Anda di halaman 1dari 29

1

HASIL PEMELAJARAN
Pelajar dapat:
>
merumuskan maksud sintaksis
>
mengenal pasti ayat, klausa dan
frasa
>
menentukan proses sintaksis dan
jenis ayat
>
membedakan ayat gabungan
dengan ayat
pancangan

SINTAKSIS

Sintaksis berasal daripada bahasa Yunani suntattein:


sun = dengan, tattein = menempatkan
Menempatkan kata menjadi kelompok kata/ayat

Dalam bahasa Inggeris disebut syntax, dan dalam bahasa


Belanda disebut syntaxis.

Sintaksis ialah cabang ilmu bahasa yang membicarakan


susunan kata dalam ayat .

Pengkajian sintaksis lebih ideal jika digunakan pendekatan


struktural, formal, dan fungsi. Ketiga-tiga pendekatan ini
akan menentukan ketepatan sintaksis.
3

AYAT, KLAUSA, FRASA

Ayat: satuan gramatis yang didahului dan diakhiri oleh


kesenyapan akhir dan berfungsi dalam ujaran.
Klausa: terdiri daripada satu ayat atau bahagian ayat,
bahagian ayat itu menjadi sumber yang utuh, inti klausa ialah
predikat.
Frasa: satu konstituen yang berasaskan unsur suprasegmental,
iaitu jeda. Contoh:
Kini kita perlu berdikari

Ayat ini terdiri daripada dua kata, dan satu frasa, iaitu:
kini
=
kata
kita
=
kata
perlu berdikari
=
frasa

RAJAH POHON

Puteri raja itu menangis di dalam istana

Puteri raja ini

menangis di dalam istana

Puteri raja

menangis

Puteri

itu

raja

di dalam istana

di dalam

istana

> Setiap unsur bergabung dengan unsur yang paling rapat dari segi
makna dan membentuk struktur unsur dalam ayat. Struktur yang
bergabung secara mendatar akan membentuk struktur bertingkat.
5

PENANDA FRASA
Rajah pohon boleh dipermudah dengan memasukkan label
tertentu untuk mewakili kategori sintaksis
Anak gadis itu tidur di dalam kelambu (A)

Anak gadis itu (FN)

tidur di dalam kelambu (FKJ)

Anak gadis(FN)

tidur (KKJ)

Anak (KN) gadis (KN)


kelambu (KN)

di dalam

itu (Ktunj)

kelambu (FSN)

di dalam (KSN)
6

PENANDA FRASA

Dengan menggunakan simbol, frasa yang panjang dapat


dihilangkan. Setiap unsur dalam rajah pohon telah
dilabelkan dengan simbol. Label inilah yang dinamakan
penanda frasa (phrase marker).
A

FN FKJ

KN Ktunj KKJ

Anak gadis

itu

FSN

tidur

di dalam kelambu
7

STRUKTUR AYAT

Ayat BM mempunyai struktur atau tatacara tertentu untuk


diterima sebagai ayat BM yang baik. Contoh:
>
>
>
>
>
>

Mahasiswa menghantarkan kerja kursus kepada


pensyarahnya (ayat gramatis)
Suami menghadiahkan kereta kepada isterinya
(ayat gramatis).
Hanya senyuman yang dapat kuberikan padamu
(ayat gramatis).
Mahasiswa kepada kerja kursus menghantarkan
pensyarahnya (ayat tidak gramatis).
Kereta menghadiahkan isterinya kepada suami
(ayat tidak gramatis)
Senyuman yang hanya dapat kuberikan padamu
(ayat tidak gramatis)
8

KELOMPOK KATA

Struktur ayat mempunyai kelompok tertentu.


>

Benda (KN): Halimah, unta, sekolah, rumah, insan

> Perbuatan (KKJ): tunjuk, tendang, baling, hantar,


minta
>

Sifat (KAdj): mundur, wangi, sayang, malas, ceria

> Penghubung (KSN): daripada, ke, di, dalam,


antara

KELOMPOK KATA

Kata jenis yang sama dapat menggantikan kelompoknya.


Contoh:
>
Mahasiswa itu menduduki peperiksaan
>
Orang ini menduduki peperiksaan
>
Beliau menduduki peperiksaan
>
Kita menduduki peperiksaan
Setiap kelompok menduduki posisi tertentu. Contoh:
KN: awal ayat, selepas KKJ dan selepas KSN.
>
Isteri memasak nasi
>
Suami memancing ikan
>
Orang itu menjadi pramugari
>
Mahasiswi yang berbaju merah itu memberikan hadiah
kepada buah
hatinya.
Demikian juga dengan kelompok kata yang lain, iaitu KKJ, KAdj
dan KT.

10

UNSUR AYAT

Satu kata akan bergabung dengan kata lain jika kata itu
dapat membentuk unsur baharu yang bermakna. Contoh:
Mahasiswi kedekut

Mahasiswi + kedekut

Urutan kata yang berfungsi sebagai unsur dalam struktur


ayat dinamakan frasa.
FN + FAdj + Ktunj Rumah + besar + itu
FKJ + FN + FSN

menembak + rusa + di hutan

11

KURUNGAN BERLABEL

Kaedah lain yang digunakan untuk menandakan perkataan


dan frasa ialah kurungan berlabel.

