Anda di halaman 1dari 1

dea penubuhan Bahagian Inkubator K-Ekonomi ini adalah inisiatif dari YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk

Seri Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam dengan titik permulaannya di Seminar K-Ekonomi pada 8 Mac
2001. Idea ini mula bercambah dalam misi pelaburan rombongan Kerajaan Melaka ke
Amerika Syarikat pada awal tahun 2001 di mana YAB Ketua Menteri telah melawat Inkubator
Teknologi yang terletak di Universiti Arizona.
Terletak kira - kira 5 km dari Plaza Tol Ayer Keroh dan 15 km dari Pusat Bandar, Inkubator K-Ekonomi
menawarkan satu pusat perniagaan bertaraf dunia kepada para usahawan di dalam dan di luar negeri
Melaka. Dengan ruang perniagaan yang pelbagai saiz dan bayaran sewa yang berpatutan, Inkubator KEkonomi sesuai untuk pelbagai peringkat bisnes.
Apa Itu K-Ekonomi ?

Secara dasarnya, K-Ekonomi adalah satu cabang ekonomi yang berasaskan pengetahuan. Ekonomi
yang berasaskan pengetahuan ini adalah satu sistem ekonomi di mana penjanaan dan eksploitasi ilmu
dan pengetahuan memainkan peranan yang penting di dalam usaha untuk membina kekayaan. Bagi
ekonomi yang maju, lebih dari 70% tenaga manusia adalah pekerja berilmu (knowledge workers ).

Demikian itu, Bahagian K-Ekonomi bertanggungjawab untuk mengurus dan mengendalikan satu sistem
rangkaian inovasi K-Ekonomi yang menyeluruh dan yang juga boleh membangunkan industri yang
berasaskan pengetahuan dan ilmu.

Mendukung Usaha Kerajaan Negeri Melaka untuk membangunkan K-Ekonomi Negeri Melaka yang
dijanakan oleh pengetahuan,kepintaran,inovasi dan kreativiti bagi Melaka Maju 2010

Menjadi Sebuah Organisasi yang berjaya membangunkan K-Ekonomi Melaka

Mewujudkan industri yang berasaskan pengetahuan ( Knowledge based Industries ) terutama sekali
industri tambah nilai ( value added Industries ) dan industri servis( service industries ) di Negeri
Melaka

Menyediakan Kemudahan untuk Menarik perhatian pelabur pelabur dalam bidang ICT ke negeri
Melaka dan menjadi perantara di antara Kerajaan Negeri dan para pelabur
Mengenalpasti dana atau peruntukan yang boleh digunakan untuk membangunkan industri ICT
2.
Negeri Melaka
3. Pusat pengumpulan hasil R&D tempatan untuk dikomersialkan hasil penyelidikan mereka
4. Menyediakan infrastruktur asas untuk usahawan ICT Negeri Melaka
1.