Anda di halaman 1dari 4

PJM 3110 KURIKULUM DAN

PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI

PENDIDIKAN JASMANI PADA ZAMAN


RENAISSANCE
Bermula pada 1400-1700
Pendidikan jasmani pada Zaman Renaissance adalah lebih
kurang sama seperti pendidikan jasmani pada masa kini.

PJ dilakukan untuk kebaikan diri sendiri, bukan untuk


kebaikan orang lain.

3 Kumpulan utama zaman renaissance

Humanis - berpusat di Itali yang menghargai pendidikan dalam sukan


seperti lari berpagar, memanah, renang, lari dan permainan bola
tangan.

Moralis - dipengaruhi oleh Reformasi Protestan, melihat aktiviti fizikal


hanya sebagai cara untuk melaksanakan pekerjaan

Realisme - menerima pendidikan fizikal sebagai sebahagian daripada


fikiran yang sihat dalam tubuh yang sihat

Selama tempoh ini, sebahagian besar rakyat Eropah masih Katolik dan
Katolik lebih menyukai aktiviti fizikal rekreasi dengan pandangan bahawa
penjagaan tubuh perlu dilakukan.

Namun begitu, perkembangan PJ mempunyai kelemahan pada sekitar


1600 di mana PJ mempunyai banyak kebaikan tetapi tidak diutamakan
kerana mereka percaya bahawa sesuatu yang tidak mempunyai tujuan
khusus adalah sesuatu yang membazir masa.

PERMULAAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI SECARA


FORMAL

Johann bernhard basedow (1723-1790)

Orang pertama yang memperkenalkan kepentingan senaman


Memperkenalkan uniform yang sesuai bagi melakukan senaman kepada
pelajarnya

Charles beck 1798-1866

Kawan serta pengikut johann bernhard basedow.


Guru bahasa latin dan pendidikan jasmani (gymnastik)
Guru pendidikan jasmani yang pertama dilantik secara rasmi di amerika .