Anda di halaman 1dari 7

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

TOPIK 10

PERKUMUHAN HAIWAN

Sinopsis
Haiwan mengalami pelbagai adaptasi untuk menangani masalah imbangan air dan
garam dalam badan. Semua lebihan air dan garam perlu disingkirkan dari badan.
Penyingkiran

bahan

sisa

metabolisma

badan

ini

dilakukan

melalui

sistem

perkumuhan. Topik ini akan memfokus kepada organ perkumuhan manusia yang
melibatkan kulit dan ginjal sahaja.

Hasil Pembelajaran
1. Lukis dan label struktur kulit manusia.
2. Nyatakan fungsi ginjal manusia.
3. Huraikan kepentingan sistem perkumuhan dalam organisma.

Ringkasan Topik

Perkumuhan Haiwan

Perkumuhan
dalam haiwan

Kulit manusia

Ginjal manusia

Rajah 10.1: Ringkasan Topik

109

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

10.1 Perkumuhan dalam haiwan


Perkumuhan ialah proses penyingkiran bahan kumuh dan bahan buangan
bernitrogen dari persekitaran dalam badan. Ia adalah satu proses yang penting dalam
semua bentuk hidupan. Perkumuhan juga dikenali sebagai pemindahan bahan dari
badan organisma ke persekitaran luar. Bagi organisma unisel, proses ini melibatkan
resapan keluar bahan buangan melalui membran sel. Keadaan ini juga berlaku secara
berterusan di dalam sel-sel badan manusia. Semua bahan buangan dari sel akan
dihantar ke dalam darah untuk dikeluarkan dari badan. Lihat Rajah 10.2.

darah
(dalam kapilari)

sel

bendalir luar sel

Rajah 10.2: Bahan buangan dari sel akan dihantar ke dalam darah untuk
dikeluarkan dari badan

10.2 Kulit Manusia


Kulit dikenali sebagai organ yang terbesar pada badan manusia. Ia menyediakan
permukaan luar untuk melindungi badan dan dilihat mempunyai luas permukaan yang
terbesar bagi organ badan manusia. Untuk manusia dewasa secara puratanya, kulit
mempunyai luas permukaan di antara 1.5 hingga 2.0 meter persegi ( 16.1 21.5 kaki
110

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN


persegi) dengan ketebalan di antara 2-3 mm (0.01 inci). Purata setiap 6.5 cm 2 kulit
mempunyai 650 kelenjar peluh, 20 salur darah, 60,000 melanosit dan beribu-ribu
hujung saraf.
Fungsi utama kulit ialah untuk mengeluarkan haba badan yang berlebihan. Bila badan
menjadi

terlalu panas, salur darah yang hampir dengan kulit akan mengembang

menyebabkan aliran darah di kapilari darah meningkat. Proses ini membolehkan haba
badan meresap keluar ke persekitaran. Pembesaran salur darah ini dikenali sebagai
vasodilasi. Cara lain yang membolehkan badan mengeluarkan haba berlebihan ialah
melalui cara pepeluhan. Pepeluhan juga merembeskan air yang berlebihan dan bahan
buangan lain seperti natrium klorida dan urea menerusi liang pada kulit. Peluh yang
tersejat

membantu menyejukkan badan.

Walau bagaimanapun bila badan berada

dalam keadaan sejuk, salur darah akan mengecut. Ini menyebabkan pengaliran darah
ke kapilari berkurangan dan mengurangkan kadar aliran haba dari badan ke
persekitaran. Proses pengecutan salur darah ini dikenali sebagai vasokonstriksi.

Rajah 10.3: Keratan Rentas kulit

111

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

Membuat nota

Dengan merujuk kepada buku teks sains atau laman sesawang


huraikan fungsi setiap komponen pada kulit manusia. Seterusnya
tuliskan nota ringkas yang berkaitan. Senaraikan bahan rujukan yang
anda gunakan serta kongsikan semua bahan internet yang anda rujuk
dengan rakan-rakan anda.

Masa untuk secawan kopi.

10.3 Ginjal Manusia


Organ utama untuk perkumuhan di dalam mamalia ialah ginjal. Rajah 10.4
menunjukkan kedudukan ginjal, bentuk ginjal dan keratan melintang ginjal.

(a) Kedudukan Ginjal

(b) Ginjal
Rajah 10.4:

(c) Keratan melintang ginjal

Ginjal manusia

112

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN


Terdapat dua buah ginjal yang berbentuk kekacang, kira-kira 12 cm panjang dan 7 cm
lebar yang terletak di bahagian dorsal abdomen. Fungsi utama ginjal ialah:
1. menyingkirkan bahan kumuh bernitrogen khususnya urea.
2. memelihara keseimbangan osmosis darah
3. memelihara keseimbangan pH darah.
4. menyingkirkan bendasing daripada darah.
Terdapat tiga salur yang muncul dari setiap ginjal iaitu:
i)

arteri renal yang menyalurkan darah beroksigen ke ginjal

ii)

vena renal yang mengandungi darah terdeoksigen keluar dari ginjal

iii)

ureter yang membawa air kencing ke pundi kencing.

Latihan 10.1

Kaji Rajah

10.5. Kenalpasti semua bahagian ginjal. Senaraikan fungsi

setiap bahagian itu. Huraikan bagaimana darah yang kotor ditapis melalui
ginjal. Terangkan kepentingan sistem perkumuhan dalam organisma.

113

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN


arteri renal
Darah dari
badan
Darah
bersih

Vena renal

Bahan buangan (urin)


ke pundi kencing

Rajah 10.5: Bahagian-bahagian utama ginjal

Rujukan
Campbell, N., Reese, J, Taylor, M, Simon, E. (2006). Biology concepts & connections. (5th
Eds.). San Francisco: Pearson Education Asia Pte Ltd.
Kaskel, Albert and Hummer, Paul.J. (2003). Biology an everyday experience. New York:
GlencoeMcGraw Hill
Lee S.C, Liew S.L, Choong N.M (2004). Success in Biology for STPM Vol.2. Kuala
Lumpur:Fajar Bakti,
Lum How Kee (2000) Biology The Living Science. Singapore:Pearson
Mader, Sylvia S (2007) Biology. (9th eds.). New York:McGraw Hill

114

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN


Layari Internet
http://en.wikipedia.org/wiki/Excretion
http://en.wikipedia.org/wiki/Kidney
http://en.wikipedia.org/wiki/Skin
http://www.cartage.org.lb/en/themes/Sciences/Zoology/AnimalPhysiology/Osmoregulation/Osm
oregulation.htm

Tamat Topik 10

115

Anda mungkin juga menyukai