Anda di halaman 1dari 1

1.

Baik Hati
Baik hati adalah merupakan salah satu daripada 16 nilai-nilai murni yang diterapkan di dalam
Falsafah Pendidikan Negara. Ianya juga adalah merupakan antara peribahasa Melayu yang sering
digunakan. Baik hati boleh ditakrifkan sebagai bersikap baik & penyayang yakni suka menolong
orang lain terutamanya orang yang berada di dalam kesusahan atau dalam kata lain bersikap
sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara tulus ikhlas. Sikap
baik hati boleh dilihat dengan menilai tindak tanduk orang lain. Ini meliputi :o Aspek belas kasihan
o Bertimbang rasa
o Murah hati
o Saling faham memahami &
o Sedia memaafkan orang lain
Sabda Rasulullah S.A.W,

Sekiranya seseorang itu baik hatinya, maka baiklah seluruh anggota tubuh yang lain dan
begitulah sebaliknya. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda lagi :

Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa bentuk kamu,
tidak kepada keturunan dan harta kekayaan kamu, sebaliknya Allah
memandang kepada hati kamu. Maka, sesiapa memiliki hati suci bersih,
nescaya Allah amat mencintai orang tersebut. Ketahuilah! Wahai Anak Adam
bahawa orang yang paling dicintai Allah ialah orang yang paling bertakwa di
kalangan kamu.
(Hadis riwayat Muslim dan Tabrani).

Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila dia baik, maka
baiklah seluruh jasad. Tetapi, apabila dia rosak, maka rosaklah seluruh
jasadnya. Ketahuilah bahawa dia itu ialah hati.
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Kesimpulannya, hati memainkan peranan penting dalam mencerminkan dan menentukan
kemuliaan atau kehinaan peribadi serta jati diri seseorang sama ada sebagai seorang yang
salih atau pun tidak. Maka cermin-cerminkanlah diri anda. Adakah anda seorang yang
baik hati? Jika tidak, maka masih ada ruang & waktu untuk anda berubah kerana hidup

Hari ini perlulah lebih baik daripada semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini "
Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan & esok adalah harapan..