Anda di halaman 1dari 32

1

PENGENALAN
Didalam kajian ini akan menerangkan tentang biodata dan kisah kehidupan Nabi
Muhammad sejak dari kelahiran baginda sehinggalah kewafatan baginda . Banyak
aspek yang diselitkan dalam kehidupan Rasulullah diantaranya seperti salasilah
keturunan baginda dan peristiwa yang berlaku sebelum dan semasa kelahiran baginda .
Selain itu , Kajian ini juga mengandungi tentang perundangan zaman Nabi Muhammad
S.A.W ketika baginda di kota Mekah .
Kehidupan Rasulullah S.A.W bermula ketika kelahirannya pada tahun 571 Masihi
bersamaan dengan 12 Rabiulawal pada tahun Gajah . Sewaktu Rasulullah S.A.W
berada dalam kandungan ibunya iaitu Aminah binti Wahab , baginda telah kehilangan
ayahnya iaitu Abdullah . Tidak lama kemudian , ibu baginda juga meninggal dunia dan
baginda telah diambil oleh datuknya pula iaitu Abdul Mutalib. Selepas datuknya
meninggal dunia baginda telah dipelihara oleh bapa saudaranya iaitu Abu Talib. Ketika
Usia Rasulullah S.A.W dalam lingkungan 25 tahun , baginda telah berkahwin dengan
Siti Khadijah . Baginda juga pernah mengahwini dengan Saudah binti Zamah, Aisyah
binti Abu Bakar, Hafsah binti Umar, Ummi Habibah binti Abu Sufyan, Hindun binti
Umaiyah, Zainab binti Jahsy, Maimunah binti Harith, Safiyah binti Huyai bin Akhtab dan
Zainab binti Khuzaimah . Sewaktu umur baginda telah mencecah 40 tahun , baginda
telah mendapat wahyunya yang pertama dan akhirnya dengan wahyu ini baginda telah
dipilih sebagai Rasul . Pada ketika berusia 63 tahun , baginda telah wafat pada 12
Rabiulawal bersamaan hari Isnin . Saat tersebut begitu menyentuh banyak hati manusia
terutamanya di kalangan para sahabat . Kewafatan Nabi Muhammad S.A.W
menandakan bahawa berakhirnya tampuk pemerintahan baginda dan segala urusan
dan amanah telah berpindah kepada para sahabat baginda .
Perundangan zaman nabi Muhammad S.A.W pula hanya difokuskan terhadap
peristiwa pembukaan mekah dan kisah kisah yang berkaitan dengannya . Zaman
Perundangan Islam bermula sejak nabi Muhammad menjadi pemerintah tertinggi di
kota Mekah . Didalam perundangan pada zaman Rasulullah S.A.W , baginda
menggunakan dua sumber iaitu al Quran dan hadis .

1.0

BIODATA DAN KEHIDUPAN RASULULLAH SAW DI MAKKAH

Nama sebenar Nabi Muhammad SAW yang sebenar ialah Muhammad bin Abdullah.
Baginda lahir di rumah Abu Talib iaitu di Makkah Al-Mukarramah pada waktu subuh
pada tahun 571 Masihi bersamaan dengan 12 Rabiulawal pada tahun Gajah. Baginda
telah wafat ketika umurnya 63 tahun pada 12 Rabiulawal bersamaan dengan hari Isnin.
Baginda berasal dari keturunan bangsa Quraisy dibawah nasab Qusai bin Kilab. Bapa
baginda bernama Abdullah bin Abdul Mutalib manakala ibunya pula bernama Aminah
binti Wahab. Bapa baginda meninggal dunia semasa baginda dalam kandungan
manakala ibunya meninggal dunia semasa umur baginda enam tahun. Baginda
mempunyai dua ibu susuan. Ibu susuan baginda yang pertama ialah Thuwaibatul
Aslamiyah dan yang kedua ialah Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah. Baginda juga
mempunyai adik-beradik susuan. Pada usianya mencecah enam tahun, ibunya pula
Aminah binti Wahab telah meninggal dunia dan dipelihara oleh datuknya iaitu Abdul
Mutalib. Selepas datuknya meninggal dunia baginda telah dipelihara oleh bapa
saudaranya iaitu Abu Talib.
Sifat-sifat fizikal baginda ialah wajahnya seperti bulan purnama kerana wajahnya
yang bulat dan putih seperti perak. Dahinya yang luas, raut kening yang tebal dan urat
darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas ketika marah. Baginda
mempunyai mata yang hitam dengan bulu mata yang panjang, mempunyai garis-garis
di bahagian putih matanya serta luas kelopak matanya dan kebiruan asli di bahagian
sudut. Pada bahagian mulut pula, ia sederhana luas dan cantik, giginya kecil dan
bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian tengah giginya dan indah tutur
katanya semasa bercakap. Baginda mempunyai janggut yang penuh dan tebal. Pada
bahagian rambut baginda pula, rambutnya sedikit ikal dan tebal sehinggakan kadangkadang ia menyentuh pangkal telinga dan mencecah ke bahu tetapi disisir rapi. Selain
itu, baginda mempunyai dada bidang yang selaras dengan perut dan kedua-dua

bahunya yang seimbang.Pada bahagian tangan pula, baginda mempunyai pergelangan


dan tapak tangan yang lebar serta jari-jarinya yang besar dan tersusun dengan cantik.
Baginda digelar al-Amin kerana baginda mengamalkan empat sifat iaitu Siddiq,
Amanah, Tabligh dan Fatanah. Selain itu, baginda seorang yang bijaksana. Ini dapat
dibuktikan semasa Makkah berlaku banjir besar dan menyebabkan Hajar Aswad
terjatuh daripada tempat asalnya. Semasa hendak meletakkannya semula, timbul
pertelingkahan

di

kalangan

kabilah

Arab

Quraisy.

Lalu

baginda

membantu

menyelesaikan perbalahan itu dengan meletakkan Hajar Aswad di atas kain putih.
Seterusnya beliau memanggil empat suku kaum yang hadir pada masa tersebut dan
meminta mereka memegang setiap bucu kain tersebut. Akhirnya, semua suku kaum
tersebut merasa puas hati sehingga tidak berlaku pergaduhan di antara puak-puak
tersebut.
Semasa bapa saudaranya menjaga baginda, beliau telah mengajar baginda
untuk mengembala kambing. Ketika umur baginda 12 tahun, baginda telah mengikuti
rombongan perniagaan bapa saudaranya ke Syam yang terletak diutara semenanjung
Tanah Arab. Ketika umurnya 20 tahun, baginda semakin giat berdagang di Syam
berseorangan lalu Abu Talib mencadangkan baginda untuk menguruskan perniagaan
Khadijah binti Khuwalid. Baginda telah berjaya membuatkan perniagaan Khadijah
bertambah maju akibat dari kebijaksanaannya dan kelembutan caranya bertutur kata
dengan pelanggan. Disebabkan itu, beliau telah memberikan sepenuh kepercayaan
kepada baginda untuk menguruskan perniagaannya. Dengan sikap baginda yang
sebegitu telah menyebabkan Khadijah jatuh hati lalu membuka hatinya untuk berkahwin
dengan baginda. Ketika itu, baginda baru berumur 25 tahun dan Khadijah berumur 40
tahun.
Selain Khadijah, baginda pernah mengahwini dengan Saudah binti Zamah,
Aisyah binti Abu Bakar, Hafsah binti Umar, Ummi Habibah binti Abu Sufyan, Hindun
binti Umaiyah, Zainab binti Jahsy, Maimunah binti Harith, Safiyah binti Huyai bin Akhtab
dan Zainab binti Khuzaimah. Baginda juga mempunyai tujuh orang anak iaitu Qassim,
Abdullah, Ibrahim, Zainab, Ruqaiyah, Umi Kalthum dan Fatimah Az Zahra. Baginda
juga mempunyai anak angkat iaitu Zaid bin Harithah bin Syarahil. Para sahabat yang

