunya sahaja. Apabila dia bersolat fardhu di rumah, dia
dilalaikan dan solat mula ditangguh-tangguhkan.
Terdapat juga ramai wanita yang ingin kembali menutup aurat. Tetapi
mereka mamakai tudung dengan cara yang ganjil kerana ingin menyesuaikan
tudung dengan wajahnya agar kelihatan anggun. Untuk memakai tudung
sebegitu sangat sukar dan mengambil masa yang sangat lama sehingga

akhirnya mereka terasa susah. Wanita seperti ini hanya memakai tudung
apabila pergi berkerja atau berjalan-jalan tetapi mereka tidak memakai
tudung ketika sedang menyapu sampah di luar rumah atau menjemur
pakaian.
3. .selepas bertaubat, mulutnya masih tidak dijaga dan selalu mengumpat dan
mengejek serta sering berkata-kata tentang dunia sahaja.
f. MANANGIS KERANA TAKUT DAN HARAP
Ketahuilah bahawa perasaan takut itu akan menghalang diri
seseorang daripada melakukan maksiat dan kesalahan-kesalahan. Manakala
perasaan harap pula

akan membimbing seseorang

hamba kepada

mengerjakan ketaatan dan menurut perintah.


Terdapat suatu peristiwa yang terjadi, ketika Rasulullah melawat
seorang pemuda yang sedang menghadapi maut, lalu ujar baginda,
Bagaimana keadaanmu? Jawabnya, Aku takut akan dosaku yang banyak
itu.

Aku

sungguh-sungguh

mengaharapkan

rahmat

Tuhanku.

Maka

Rasulullah saw bersabda, Tidak akan berkumpul perasaan harap dan takut
di dalam hati seseorang hamba sedangkan dia dalam keadaan sebegini
melainkan

Allah

memberikannya

segala

apa

yang

dia

harap

dan

menjauhkannya daripada apa yang dia takutkan.


Nabi saw dalam satu Hadith Qudsi bersabda, Berfirman Allah swt,
demi kemuliaanku, aku tidak akan mengumpulkan bagi hambanku dua
ketakutan atau dua kesenangan. Jika dia takutkan Aku di dunia, nescaya Aku
akan menyenangkan dia di Hari Kiamat. Jika dia merasa senang lenang
daripada-Ku, nescaya Aku akan menakutkannya di Hari Kiamat.
Rasulullah seorang hamba Allah yang sangat baik dan sangat
sempurna namun ketakutan dan ketaqwaan yang di bawa dalam setiap
kehidupannya adalah sangat menyayat hati. berbeza pula dengan kita yang

buruk ahklaknya dan kerap melakukan kesilapan tetapi tidak dapat membawa
ketakutan dan ketaqwaan dalam kehidupan kita. Walhal kitalah yang lebih
memerlukan sifat ketakutan dan ketaqwaan itu.
Ali r.a pernah berkata, di hari Peperangan Badar hanya Miqdad r.a
seorang sahaja di antara kami yang menunggang kuda, aku melihat selain
Rasulullah, semuanya tidur. Rasulullah terus menerus bersembahyang dan
menangis di bawah sepohon pokok sehingga ke pagi.(Musnad Ahmad)
Umar bin Al Khattab r.a pula mempunyai hati yang sangat lembut, hati
yang mudah tersentuh apabila mendengar ayat-ayat suci al-quran yang
dibacakan, mata yang sering menangis mengingat azab Allah. Mulut yang
jauh dari makan makanan yang lazat. Tubuh yang jauh dari mamakai pakaian
yang mahal walaupun beliau seorang Khalifah.
Dalam sebuah riwayat dari Al-Hasan disebutkan bahawa Umar bin Al
Khattab r.a apabila membaca ayat-ayat Al Quran mengenai seksa api neraka
dan hari kematian, beliau sangat takut. Lalu menangis tersedu-sedu sehingga
tubuhnya jatuh ke tanah. Setelah itu, beliau tidak keluar rumah selama satu
atau dua hari, sehingga orang-orang menyangka bahAwa beliau sedang
sakit.
Abdullah bin Syadad r.a berkata: Aku mendengar tangisan Umar bin Al
Khattab r.a yang tersedu-sedu, padahal saat itu aku berada di barisan yang
paling akhir ketika solat subuh. Pada waktu itu beliau sedang membaca surah
yusuf.
Alqamah bin Waqash al-Laitsi r.a juga berkata: Aku pernah solat isya di
belakang Umar bin Khattab r.a. Lalu ia membaca suraH Yusuf. Ketika beliau
membaca ayat yang menerangkan tentang Nabi Yusuf, beliau menangis
tersedu-sedu sehingga suara tangisannya itu terdengar dengan jelas,
padahal pada waktu itu aku berada di barisan paling belakang.

