Anda di halaman 1dari 15

OBJEKTIF

Tugasan bagi Obstetrik dan Ginekologi diberikan kepada


pelatih untuk mendedahkan pelatih dengan perihal-perihal yang
berkaitan dengan kehamilan dan antenatal. Antara lain tajuk yang
diberikan iaitu Presentasi Abnormal adalah berkaitan dengan
masalah yang dihadapi oleh ibu hamil semasa peringkat akhir
kandungan. Dengan tugasan ini dapat mendedahkan pelatih dengan
memberi penerangan mengenai apa yang dimaksudkan dengan
presentasi abnormal, klasifikasi, ciri-ciri klinikal, cara perawatan,
dan cara pencegahan.

LITERATURE REVIEW
1) Objektif penjagaan materniti adalah untuk memastikan
setiap ibu hamil berada pada status kesihatan yang baik,
mengetahui aspek penjagaan anak, menjalankan kelahiran
normal dan mempunyai anak dengan status kesihatan yang
baik.
Siri Laporan Teknikal, WHO (1952,
m/s 53, siri 3)
2) 3 daripada setiap 10 kelahiran adalah merupakan kelahiran
dengan presentasi abnormal samada presentasi breech
ataupun ossipitoposterior.
Dr David Powell, Hospital Awam NY (Artikel kesihatan
Edidi Januari 2002)
3) Selain daripada pembedahan, presentasi breech juga bole
dirawat dengan menggunakan teknik urutan yang dipanggil
sebagai external cephalic version.
Datuk Dr Zulkifli Ismail (Utusan Online
Arkib 10/03/2011)
4) Pembedahan Caeserean mempunyai risiko yang tinggi di
mana pendarahan dua kali ganda lebih banyak daripada

kelahiran normal boleh berlaku dan membahayakan nyawa


ibu.
Dr James Lee (Artikel Ibu dan Anak Online,
Edisi Februari 2000)
5) Kita tidak boleh mengandaikan semua wanita hamil berada
dalam keadaan kesihatan yang baik. Sesetengah akan
mengalami simptom seperti kegatalan dengan venereal
disease dan dalam jumlah yang besar dengan demam dan
lain-lain gejala.
Tenard (1788)
PENGENALAN
Setiap kehamilan adalah berisiko. Yang membezakan adalah
samada ianya berisiko tinggi atau rendah. Kehamilan berisiko tinggi
mempunyai watak tersendiri yang mana ia memberi kesan kepada
ibu dan fetus. Oleh itu, penting bagi perawat untuk mengenalpasti
ibu hamil berisiko tinggi dan mengambil langkah yang tepat untuk
mengurangkan fetal dan maternal morbidity dan mortality.
Presentasi abnormal merupakan salah satu keadaan yang
berisiko bagi ibu hamil. Ianya, boleh membahayakan nyawa ibu dan
juga janin. Presentasi abnormal merujuk kepada cara kelahiran janin
dan ianya selalu disalahtafsirkan dengan posisi atau kedudukan
janin di dalam kandungan. Posisi janin merujuk kepada baringan
fetal dan cara kelahiran janin merujuk kepada presentasi abnormal.

Di dalam kebanyakan kes normal, fetus akan berada pada


bahagian pelvik ibu dalam minggu ke-36 keatas dan fetus bersedia
untuk dilahirkan. Daripada 8 dalam 10 kes, kepala fetus akan
berada di bahagian bawah dan menghadap belakang ibu, dengan
pipi menyentuh pada dada fetus. Dalam keadaan ini, fetus
dikatakan berada pada kedudukan optimum iaitu kedudukan yang
sedia untuk dilahirkan dan kelahiran secara normal boleh dijalankan.
Kesemua posisi fetus yang berlainan daripada ini dianggap sebagai
posisi yang tidak normal dan boleh menyebabkan komplikasi
semasa proses kelahiran.
Jika fetus berada pada kedudukan abnormal di dalam uterus
semasa minggu kelahiran, kelahiran secara normal boleh dijalankan
tetapi akan mengambil masa yang lama, dan sekiranya fetus
tersekat bantuan semasa proses kelahiran diperlukan ataupun
pembedahan caesarean perlu dilakukan ke atas ibu.
Kebanyakan kes presentasi abnormal boleh dikesan sebelum
kelahiran, dan perancangan untuk melahirkan fetus secara selamat
boleh dibincangkan terlebih awal sebelum kelahiran.

