Anda di halaman 1dari 6

Malaysia dan Hubungan Serantau (ASEAN)

Keanggotaan dan matlamat


Bentuk kerjasama
Cabaran
Pengenalan
Dasar luar Malaysia bertujuan menjamin kemakmuran dan kestabilan negara serta keselamatan negara.
Kerjasama antarabangsa dan hubungan luar melibatkan unsure politik, social, ekonomi dan budaya. Dasar luar
Malaysia juga melibatkan usaha mencari cara-cara baharu untuk mencapai dan menjaga kepentingan negara
dalam persekitaran antarabangsa yang sentiasa berubah. Perkembangan dasar luar negara dipengaruhi
fahaman atau konsep kepimpinan setiap Perdana Menteri. Jika sebelumnya dasar luar negara lebih menekankan
hubungan serantau, kini penekanan lebih diberikan pada hubungan dengan negara lain pada peringkat
antarabangsa demi memelihara kepentingan ekonomi dan politik selaras dengan era globalisasi.
Keanggotaan dan Matlamat
Keanggotaan ASEAN
Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) ditubuhkan di Bangkok, Thailand pada 8 Ogos 1967 melalui
Deklarasi Bangkok.
ASEAN terdiri daripada Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand. Brunei Darussalam menyertai
ASEAN pada 7 Januari 1984, Vietnam pada tahun 1995, Laos dan Myanmar pada tahun 1997 dan Kemboja
(Kampuchea) pula menyertai ASEAN pada tahun 1999.
Matlamat ASEAN
Antara matlamat penubuhan ASEAN adalah seperti berikut:
Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan social dan pembangunan kebudayaan di rantau Asia
Tenggara.
Menggalakkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dengan mematuhi prinsip Piagam
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
Menggalakkan kerjasama dan bantuan antara satu sama lain dalam pelbagai bidang termasuk latihan dan
penyelidikan
Meningkatkan taraf hidup rakyat negara anggota melalui kerjasama dalam sektor pertanian dan perdagangan.
Mengeratkan hubungan dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa lain.
Bentuk Kerjasama
Kerjasama Politik
1. Untuk menjamin kestabilan politik dan keamanan negara serantau, konsep ZOPFAN telah diwujudkan
melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 November 1971.
2. Matlamat penubuhannya ialah:
a. Memelihara keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dengan mengelak campur tangan
daripada mana-mana pihak luar seperti Rusia, Amerika Syarikat dan China dalam hal-hal di rantau ini.
b. Menyediakan saluran untuk menyelesaikan pertikaian yang berlaku di Asia Tenggara secara aman dan
bukan menggunakan kekerasan.
c. Mengelakkan penglibatan dalam pertikaian antara kuasa besar.
d. Memberi peluang kepada negara anggota untuk menentukan nasib sendiri.
3. Zon Bebas Senjata Nuklear (SEANWFZ) dibentuk pada 16 Disember 1987 untuk memastikan kawasan
ASEAN bebas daripada ancaman senjata nuclear.
4. ASEAN mengamalkan pendirian bersama dalam isu politik seperti pencerobohan Vietnam di Kemboja, iaitu
tentera Vietnam harus berundur dari Kemboja dan rakyatnya diberi peluang untuk menentukan nasib negara
mereka sendiri.
Kerjasama Ekonomi
Kerjasama ekonomi dari tahun 1967 hingga 1976 boleh dikatakan lembab kerana tiada aktiviti dijalankan pada
peringkat ASEAN. Kerjasama ekonomi bermula setelah beberapa perjanjian seperti Perjanjian Persahabatan dan
Kerjasama (Treaty of Amity and Cooperation) dan Perisytiharan Pakatan ASEAN (Declaration of ASEAN
Concord) ditandatangani pada tahun 1976 di Bali semasa Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan ASEAN pertama.
Antara kerjasama ekonomi negara-negara anggota ASEAN adalah seperti berikut:
Melaksanakan projek-projek perindustrian seperti:

Projek Baja Urea ASEAN di Indonesia

Projek Baja Urea ASEAN di Malaysia

Projek Fabrikasi Tembaga ASEAN di Filipina

Projek Vaksin Hepatitis B ASEAN di Singapura

Projek Garam Batuan-Abu Soda ASEAN di Thailand

Mengadakan usaha sama perindustrian ASEAN.

Mengadakan Skim Pelengkapan Perindutrian ASEAN, misalnya dalam bidang automotif.

Mewujudkan Peraturan Perdagangan Istimewa 1977 untuk meningkatkan perdagangan antara negara
anggota. Keistimewaan yang diberikan termasuk kontrak kuantiti jangka panjang, perolehan istimewa oleh
entiti kerajaan, pelonggaran langkah-langkah bukan tarif dan perluasan tarif istimewa.

Mengadakan kerjasama dalam sektor kewangan

Majlis Perbankan ASEAN (ASEAN Banking Council) ditubuhkan untuk menyelaras kegiatan bank-bank
perdagangan di rantau ASEAN

Syarikat Kewangan ASEAN ditubuhkan untuk memberikan kemudahan kewangan kepada negaranegara yang terlibat dalam projek-projek uasaha sama ASEAN.