Suatu hari Umar bin Khattab mendengar orang yang sedang solat Tahajud
membaca

surah

al-Thur.

Ketika

orang

tersebut

membaca

ayat:

Sesungguhnya azab Tuhanmu pasti terjadi, tidak seorangpun yang dapat


menolak (Al-Thur: 7-8), Umar berkata: Itu adalah sumpah Allah yang pasti
benar. Mendengar itu, beliau segera bergegas menuju rumahnya, dan beliau
sakit selama satu bulan sehingga orang-orang menjenguknya.
Begitu mudah orang-orang yang dekat dengan Allah untuk menangisi
akan dosa-dosanya walhal kehidupan mereka sentiasa dikorbankan untuk
agama. Sedangkan kita kurang menangisi akan dosa-dosa kita walhal
kehidupan kita sering dihabiskan dengan melakukan dosa dan lalai.
Suatu ketika Malik bin Dinar membaca firman Allah SWT: Kalau sekiranya
Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan
melihatnya

tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya

kepada

Allah.(QS.al-Hasyr:21)
Lalu Malik bin Dinar berkata, Aku bersumpah kepada kamu, tidak
beriman seorang hamba dengan al-Quran kecuali hatinya terpecah.
Malik bin Dinar selalu mengulang-ngulang,Wahai Tuhannya Malik!
Engkau telah mengetahui penghuni syurga dan penghuni neraka. Maka,
dimanakah tempat malik?kemudian Malik bin Dinar menangis!
Ibnu Masud r.a.berkata, Seorang yang memahami al Quran, dia akan
dikenali pada waktu malam ketika orang lain tidur, dan waktu siangnya ketika
orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan
tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara,
khusuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti
al Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras,
kejam, lalai, bersuara keras dan marah.

Tanyalah orang-orang soleh mengapa mereka tidak berhibur, Bagaimana


hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur di hadapan
kami, kiamat itu janjian kami, neraka itu memburu kami dan perhentian kami
ialah ALLAH
Isteri Umar bin Abdul Aziz, Fatimah pernah berkata, Dikalangan kaum
laki-laki memang ada yang solat dan puasanya lebih banyak dari Umar.
Tetapi aku tidak melihat seorangpun yang lebih banyak ketakutannya kepada
Allah daripada Umar, jika masuk rumah beliau langsung menuju tempat
solatnya, bersimpuh dan menangis sambil berdoa kepada Allah hingga
tertidur. Kemudian dia bangun dan berbuat seperti itu sepanjang malam.
Diriwayatkan dari Abdus-Salam, bekas hamba Maslamah bin Abdul
Malik, dia berkata: Umar bin Abdul Aziz pernah menangis, melihat ia
menangis, isterinya dan semua anggota keluarganya pun turut menangis,
padahal mereka tidak tahu mengapa sebabnya mereka terikut menangis.
Setelah suasana reda, Fathimah, istrinya bertanya: Demi ayahku
sebagai jaminan, wahai Amirul Mukminin, apa yang membuat engkau
menangis? .Umar bin Abdul aziz menjawab, Wahai fatimah, aku ingat akan
persimpangan jalan manusia takkala berada di hadapan Allah, ketika
sebahagian diantara mereka berada di syurga dan sebagian lain berada di
neraka.
Muhammad Bin Sirin pernah membeli minyak berharga 40.000 dirham
sebanyak satu tong penuh dan dibayar secara ansuran. Ketika diperiksa
minyak yang dibelinya beliau mendapati bangkai tikus yang sudah
membusuk di dalam tong itu. Dia terfikir, Minyak ini telah bercampur dengan
bangkai tikus,dan najis bukan sahaja terletak disekeliling bangkai itu tetapi
meliputi keseluruhan minyak yang terdapat didalam tong itu. Jika aku
kembalikan kepada penjualnya, pasti beliau akan menjualnyal kepada orang
lain. Maka dibuangnya semua minyak di dalam tong tersebut. Kesannya