PENYEBAB PRESENTASI ABNORMAL


Presentasi abnormal boleh berlaku apabila fetus bergerak
bebas di dalam uterus lebih daripada kebiasaannya. Hal ini mungkin
disebabkan oleh saiz fetus yang lebih kecil daripada biasa dan tidak
memnuhi sepenuhnya ruang yang ada di dalam pelvis, atau juga
mungkin di sebabkan oleh kehadiran cecair amniotik yang
berlebihan di sekeliling fetus (polihydromnion) yang membolehkan
fetus untuk bergerak dan mengubah posisi semasa dalam

kandungan. Peningkatan risiko di dalam presentasi abnormal juga


akan berlaku sekiranya terdapat lebih daripada satu fetus di dalam
uterus pada satu-satu masa atau di panggil kelahiran berganda.
Kebiasaannya juga, fetus tidak dapat berada pada posisi yang
betul di dalam pelvik disebabkan oleh beberapa halangan seperti
plasenta previa di mana, plasenta berada pada kedudukan bawah di
uterus ataupun disebabkan oleh fibroid iaitu pertumbuhan sel yang
bukan kanser pada bahagian bawah di uterus dan menyebabkan
fetus tidak dapat bergerak ke bawah bahagian uterus. Bentuk
uterus yang tidak normal juga boleh menyumbang kepada kes
presentasi abnormal.

KLASIFIKASI PRESENTASI ABNORMAL


Presentasi abnormal yang kebiasaannya dijumpai dipanggil
sebagai posisi breech dan posisi ossipitoposterior. Kes yang jarang

dijumpai adalah seperti posisi muka, kompaun, kening, dan bahu. Ia


dinamakan mengikut bahagian fetus yang berada pada pembukaan
servik semasa proses kelahiran.
i)

Posisi Breech

Dalam kelahiran breech, bahagian punggung fetus akan


dikeluarkan terlebih dahulu semasa kelahiran. Kebanyakan fetus
akan berada pada posisi breech sebelum minggu ke-32 semasa
tempoh kehamilan tetapi akan beralih semula semasa minggu ke-36
kehamilan. Dalam 3 daripada 100 kes yang tidak beralih merupakan
satu daripada tiga jenis presentasi breech yang ada. Terdapat tiga
jenis presentasi breech iaitu;
a) Complete breech.
b) Frank breech.
c) Footling breech.
ii)

Posisi ossipitoposterior

Semasa proses kelahiran daripada 5 fetus, 1 akan berada pada


posisi ossipitoposterior, dimana kepala menghala ke bawah tetapi
fetus menghadap pada abdomen ibu dan bukan pada bahagian
belakang ibu.

iii)
7

Posisi Cephalic.

Dalam presentasi muka, leher fetus dibengkokkan ke belakang


supaya wajah berada lebih daripada serviks. Presentasi ini berlaku
lebih dalam 1 daripada 400 kelahiran. Dalam presentasi kompaun,
yang berlaku dalam 1 daripada setiap 700 kelahiran, tangan atau
kaki terletak lebih daripada serviks di samping kepala atau
punggung. Bagi presentasi dahi, kepala janin dibengkokkan ke
belakang sedikit dengan dahi berada pada posisi melebihi serviks.
Manakala bagi presentasi bahu pula, fetus berada pada kedudukan
bahu menyerong dan terletak pada serviks ibu.

CARA MENDIAGNOS PRESENTASI ABNORMAL


8

Kebiasaannya, kedudukan fetus di dalam uterus akan


dipantau setiap kali ibu melakukan pemeriksaan antenatal. Doctor
biasanya akan memberitahu kepada ibu sekiranya fetus berada
pada kedudukan yang abnormal semasa penghujung tempoh
kehamilan. Doctor akan meminta ibu menjalani imbasan ultrasound
untuk mengesahkan kedudukan fetus.
Ultrasound juga dikenali sebagai imbasan ultrabunyi atau
sonografi yang melibatkan pemancaran gelombang bunyi yang
berfrekuensi tinggi. Gelombang bunyi akan melalui rahim dan fetus
dan akan dipantul balik. Pantulan kemudiannya akan diproses oleh
mesin dan computer dan akan mewujudkan imej pada skrin yang
akan mendedahkan kedudukan fetus di dalam uterus ibu, dengan
itu kedudukan fetus dapat disahkan dan tindakan selanjutnya dapat
dirancang dan diambil.

