Anda di halaman 1dari 3

1.

HAKIKAT 5: TAHUKAH ANDA DENGAN SOLAT DAPAT MENYELESAIKAN


MASALAH DUNIA DAN AKHIRAT

Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw, beliau bersabda : Sesungguhnya
Allah berfirman : Wahai anak Adam (manusia) luangkanlah waktu untuk
ibadah kepadaKu maka Aku isi dadamu dengan kekayaan, dan Aku tutup
kekafiranmu. Jika tidak demikian maka Aku isikan kesibukan di mukamu dan
Aku tidak menutup kefakiranmu. (Hadits ditakhrij oleh At Tirmidzi)
Jangan sampai ayam jantan lebih pandai darimu. Ia berkokok di waktu
subuh, sedang kamu tetap lelap dalam tidur. (Lukman Hakim)

a. SOLAT KHUSYUK DAN KHUDU


Solat bukanlah suatu perkara yang patut dilaksanakan tanpa bersungguhsungguh.
Seorang lelaki soleh pernah ditegur oleh seorang hamba. Lelaki soleh itu
telah kehilangan barangnya lalu dia bersolat dua rakaat. Selepas selesai
solat, lelaki itu memanggil hambanya untuk meminta barang yang hilang itu
daripada si fulan. Si hamba bertanya, tuan, bila tuan ingat? bukankah tadi
tuan lupa?
Lelaki soleh menjawab, semasa saya solat tadi, saya telah teringat.
Hamba itu lalu berkata, Tuan, sepatutnya tuan solat tadi mencari Tuhan
bukan mencari barang!
Lelaki soleh terus tersedar, wahai hambaku, kau telah berpesan sesuatu
yang baik kepadaku, pergilah kamu kerana hari ini aku memerdekakan
kamu.
Dalam kitab Dzail Thabaqat al-Hanabilah, Ibnu Rajab menulis biografi
Abdul Ghani al-Maqdisi, seorang imam, ulama, ahli ibadah yang hebat. Ibnu
Rajab mengisahkan bahawa pada suatu hari, Abdul Ghani dimasukkan ke

dalam penjara bersama-sama orang Yahudi. Pada malam hari dia mendirikan
solat dua rakaat sambil menangis, bahkan suara bacaannya dikalahkan
kerana kerasnya tangisannya.
Abdul Ghani mengambil wuduk, bersolat dua rakaat dan menangis lagi.
Begitulah terus yang dia lakukan hingga ke pagi hari. Kerana terkesan
dengan amalan tersebut, semua orang Yahudi yang dipenjara dengannya
terus memeluk Islam. Mereka semua memeluk Islam kerana kagum terhadap
ahli ibadah dan ulama ini. Mereka juga kagum dengan tangisan yang tulus
dan bacaan hangat yang dilantunkan oleh Abdul Ghani.
Penghuni penjara yang belum memeluk Islam bertanya, mengapa kamu
semua masuk Islam?
Salah seorang di antara mereka menjawab, Demi Allah, kami telah
melewati suatu malam yang belum pernah terjadi dalam kehidupan kami.
Demi Allah, malam itu telah menggambarkan kepada kami seolah-olah itu
adalah hari terakhir kami.

b. SOLAT BERJEMAAH

Orang soleh berkata, jika anda melihat orang yang meremehkan


takbiratulihram

dalam

dolat

berjemaah,

maka

cucilah

tanganmu

daripadanya.
Ada juga yang berkata, jika anda melihat orang yang meremehkan
kewajipan-kewajipan

kepada

Allah,

maka

jangan

sekali-kali

engkau

menemaninya.
Diriwayatkan: Said bin Abdul Aziz selalu menangis jika tertinggal solat
berjemaah.Said ibn al-Musayyab selama empat puluh tahun selalu

mengerjakan solat di masjid.Al-Amasy selama tujuh puluh tahun dan tidak


pernah tertinggal takbiratul ihram ketika solat berjemaah.
Suatu ketika, saat uzur Sulaiman al-Maqdisi telah mencapai umur
sembilan puluh tahun, beliau ditanya oleh seseorang mengenai solat jemaah.
Dia menjawab, Saya sama sekali tidak pernah mengerjakan solat fardhu
sendirian, kecuali hanya dua kali, dan saya merasa bahawa keduanya seperti
tidak saya kerjakan.
Hatim al-Asham berkata: Saya pernah tertinggal solat jemaah, kemudian
Abu Ishaq al-Bukhari menyatakan takziah kepadaku, jika anak saya
meninggal nescaya lebih dari sepuluh ribu orang akan menyatakan takziah
kepadaku.
Rabi ibn Khaitsam ketika tubuhnya telah lumpuh dia dipapah menuju masjid.
Saat itu, para sahabatnya berkata: Wahai Abu Yazid, Allah telah memberikan
keringanan kepadamu untuk solat di rumahmu sahaja. Namun, Rabi ibn
Khaitsam menjawab: Aku selalu mendengarnya menyeru, Hayya Ala alFalah. Maka, jika salah seorang diantara kalian mendengar muadzin
menyuarakan Hayya Ala al-Falah, penuhilah panggilan itu, meskipun harus
dengan merangkak.

c. SOLAT MENARIK BANTUAN ALLAH

Anda mungkin juga menyukai