Anda di halaman 1dari 2

Faktor-faktor berlakunya Perang Dingin.

Perang dingin ialah persaingan terbuka terhad yang bermula selepas Perang Dunia
Kedua antara Amerika Syarikat dan sekutunya dengan Soviet Union dan sekutunya.
Pegeseran ini dikenali sebagai Perang Dingin kerana ia tidak membabitkan pertempuran
bersenjata secara langsung anatar kausa besar (perang panas) secara besar-besaran. Perang
Dingin dijalankan melalui tekanan ekonomi, bantuan terpilih, pergerakkan diplomatic,
propaganda, pembunuhan, operasi ketenteraan tahap rendah dan perang proksi sepenuhnya
antara 1947 sehingga kejatuhan Soviet Union pada tahun 1991. Istilah ini dipopularkan oleh
pembiaya dan penasihat politik Amerika Syarikat Bernard Brauch pada April 1945 semasa
perdebatan mengenai Doktrin Truman. Perang Dingin biasanya dianggap berlaku sekitar
akhir tahun perikatan Amerika Syarikat dengan Soviet Union semasa Perang Dunia Kedua
sehingga pemecahan Soviet Union pada tahun 1991. Perang Korea Krisis Peluru Berpandu
Cuba, Perang Vietnam, Perang Afghan, dan rampasan kuasa ketenteraan dibantu Agensi
Perisikan Pusat (CIA) terhadap kerajaan dipilih condong ke kiri di Iran (1953), Guatemala
(1954) merupakan beberapa kejadian dimana ketegangan berkait dengan Perang Dingin
mengambil bentuk pertelingkahan senjata. Dalam pertelagahan itu, kuasa besar terutamanya
Amerika Syarikat beroperasi sebahagian besarnya dangan membekalkan senajata dan wang
kepada penentang perkembangan yang mengurangkan kesan lamgsung kepada populasi
kuasa besar.

Amerika Syarikat dan Soviet sebagai pemenang Perang Dunia II kerana mereka
memiliki kefahaman atau ideology yang berbeza Amerika Syarikat memiliki ideology liberalkapitalis sedangkan Soviet Union berideologi komunis. Fahaman liberal-kapitalis (AS) yang
mengagungkan kebebasan individu yang memungkinkan kapitalisme berkembang dengan
subur bertentangan dengan faham Sosialis-Komunis (US) yang berkeyakinan bahawa
fahaman itu dapat mempercepatkan kesejahteraan buruh tanpa mahupun rakyatnya kerana
negara-negara yang mengendalikan perusahaan akan memanfaatkan keuntungannya untuk
rakyat.

Amerika Syarikat dan Soviet Union mempunyai keingginan untuk mejadi penguasa di
dunia dengan cara-cara yang baru. Amerika Syarikat sebagai negara kreditor besar membantu
negara-negara yang sedang berkembang berupa pinjaman modal untuk pembangunan dengan
harapan bahawa rakyat yang makmur hidupnya dapat menjadi tempat pemasaran hasil
industrinya dan dapat menjauhkan pengaruh sosialis komunis. Masyarakat miskin lahan
subur bagi fahaman sosialis komunis. Soviet Union yang mulai kuat ekonominya juga tidak
mahu kalah membantu perjuangan nosional berupa bantuan senjata atau tenaga ahli. Hal ini
dilakukan untuk mempengaruhi negara-negara tersebut.

Untuk mengatasi pelbagai perbedaan yang ada kepentingan untuk dapat berkuasa
maka negara-negara Eropah Barat dan Amerika Syarikat mendirikan pakta pertahanan yang
dikenali dengan nama NATO ( North Atlantic Treaty Organization) atau Organisasi
Pertahanan Atlantik Utara. Sementara untuk mengimbangi kekuatan NATO pada tahun 1955
Soviet Union mendirikan pakta pertahanan iaitu PAKTA WARSAWA. Anggota Pakta
Warwasa iaitu Soviet Union, Albania, Bulgaria, Cekoslowakia, Jerman Timur, Hongaria,
Polandia, dan Rumania. Berdirinya kedua pakatan tersebut menyebabkan muncul rasa saling
curiga, ketidakpercayaan dan kesalahfahaman antara kedua blok baik blok barat mahupun
blok timur. Amerika Syarikat dituduh menjalankan politik imperialis untuk mempengaruhi
dunia sementara Soviet Union dianggap melakukan perluasan ekonomi atas negara-negara
demokrasi melalui idologi komunisme. Keadaan tersebut memacu ketegangan kian
memuncak sehingga muncullah persaingan senjata di antara kedua belah pihak. Masingmasing pihak saling diliputi oleh suasana Perang Dingin yang bahkan mengarah pada
terjadinya Perang Dunia III.
Kesimpulannya, perang Dingin (Cold War) adalah ketegangan yang secara politik
tampak saling bermusuhan kerana adanya persaingan kepentingan, perang Dingin bermula
setelah berakhirnya Perand Dunia II sejak pembahagian Jerman menjadi dua wilayah, iaitu
Jerman Barat dan Jerman Timur.Pembahagian Jerman menjadi dua diikuti dengan
pembahagian kota Berlin menjadi Berlin Barat yang dikuasai oleh Amerika Syarikat, Inggeris
dan Perancis sedangkan Berlin Timur dikuasai oleh Soviet Union dan sering berlaku Konfersi
Yalta (Februari 1945). Dalam waktu singkat (1945-1948) Soviet Union berjaya membentuk
pemerintahan komunis di Bulgaria, Rumania, Hongaria, Polandia, dan Chekoslowakia.
Kerana perkembangan pengaruh Soviet Union sangat cepat dan pertumbuhannya pesat maka
Amerika Syarikat merasa perlu membendung berkembangnya gerakan komunis. Hingga
akhirnya menyusun strategi politik Containment Policy yang bertujuan mencegah
berkembangnya pengaruh suatu negara atau suatu ssistem politik dari pihak lawan. Strategi
politik tersebut dikembangkan melalui pemberian bantuan ekonomi dan militer seperti
Marshall Plan dan Doctrine Truman iaitu bantuan berupa keuangan, militer dan penasihat
militer kepada Yunani dan Turki guna menghadapi gerilyawan komunis. Tujuannya untuk
mempertahankan Yunani dan Turki dari peneterasi komunis dan menghambat jalur Soviet
Union menuju ke selatan yang akan mengancam negara-negara Barat. Sebab jika salah satu
negara tetangga lainnya juga akan jatuh sehingga semua negara akan jatuh ke dalam
pengaruh komunis. Soviet Union beruasaha menyaingi dengan membuat Molotov Plan
negara dengan tujuan untuk menyusun semula sistem ekonomi negara-negara Eropah Timur
dan badan kerja sama ekonomi Comicon ( Cominteren Economic). Konflik ideology tersebut
berkambang sampai di Asia.