Anda di halaman 1dari 6

HAKIKAT 3: TERSEMBUNYI KEJAYAAN DI SEBALIK PERINTAH ALLAH

Kejayaan yang sebenar adalah kejayaan yang kekal. Kejayaan di dunia


semata-mata bukanlah satu kejayaan yang kekal. Bahkan ia adalah kejayaan
yang singkat, sementara dan mudah dilupakan. Kejayaanyang sebenar adalah
kejayaan di akhirat. Ia adalah kejayaan untuk selamanya, tidak ada kesudahan
dan tidak mungkin dilupakan.
Seseorang yang sentiasa mendapat kejayaan, kesenangan dan pujian di
dunia, kemudiannya dimasukkan ke dalam neraka bagi satu saat ditanya,
adakah di dunia kamu pernah gembira? Maka dia menjawab, Tidak! Aku di
dunia sentiasa dengan kesusahan!
Dan seseorang yang sentiasa hidup dengan kesusahan, selalu mendapat
ujian, selalu di zalimi, kemudiannya dimasukkan ke dalam syurga bagi satu saat
ditanya, adakah kamu pernah terseksa sewaktu hidup di dunia? Maka dia
menjawab, Tidak! Aku di dunia sentiasa mendapat kesenangan!
Sama seperti apabila kita gagal dalam peperiksaan. Pelajar yang
bersenang lenang tanpa memikirkan pelajaran dan tidak mempedulikan
keputusan pelajaran, apabila gagal, dia merasa sedih sehingga kesedihan itu
melupakan semua kesenangan, kegembiraan dan keseronokan yang dia pernah
lalui sebelum peperiksaan. Baginya, kesenangan yang dilaluinya sebelum itu
merupakan satu kesusahan.
Manakala pelajar yang bersusah payah, bersungguh-sungguh, sentiasa
penat dan letih kerana tekun belajar, apabila mendapat keputusan yang baik,
maka dia merasa sangat gembira sehingga melupakan segala kesusahan,
kepenatan, kepayahan yang dia pernah lalui sebelum peperiksaan. Baginya,
kesusahan yang lepas adalah satu kesenangan.
Dalam melakukan amal ibadat memang perlu bersusah payah sedikit.
Tetapi itu adalah sedikit susah payah yang bakal melenyapkan banyak susah
payah di akhirat

a. SANGKA BAIK DENGAN ALLAH


Berapa ramaikah yang menyekutukan Allah, menghina Allah dan
mencabar Allah lalu Allah masih melayan mereka dengan sangat baik? Allah
tutup aib mereka, Allah beri kesempatan untuk mereka bertaubat, dan Allah
buka rezeki mereka sehingga melimpah ruah. Namun sayangnya, hanya
segelintir sahaja yang menyedari akan pemberian-Nya itu lalu mereka
kembali kepada Allah.
Orang awam pasti akan melayan buruk kepada kita sekiranya kita
dikenali sebagai ahli maksiat. Mereka akan mengumpat tentang kita, akan
menghalau kita, akan menghina kita, dan akan memulaukan kita.Tetapi Allah
lah yang paling baik dalam melayan para pendosa tatkala masih meletakkan
Allah jauh dari hati. Apabila mereka sakit, Allah sembuhkannya, apabila
mereka lapar, Allah memberinya makan, apabila mereka dahaga, Allah beri
minuman kepadanya, Allah masih menyediakan pasangan kepada dirinya
dan dia Allah beri teman untuk menemaninya dalam kesusahan.
Allah sangat baik terhadap HambaNya sejak mereka lahir hingga kini,
tetapi begitu sekali manusia bersangka buruk dengan Allah? Dan tanda
terbesar kebaikan Allah terhadap hambaNya ialah Allah menghantar kekasihkekasihNya dikalangan nabi dan rasul untuk mengingati manusia agar
melaksanakan

perintah-perintahNya.