Mengadakan kerjasama dalam bidang komunikasi

Pemasangan kabel laut ASEAN menghubungkan negara anggota

Mengasaskan Skim Pertukaran Berita Televisyen

Mengiktiraf lessen pemandu di rantau ASEAN

Mengadakan kerjasama dalam sektor makanan dan pertanian

Penubuhan Pusat Perancangan Pembangunan Pertanian ASEAN sebagai bank data mengenai masalah
pertanian

Penubuhan Plant Quarantine Traning Centre and Institute di Serdang

Mengadakan dialog dengan negara-negara maju

Mewujudkan Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga yang menggalakkan pembangunan dalam bidang
perdagangan, perlancongan, pengangkutan dan perhubungan seperti:

IMT-GT (Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand)

IMS-GT (Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Singapura)

BIMP-EAGA (Kawasan Pertumbuhan

ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina)


Kerjasama Sosial dan Kebudayaan
Tabung Kebudayaan ASEAN diwujudkan untuk mengeratkan hubungan antara negara ASEAN melalui aktiviti
kebudayaan seperti Pesta Filem ASEAN dll.
Penubuhan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM). Tujuan penubuhan adalah seperti
berikut:

Mengembangkan Bahasa Melayu supaya setaraf dengan bahasa moden

Meningkatkan semangat persaudaraan di antara negara anggota

Meningkatkan peranan Bahasa Melayu sebagai alat perhubungan yang lebih luas

Pembentukan Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO)

Menggalakkan kerjasama dalam bidang ilmu pengetahuan

Menganjurkan projek berikut;

Pusat Kajian Bahasa Inggeris di Singapura (RELC)

Pusat Pembaharuan dan Teknologi di Filipina (INNOTECH)

Pusat Pendidikan Serantau bagi Pendidikan Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang.

Cabaran ASEAN
Ekonomi
Pengurangan permintaan pasaran dunia terhadap sumber bahan utama seperti bijih timah dan getah asli negaranegara ASEAN telah membantutkan pertumbuhan ekonomi dirantau ini.Negara-negara ASEAN terpaksa member
perhatian kepada sektor perkilangan dan perkhidmatan.
Pengeluaran dan pemasaran keluaran yang sama menyebabkan persaingan yang sengit dikalangan negara
ASEAN.Pergantungan kepada negara maju dari segi ekonomi masih berlanjutan. Indonesia dan Thailand
dibebani hutang luar negara.

Sosial
Negara ASEAN menghadapi cabaran besar untuk mengekalkan taraf hidup rakyatnya. Proses pembandaran
yang pesat dan kadar pengangguran yang meningkat menjejaskan usaha meningkatkan taraf hidup penduduk di
negara ASEAN.

Politik
Perubahan kepimpinan di sesetengah negara ASEAN Percubaan rampasan kuasa atau keganasan di Filipina
dan Indonesia. Negara ASEAN terpaksa mengenakan sekatan terhadap kebebasan berpolitik di negara masingmasing.

Lagu ASEAN
Lagu ini dicipta oleh Ryan Cayabyab dan lirik oleh Nicanor G. Tiongson. Lagu ini
disampaikan oleh Philippine Madrigal singers, Philippine Normal University Chorale,
Philippine Women's University Chorale, A Capella Manila dan Orkestra Filharmonik Filifina.

Lagu Perpaduan ASEAN


ASEAN, OH ASEAN
OUR VOICES RISE AS ONE
FROM LAND TO LAND FROM SEA TO SEA
REACH OUT TO EVERYONE

ASEAN, OH ASEAN
LET'S LINK OUR ARMS AND STAND
BEHOLD THE SUN HAS RISEN TO
THE LEVEL OF OUR EYES
BEHOLD THE SUN HAS RISEN TO
THE LEVEL OF OUR EYES

Logo

ASEAN

Logo ASEAN membawa erti ASEAN yang stabil, aman, bersatu dan dinamik. Warna logo itu
biru, merah, putih dan kuning merupakan warna utama lambang negara negara ASEAN.
Warna biru melambangkan keamanan dan kestabilan. Merah bermaksud semangat dan
dinamisme manakala putih menunjukkan ketulenan dan kuning melambangkan kemakmuran.
Sepuluh tangkai padi melambangkan impian Bapa Penemuan ASEAN yang kesepuluh negara
di Asia Tenggara bersatu dan bersahabat. Bulatan pula melambangkan kesatuan ASEAN.
Tulisan yang digunakan untuk perkataan ASEAN ialah helvetica dalam tulisan kecil dan bold.

Bendera ASEAN

Bendera ASEAN membawa erti ASEAN yang stabil, aman, bersatu dan dinamik. Warna logo
iaitu biru, merah, putih dan kuning merupakan warna utama bendera negara negara ASEAN.
Warna biru melambangkan keamanan dan kestabilan. Merah bermaksud semangat dan
dinamisme manakala putih menunjukkan ketulenan dan kuning melambangkan kemakmuran.

Sepuluh tangkai padi melambangkan impian Bapa Penemuan ASEAN yang kesepuluh negara
di Asia Tenggara bersatu dan bersahabat. Bulatan pula melambangkan kesatuan ASEAN.