perniagaan beliau mengalami kerugian yang besar. Akhirnya beliau dikelilingi


dengan hutang, pemilik minyak menagih hutangnya sedangkan beliau tidak
mampu membayarnya, lalu orang itu mengadukan persoalan tesebut
kepada yang berkuasa. Akhirnya diperintahkan beliau dipenjara sampai
beliau mampu menjelaskan semua hutangnya.
Cukup lama beliau dipenjara, sehingga penjaga merasa kasihan
kerana mengetahui keteguhan agama dan ketakwaannya didalam ibadah.
Dia berkata, Wahai Syaikh, pulanglah kepada keluarga apabila malam tiba
dan kembalilah kemari pada pagi harinya. Kamu boleh melakukan itu
sehingga kamu bebas nanti. Beliau menolak, Tidak, demi Allah aku tidak
akan melakukan itu. Penjaga berkata, Mengapa? Beliau menjawab, Agar
aku tidak membantumu mengkhianati pemerintah.
Yazid bin Hausyab juga pernah berkata, Aku belum pernah berjumpa
orang yang paling takut terhadap neraka selain Hasan Al-Bashari dan Umar
bin Abdul Aziz, kerana terlalu takut akan api neraka, mereka merasakan
seolah-olah neraka tidak dicipta kecuali untuk mereka berdua.
Suatu hari, Hasan Al-Bashri menangis. Lalu ada yang bertanya,
apakah yang membuatkan engkau menangis, wahai Hasan? Beliau
menjawab, Aku khawatir esok Allah melemparkanku ke dalam api neraka,
dan Dia tidak peduli.
g. BERAT UNTUK BERTAUBAT

Kurniaan Allah kepada mereka yang berubah untuk lebih dekat dengan agama
itu sangat banyak. Mereka Allah akan berikan balasan di akhirat dengan bermacam
kebaikan. Malah di dunia juga Allah kurniaankan nikmat dengan begitu banyak yang
manusia sering mengimpikannya. Mereka ada yang Allah berikan kawan yang baik,
rezeki yang baik, keluarga yang baik, kehidupan di dunia sentiasa bahagia, suami

yang soleh, isteri yang solehah, kawan yang menyayanginya dan tidak mengutuk
atau memakinya, kawan yang selalu mendoakannya, mereka akan dihormati,
dimuliakan dan dijadikan contoh tauladan.
Tetapi kebanyakan manusia tidak mahu mecuba untuk hidup lebih dekat dengan
kehidupan beragama. Mereka ingin hidup dengan cara yang dekat dengan nafsu
mereka. Mereka berpendapat bahawa mereka tidak layak mempunyai kehidupan
bahagia. Tatkala mereka berpendapat begitu, merekalah orang-orang yang sentiasa
merungut kerana tidak dapat hidup dengan kehidupan yang bahagia.
Ada kalanya kita merasa senang dengan amalan sendiri sehingga tidak terasa
perlu untuk bertaubat. Kita kebiasaannya akan merasa cukup sekadar tidak pernah
melakukan perbuatan jenayah atau mengambil benda yang haram dan tidak
meninggalkan amalan fardhu seperti solat, puasa dan zakat. Namun begitu, amalan
mengumpat, sangka buruk, suka memaki hamun, melihat perkara yang haram, dan
membazir adalah kebiasaan di dalam hidup seharian kita. Syaitan pada masa itu
telah menipu dalam bentuk yang sangat halus lalu membuat seseorang itu terlalu
melihat kebaikan sendiri dan tidak melihat keburukan yang telah dibuat sehingga dia
tidak merasakan perlunya bertaubat. Inilah punca kepada mati tanpa bertaubat dan
membawa semua dosa sehingga ke dalam kubur.
Adakah kita tidak mahu merendah diri untuk mengaku kesalahan kita di hadapan
Allah? Tidak ada alasan sebenarnya untuk tidak bertaubat kerana insan yang lemah
seperti kita selayaknya setiap hari bertaubat dan menangis kerana setiap hari kita
melakukan dosa. Hendaklah kita merendah diri dan mengaku terhadap dosa mata
kita, dosa mulut kita, dosa hati kita, dan dosa telinga kita. Ini kerana dosa mata,
mulut, telinga dan hati ini adalah dosa yang sentiasa dilakukan setiap hari tanpa kita
sedar. Renungilah amalan kita dan bermuhasabah lah sebelum tidur. moga-moga
kita menjadi insan yang sentiasa merendah diri dan sanggup untuk bertaubat
sebelum tertidur.
TANDA TAUBAT
Ada 8 tanda taubat

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Ilmunya bertambah
Ibadatnya bertambah
Tidak berdengki dengan sesiapa
Berubah pakaiannya
Tidak lagi berkawan dengan orang yang lalai
Kurang tidurnya kerana banyak ibadat malam
Meenjaga percakapannya daripada bercakap yang buruk

Anda mungkin juga menyukai