Dengan

perintah-perintah

ini

lah

menjadi cara untuk menyelamatkan manusia yang merosakkan dirinya sendiri


hari demi hari.
Seringkali yang berlaku apabila seseorang berazam untuk bertaubat,
hidupnya akan segera mendapat banyak ujian. Bukanlah Allah ingin
membalas keburukan terhadap hambaNya tetapi Allah ingin melembutkan
hati hambaNya dengan ujian itu. Kerana untuk manusia dekat kepada Allah,
kadang-kala memerlukan hati yang lembut iaitu ketika berduka cita dalam

hidupnya. Apabila dia dinasihati ketika itu, mudah baginya untuk menerima
walaupun jutaan kebaikan.

b. MENGENAL ALLAH

Kemuliaan dan penghormatan yang diperoleh datangnya daripada


Allah. Kemuliaan seseorang ataupun hinanya seseorang itu bukanlah
kerana kehendak manusia. Semuanya berlaku dengan kehendak Allah.
Walaupun ramai orang memuji, boleh jadi Allah hendak menghinakan dia
sebenarnya. Walaupun ramai orang menghina, ramai orang tidak suka,
boleh jadi Allah hendak memuliakan dia sebenarnya.
Kadang-kadang apabila Allah murka pada seseorang, Allah
berikannya kesenangan di dunia. Dan kadaang-kadang apabila Allah suka
pada

seseorang,

kesusahannya,

Allah

dia

berikannya

mengingati

kesusahan.

Allah.

Mungkin

Mungkin

juga

dengan
dengan

kesenangannya, dia lalai pula pada Allah. Datangnya manfaat itu adalah
ujian.
Datangnya mudarat itu juga adalah ujian. Sekiranya datang
manfaat, ujian baginya adalah bersyukur. Sekiranya datang mudarat, ujian
baginya adalah bersabar.
Mulianya seseorang itu bukanlah disebabkan dia pandai berkatakata ataupun kerana kepandaiannya dalam ilmu. Tetapi, mulianya
seseorang itu adalah kerana pandainya Allah menyorokkan aibnya
daripada diketahui orang ramai. Siapalah kita ini sekiranya dibuka aib kita,
mungkin tiada siapapun mahu berkawan dengan kita, bukan?
Untuk manusia, Allah kurniakan bermacam jenis kebaikan, agar
manusia berfikir tentang kebaikannya itu. Disebabkan manusia tidak
mahu berfikir ke atas kebaikan ini, mereka akhirnya membalas

kebaikan itu dengan melakukan dosa-dosa. Dan seringkali manusia


itu terus menerus membalas dengan dosa sehingga akhir hayat
manusia itu dihabiskan dengan dosa.
Untuk kamu wahai manusia, Allah telah ciptakan pasangan
hidupmu agar kamu dapat jatuh cinta kepadanya. Dan Allah
meletakkan kepada pasangan hidupmu itu kemampuan untuk
membalas cintamu semula. Dan Allah telah mencipta satu pengikat
kepada hubungan cinta kamu itu dengan mendatangkan kepada kamu
seorang anak. Dan ketika kamu masih dalam kandungan ibumu lagi,
Allah telah menyelimuti kedua ibu bapamu dengan perasaan sayang
kepada kamu sedangkan ibu bapamu belum mengenali kamu. Lalu
dengan perasaan sayang itu, ibu bapamu telah membeli pakaian dan
barangan kemudahan untukmu sedangkan kamu belum dilahirkan lagi.
Hingga begitu sekali kebaikan Allah terhadap kamu wahai manusia,
dan seringkali itu juga 1 kamu membalas kebaikan itu dengan
melakukan kejahatan. Allah swt berfirman:
Dan tidakkah manusia memerhatikan bahawa kami telah
menciptakan mereka daripada setitis mani, maka ternyata mereka
menjadi musuh yang nyata (surah yasin: )
Allah lah yang mencipta kebahagiaan dan ketenangan yang
manusia inginkan. Walaupun begitu, manusia seringkali mencari
kebahagiaan itu dengan melakukan maksiat, sedangkan maksiat itu
sebenarnya

yang menjauhkan

manusia daripada kebahagiaan.