sentiasa ada dengan baginda ialah Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman
dan Saidina Ali. Para sahabat baginda sanggup berkorban apa sahaja untuk
memastikan baginda sentiasa berada dalam keadaan selamat. Baginda juga
mempunyai setiausaha pencatat Al-Quran iaitu Abu Bakar , Umar , Uthman , Ali , Zubir ,
Amir , Amru Al-'As , Zaib bin Thabit , Muawiyah , Ubai bin Ka'ab , Abdullah bin Rawa.
Sebelum dilantik menjadi Rasul, baginda sering memikirkan tentang kehidupan
umatnya lalu mencari cara dengan mengasingkan diri untuk beribadat kepada Allah.
Baginda bertahannuth kepada Allah di Gua Hira yang terletak di Bukit Nur. Lebih
kurang enam bulan baginda berulang-alik di Gua Hira sehinggakan Allah telah
menurunkan wahyu yang pertama iaitu Surah Al-Alaq kepada baginda menerusi
Malaikat Jibril. Ketika baginda mendapat wahyu tersebut, umur baginda telah
mencecah 40 tahun dan akhirnya dengan wahyu ini baginda telah dipilih sebagai Rasul.
Selepas baginda mendapat wahyu, baginda telah menyampaikan wahyu secara sulit
dan bersembunyi di rumah-rumah sahabatnya yang dikenali sebagai Abu Abdillah alArqam bin Abi al-Arqam. Ketika itu, lelaki pertama yang memeluk agama islam ialah
sahabat paling disayangi baginda iaitu Abu bakar as-Siddiq manakala perempuan yang
pertama ialah isteri baginda iaitu Khadijah binti Khuwalid. Kanak-kanak pertama yang
memeluk agama islam ketika itu ialah Ali bin Abu Talib. Baginda menyeru mereka
supaya beriman kepada Allah dan rasulnya serta meninggalkan ibadat menyembah
berhala. Di samping itu, baginda juga mengajak mereka melakukan kebaikan dan
meninggalkan perkara atau perbuatan yang mungkar seperti berjudi, minum arak,
menipu, berzina, dan membunuh anak.
Ketika baginda berusia 63 tahun , baginda telah wafat pada 12 Rabiulawal
bersamaan hari Isnin. Ketika itu Malaikat Jibril datang menemui baginda dan berkata
Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan
agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. dan demikian
juga apa yang terlarang olehnya.Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan
beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan
kamu. Setelah baginda berjumpa dengan Malaikat Jibril , baginda dari Makkah terus ke
Madinah untuk mengumpulkan para sahabatnya dan menceritakan apa yang berlaku.

Apabila baginda menceritakan apa yang berlaku, sahabat-sahabatnya sangat gembira


kecuali Saidina Abu Bakar. Saidina Abu Bakar pulang ke rumah dan menguncikan
dirinya di dalam bilik lalu menangis teresak-esak dari pagi hinggalah ke malam. Di
dalam kegembiraan para sahabat yang lain, tersirat suatu perasaan yang sebak di
dalam diri salah seorang sahabat baginda yang paling rapat iaitu Saidina Abu Bakar.
Justeru itu , para sahabat lain yang hairan dengan perlakuan Saidina Abu Bakar
telah pergi berjumpa dengan Saidina Abu Bakar, dari situ segalanya terjawab bahawa
muslimin dan mulimat semua akan kehilangan seorang pemimpin umat Islam yang
terulung walaupun agama ini telah menjadi sebuah agama yang unggul kebanggaan
semua. Pada hari saat ajal Rasullah SAW semakin hampir, baginda sudah mula sakit
dan sering diziarahi oleh para sahabatnya. Setelah mendapat perintah Allah , malaikat
Izrail ditugaskan untuk mencabut nyawa baginda. Akhirnya, manusia teragung
sepanjang zaman ini telah wafat dan telah meninggalkan umatnya. Dengan kewafatan
Rasulullah SAW, bermakna pemerintahan baginda telah tamat disitu dan pemerintahan
baginda telah beralih kepada para sahabat baginda.
2.0 SALASILAH KETURUNAN NABI MUHAMMAD SAW
Susur galur keturunan Rasulullah SAW dapat dilihat setelah sampainya ke generasi
Qushayy iaitu Abd`l Muttalib yang merupakan lanjutan keturunan kepada Qusai bin
Kilab. Pada waktu itu, dikatakan usia Abd`l Muttalib telah hampir mencapai tujuh puluh
tahun ketika tentera Abrahah menjalankan serangan ke atas Makkah. Tentera bergajah
Abrahah bukan sahaja menyerang kota Makkah malah mereka juga ingin meruntuhkan
Kaabah. Ketika itu umur anaknya, Abdullah sudah mencecah dua puluh empat tahun
dan sudah tiba masanya untuk beliau dikahwinkan. Abd`l-Muttalib telah memilih Aminah
binti Wahab bin Abd Manaf bin Zuhra selaku keturunan kepada pemimpin suku Zuhra
ketika itu untuk dikahwinkan bersama anaknya. Ketika itu, Aminah binti Wahab bin Abd
Manaf juga telah mencecah usia yang sepatutnya dikahwinkan tambahan pula beliau
mempunyai satu kedudukan yang terhormat. Kemudian pergilah anak-beranak untuk
mengunjungi keluarga Zuhra. Abd`l-Muttalib dengan anaknya telah menemui Wahab
dan melamar puterinya iaitu Aminah binti Wahab bin Abd Manaf .

Abdullah dengan Aminah tinggal selama tiga hari di rumah Aminah, sesuai
dengan adat kebiasaan Arab apabila perkahwinan dilangsungkan di rumah keluarga
pengantin perempuan. Sesudah itu mereka telah berpindah bersama-sama ke rumah
keluarga Abd`l-Muttalib. Beberapa lama kemudian , Abdullah pergi dalam suatu usaha
perdagangan ke Syria dengan meninggalkan isteri yang berada dalam keadaan hamil.
Dalam perjalanannya itu, Abdullah tinggal selama beberapa bulan di lokasi
perdagangannya. Dalam pada itu beliau juga pergi ke Gaza dan kembali lagi. Kemudian
beliau singgah ke tempat saudara-saudara ibunya di Madinah hanya untuk beristirehat.
Sesudah itu beliau kembali pulang dengan kafilah ke Makkah namun beliau telah
mendapat sakit di tempat saudara-saudara ibunya. Kemudian , kawan-kawannya telah
pulang terlebih dahulu dengan meninggalkan Abdullah . Apabila kawan kawan kepada
Abdullah telah sampai ke Makkah, mereka telah menyampaikan berita tentang penyakit
Abdullah kepada keluarganya itu.

Apabila berita tentang penyakit yang dialami oleh Abdullah sampai kepada Abd`lMuttalib, beliau telah mengutuskan Harith iaitu anaknya yang sulung untuk ke Madinah
supaya mengambil kembali Abdullah bila anaknya itu sudah sembuh. Namun ,
sesampainya Harith dan utusan ayahnya itu di Madinah, Abdullah telah pun meninggal
dunia. Justeru itu, mereka telah menjalankan pengebumian Abdullah dan sebulan
selepas itu mereka pun kembali pulang ke Makkah. Harith kembali kepada keluarganya
dengan membawa perasaan pilu atas kematian adiknya itu. Abd`l-Muttalib ketika itu
sangat berduka cita dan sedih tentang kematian anaknya itu dan begitu juga menimpa
kepada Aminah. Aminah berasa sedih kerana beliau telah kehilangan seorang suami
yang selama ini menjadi harapan kepada kebahagiaan hidupnya. Abd`l-Muttalib yang
terlalu sayangkan anaknya sehinggakan penebusannya terhadap sang berhala yang
demikian rupa belum pernah terjadi di kalangan masyarakat Arab sebelum itu hanya
kerana kematian anaknya. Peninggalan Abdullah sesudah wafat terdiri dari lima ekor
unta, sekelompok ternak kambing dan seorang budak perempuan, iaitu Ummu Aiman
yang kemudian menjadi pengasuh kepada Rasulullah SAW.

Pada waktu Aminah telah hamil seperti ada wanita lain melahirkan. Setelah
selesai bersalin, Aminah mengirimkan berita gembira ini kepada Abd`l Muttalib yang
berada di Kaabah dengan mengatakan bahawa beliau telah melahirkan seorang anak
lelaki. Abd`l Muttalib sangat gembira atas kelahiran Rasulullah SAW sehingga
membuatkan beliau teringat kepada anaknya iaitu Abdullah. Kemudian Abd`l Muttalib
dengan segera pergi menemui menantunya itu lalu diangkatnya Rasululah SAW dan
dibawanya ke Kaabah. Bayi itu telah diberikan nama sebagai Muhammad. Setelah itu
mereka menantikan orang yang akan menyusukan Rasulullah SAW dari Keluarga Sa`d
untuk menyerahkan Rasulullah SAW kepada salah seorang dari mereka kerana perkara
ini sudah menjadi adat turun temurun bagi kaum bangsawan Arab di Makkah.
Mengenai tahun ketika Nabi Muhammad SAW dilahirkan, beberapa ahli
berlainan pendapat.

