Anda di halaman 1dari 5

MASALAH PENGUASAAN PEMBELAJARAN

Setiap pelajar mempunyai kebolehan dan keupayaan masing-masing. Banyak


perbezaan dari segi bakat, minat, dan lain-lain lagi. Oleh itu, tidak semua pelajar dapat
belajar dengan tekun dan penuh minat di dalam bilik darjah. Ada yang cepat belajar dan ada
yang sebaliknya. Pelajar- pelajar yang lambat ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor
seperti pengajaran dan pembelajaran, fizikal dan deria, masalah pertuturan, faktor
kesihatan dan faktor emosi.
Meneliti faktor pengajaran dan pmebelajaran seorang guru menggunakan
pendekatan serta kaedah yang berbeza. Sesetengah kaedah sesuai bagi pelajar namun
mungkin tidak sesuai bagi sebilangan kecil pelajar. Sebilangan kecil inilah yang perlu diberi
perhatian. Bahan P&P haruslah menarik dan mudah difahami oleh golongan ini jika tidak
mereka akan bosan dan mereka akan membenci matapelajaran yang diajar, guru, sekolah
dan keseluruhannya. Apabila hal ini berlaku mereka akan mula ponteng sekolah. Oleh hal
yang demikian, guru perlu bijak memilih bahan pengajaran agar sesuai dengan tahap
pelajarnya. Keadaan fizikal yang buruk, kurang makanan, dan penyakit dikaitkan dengan
masalah pembelajaran. Keadaan fizikal yang lemah akan menggangu penumpuan terhadap
pembelajaran. Kawalan motor yang lemah serta penglihatan atau pendengaran yang kurang
baik menambahkan lagi masalah pembelajaran. Kecacatan penglihatan berlaku dalam dua
bentuk. Sesetengah pelajar mempunyai masalah membaca bahan dari jarak dekat seperti
membaca buku. Sebaliknya, ada juga yang menghadapi masalah membaca tulisan dari
jarak jauh seperti membaca di papan hitam. Masalah pendengaran pula akan menjejaskan
kebolehan pelajar untuk membaca. Pendengaran yang baik akan membantu pelajar untuk
mendengar sebutan dan intonasi bacaan guru.
Masalah pertuturan pula akan menjejaskan perkembangan bahasa pelajar dari
segi lisan. Kebolehan bertutur dengan baik adalah disebabkan oleh alat artikulator yang
sempurna. Kecacatan alat ini akan menyebabakan pelajar gagal menyebut sesuatu
perkataan dengan tepat. Sebutan bunyi juga tidak jelas, pic yang berubah serta tidak
konsisten dan intonasi yang tidak jitu. Dengan masalah seperti ini pelajar akan gagal
membaca dengan sempurna. Sementalahan itu, kesihatan pelajar adalah sangat penting
bagi menentukan keberkesanan pembelajaran. Masalah yang berkaitan dengan kesihatan
ini adalah seperti kekurangan makanan berzat yang menyebabkan pelajar keletihan dan
tidak bermaya semasa di dalam kelas. Pelajar-pelajar yang letih tidak dapat menumpukan
perhatian di dalam kelas. Keadaan pelajar yang lemah dan kesihatan yang tidak dijaga akan
menyebabkan ketidakhadiran mereka ke sekolah.

