Anda di halaman 1dari 3

1. Huraikan maksud perburuan haram dan penyeludupan hidupan liar.

Pemburuan haram: Pemburuan haiwan liar yang melanggar undang-undang


perlindungan haiwan.
Penyeludupan hidupan liar: Penyeludupan hidupan liar adalah perbuatan mengangkut
hidupan liar secara haram dan diam-diam.
2. Ramal dan huraikan lima kesan yang akan berlaku terhadap kemandirian spesis
hidupan liar akibat dari aktiviti pemburuan haram dan penyeludupan hidupan liar yang
tidak terkawal.
Sekiranya penyeludupan tumbuhan liar berlaku tanpa terkawal, maka bilangan mereka
akan semakin berkurangan dan menyebabkan hidupan lain yang bergantung mereka
sebagai sumber makanan akan kehilangan sumber makanan. Lama-kelamaan, mereka
juga akan mengalami kelaparan dan seterusnya mati.
Tambahan pula, perburuan dan penyeludupan tumbuhan liar juga akan menyebabkan
hidupan lain kehilangan habitat. Hal ini seterusnya akan menyebabkan hiupan lain
berpindah ke tempat lain untuk mencari habitat yang sesuai. Dalam proses ini, ada yang
mungkin meninggal kerana tidak dapat menyesuaikan diri di tempat yang baru dan juga
ada yang dijangkiti penyakit. Sekiranya penyakit tersebut idak dapat diatasi , maka
hidupan tersebut akan meninggal dan bilangan mereka semakin berkurangan. hal ini
akan membawa kepada pelupusan.
3. Perjelaskan langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan untuk membendung
aktiviti perburuan haram.
Untuk memastikan hidupan-hidupan liar ini selamat, langkah dari segi kawalan
pemberian lesen pemburuan serta tindakan tegas dan berat ke atas pemburu-pemburu
haram perlu diambil. Pegawai pegawai Jabatan Perhutanan juga perlu ditambah agar
kawalan pemburuan dapat dijayakan.
Selain itu, langkah kawalan tindak-tanduk orang asli juga perlu diberi perhatian serius.
Pertanian pindah dan pembakaran hutan untuk membersihkan kawasan hutan
merupakan tindakan biasa. Ini secara langsung mengakibatkan habitat hidupan liar
hilang dan berlaku pemupusan hidupan liar. Penempatan orang-orang asli dan kawalan
pergerakan mereka serta usaha memastikan mereka tidak mengganggu habitat haiwan
perlu diberi perhatian serius.

Usaha penyelidikan dan pembangunan merupakan satu tindakan yang wajar dijalankan
untuk menjamin hidupan liar kekal,di bumi ini. Kajian dan penyelidikan perlu dijalankan
agar haiwan-haiwan ini terus membiak dan mempunyai ketahanan dalam menyesuaikan
diri dengan perubahan-perubahan persekitaran. Pelbagai pelalian dan hormon perlu
dicipta untuk menjamin haiwan-haiwan ini terus hidup. Usaha-usaha juga perlu
dijalankan untuk mewujudkan habitat melalui kajian. Contohnya, penempatan orang
Utan

di

Sarawak.

Tambahan

pula,

aktiviti

pembangunan

yang

melibatkan

habitat hidupan liar seperti pembinaan empangan, perumahan dan pertanian perlu
dirancang dengan teliti serta kajian kesan ke atas ekosistem serta fauna dan flora perlu
dijalankan dengan mendalam agar hidupan liar dapat kekal di bumi ini.

4. Terangkan kesan-kesan negatif akibat perburuan haram terhadap kelestarian ekosistem


dan biodiversity.
Aktiviti pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan di Malaysia adalah
merupakan satu faktor yang menjurus kepada kemusnahan habitat dan spesis haiwan
ini. Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan bintang ini malahan mengaut
keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini. Pemintaan yang tinggi melalui pasaran
antarabangsa dan tempatan terhadap binatang ini menjadi punca utama kegiatan ini
berleluasa.
Kesan ini akan menyebabkan pewarisan genetik tidak akan diwariskan. Ini mungkin
menyebabkan kepupusan satu spesies fauna. Sebagai contoh, Harimau Sumatera
merupakan satu spesis yang kian terancam kerana pemburuan terhadapnya.
Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau
Sumatera kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja.
Selain itu, kesan negatif perburuan haram juga akan menyebabkan ketidakseimbanagan
terhadap rantai makanan atau siratan makanan.terhadap ekosistem. Jika manusia terus
memburu badak sumbu untuk mendapat tanduknya, maka bilangan badak sumbu akan
semakin kurang dan juga akan menjejaskan ekosistem. Jika bilangan badak sumbu
semakin kurang, maka rumput juga akan semakin bertambah, ini juga akan menjejaskan
harimau semakin kurang kerana kekurangan makanan. Jadi perburuan haram akan
menyebabkan kekurangan dan penambahan spesies haiwan secara terlampau banyak
dan menjejaskan pertumbuhan ekosistem yang seimbang.
5. Huraikan apakah langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk membantu
menyelamatkan hidupan liar yang diancam kepupusan.

1.Mewujudkan hutan Yang kekal


Hutan Yang kekal dan dibaik pulih boleh menyelamatkan hidupan pendusta .
Di Dalam hutan terdapat sumber makanan dan tempat perlindungan hidupan liar .
Penerokaaan hutan harus dikawal ketat .
Undang- undang pembalakan patut diketatkan dan pembalakan haram harus
dibanteras .
2.Wujudkan hutan Simpanan
Hutan simpan juga perlu diperbanyak .
Hutan - hutan simpan harus dijaga agar dan tiada sebarang tindakan pembalakan
dijalankan untuk merosakkan atau menghapuskan habitat haiwan .
Contohnya, Taman Negara ialah tempat perlindungan yang baik dan selamat bagi
hidupan liar kerana dilindungi undang -undang .
Sesiapa yang menceroboh hutan atau mengambil hasil hutan boleh di hukum .
Kerajaan perlu menawarkan hutan sebagai hutan simpanan dan Taman Negara.
3.Melakukan Penyelidikan di Dalam hutan .
Spesies - spesies hidupan liar yang hampir pupus di kenalpasti .
Kajian dan Penyelidikan Perlu dijalankan agar Haiwan - Haiwan Jogja Terus membiak
dan mempunyai keupayaan Dalam menyesuaikan Diri Dengan Perubahan - Perubahan
persekitaran .