Sebahagian besar mengatakan pada Tahun Gajah iaitu 570

Masihi. Manakala, Ibn Abbas pula mengatakan baginda dilahirkan pada Tahun Gajah.
Pendapat yang lain pula berpendapat kelahiran Rasulullah SAW berlaku ketika lima
belas tahun sebelum peristiwa gajah. Seterusnya , para ahli yang berlainan memberi
pendapat mengenai bulan kelahiran Rasulullah SAW dengan mengatakan baginda
dilahirkan pada bulan Rabiul Awal. Namun ada yang menyatakan bahawa baginda lahir
dalam bulan Muharam. Sementara yang lain berpendapat dalam bulan Safar dan bulan
Ramadan.
Pada hari ketujuh kelahiran baginda , Abd`l-Muttalib telah meminta untuk
disembelihkan unta. Hal ini kemudian dilakukan dengan mengundang makan kepada
masyarakat Quraisy. Setelah mereka mengetahui bahawa anak itu diberi nama
Muhammad, mereka bertanya-tanya mengapa baginda tidak diletakkan nama nenek
moyang sebagaimana bayi yang lahir sebelum ini. Kemudian Abd`l Muttalib menjawab
Kuinginkan dia akan menjadi orang yang terpuji bagi Tuhan di langit dan bagi
makhlukNya di bumi.
Kelahiran Nabi Muhammad SAW, anak dari Abdullah dan Aminah telah
memberikan kebahagiaan tersendiri bagi anak dari keturunan Abd Manaf. Kehadiran
baginda juga satu rahmat kepada umat islam kerana disinilah bermulanya era
permulaan bagi agama islam. Dengan kehadiran Rasulullah SAW , baginda telah

menjadi penerang kepada kegelapan umat manusia terdahulu dan mengeluarkan


manusia dari kelompok kejahiliyahan .
3.0 PERISTIWA SEBELUM DAN SEMASA KELAHIRAN RASULULLAH SAW
Kelahiran Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Makkah alMukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta. Kelahiran baginda
menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam
menyampaikan risalah Islam. Peristiwa ini merupakan peristiwa utama dalam sejarah
Islam. Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan saja dilihat dalam konteks
sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa
luar biasa ini disebut sebagai Irhas. Irhas bermaksud satu kejadian luar biasa bagi
manusia yang normal dan hanya diberikan kepada seorang nabi. Keajaiban tentang
kemunculan Rasulullah SAW berlaku sejak sebelum ayahnya, Abdullah berkahwin
dengan Aminah, dikatakan cahaya itu dengan gilang gemilang dari wajahnya kerana di
dalam sulbinya membaca cahaya yang bakal menerangi alam maya kelak sehingga
digilai oleh ramai wanita termasuk dari kalangan ahlil kitab. Sehinggalah beliau
berkahwin dengan Aminah cahaya tersebut berpindah kepada Aminah pula. Kemudian,
benih yang mempunyai cahaya tadi berpindah ke jasad isterinya yang tercinta.

Peristiwa ini bermula sejak dari semasa Rasulullah SAW berada di dalam
kandungan Siti Aminah, dikatakan beliau tidak merasa susah sebagaimana yang
dialami oleh keadaan ibu yang hamil. Kehamilan Siti Aminah disedari melalui
perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat
mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu seluruh
umat manusia. Kehamilan Siti Aminah ditandai dengan haidnya terputus dan
berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah iaitu suaminya ke wajahnya. Ketika Nur
Muhammad masuk ke dalam rahim Siti Aminah, Allah telah memerintahkan malaikat
supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu kepada semua penghuni
langit dan bumi tentang kelahiran Rasulullah SAW. Tanah-tanah di persekitaran
kawasan Makkah yang kering telah menjadi subur, pohon-pohon kayu menjadi rimbun

dan berbuah dengan lebat. Haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkan
tentang kelahiran penghulu manusia itu.
Tentera bergajah Abrahah datang menyerang kota Makkah, yang dirakamkan
dalam surah Al-Fil yang diketuai oleh raja Abrahah yang menunggang seekor gajah
besar bernama Mahmudi. Apabila sampainya tentera bergajah ini ke kota Makkah,
gajah-gajah itu berhenti secara tiba-tiba dan berundur dengan izin Allah. Tiba-tiba,
muncul sekumpulan burung Ababil datang membawa batu-batu yang panas dari neraka
untuk menyerang dan menghancurkan tentera bergajah Abrahah tersebut. Kemudian,
Siti Aminah telah mendapat mimpi yang menakjubkan dimana beliau menadah tangan
ke langit dan melihat sendiri para malaikat turun dari langit. Situasi ini diumpamakan
kapas putih yang terapung di angkasa. Kemudian para malaikat berdiri di hadapannya
dan berkata "khabar gembira untuk kamu, wahai ibu kepada seorang nabi, putera kamu
ini adalah penolong dan pembebas manusia, namakan dia Ahmad.''
Semasa Rasulullah SAW lahir , keadaan sekeliling bergemerlapan, cahaya nur
keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra
di Syria. Perkara ini dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi
sehinggakan pemandangan dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat. Rasulullah SAW
lahir dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti
seorang yang sedang berdoa. Kemudian, awan turun menyelimuti tubuh Siti Aminah
sehingga beliau mendengar satu suara seruan "Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur
dan Barat, supaya mereka tahu, dialah yang akan menghapuskan segala perkara
syirik''. Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah
riwayat menyatakan, Rasulullah SAW lahir dalam keadaan memandang ke arah langit
sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada
semua makhluk. Pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ
mengalami kerosakan dan kemusnahan. Riwayat daripada Abdul Mutalib, "Ketika aku
sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada
Allah.Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, "Telah lahir nabi pilihan
yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini
dan akan memerintahkan penyembahan kepada Yang Maha Mengetahui''.

10

Satu goncangan juga berlaku di Mahligai Kisra di Parsi dan menyebabkan


mahligai tersebut retak, kemudian empat belas tiang serinya didalam dewannya runtuh.
Seterusnya , Biara Majusi iaitu tempat penyembahan tuhan api di Parsi yang tidak
pernah padam seribu tahun telah terpadam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan
api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat
mengejutkan orang Parsi. Selepas itu, Tasik Sawah dan gereja-gereja yang dianggap
suci telah tenggelam ke dalam tanah. Selanjutnya,Tembakan bintang menjadi begitu
kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib
sudah tamat. Apabila pintu langit tertutup menjadikan raja syaitan iaitu azazil menjadi
resah dan takut. Begitulah keadaan sebelum dan semasa kelahiran Rasulullah SAW
yang banyak memberi keajaiban terhadap kewujudan manusia teragung ini.
4.0 SEJARAH KOTA MAKKAH AL MUKARAMMAH
Kota Makkah merupakan tempat kelahiran Nabi Muhammad SAW.Kota ini sangat
dicintai nabi Muhammad SAW kerana merupakan titik mula kewujudannya selaku
penghulu manusia . Kecintaannya kepada kota Makkah dapat diperhatikan betapa
besarnya kesedihan beliau tatkala meninggalkan kota Makkah untuk hijrah ke Yastrib
iaitu nama lama bagi Madinah . Ketika Rasullah SAW berada di Madinah baginda
mendambakan untuk dapat kembali ke Makkah dan keinginan beliau dikabulkan Allah
dengan pembukaan kota Makkah sebagaimana firman Allah pada surat An-Nashr (110 :
1-3)
Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, Dan kamu Lihat manusia
masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, Maka bertasbihlah dengan memuji
Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya.Sesungguhnya Dia adalah Maha
Penerima taubat.
Kota Makkah merupakan salah satu kisah perjalanan yang dipelopori oleh banyak
kafilah. Kota Makkah berhadapan dengan Laut Merah iaitu antara Yaman dan Palestina
.Lokasi tersebut terletak diantara barisan bukit-bukit sejauh kira-kira delapanpuluh
kilometer dari pantai. Bukit-bukit ini mengelilingi sebuah lembah yang tidak begitu luas,
yang hampir terkepung sama sekali oleh bukit-bukit. Laluan Makkah terbuka kepada

