Anda di halaman 1dari 20

BIODATA

Nama
Jantina
Nombor Kad Pengenalan
Nombor Matriks
Nombor Telefon Bimbit
Bangsa
Kumpulan Pengajian
Semester
Stesyen/Sekolah
Alamat Tetap

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Beatrice Ann Sophia Anak Sinie


Perempuan
930114-13-5204
201106523
014-8887072
Iban
PISMP PK MP SK (1) Ambilan Jan 2013
4
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang
No 1288D, Lorong 6C, Jalan Keranji, Tabuan Jaya,

Nombor Telefon Rumah


Status Perkahwinan
Nama Waris Yang Terdekat
Perhubungan
Nombor Telefon Waris
Nama Pensyarah Mentor

:
:
:
:
:
:

93250 Kuching Sarawak


Bujang
Sinie @ Sinni Anak Laping
Bapa
014-5838055
Dr. Haji Rosana Bin Awang Haji Bolhasan
Puan Lydia Zulaifa Sullang Binti Abdullah

PENGENALAN
Program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan semua pelajar Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP). Program ini direalisasikan
melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang enam semester tempoh

pengajian. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan
pembangunan diri sebagai insan guru. Program ini diharapkan dapat melahirkan
golongan pendidik yang memiliki kemantapan sahsiah serta sentiasa bersedia dan
mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi masa kini.
MATLAMAT
Kursus ini bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai
kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang
tinggi serta sifat keguruan selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru
merupakan usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan
kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru merupakan Pembina
Generasi Negara.

OBJEKTIF
1. Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan
dan keperluan persekitaran berkenaan
2. Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan

3. Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi,


kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai
4. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah
5. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani dan
sosial
6. Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam
melaksanakan tugas dalam kumpulan
7. Berupaya berfikir secara realistik dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan
dan kelemahan diri dalam mengambil tindakan penambahbaikan
TARIKH PELAKSANAAN

Tarikh : 3 5 September 2014

TEMPAT

SMK SANTUBONG, KUCHING

SKOP KERJA
BI
TUGASAN
L
1

Menceriakan kawasan sekolah

Bengkel Kemahiran Hidup


Bilik SPBT
Dewan Utama SMK Santubong
Mengecat

Pintu Asrama Lelaki dan Perempuan


Gotong-royong

Membersihkan kawasan sekitar sekolah


3

KUMPULAN SASARAN

PISMP PK MP (SK) 1 Ambilan Jan 2013


PISMP BI (SK) 1 Ambilan Jan 2013
PISMP BI (SK) 2 Ambilan Jan 2013

SENARAI NAMA

Bil
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16

Jantin

Nama
Agustin Bernad Patung Stevanus
Ali Imran Bin Mad Amin
Amirul Farhan Bin Ahmad Murad
Azira Binti Juki
Beatrice Ann Sophia Anak Sinie
Farah Syazwani Mat
Julius Anak Patrick
Khairunnisa Binti Mohamad Mahzunie
Norliza Binti Jayudin
Normarsitah Binti Bomo
Nur Hidayah Binti Mohamed Alli
Nurasmira Simat
Sarimah Binti Udin
Shalman Bin Paumie
Silvia Meera Anak William
Siti Zerafina Binti Osman
4

a
L
L
L
P
P
P
L
P
P
P
P
P
P
L
P
P

No. Kad Pengenalan


930817155105
931222136049
930611125445
931119136104
930114135204
930811125140
930610135019
930624135706
930711125434
930912135524
930313135864
930909155102
931212126090
930407126643
921022135886
930514135166

17

Sophia Anak Merum

930107136030

KANDUNGAN
Sebelum berangkat ke tempat pelaksanaan di Santubong, Encik Micheal
Tarang memberikan taklimat di perkarangan Auditorim Tun Adruce Zaidi Ahmad
(TAZA) pada jam 2.00 petang untuk membuat persediaan awal pada keesokkan hari.
Encik Michael Tarang juga membahagikan guru-guru pelatih kepada 20 kumpulan.
Saya merupakan kumpulan yang kedua yang terdiri daripada Nurul Falahi Binti
Shamsul Bahri dan Ang Fong Ying termasuk saya. Memandangkan kurang
peyertaan daripada keluarga di Kampung Santubong dan hanya 14 keluarga yang
sanggup mengambil guru-guru pelatih sebagai anak angkat. Maka, terdapat
beberapa kumpulan akan bergabung semasa proses pengambilan anak angkat
untuk mencukupi bilangan kumpulan dalam satu keluarga angkat. Oleh itu, saya iaitu
kumpulan dua akan bergabung bersama dengan kumpulan satu untuk tinggal
bersama dengan keluarga angkat yang telah dipilih. Selepas itu, Encik Michael
Tarang mengarahkan semua guru pelatih pergi ke stor BIG untuk pembahagian
makanan secara adil yang akan diberikan kepada keluarga angkat. Di sini, semua
guru pelatih bekerjasama untuk membahagikan makanan-makanan secara adil dan
teratur agar semua kumpulan mendapat makanan yang mencukupi. Apabila semua
makanan telah diagihkan kepada setiap kumpulan, guru-guru pelatih balik ke hostel
dan membuat persediaan apa yang patut di bawa untuk esok.