[
[
[ anak gadis ] [ itu ] [
A
FN
KN
Ktunj FKJ
[ di dalam ][ bilik ]
KSN
KN

Cara ini dapat menunjukkan hubungan kata dengan kata


atau frasa dengan frasa. Pemaparannya secara mendatar
dan agak sukar difahami.

[ menangis ] [
KKJ
FSN

12

RUMUS STRUKTUR FRASA

Struktur yang besar mengandung struktur yang lebih kecil.


Berdasarkan rajah pohon atau kurungan berlabel, dapat disimpulkan:
>
>
>

FN terdiri daripada KN dan boleh diikuti KAdj dan Ktunj.


FKJ terdiri daripada KKJ dan boleh diikuti FN dan FSN.
FSN terdiri daripada KSN dan diikuti oleh FN.

Kenyataan dalam rajah pohon itu dapat ditukar dalam bentuk rumus:
>
>
>
>

A
FN
FK
FSN

FN
KN
KKJ
KSN

FKJ
(KAdj)
(FN)
FN

(Ktunj)
(FSN)

13

LEKSIKON

Sekumpulan kosa kata, senarai kata umum dalam kamus dan


senarai kata khusus dalam glosari, dan kekayaan kata yang
dimiliki oleh sesuatu bahasa.

Leksikon yang sebenar terdapat dalam kamus minda manusia.

Leksikon juga menyediakan maklumat tatabahasa supaya ayat


yang gramatis sahaja dapat dihasilkan.

Leksikon akan dimasukkan dalam rumus yang paling bawah


dalam rajah pohon, iaitu dimasukkan bawah cabang yang
sesuai dengan kategorinya.

Leksikon akan disisipkan dalam RSF melalui rumus penyisipan


leksikon untuk mewujudkan ayat yang gramatis.

14

PROSES SINTAKSIS
Ayat dasar: ayat yang menjadi asas kepada ayat terbitan.
Ayat dasar ayat penyata S + P
FN S

FKJ

Ayat dasar aktif

P
tunggal

Ayat dasar mementingkan pelaku


Ayat dasar ayat mudah: (satu subjek + satu predikat)
Contoh:
Kakak ipar isteri kedua saya itu sedang
membersihkan
halaman rumahnya petang semalam.
15

PROSES SINTAKSIS

Ayat dasar bersifat mujarad, iaitu masih berada dalam minda


dan menjadi asas kepada pembentukan ayat.
Sebelum ujaran, ayat perlu dicipta dalam minda. Apabila ayat
itu diujarkan, maka perubahan bentuk terjadi. Perubahan
inilah yang dinamakan terbitan atau transformasi.
RSF

LEKSIKON

Struktur dalam

[proses dalam fikiran]

Proses transformasi
Struktur luaran

[perubahan daripada

struktur asal]

16

AYAT TERBITAN

Ayat yang telah berubah bentuk daripada mujarad kepada konkrit,


dan perubahan struktur itu sendiri.

Perubahan struktur bermaksud ayat itu berubah akibat proses


penggabungan, pemancangan, pendepanan, pengguguran
Contoh:
>
Sudah remaja anak bujangnya
>
Masih belum masak buah yang tergantung itu?
>
Siapakah nama anda?
>
Naib Canselor akan menyampaikan sijil kepujian dan hadiah
pada
petang ini.
>
Pada malam ini, dia akan bernikah lagi.

Perubahan ini juga dinamakan proses transformasi.

17

PEMINDAHAN

Proses memindahkan suatu unsur kata / frasa ke suatu posisi baharu


dalam ayat. Tujuannya untuk memfokuskan bahagian yang dipindahkan
itu.
Pemindahan yang lazim ialah pendepanan. Contoh:
>
Pergi ke bandarkah dia?
>
Sudahkah suaminya bangun?
>
Di Jakartakah orang itu tinggal?
>
Pergi ke bandar (kah) dia
posisi asal

>

pendepadan
Sudah (kah) suaminya

>

Di Jakarta (kah) orang itu tinggal?

bangun?

Jika dibuang kah, ayat tanya itu menjadi ayat penyata.


18

PELUASAN

Peluasan ialah pemasukan atau penambahan ayat baharu


kepada ayat yang sedia ada. Contoh:

>

Mahasiswi yang sedang termenung itu menangis

>

Mahasiswi

itu menangis

Mahasiswi sedang termenung

Ini ialah ayat pancangan. Mahasiswi sedang termenung ialah


ayat kecil yang dipancangkan pada ayat utama, iaitu mahasiswi
itu menangis.

Apabila subjek yang hendak dipancangkan itu sama dengan


subjek dalam ayat utama, maka subjek ayat pancangan akan
ditukar kepada bentuk relatif yang.
19

PENGHILANGAN

Proses penghilangan sesuatu unsur, sama ada kata atau frasa dalam
ayat.