11

tiga iaitu jalan menuju ke Yaman , yang kedua jalan dekat Laut Merah di pelabuhan
Jedah dan yang terakhir jalan yang menuju ke Tanah Palestin .
Lembah itu digunakan sebagai tempat perhentian kafilah untuk beristirehat
kerana di kawasan Makkah terdapat sumber mata air yang boleh memenuhi keperluan
mereka .Oleh itu ,rombongan kafilah itu akan membentangkan khemah-khemah mereka
samaa ada datang dari laluan Yaman untuk menuju ke Palestin atau yang datang dari
Palestina untuk menuju ke Yaman. Nabi Ismail merupakan anak kepada Nabi Ibrahim
adalah selaku orang pertama yang menjadikan Makkah sebagai tempat tinggalnya ,
manakala bagi kafilah yang sebelumnya hanya menjadikan Makkah sebagai laluan
mereka dan tempat perdagangan secara tukar-menukar kepada mereka yang datang
dari arah selatan jazirah dengan urusan untuk bertolak dari arah utara.
Kota Makkah terletak sekitar 600 km di sebelah selatan kota Madinah, kurang
lebih 200 km sebelah timur laut dari kota Jeddah. Kota Makkah merupakan lembah
sempit yang dikelilingi oleh gunung - gunung dengan bangunan Kaabah sebagai
pusatnya.Pada masa dahulu kota Makkah ini telah dilanda banjir ketika musim hujan
diakhir era pemerintahan Arab Saudi dalam merenovasi kota ini. Secara umumnya ,kota
kota di wilayah Arab Saudi beriklimkan gurun.
Perkembangan kota Makkah bermula sejak Nabi Ismail dan Hajar menjadi
sebagai penduduk pertama di kota ini yang telah ditempatkan oleh Nabi Ibrahim di atas
perintah Allah S.W.T. Pada waktu perkembangannya telah muncul orang-orang Jurhum
yang akhirnya tinggal juga di sana. Sewaktu itu , Kota Makkah telah dipimpin oleh kaum
Quraisy yang merupakan kabilah atau suku yang utama di Jazirah Arab kerana mereka
memiliki hak pemeliharaan terhadap Kaabah. Mereka terkenal dalam bidang
perdagangan bahkan pada waktu itu aktivitiperdagangan mereka dikenalisehingga ke
Damaskus, Palestina dan Afrika.Kepala kabilah Quraisy atau selaku pemerintah
tertinggi kota Makkah ketika itudikenali sebagaiQussai .Jawatan Qusai ini telah
dilanjutkan oleh Abdul Muthalib.Secara hakikatnya ,Nabi Muhammad berasal daripada
keturunan secara langsung dari Nabi Ismail serta Qussai.

12

Nabi Ismail A.S merupakan orang pertama yang menjadikan kotaMakkah


sebagai

tempat

tinggalmaka

dapat

dibuktikan

bahawa

sejarah

kot

Makkah

menunjukkantempat tersebut sebelum ini berada dalam keadaan gelap sekali. Mungkin
dapat juga dikatakan, bahawa kawasan sekitarMakkah telah digunakan sebagai tempat
ibadat sebelum kedatangan dan penetapan Nabi Ismail di kawasan tersebut . Kisah
kedatangan Nabi Ismail A.S ke kota Makkahbermulanya ketika Nabi Ibrahim A.S
mendirikan Kaabah sebagai sentral dan petunjuk utama kepada kemunculan
peradaban di kota Makkah tersebut.
Seiring dengan perjalanan waktu ketika itu ,Nabi Ismail sudah semakin besar,
dan kemudian baginda ingin berkahwin dengan seorang gadis yang berasal dari kabilah
Jurhum. Setelah perkahwinan tersebut berlangsung , baginda dan isterinya telah tinggal
bersama-sama keluarga Jurhum yang lain. Dari perkahwinan ini Nabi Ismail telah
mempunyai duabelas orang anak dan mereka inilah yang menjadi bakal Arab al-Musta`riba, yakni orang-orang Arab yang bertemu dari pihak ibu pada Jurhum dengan Arab al`Ariba keturunan Ya`rub ibn Qahtan. Sedangkan , ayah mereka, Nabi Ismail anak
kepada Nabi Ibrahim, dari pihak ibunya mempunyai hubungan yang erat sekali
danmenjalinkan pertalian dengan orang Mesir manakala pihak bapapula mengadakan
hubungan dengan Mesopotamia iaitu nama lama bagi Iraq dan Palestin, atau kemana
saja Ibrahim menginjakkan kaki. Dari percampuran perkahwinan antara Ismail dengan
unsur-unsur Ibrani-Mesir di satu pihak dan unsur Arab di pihak lain, menyebabkan
keturunannya itu membawa sifat-sifat Arab, Ibrani dan Mesir
4.1 PEMBANGUNAN KAABAH
Kisah pembangunan Kaabah bermula ketika Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail pergi ke kota
Makkahuntuk mengangkat tiang- tiang Kaabah dan memperbaiki semula struktur
Kaabah yang selaras dengan firman Allah :"Bahawa rumah pertama dibuat untuk
manusia beribadat ialah yang di Makkah itu, sudah diberi berkah dan bimbingan bagi
semesta alam. Disitulah terdapat keterangan-keterangan yang jelas sebagai Maqam
(tempat) Ibrahim; barangsiapa memasukinya menjadi aman."( Petikan ayat dari al
-Qur`an, 3: 96-97)

13

"Dan ingatlah, Kami jadikan Rumah itu tempat berkumpul bagi manusia dan tempat
yang aman. Dan jadikanlah Maqam Ibrahim itu tempat bersembahyang, dan kami
serahkan kepada Ibrahim dan Ismail menyucikan RumahKu bagi mereka yang
bertawaf, mereka yang tinggal menetap dan mereka yang ruku` dan sujud. Dan ingatlah
tatkala Ibrahim berkata: `Tuhanku, jadikan tempat ini Kota yang aman dan berikanlah
buah-buahan kepada penduduknya, mereka yang beriman kepada Allah dan Hari
Kemudian.` Ia berkata: `Dan bagi barang siapa yang menolak iman akan Kuberi juga
kesenangan sementara, kemudian Kutarik ia ke dalam siksa api, tujuan yang paling
celaka. Dan ingatlah tatkala Ibrahim dan Ismail mengangkat sendi-sendi Rumah Suci itu
(mereka berdoa): `Tuhan, terimalah ini dari kami. Sesungguhnyalah Engkau Maha
mendengar, Maha mengetahui."( Petikan ayat dari al-Qur`an, 2: 125-127 )
Selepas Nabi Ismail menetap di kota Makkah bersama-sama dengan ayahnya ,
mereka telah memasang sendi-sendi baru untukKaabah tersebut dan ketika itulah
Makkah telah mula mengalami sebuah perkembangan yang baru . Seterusnya , dalam
beberapa jangka masa yang lama , kota Makkah telahberubah menjadi sebuah kota
baru dan menyerupai kota yang lebih kearah perkembangan infrastruktur. Dikatakan
Makkah telah menyerupai sebuah kota kerana penduduknya ketika itu masih membawa
sifat keterbelakangan yang masih berbaki didalam kehidupan mereka.Beberapa penulis
sejarah tidak keberatan dalam menyebutkan, bahawa Makkah berada dalam suasana
ketinggalan kerana sebelum ini semua urusan berada di tangan Qushayy selaku
pemerintah tertinggi pada pertengahan abad kelima Masihi itu. Makkah dan Kaabah
yang dianggap suci itu akan tetap berada dalam suasana hidup pengembaraan.
Sejarah telah membuktikan bahawa Rumah Suci itu berada di tangan Nabi Ismail
A.S

dalam

lingkungan

keluarga

Jurhum

setelah

selama

beberapa

generasi

kemudian.Mereka ini tinggal di sekitar tempat itu, di samping Makkah ketika itu memang
masih menjadi tempat pertemuan antara kafilah-kafilah dalam perjalanan ke Yaman,
Hira, Syam dan Najd. Hubungan kota Makkah juga dengan Laut Merah yang tidak jauh
dari kota itu merupakan hubungan langsung dengan perdagangan dunia. Sukar dapat
dibayangkan bahawa daerah kota Makkah walaupun telah berada dalam keadaan
sedemikian namun tetap tiada pendekatan dari segi peradabannya. Perkara ini

