Anda di halaman 1dari 2

Refleksi

Dalam proses menyiapkan pck 3 ini, banyak ilmu yang telah saya peroleh.
Sebelum ini, saya tidak mempunyai sebarang idea tentang ekologi akustik. Selepas
mendalami ilmu dalam topik ini, saya mendapati bahawa terdapat hubungan antara
organisma dan persekitaran mereka. Semakin banyak bunyi antropogen menguasai
landskap bunyi, maka semakin banyak gangguan dan memberi kesan kepada pelbagai
organisma. Oleh itu, pemeliharaan landskap bunyi semula jadi yang juga merupakan
pemuliharaan biodiversity wajar dilaksanakan agar kehidupan kepelbagaian organisma
terjamin.
Sebelum ini, saya mempunyai miskonsepsi tentang ekologi akustik kerana saya
berpendapat bahawa hidupan liar hanya sekadar mengeluarkan bunyi sahaja. Tetapi
melalui projek ini, saya menyedari bahawa terdapat kegunaan bunyi yang dihasilkan
oleh mereka. Olehnya, dalam proses pemuliharaan gajah asia yang hamper mengalami
kepupusan, para penyelidik telah menggunakan teknologi yang berkaitan dengan
ekologi akustik untuk mengesan kehadiran dan kedudukan mereka. Contohnya, satu
alat akan dipasang pada badan mereka dan semasa mereka mengeluarkan bunyi,
gelombang bunyi akan diterima oleh alat tersebut akan dipancar kepada penerima.
Setelah menyedari kehadiran mereka, maka pihak tertentu dapatlah menjalankan
usaha pemuliharaan dengan lebih baik.
Akan tetapi, penggunaan teknologi mestilah mematuhi undang-undnag dan
jangan sesekali menggunakannya untuk menjalankan gejala negatif. Dengan ini,
barulah teknologi yang berkaitan dengan ini dapat digunakan secara optimu dan dapat
membawa manfaat kepada kita. Konklusinya, banyak ilmu yang tela saya peroleh
melalui projak ini dan dapat saya aplikasikan pada hari akan datang.