Tujuannya untuk mengelakkan unsur yang sama, mungkin subjek atau


predikat.

Contoh penghilangan predikat.


>
Saya dan Rugayah akan ke Thailand minggu hadapan, daripada
ayat,
Saya akan ke Thailand minggu hadapan dan ayat Rugayah
akan ke
Thailand minggu hadapan.

Contoh penghilangan subjek.


>
Isterinya telah memasak nasi dan menyediakan kopi untuk makan
malam, daripada ayat Isterinya telah memasak nasi untuk makan
malam, dan Isterinya telah menyediakan kopi untuk makan malam.

20

AYAT GABUNGAN

Suami memasak nasi, manakala isteri membasuh kain


A

A1

Suami memasak
nasi

kh

manakala

A2

isterinya membasuh
kain

Ayat di atas ialah gabungan dua ayat yang setara, iaitu


Suami memasak nasi + Isteri membasuh kain
Kata hubung yang digunakan untuk menggabungkan keduadua ayat itu ialah manakala.
21

AYAT PANCANGAN

Mahasiswi itu mengatakan bahawa dia berasa kesepian.


A
FN
KN
Mahasiswi

FKJ
Ktunj
itu

KKJ

A1

mengatakan

bahawa dia berasa kesepian


Ayat di atas ialah ayat pancangan dengan kata komplemen
bahawa yang berfungsi sebagai penghubung. Ayat ini dikenali
dengan nama ayat pancangan komplemen.
Bahagian ayat kecil berfungsi sebagai FN objek kerana sebelum
ayat itu wujud KKJT.
22

RAGAM AYAT

Binaan ayat pelbagai bahasa melibatkan kejadian ayat aktif


dan ayat pasif.
Ayat aktif mengandung KKJ yang mengutamakan subjek asal,
sedangkan ayat pasif mengutamakan subjek terbitan.
Hubungan antara ayat aktif dengan ayat pasif melibatkan
perpindahan tempat FN sebagai subjek dan objek ayat.
Contoh:
> Hassan menendang bola itu: Bola itu ditendang (oleh)
Hassan.
> Minah read the book: The book was read by Minah

23

JENIS AYAT

Kita dapat membedakan pembinaan ayat melalui


jenisnya. Dalam kebanyakan bahasa, ayat dapat
dibahagikan kepada empat jenis, iaitu:
>

ayat penyata

>

ayat tanya

>

ayat perintah

>

ayat seruan.

24

AYAT PENYATA

Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan untuk tujuan


mengemukakan keterangan tentang sesuatu perkara. Oleh
itu, ayat ini dikenali juga dengan nama ayat keterangan dan
ayat berita.

Contoh:
>
>
>
>
>
>
>

Sahabat saya seorang budayawan


Cempaka ini wangi
Yang di atas bukit itu rumah hantu
Mahasiswi ini selalu tersenyum
Guru mengajarkan bahasa Urdu kepada muridnya
Yang merah itu buah hatiku.
Siya ay makabagong babae.

25

AYAT TANYA

Ayat untuk tujuan mengemukakan sesuatu pertanyaan.


Pada umumnya, ayat tanya dalam kebayakan bahasa
dapat dibahagikan kepada dua, iaitu ayat tanya tanpa
kata tanya, dan ayat tanya dengan kata tanya.
Contoh:
Adik masih sakit?
Yang berkopiah itu suaminya?
Anggunkah pakaiannya?
Anda sudah berumah tangga?
Siapakah isterinya?
Who lives in this house?
Ang babae ba ay mabait?

26

AYAT PERINTAH

Ayat yang diucapkan untuk tujuan memberi arahan atau


menimbulkan suatu tindakan. Ayat ini dapat diucapkan sama
ada dalam bentuk suruhan, larangan, silaan atau permintaan.
Contoh:
>
>
>
>
>
>

Masukkan surat ke dalam sampul dengan segera.


Tolong selak kain itu.
Please come in
Read the book now.
No smoking in this room.
Menangislah sepuas-puasnya

27

AYAT SERUAN

Ayat yang diucapkan secara bernada seru untuk


menyatakan keadaan perasaan, seperti marah, geram,
takut, takjub, dan sebagainya. Biasanya, dalam tulisan,
ayat seruan berakhir dengan tanda seru (!).
Contoh:
> Oh, Tuhanku!
> Amboi, mengancamnya!
> My, what a fine day!
> Wow, thats a lovely dress!
> Aduh, bisanya!
> Nah, terimalah tikamanku ini!

28

KESIMPULAN

Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji:


> bentuk
> struktur
> binaan atau konstruksi ayat.
Kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang
mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan
perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk
ayat dalam sesuatu bahasa.
Proses sintaksis merangkumi penerbitan, pemindahan,
peluasan dan penghilangan.
Dari segi jenis, ayat terbahagi kepada empat jenis, iaitu
ayat penyata, tanya, perintah dan seruan.

29

Anda mungkin juga menyukai