14

bertepatan dengan doaNabi Ibrahim A.S ke atas Makkah dan ketetapan yang telah
ditentukan oleh Allah S.W.Tbahawa kota Makkah akan menjadi suatu daerah yang
aman sentosa dengan sudah mengenal kehidupan yang stabil selama beberapa
generasi sebelum Qushayy.
Dari Qushayy ke beberapa keturunannya ke bawah telah menguasai Makkah
dengan menjadi pemegang kunci Kaabah.Jabatan juru atau pemegang kunci Kaabah
ini merupakan sebuah jabatan yang sangat terhormat.Kaabah pada ketika itu telah
menjadi suatu objek atau tempat kunjungan oleh berbagai macam kabilah atau suku
yang berada di jazirah Arab. Selain dengan tujuan menunaikan haji, Makkah juga telah
menjadi pusat perdagangan di musim-musim tertentu sehingga berlanjutan sampai ke
generasi sehiggalah ke zaman kemunculan Rasulullah SAW.
5.0 PERISTIWA PEMBUKAAN KOTA MAKKAH
Pembukaan Makkah berlaku bulan Ramadhan tahun 8 hijrah . Pada permulaannya ,
Rasulullah telah menyusun strategik secara sulit untuk mengelakkan pertumpahan
darah, peristiwa ini dinamakan sebagai Fathu Makkah . Antara strategi Rasullah SAW
ialah mengemukakan tiga tuntutan pilihan terhadap Musyrikin Quraisy iaitu membayar
diat seperti pampasan atau ganti rugi kepada waris Bani Khuzaah yang terbunuh.
Seterusnya , mengutuk perbuatan Bani Bakr yang telah membunuh orang Bani
Khuzaah . Terakhirnya , Musyrikin Quraisy diberi peluang untuk berperang dengan
tentera Islam . Akhirnya , orang Musyrikin Quraisy telah memilih untuk berperang
menentang tentera Islam . Namun terdapat pemimpin Quraisy ada yang tidak bersetuju
termasuk Abu Sufian b Harb dan al-Abbas b Abd Mutallib . -Setelah kaum Musyrikin
Quraisy memilih tuntutan untuk berperang, Rasulullah telah mengarahkan 10,000
tentera bersiap sedia dan berangkat ke Makkah. Tentera Islam telah berhenti di Murruz
az-Zahran dan mendirikan Khemah untuk tujuan bermalam di sana .
Pada waktu malam , tentera Islam diarahkan oleh Rasulullah SAW supaya
menyalakan unggun api yang besar di khemah masing-masing. bertujuan sebagai
strategik perang saraf untuk menimbulkan rasa gerun pihak musuh yang berada di
Makkah. Kemudian , Abu Sufian dan al-Abbas telah berjumpa dengan Rasulullah SAW

15

dengan bertujuan untuk memelukIslam. Pada pagi Jumaat bersamaan 10hb Ramadhan
tahun ke 8 hijrah , Rasulullah SAW masuk ke Kota Makkah dengan penuh tawadduk
dan bersyukur atas kemenangan yg dikurniakan.Penghormatan telah diberi kepada Abu
Sufian selaku pemimpin Quraisy yang baru memeluk Islam. Sesiapa yang memasuki
rumah Abu Sufian dia akan selamat, sesiap yang masuk Masjidil Haram juga akan
selamat, sesiapa yang memasuki rumahnya sendiri juga kan selamat. Pengistiharan ini
menyebabkan mereka hilang semangat untuk menentang Rasulullah saw. Seterusnya ,
Rasulullah telah mengarahkan tentera Islam memasuki Kota Makkah melalui 4 penjuru
yang telah ditetapkan oleh baginda . Namun , baginda ada melarang tentera Islam
menyerang Musyrikin Makkah kecuali jika mereka diserang. Tentera Islam tidak
menghadapi sebarang tentangan kecuali tentera Khalid bin Al Walid yang telah diserang
oleh tentera dibawah pimpinan Akramah bin Abu Jahal.
6.0 PENGENALAN PERUNDANGAN
6.1 PENGENALAN PERUNDANGAN ZAMAN RASULLAH SAW DI MAKKAH
Sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW adalah sebuah rentetan sejarah hidup yang
paling panjang yang mengandungi pelbagai pengajaran dan pedoman untuk umat Islam
. Sejarah kehidupan atau sirah Rasullah SAW dihiasi dengan kisah perjuangan yang
tidak mengenal erti jemu , sebuah hakikat pengorbanan yang sangat tinggi ,
pergantungan dan kepasrahan sepenuhnya kepada Allah SWT , dan contoh panduan
hidup untuk dijadikan ikutan sepanjang zaman
Sebelum kedatangan Islam , kehidupan masyarakat arab jahiliah ketika itu
berada dalam kehidupan yang porak peranda dan hilang aspek nilai kemanusiaannya.
Masyarakat Arab menjadi jahil ketika itu kerana sistem kemasyarakatan ketika itu telah
rosak dan berlaku penindasan sesama manusia secara berluasa . Kerosakan ini
berlaku dari pelbagai aspek kehidupan iaitu dari segi perundangan , ekonomi dan sosial
.
Pada dasarnya , masyarakat Arab Jahiliyah memiliki sifatsifat positif seperti
berani , setia , ramah , sederhana , cintakan kebebasan dan menghormati tetamu .
Mereka juga memiliki kelebihan seperti ingatan yang kuat dan pandai bersyair. Namun

16

kerana sifat kejahilan mereka yang menyelubungi kehidupan mereka , segala kebaikan
itu tenggelam dalam sifat keburukan . Mereka berpaling daripada kebenaran dengan
menyembah berhala yang pelbagai jenis rupa dan bentuk, melanggar hak orang lain
dan melakukan penindasan sesama mereka .
Kejahilan ini terus menyelubungi masyarakat jahiliah sehingga kedatangan Nabi
Muhammad SAW yang akhirnya telah mengubah kehidupan mereka . Cahaya
keislaman telah menyinari kehidupan mereka yang penuh dengan kegelapan kepada
kehidupan yang terang benderang .Akhirnya , mereka dapat hidup dalam keadaan yang
baik serta bahagia dibawah kepimpinan Nabi Muhammad SAW .
Pembukaan Kota Makkah berlaku selepas 8 tahun Nabi Muhammad SAW
meninggalkan Makkah . Makkah sebagai tempat kelahiran Nabi , tempat baginda
bermain ketika kecil , tempat pertama turunnya wahyu Allah , tempat terdapatnya
Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim dan tempat keluarganya ramai di situ . Allah
menentukan bahawa Islam yang didaulatkan

dalam bentuk sistem pemerintahan

negara bukannya Makkah tetapi negeri lain di sekitarnya . Demi Islam , Nabi SAW
melakukannya .
Kedatangan Nabi Muhammad SAW dengan membawa risalah kebenaran untuk
masyarakat jahiliah sehingga mengubah kehidupan mereka sama sekali . Risalah Islam
ini telah mengubah keadaan hidup masyarakat Arab yang gelap kepada kehidupan
yang disinari dengan cahaya keimanan kepada Allah SWT . Proses dakwah baginda
Nabi Muhammad SAW

di Makkah menekankan nilai keimanan kepada Allah SWT

sebagai teras dan tunjang pembinaan masyarakat Islam yang tulen dan kukuh .
Dakwah yang dibawa oleh Rasullah SAW adalah seruan dan ajakan untuk
mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah SWT . Rasullah SAW membina ummah
Islam bermula dengan diri baginda seorang diri secara terancang sehinggalah lahirnya
satu kelompok muslim yang beriman kepada Allah SWT dengan sepenuh hati mereka .
Mereka inilah generasi awal yang menerima didikan Rasullah SAW sehinggalah mereka
ini digelar sebagai sebaik-baik generasi di dalam sejarah peradaban manusia .

17

Didalam usaha baginda mengajak kepada Islam , baginda telah melakukan


proses pembinaan individu muslim secara terancang dan proses ini mengambil masa
yang sangat lama . Proses pembentukan ini menekankan kepada proses penanaman
aqidah dan keyakinan kepada Allah SWT secara mendalam . Proses pembinaan
generasi unggul ini adalah berteraskan kepada proses pendidikan dan dakwah
Islamiyah secara tersusun .
Rasullah SAW telah menggunakan beberapa kaedah untuk melaksanakan usaha
dakwah ini. Antara perkara yang utama yang dilakukan ialah dengan menghimpunkan
hati- hati dan jiwa -jiwa yang bersih serta ikhlas untuk diproses dengan didikan
keimanan kepada Allah SWT . Pemilihan individu ini tidak berlaku secara kebetulan ,
tetapi ianya dilakukan secara sedar dan penuh keyakinan kepada Allah SWT .
Proses penanaman aqidah ini berterusan sehinggalah jumlah generasi awal
dibawah didikan Rasullah SAW mulai bertambah dari satu masa ke satu masa .
Dakwah peringkat rahsia ini mempunyai penekanan yang mengutamakan

kepada

proses didikan hati dan pembinaan individu muslim secara kolektif . Pendidikan yang
dijalankan oleh baginda Rasullah SAW adalah proses yang mensasarkan kepada
pendidikan hati . Pendidikan hati ini ditekankan dengan nilai nilai keimanan ,
ketaqwaan , keikhlasan dan ihsan kepada Allah SWT sehinggalah melahirkan suatu
keperibadian yang murni dan berakhlak mulia .
Proses pendidikan yang dilaksanakan oleh Rasullah SAW adalah tunjang
kepada pendidikan yang mendidik hati dan jiwa untuk patuh dan mengesakan Allah
SWT . Pada peringkat ini , sumber rujukan baginda hanyalah Al Quran semata mata .
Ini bertujuan untuk memastikan para sahabat generasi awal mendapat satu kefahaman
yang benar benar bersih dan tulen berkaitan Islam . Penekanan kepada sumber rujukan
yang satu ini boleh digambarkan melalui satu sirah Nabi Muhammad SAW .