RAWATAN
Presentasi abnormal biasanya didiagnos pada lewat tempoh
kehamilan, dan sekiranya perlu pembedahan caeseran akan
dijalankan ke atas ibu. Kelahiran normal melalui vaginal mungkin
boleh dilakukan ke atas sesetengah presentasi breech atau
ossipitoposterior. Ibu yang mempunyai fetus dengan presentasi
breech pada minggu ke-37 boleh dirawat dengan prosedur yang
dipanggil external cephalic version. Prosedur ini merupakan teknik
urutan lembut pada abdomen ibu yang dilakukan oleh doktor untuk
mengubah posisi fetus dengan menggunakan bantuan dari imbasan
ultrasound. Teknik ini juga tidak memerlukan anestetik dan 50%
daripada kes presentasi breech dan ossipitoposterior berjaya diatasi
dengan menggunakan teknik urutan ini.
Selain daripada teknik urutan diatas, pembedahan caeserian
disyorkan bagi ibu yang tidak dapat melahirkan bayi secara normal.
Caeserian juga dikenali sebagai C-section dimana bayi dilahirkan
secara pembedahan dengan satu pemotongan melalui abdomen
dan rahim ibu.
Prosedur ini hanya akan dilakukan apabila ia ditentukan sebagai
satu kaedah yang lebih selamat berbanding kelahiran secara
normal. Terdapat 2 jenis pemotongan iaitu potongan melintang dan
potongan menegak yang dibuat pada kulit dan ke dalam rahim di

10

bahagian bawah abdomen ibu. Potongan secara melintang adalah


yang paling kerap digunakan kerana pendarahan adalah kurang dan
lebih cepat sembuh berbanding potongan secara menegak.

RUMUSAN
Secara rumusannya, presentasi abnormal merupakan suatu
cara kelahiran fetus mengikut posisi fetus pada akhir tempoh
kehamilan. Presentasi abnormal berbeza dengan baringan abnormal
fetus. Ibu yang mengalami masalah presentasi abnormal masih
boleh melahirkan bayi secara normal iaitu melalui vaginal, tetapi
perlu menjalankan beberapa prosedur atas nasihat doktor. Bagi kes
kelahiran selain kelahiran normal kebanyakan kes dapat
dikendalikan dengan baik dengan kelahiran secara pembedahan
caeserian. Presentasi abnormal boleh mendatangkan komplikasi
kepada ibu dan fetus sekiranya tidak di kenal pasti dengan lebih
awal. Tindakan tepat dapat dirancang sekiranya doktor dapat
mengesan kedudukan abnormal fetus semasa awal kandungan.

11

LAMPIRAN

Presentasi Abnormal

12

Posisi Breech
Posisi Ossipitoposterior

Footling
Breech
Frank Breech

13

Complete Breech

Placenta Previa

Pembedahan Caeserian

14

BIBLIOGRAFI
1. Artikel ibu dan balita.net (Edisi Mac 2003).
2. Buku Obstetric Williams (Edisi 21 m/s 189).
3. Prosedur Manual Kejururawatan Obstetrik dan Ginekologi ( Edisi 1
Januari 2006).
4. Current Obstetric & Gynecologic Diagnosis & Treatment- Lauren Nathan (Edisi
ke-9 m/s 369).
5. Williams Obstetrics (Edisi ke-14) Appleton Century Crofts (m/s 872)
6. Textbook of Obstetrics ( G. Ramakrishnam Raju)
7. Fundamentals of Obstetrics and Gynaecology (volume one- Derek Llewellyn
Jones)
8. bayi-ibu.com/pembedahan-caeserian-semasa-kelahiran/
9. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=0310&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_04.htm#ixzz2v
S07s4GX

15

Anda mungkin juga menyukai

  • MAOG2111
    MAOG2111
    Dokumen3 halaman
    MAOG2111
    Umieq Salmee
    Belum ada peringkat
  • IKRAR
     IKRAR
    Dokumen3 halaman
    IKRAR
    Umieq Salmee
    Belum ada peringkat
  • IKRAR
     IKRAR
    Dokumen3 halaman
    IKRAR
    Umieq Salmee
    Belum ada peringkat
  • Glasgow Coma Scale
    Glasgow Coma Scale
    Dokumen6 halaman
    Glasgow Coma Scale
    Umieq Salmee
    Belum ada peringkat
  • FARMAKOLOGI
    FARMAKOLOGI
    Dokumen20 halaman
    FARMAKOLOGI
    Umieq Salmee
    Belum ada peringkat
  • IKRAR
     IKRAR
    Dokumen3 halaman
    IKRAR
    Umieq Salmee
    Belum ada peringkat
  • Budaya Korporat2
    Budaya Korporat2
    Dokumen11 halaman
    Budaya Korporat2
    Umieq Salmee
    Belum ada peringkat
  • Normal Delivery
    Normal Delivery
    Dokumen36 halaman
    Normal Delivery
    Umieq Salmee
    Belum ada peringkat
  • IKRAR
     IKRAR
    Dokumen3 halaman
    IKRAR
    Umieq Salmee
    Belum ada peringkat