Faktor mental juga menyumbang besar dilemma murid-murid yang menghadapi


masalah pembelajaran. Mental sangat penting dan jika mental bermasalah maka
keseluruhan pencapaian akademik seseorang pelajar akan terganggu. Masalah mental
mungkin disebabkan oleh faktor-faktor seperti kelahiran awal bulan,kecederaan akal akibat
kemalangan atau terjatuh dari tempat tinggi dan seterusnya adalah faktor penyakit yang
menyebabkan bengkak pada sesuatu kawasan otak seperti demam yang menyebabkan
seseorang individu mengalami suhu yang tinggi untuk tempoh yang lama. Faktor Emosi
juga menyebabkan berlakunya masalah pembelajaran. Masalah emosi selalunya berlaku di
rumah yang berpunca dari keluarga yang tidak harmonis. Kelahiran bayi baru dan
seterusnya telah menggugat kasih sayang yang telah diberikan pada pelajar tersebut akan
menggangu emosinya. Perasaan kecewa dan sedih kerana telah menyebabkan ibu dan
bapanya mengalih perhatian kepada bayi tersebut juga akan menggangu penumpuannya
dalam bilik darjah. Selain itu, ibu bapa yang berkelahi juga akan menggangu emosi pelajar.
Pelajar tersebut akan tertekan dengan keadaan seperti itu dan semasa di sekolah pelajar itu
tidak dapat memberikan penumpuan yang penuh kerana masih ingat pada pergaduhan ibu
dan bapanya. Faktor- faktor yang menyebabkan pelajar mengalami kesukaran dalam
pembelajaran

adalah

terlalu

kompleks.

Faktor

tersebut

jelas

akan

menjejaskan

pembelajaran pelajar. Oleh itu, seseorang guru perlu berusaha untuk mengurangkan faktorfaktor penghalang itu demi kepentingan pelajar.
Menyisir kemahiran mendengar dan bertutur dengan lebih mendalam antara
masalah yang dialami oleh murid dalam kemahiran ini adalah seperti sukar mengecam
bunyi seperti jenis

bunyi vokal, konsonan, diftong. Mereka juga tidak berupaya untuk

mengajuk bunyi yang diperkenalkan oleh guru serta tidak dapat bertindak balas terhadap
soalan mudah yang didengar. Murid-murid ini juga sukar mengingat fakta dan mentafsir
maksudnya. Murid-murid bermasalah pembeajarn khususnya dalam kemahiran mendengar
sukar mentafsir hubungan antara penutur dalam situas komunikasi dan gagal mengikut
aliran idea dalam perbualan. Mereka ini juga lemah ingatan pendengaran dan gagal
mematuhi arahan yang diberitahu. Masalah yang dihadapi oleh murid dalam kemahiran
bertutur adalah seperti kosa kata yang terhad, menggunakan dialek, menggunakan bahasa
ibunda dan lemah dalam kesantunan berbahasa.
Seterusnya pula,murid-murid yang menghadapi masalah dalam kemahiran
membaca pula akan keliru pada huruf yang hampir sama. Tamsilnya seperti, huruf b-d, m-w.
mereka juga akan dengan huruf-huruf besar dan kecil yang berubah.Contohnya huruf a-A,
b-B. mereka juga mengalami masalah disleksia. Contohnya [kail] [kali], [dada]-[baba].
Murid-murid ini juga tidak dapat membatangkan suku kata tertutup serta perkataan yang
mengandungi lebih daripada dua suku kata.murid-murid ini sering membaca secara berlagu

dan bacaan mereka pula tidak lancar, tersekat-sekat dan tidak mematuhi tanda baca.
Mereka sering membaca perkataan secara terbalik. Contohnya kelapa kepala, suka
saku. Murid-murid ini sangat lemah ingatan penglihatan dan tidak faham kandungan bahan
yang dibaca dan sukar membuat hubung kait dan analisis serta tidak dapat membuat urutan
isi
Murid-murid yang menghadapi masalah dalam menghayati kemahiran menulis
pula akan kecondongan dan bentuk huruf tidak tekal dan sering menulis huruf besar dan
kecil yang bercampur aduk. Penulisan mereka sentiasa terdapat ejaan yang salah, kosa
kata yang terhad, aliran pemikiran tidak lancar. Murid-murid bermasalah pembelajaran
khususnya kemahiran menulis seringkali lupa format penulisan, lemah dalam penyampaian
idea. Mereka juga menggunakan ayat yang tidak gramatis serta lemah dalam penggunaan
tanda baca.