7.0 PRINSIP ASAS PERUNDANGAN PADA ZAMAN RASULULLAH SAW

18

7.1

PERUNDANGAN MENGURANGKAN TAKLIF

Terdapat ciri ciri keistimewaan tertentu didalam perundangan Islam berbanding


perundangan sebelum zaman Islam yang lebih ke arah prinsip kurang bebanan . Dasar
ini untuk meringankan , mempermudahkan atau kurang taklif . Contohnya , syariat dan
perundangan dalam agama Islam lebih mudah jika dibandingkan dengan perundangan
sebelum ini . Pada zaman Rasullah SAW tidak ada perundangan tentang perkara yang
belum pernah berlaku dan andaian terhadap sesuatu hukum .Contohnya , Rasullah
SAW tidak mendirikan sembahyang sunat terawih secara berjamaah kerana dibimbangi
akan menjadi fardu .
Antara contoh seterusnya ialah sembahyang wajib terhadap orang Islam hanya
lima waktu sehari semalam . Hal ini tidak akan menyusahkan umat Islam kerana cuma
lima hari sehari semalam sahaja yang perlu dilaksanakan .Skop untuk zakat pula ,
setiap individu tidak diwajibkan untuk mengeluarkan zakat harta , bahkan mereka yang
mampu sahaja serta sebahagian kecil daripada harta . Kemudian ,puasa hanya
difardukan sebulan dalam setahun yang ternyata tidak memberi bebanan kepada umat
islam sepanjang zaman . Perkara ini kerana umat islam terdiri daripada pelbagai
lapisan umur yang menjadikan mereka tidak mampu untuk mengikuti pelaksanaan
puasa secara selaras oleh semua orang .
Justeru itu , dalam prinsip perundangan , khasnya zaman Rasullah SAW tidak
ada hukuman serta perundangan yang tetap melainkan tidak ada andaian hukum . Oleh
, umat Islam tidak digalakkan untuk banyak bertanya , khasnya ketika wahyu sedang
diturunkan . Hal ini demi mengelakkan daripada bertambah bebanan hukum .Hadis
Saad ibn Abu Waqqas daripada ayahnya menjelaskan Rasullah SAW bersabda :
Sebesar besar dosa bagi orang Islam ialah orang yang menanyakan sesuatu yang
tidak diharamkan bagi orang Islam , namun ekoran pertanyaan tersebut mengakibatkan
diharamkan.

6.2

PERUNDANGAN YANG TIDAK MENYEMPITKAN

19

Perundangan Islam yang dibawa oleh Rasullah SAW tidak ada satu pun yang
menyukarkan dan berbentuk keras . Al Quran dan hadis juga tidak mempunyai hukum
yang menyukarkan atau menyempitkan hati umat manusia . Prinsip ini diraikan agar
segala tanggungjawab syarak dapat dilaksanakan dengan berterusan dan mudah
.Contohnya , umat islam dituntut untuk melaksanakan solat wajib lima kali sehari sahaja
dengan ditunaikan dengan berdiri . Umat Islam yang tidak mampu menunaikan solat
secara berdiri , mereka boleh melaksanakannya secara duduk atau mengikut
kemampuan masing masing .
Prinsip tersebut menjelaskan maksud dasar penetapan dan perundangan Islam
dengan membawa hukum yang bersifat meringankan mukallaf dan juga tidak
menyusahkan . Untuk membukti bahawa syariat Islam yang dibawa oleh Rasullah SAW
tidak mengeluarkan banyak kesempitan dapat dijelaskan melalui firman Allah atau hadis
seperti :
Terjemahan : Dan ia juga menghapuskan dari mereka beban beban dan belenggu
belenggu yang ada pada mereka .
( Surah al Araf ayat 157 )
Sebagaimana firman Allah yang lain lagi :
Terjemahan : Allah ( sentiasa ) hendak meringankan ( bebanan hukum-Nya ) daripada
kamu , kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah .
( Surah al Nisa ayat 28 )
Hadis yang lain daripada Abu Hurairah :
Maksudnya : Agama itu adalah mudah , agama yang disukai oleh Allah ialah agama
yang benar dan mudah .

6.3

PERUNDANGAN SECARA BERANSUR-ANSUR

20

Undang-undang yang telah ditetapkan secara beransur-ansur telah mengambil masa


selama 22 tahun beberapa bulan di mana semua ayat yang berkaitan dengan hukum
tidak diturunkan secara serentak . Hadis-hadis yang berkaitan dengan hukum juga tidak
diturunkan secara sekaligus kepada Baginda . Sesetengah hokum yang ditetapkan
mempunyai sejarah serta sebab khusus dalam pensyariatannya yang merupakan kesan
daripada prinsip bertahap-tahap dalam hukum . Ketika bangsa Arab dan kaum Quraisy
hidup dalam Jahiliah , Nabi Muhammad telah diutuskan . Ketika itu mereka berpegang
kuat dengan ajaran nenek moyang serta adat tradisi yang sukar untuk ditinggalkan dan
bercanggah dengan Islam . Disebabkan itulah perundangan Islam diturunkan bagi
menyambut sesetengah budaya bangsa Arab , walaubagaimanapun sesetengah
daripadanya telah melanggar hukum syariat Islam dan terpaksa diketepikan , misalnya
amalan riba' . Masyarakat Jahiliah yang telah hidup sekian lama tanpa pegangan
agama tidak mudah untuk diubah secara sekaligus .Kehidupan mereka yang bebas
cuma dapat diubah dengan secara beransur-ansur.misalnya ketetapan hukum keatas
mereka yang minum arak diturunkan dalam 4 peringkat atau terkandung dalam 4
penurunan ayat yang berasingan.

Ayat pertama ialah firman Allah :


Terjemahan : dan dari buah tamar (kurma) dan anggur, kamu jadikan daripadanya
minuman haram dan makanan serta minuman yang halal.
( Surah al- Nahl ayat 67)
Ayat kedua ialah frman Allah :
Terjemahan : mereka bertanya kepadamu( wahai Muhammad) mengenai arak dan judi,
katakanlah "pada keduanya ada dosa besar da nada pula beberapa manfaat bagi
manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya.
( Surah al - Baqarah 219)

21

Ketika berada di Makkah, para sahabat bertanya kepada nabi berkaitan hukum
meminum arak' saidina umar khususnya pernah berdoa,
Maksudnya: "wahai tuhanku terangkanlah kepada kami berkaitan masalah arak satu
keterangan yang boleh mengubat (terhadap persoalan arak).
Lantaran itu turunlah ayat 219 surah al baqarah tersebut yang menjelaskan
pertanyaan tentang arak dan juga judi.Kedua-duanya dalam kategori dosa besar serta
membawa kemudaratan yang amat besar.Namun begitu, pada keduanya ada sedikit
faedah, sedangkan kemudaratan jauh lebih besar berbanding faedah.Namunpun
begitu, dengan turunnya ayat tersebutmasih ada kalangan sahabat yang terus
meminumnya.
Ayat ketiga firman Allah,
Terjemahan : wahai orang orang beriman janganlah kamu menghampiri sembahyang
(mengejarkannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk.
( Surah an- Nisa' ayat 43)
Ayat tersebut menyatakan tegahan menghampiri sembahyang dalam keadaan
mabuk walaupun ayat itu telah diturunkan oleh Alla swt namun masih ada sebahagian
para sahabat yang meminumnya, bagaimanapun mereka minum selepas isyak atau
waktu malam.
Ayat keempat firman Allah,
Terjemahan: wahai orang orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak judi dan
pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang batang anak panah adalah
semata-mata kotor. (keji) dan dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu
menjauhinya supaya kamu Berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud
mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian diantara kamu dengan sebab arak dan
mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripa mengerjakan
sembahyang.Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara perkara
yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil?).