Bagaimanakah seorang manusia yang ingin membahagiakan isteri dan


anak-anaknya sedangkan dia sendiri tidak bahagia? Lalu manusia itu
meminum arak dan pergi ke disko kerana ingin mencari kebahagiaan
sedangkan itulah yang membawa manusia lebih jauh ke dalam
kegelapan. Percayalah, pada zaman ini kebahagiaan itu adalah satu
kalimat yang ramai ingin cari, tetapi tidak ramai yang dapat.

Kebanyakan manusia hari demi hari tidak pernah terfikir tentang


Allah yang terlalu baik kepadanya, Allah telah tutup aibnya dan tutup
perlakuan dosanya dari dulu hingga kini. Dan manusia lakukan perkara
yang aib lagi, Allah tutupkannya lagi, lalu dia buat aib lagi, Allah
tutupkannya lagi dan manusia sentiasa tidak pernah merenung apaapa tentang aibnya itu. Ibnu atthoillah pernah berkata dalam kitabnya
kalau orang memuji kamu kerana sebab kelebihan pada diri kamu,
mereka memuji bukan sebab kamu seorang yang pandai, tetapi sebab
pandainya Allah menutup aib kamu. Maka pujilah Allah yang telah
menutup aib kamu dan bukan memuji orang yang memuji kamu.
Sekiranya aib-aib itu tidak ditutup oleh Allah nescaya tiada
manusia yang mampu untuk bergerak ke luar rumah kerana semua
manusia terlalu malu dengan aib-aibnya yang telah diketahui orang
lain.
KEJAYAAN ADA DI DALAM PERINTAH-PERINTAH ALLAH
Manusia tanpa peraturan yang mengikat dirinya maka
mereka sama ada membinasakan dirinya sendiri atau mereka
membinasakan orang lain. Tanpa ikatan hidup beragama, setiap
manusia berkemampuan untuk melakukan dosa. Namun, perintahperintah Allah menyelamatkan mereka dari dosa-dosanya. Seperti
mana pakaian menutup aurat kita agar tidak tercetusnya keaiban
ke atas diri sendiri, maka seperti itu juga perintah-perintah Allah
menutup kemampuan kita untuk membuat dosa agar tidak
berlakunya kezaliman ke atas diri sendiri.
Perintah-perintah Allah apabila di jaga, keberkatan akan
datang dalam hidup. Sekiranya berkat itu datang kpd rezeki kita yg
sedikit, maka yang sedikit itu akan dirasakan banyak. Dan
sekiranya berkat itu datang kepada rezeki yang banyak, maka yang
banyak itu akan menjadi manfaat pada semua orang.

Keberkatan menjadikan yang apa yang tinggal ditangan,


cukup untuk memenuhi kehendak setiap ahli dalam rumah.
Kemuliaan dan kehinaan bukan dalam perancangan Rusia
dan Amerika, tetapi dalam kawalan Allah. Dia telah menetapkan
prinsip

dan

undang-undang

tertentu

utk

memuliakan

dan

menghinakan negara atau individu. Jika Individu, negara, keluarga


atau kelas manusia mengikuti prinsip kemuliaan, nescahaya Allah
akan memuliakan mereka. Sesiapa yang melakukan sesuatu yang
menghinakan, maka Allah akan hina mereka.
Orang Yahudi adalah berasal dari anak Nabi-nabi. Tetapi
Allah musnahkan mereka bila mereka memecahkan prinsip
kemuliaan. Sahabat adalah anak-anak penyembah berhala. Allah
muliakan mereka bila mereka mengikuti prinsip kemuliaan. Allah
tiada sebarang hubungan silaturahim dengan sesiapa. Penerimaan
Allah adalah berdasarkan kepada prinsip dan undang-undang
tertentu.

Anda mungkin juga menyukai