CARA MENGESAN MASALAH PEMBELAJARAN

Mari kita bersama-sama menganalisis cara mengesan masalah pembelajaran dalam


kalangan murid-murid sekolah. Yang pertama adalah pemerhatian. Guru boleh membuat
pemerhatian secara tidak langsung dalam bilik darjah masing-masing. Guru boleh
memerhatikan wajah murid-muridnya sama ada berwajah ceria, takut, sedih, takut, bingung
dan sebagainya. Sekiranya wujud murid yang menunjukkan wajah yang bermasalah, guru
perlu mengenal pasti masalah mereka lebih teliti dengan membuat pemerhatian secara
berterusan dan berulang kali serta memerhatikan setiap perubahan yang berlaku.
Seterusnya pula adalah, pentafsiran rekod prestasi. Rekod prestasi ialah rekod
yang menyimpan maklumat tentang pencapaian akademik murid, khususnya dari segi
kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai pada sesuatu peringkat pembelajaran secara
berterusan. Tujuan utama penyimpanan rekod-rekod ini adalah untuk membekalkan
maklumat dan keterangan yang tepat dan lengkap tentang pencapaian murid-murid dalam
kelas. Sementalahan itu, para guru juga boleh meneliti rekod profil para pelajar bagi
mengetahui masalah pembelajaran mereka. Rekod profil ialah rekod yang memberi
maklumat tentang pencapaian murid-murid dalam semua mata pelajaran yang diikuti di
sekolah. Pencapaian ini ditunjukkan dengan menggunakan markah dan gred.
Rekod ini mencatatkan prestasi murid-murid setiap penghujung semester.
Biasanya catatan dibuat pada awal tahun, pertengahan tahun dan akhir tahun atau mengikut
semester. Pencapaian dalam rekod ini berdasarkan satu ujian sumatif pada akhir setiap
semester. Rekod profil yang disarankan dalam KBSR dan KBSM adalah bentuk senarai
kemahiran, minat , bakat dan lain-lain yang tidak begitu formal bentuknya. Segala maklumat
tentang murid-murid haruslah didasarkan kepada penilaian yang dibuat dalam bentuk
pemerhatian yang dilakukan secara tidak formal. Walau bagaimanapun, ujian kertas dan
pensel yang biasanya dibuat secara formal juga dilaksanakan.
Guru juga boleh mengendalikan ujian kertas dan pensel bagi mengenali masalah
yang dihadapi oleh setiap murid dalam kelas mereka. Ujian bentuk ini melibatkan
penggunaan perkataan secara tidak langsung menguji penguasaan bahasa murid. Ujian
kertas dan pensel terdiri daripada ujian objektif dan ujian subjektif. Ini bermakna dalam
sesuatu ujian, soalan-soalan itu memerlukan murid membaca, meneliti, mengkaji dan
menulis jawapan. Temu bual dengan guru darjah juga dapat kmenjadi satu wahana penting
kepada para guru untuk mengenal pasti masalah pembelajaran anak-anak murid.
Perbincangan dengan guru darjah dapat memberi maklumat tentang seseorang murid yang
hendak dikenal pasti. Melalui temu bual dengan guru darjah atau guru mata pelajaranm kita
boleh mendapatkan maklumat-maklumat seperti rekod kedatangan, ketepatan masa,
pencapaian kerja akademik, ciri-ciri tingkah laku yang khusus dan perbezaan-perbezaan

individu dalam kalangan murid-murid yang lain. Maklumat-maklumat ini dianalisis dan
hasilnya akan dapat membantu guru mengesan masalah pembelajaran murid.
Selain itu, guru-guru juga haruslah mengadakan temu bual dengan ibu bapa muridmurid kelasbahi menular dengan lebih mendalam masalah pembelajaran murid-murid. Ibu
bapa seharusnya bekerjasama dengan guru untuk memberi maklumat tentang masalah
pembelajaran murid, terutamanya murid Tahun Satu. Melalui temu bual dengan ibu bapa,
guru dapat mengetahui banyak maklumat contohnya tentang latar belakang keluarga, aspek
kesihatan, pemakanan, kemudahan pembelajaran dan kemudahan asas yang lain di rumah,
Dengan adanya maklumat ini, guru dapat mengenal pasti punca-punca masalah
pembelajaran murid dan dpat merangka suatu perancangan yang berkesan untuk
membantu murid-murid bermasalah.