22

( Surah al - Maidah ayat 90 dan 91)


Diriwayatkan pada suatu ketika 'Uqbah bin Malik mengadakan jamuan dan
menjemput sahabat, antaranya Sa'd ibnu Abu WaqasLL majlis itu dihidangkan dengan
arak menyebabkan hadirin mabuk dan mereka membaca syair yang memuji dan
berbangga dengan kabilah masing masing serta menghina golongan orang Ansar. Oleh
itu, mereka tidak sedarkan diri lalu mabuk, salah seorang lelaki Ansar telah memukul
Sa'd menyebabkan beliau mengadu kepada Rasulullah SAW.

Maka, turunlah ayat

diatas bagi mengharamkan arak secara mutlak .


6.4 BERANSUR-ANSUR SUDUT JUMLAH
Perundangan Islam itu tidak diturunkan dalam satu masa dan tidak sekaligus . Ayat
yang diturunkan di Makkah dan di Madinah dapat dlihat dengan jelas sudut
perbezaannya berdasarkan jumlah hukum dan masa perundangan tersebut . Terdapat
beberapa contoh yang berkaitan dengan beransur-ansur sudut masa dan jumlah hukum
antaranya ialah :
a)

Perundangan zaman Makkah lebih ke arah umum dan hanya sebahagian kecil

sahaja pembentangan Al-Quran berkaitan hukum secara terperinci . Pada zaman


Makkah , walaupun ada yang menyentuh perkara yang berkaitan hukum namun
matlamat utamanya adalah untuk menjaga akidah . Misalnya ialah ; Haram makan
binatang sembelihan yang tidak disebut nama Allah .
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud :
Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang
tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya .
(Surah al-An'am ayat 121)
b)

Sembahyang lima waktu sehari semalam telah disyariatkan pada malam Isra'

dan M'raj setahun sebelum hijrah .

23

c)

Kewajipan berperang atau jihad melawan orang kafir disyariatkan pada tahun

pertama hijrah sepertimana hukum hakam berkaitan perkahwinan dan mas kahwin
yang juga disyariatkan pada tahun yang sama .
d)

Kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan , membayar zakat , sembahyang dua

hari raya , korban , perpindahan arah kiblat ketika sembahyang dari Baitulmaqdis ke
Kaabah dan dihalalkan harta rampasan perang disyariatkan pada tahun kedua hijrah .
e)

Perundangan tentang pewarisan atau pusaka dan perceraian terbentuk pada

tahun ketiga hijrah .


f)

Sembahyang qasar ketika bermusafir , dalam keadaan takut atau perang ,

hukuman zina , tayammum serta qazaf disyariatkan pada tahun keempat hijrah .
g)

Allah menerangkan hukum perdamaian serta mengharamkan arak , judi dan tilik

nasib pada tahun keenam hjrah .


h)

Hukum berkaitan pertanian dan pengairan serta pengharaman memakan daging

keldai pada tahun ketujuh hijrah .


i)

Hukum tentang kecurian disyariatkan pada tahun kelapan hijrah .

j)

Hukum tentang Li'an dan larangan orang kafir memasuki Makkah pada

disyariatkan pada tahun Sembilan hijrah .


k)

Pengharaman riba' pada tahun kesepuluh hijrah .

24

6.5 BERANSUR-ANSUR TERHADAP SATU HUKUM


Awalnya orang Islam di Makkah tidak dibebankan dengan tanggungjawab yang
banyak . Mereka hanya ditetapkan dengan perundangan yang sedikit sahaja seperti
akidah . Perlaksanaan konsep tersebut merupakan permulaan untuk mereka menerima
tanggungjawab yang seterusnya . Misalnya ialah :
a)

Kewajipan sembahyang . Sebelum perihal berkenaan sembahyang lima waktu

disyariatkan mereka terlebih dahulu didedahkan dengan sembahyang pada waktu pagi
dan petang sahaja namun selepas peristiwa Isra' dan Mi'raj mereka diwajibkan untuk
sembahyang lima waktu .
b)

Kewajipan berpuasa . ASebelum ini ia hanya ditunaikan secara sukarela sahaja

namun selepas hijrah ia diwajibkan ke atas setiap orang Islam .


c)

Kewajipan zakat . Kewajipan mengeluarkan zakat bermula pada tahun kedua

hjrah kerana sebelum ini zakat tidak diwajibkan di Makkah dan kadar yang wajib
dikeluarkan belum ditentukan .
d)

Pengharaman arak . Awalnya arak tidak diharamkan secara mutlak . Kemudian

dilarang sembahyang dalam keadaan mabuk dan akhir sekali arak diharamkan secara
mutlak .
e)

Perang dan jihad . Pada mulanya ia tidak disyariatkan kerana jumlah umat Islam

ketika itu sedikit . Mereka diminta supaya bersabar dan menjauhi sebarang tindakan
orang kafir .
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud :
Ikutlah apa yang telah diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu , tiada Tuhan (yang
disembah dengan sebenar-benarnya) melainkan Dia , dan berpalinglah dari orangorang Musyrik .
(Surah Al-An'am ayat 106)

25

Setelah umat Islam semakin ramai dan mereka semakin kuat maka mereka diizinkan
untuk berperang demi mempertahankan diri serta mengembangkan agama Islam
dengan lebih meluas .
Sebagaimana firman Allah :
Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan
penceroboh) , kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya ; Dan sesungguhnya Allah
amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan)
(Surah al-Hajj ayat 39)
f)

Permulaannya umat Islam diwajibkan sembahyang dengan mengadap ke

Baitulmaqdis sebagai kiblat untuk sembahyang . Hikmahnya adalah untuk menguji


keimanan seseorang demi memikul pelbagai tanggungjawab pada masa akan datang .
Kemudiannya ia ditukarkan dengan mengadap ke arah Kaabah .
Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud :
(Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang
engkau mengadanya dahulu itu (wahai Muhammad saw) , melainkan untuk menjadi
ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut
rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada
kekufurannnya) . Dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat
(untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk
hidayah . Dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu .Sesungguhnya Allah
amat melimpah belas kasihan dan rahmat-Nya kepada orang-orang (yang beriman).
Kerapkali Kami melihat engkau (wahai Muhammad saw) , berulang-ulang menengadah
ke langit , maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai .
Oleh itu berpalinglah mukamu kearah Masjidil Haram (tempat letaknya Kaabah) , dan di
aman sahaja kamu berda maka hadapkanlah mukamu ke arahnya .
(Surah al-Baqarah ayat 143 dan 144)

26

Hukum yang berkaitan kekeluargaan , perkahwinan dan riba sebahagian


besarnya masih belum ditetapkan sepenuhnya melainkan jika berlakunya penghijrahan
ke Madinah . Pada permulaan Islam , hukuman zina telah ditetapkan dengan menahan
atau memenjarakan penzina di dalam rumah . Selain itu , mereka yang melakukan zina
dicemuh dan dikeji dengan kata-kata kesat .
Sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al-Quran yang bermaksud :
Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuanperempuan kamu , maka carilah empat orang lelaki di antara keterangan-keterangan
saksi-saksi itu mengesahkanperbuatan tersebut , maka kurunglah mereka (perempuan
yang berzina itu) di dalam rumah hingga mereka sampai ajal matinya atau hingga Allah
mengadakan untuk mereka jalan keluar (dari hukuman itu) .
(Surah al-Nisa' ayat 15)
Kemudian , Allah menetapkan hukuman bahawa penzina muhsan perlu direjam
manakala penzina yang masih dara atau teruna dikenakan hukuman sebat ke atas
mereka . Hukuman rejam telah ditetapkan di dalam hadis serta amalan Baginda
manakala hukuman sebatan telah dinyatakan di dalam firman Allah swt yang
bermaksud :
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina , hendaklah kamu sebat tiaptiap seorang dari keduanya seratus kali sebat .
(Surah al-Nur ayat 2)
Kesimpulannya , hikmah dan kepentingan daripada prinsip beransur-ansur dalam
perundangan ini ialah sebagai penawar serta memperbaiki hati dan jiwa yang masih
keras.

27

8.0 SUMBER PERUNDANGAN


8.1 SUMBER PERUNDANGAN ZAMAN RASULLAH SAW
Pada zaman Rasullah SAW , segala sumber perundangan yang ditetapkan hanya
berdasarkan al Quran dan hadis Rasullah SAW . Perkara ini meliputi segala
persoalan yang diajukan oleh para sahabat dan dijawab oleh Rasullah SAW dalam
bentuk fatwa atau ijtihad . Untuk itu , sumber perundangan pada zaman baginda dapat
dikelaskan kepada tiga iaitu al Quran , hadis dan ijtihad Rasullah SAW .
8.1.1 AL QURAN
Al Quran merupakan wahyu daripada Allah S.W.T yang merupakan sumber utama
sebagai rujukan perundangan pada zaman Rasullah SAW .al- Quran adalah gedung
segala ilmu yang paling berharga serta lengkap . Hal ini seperti yang dijelaskan
menerusi firman Allah :
Terjemahan : Tiada Kami meninggalkan sesuatu pun di dalam Kitab ( Al- Quran ) ini .
( Surah al Anam ayat 38

8.1.2 Penurunan Al- Quran Secara Berperingkat


Al Quran diturunkan sekali arus seperti penurunan kitab Taurat kepada nabi Musa . Al
Quran diturunkan secara berperingkat peringkat berdasarkan sesuatu peristiwa ,
untuk menjelaskan sesuatu hukum yang dikemukakan atau sebagai menjawab
persoalan yang diajukan kepada Rasullah SAW . Antara hikmat al Quran diturunkan
secara bertahap dan tidak sekali gus ialah bertujuan memudahkan Rasullah SAW yang
bersifat ummi khususnya serta semua kaum muslimin untuk menghafaznya . Hikmat
seterusnya ialah untuk memudahkan kaum muslimin melaksanakan segala hukum dan
perundangan yang ditetapkan serta boleh mengambil ikhtibar daripada al Quran .

28

8.1.3 Wahyu AL Quran Dan Perundangan


Segala perundangan yang diturunkan yang diturunkan menerusi wahyu Allah dari sudut
lafaz dan maknanya dikenali sebagai al Quran . Kadang kala Rasullah menjadi
sebagai penjelas kepada al Quran , mentafsirkan yang mujmal , membataskan yang
mutlak juga mengkhususkan yang umum . Semua ini selaras dengan firman Allah
S.W.T :
Terjemahan : Dan Kami pula turunkan kepadamu ( wahai Muhammad SAW ) al
Quran yang memberi peringatan , supaya engkau menerangkan kepada manusia apa
yang telah diturunkan kepada mereka .
( Surah al- Nahl ayat 44)
Al Quran diturunkan dengan tujuan membawa kebaikan manusia dari segi
memperbaiki keadaan dan kedudukan manusia . Oleh itu , kandungan al Quran
berkaitan dengan perundangan yang ada menyentuh dari sudut perintah atau suruhan
dan ada pula yang menyentuh tentang larangan . Sebagaimana dengan firman Allah :
Terjemahan : ( Iaitu ) orang orang yang mengikut Rasullah SAW ( Muhammad SAW )
, nabi yang ummi , yang mereka dapati tertulis ( namanya dan sifat- sifatnya ) didalam
Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka . Ia menyuruh mereka dengan perkara
perkara yang baik , dan melarang mereka daripada mengerjakan perkara perkara
yang keji ; Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan
mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk .
( Surah al Araf ayat 157 )

29

8.2

HADIS

Jumhur telah sepakat mengatakan hadis diterima serta menjadi sumber rujukan kedua
selepas al Quran . Kehujahan hadis dalam perundangan berdasarkan dalil yang
termaktub secara jelas di dalam al Quran , hadis ijmak ulamaserta pendapat fuhaqa
yang menyuruh orang orang yanb beriman mengikut perintah Allah dan Rasul .
8.2.1 Pengertian Bahasa
Perkataan hadis menurut pengertian bahasa dapat dijelaskan dengan beberapa erti ,
antaranya ialah al Hadithmembawa maksud yang baru , percakapan , keterangan dan
kisah . Manakala bagi hadis yang bermaksud perkhabaran dijelaskan sebagai contoh
sebagaimana didalam firman Allah :
Terjemahan : Dan sudahkah sampai kepadamu ( Wahai Muhammad ) perihal Nabi
Musa ?
8.2.2 Kehujahan hadis dalam perundangan
Hadis merupakan sumber kedua selepas al Quran di dalam perundangan yang
dibawa oleh Rasullah SAW . Hadis terdapat dalam pelbagai bentuk , yang mana
diantaranya ialah hadis Qawliyahyang merujuk tentang niat kepada sesuatu amalan .
Kemudian hadis yang dibawa dalam bentuk perbuatan .Misalnya , Rasullah SAW
melakukan ibadah haji dengan sempurna dan menyuruh para sahabat mengikuti
perbuatannya . Bentuk hadis yang ketiga ialah hadis yang berbentuk ikrar yang
menunjukkan perkara itu disyariatkan . Sebagai contoh , Rasullah SAW. akan bertindak
mengakui sesuatu perbuatan yang tidak melanggar hukum syarak , Manakala , jika
sesuatu perbuatan itu salah maka Rasullah SAW akan mengingkari perbuatan tersebut
menandakan ianya salah disisi Islam .

30

8.3 IJTIHAD
Ijtihad bermaksud mencurahkan segala buah fikiran dan kesungguhan dalam
mendapatkan sesuatu hukum syarak mengenai sesuatu permasalahan . Permasalahan
diselesaikan melalui jalan istinbat daripada al Quran dan Hadis . Lapangan ijtihad
pula mestilah kejadian yang tiada nas syarak yang jelas tentang hukumnya . Rasullah
SAW dibenarkan oleh Allah untuk melakukan ijtihad apabila keadaan memerlukan
khususnya ketika menghadapi masalah hukum sedangkan wahyu tidak diturunkan
lagi .Manakala , mujtahid pula mestilah daripada kalangan ahli Fiqh yang layak .
8.3.1 Jenis jenis Ijtihad
Jenis ijtihad yang pertama ialah istinbat . Istinbat dilakukan oleh ulama dan mujtahid
dengan berdasarkan nas dengan cara mereka melakukan pentafsiran dan mengetahui
segala maksudnya . Hal ini kerana majoriti nas yang terdapat di dalam al Quran dan
hadis perlukan kepada penjelasan .
Ijtihad yang kedua ialah ijtihad al Qiyas. Sebagai contohnya ialah sebagaimana
yang telah Rasullah SAW laksanakan dan jelaskan menerusi hadis daripada Ibn
Abbas :
Maksudnya : Bahawa seorang wanita daripada kabilah Juhainah telah datang menemui
Rasullah SAW dan bertanya : Sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk menunaikan
haji , ia tidak sempat menunaikan haji hingga ia meninggal dunia . Apakah daku boleh
menunaikan haji untuknya ? Nabi bersabda : Ya , tunaikanlah haji untuknya . Apa
pendapat kamu sekiranya ibu kamu berhutang , bukankah kamu yang akan
menjelaskannya ? Tunaikanlah hutang Allah , kerana hutang Allah lebih utama dibayar .

31

KESIMPULAN
Rasulullah S.A.W merupakan manusia teragung sepanjang zaman yang telah memberi
satu sinar baru terhadap umat manusia. Rasulullah S.A.W menjalankan segala amanah
yang diperintahkan oleh Allah S.W.T sejak baginda menjadi rasul ketika umurnya
berusia 40 tahun. Rasulullah S.A.W memerintah mekah selama 13 tahun dimana 3
tahun baginda berjuang secara senyap manakala 10 tahun secara terang terangan.
Banyak perubahan yang telah Rasulullah SAW hasil sama ada dari sudut perundagan
terutamanya dalam peristiwa pembukaan kota Mekah. Jika dilihat pada kejayaan
pembukaan kota Mekah atas perjuangan Rasulullah SAW, banyak kesan positif yang
terhasil . Antara kesan pembukaan kota Mekah ialah tanah haram Mekah menjadi
kawasan larangan kepada orang bukan Islam. Kemudian, dapat membersihkan Kaabah
daripada amalan penyembahan berhala. Seterusnya ialah ajaran Islam dapat
disebarkan ke seluruh tanah Arab dan ramai Musyrikin Mekah telah memeluk agama
Islam. Kesan terakhir ialah orang Islam dapat menunaikan ibadat tanpa gangguan
orang kafir.

RUJUKAN

32

Anda mungkin juga menyukai