Hari Pertama 3 September 2014


Semua guru pelatih akan berkumpul di perkarangan Auditorium TAZA seawal
pada jam 7.15 pagi untuk membuat persediaan terakhir sebelum bertolak ke
Kampung Santubong. Apabila semua guru pelatih telah hadir, Encik Michael Tarang
mengarah guru-guru pelatih untuk mengambil makanan-makanan yang telah
diagihkan dari stor BIG ke kawasan Auditorium TAZA untuk menambahkan lagi
bahan-bahan makanan segar seperti sayur-sayuran. Kemudian, penghulu bagi BIG
Siri 3 akan memimpin para guru pelatih menyanyikan lagu Negaraku dan Ibu Pertiwi
sebagai tanda penghormatan kepada negara. Bacaan doa juga dilakukan mengikut
agama masing-masing bagi memberkatikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di
Kampung Santubong. Selepas itu, Encik Loi Hieng King membuat ucapan ringkas
mengenai program ini dengan lebih jelas agar guru-guru pelatih dapat mencapai
objektif program yang dijalankan selama tiga hari dan dua malam. Sebelum menaiki
bas, Encik Michael Tarang telah memberikan nasihat-nasihat mengenai keselamatan
diri, menjaga imej sebaga guru pelatih dari IPG Kampus Batu Lintang dan tingkah
laku yang sesuai semasa tinggal bersama dengan keluarga angkat. Seterusnya,
guru-guru pelatih bergerak menaiki bas dan mulakan perjalanan ke Kampung
Santubong.
Setelah sampai di Kampung Santubong, perhentian guru-guru pelatih di
Dewan Masyarakat Kampung Santubong bagi acara yang seterusnya ialah ucapanucapan daripada pihak-pihak terlibat seperti YDP PIBG SMK Santubong, Puan
6

Pengetua SMK Santubong, Ketua Kampung Santubong dan lain-lain lagi.


Penyerahan anak angkat juga terus dilakukan serentak dalam acara tersebut.
Selepas penyerahan anak angkat, para guru pelatih bersama-sama dengan keluarga
angkat untuk mengenali antara satu sama lain. Oleh itu, hubungan antara satu sama
lain semakin erat agar tidak berasa kekok apabila bersama dengan orang baru
dikenali. Pada masa yang sama, tiada aktiviti rasmi yang dijalankan pada waktu
petang. Ada juga guru pelatih dengan hati yang gembira mengunjungi rumah-rumah
guru pelatih yang lain dan bermain-main di kawasan Kampung Santubong.
Maklumat Keluarga Angkat

Rajah 1

Rajah 2

Berdasarkan di atas, kumpulan kami telah rapat dengan Mak Ayang (Rajah 1) dan
Mak Piah (Rajah 2). Seperti dimaklumkan, Mak Ayang mempunyai dua buah rumah,
rumah kedua merupakan tempat tinggal Mak Piah. Hubungan Mak Ayang dengan
Mak Piah adalah adik beradik angkat. Bapa kepada Mak Piah telah mengambil Mak
Ayang sebagai anak angkat dalam keluarga mereka. Mak Ayang mempunyai
seorang suami, tujuh anak. Semua anak Mak Ayang sudah bekerja manakala Mak
Piah mempunyai tujuh anak dan semuanya bekerja juga. Mak Ayang pernah bekerja
sebagai tukang masak di hotel manakala Mak Piah tidak bekerja akibat faktor usia.

Hari Kedua (4 September 2014)


Pada hari kedua, bermulalah guru-guru pelatih berkhidmat masyarakat di SMK
Santubong. Seawal jam 7.30 pagi, para guru pelatih sudah berkumpul di sesuatu
kawasan lapang di SMK Santubong. Penyelaras Program Perkehemahan II dan
Kembara Sosial iaitu Encik Mohd Azizan telah membuat aktiviti Ice Breaking dalam
kalangan guru pelatih. Guru pelatih juga dibahagikan kumpulan mengikut bulan lahir
daripada bulan Januari hingga Disember. Malah, guru pelatih juga memperkenalkan
diri dengan penuh bersemangat di hadapan ramai. Selepas itu, setiap kumpulan
yang mengikuti bulan akhir juga dibahagikan dalam enam kumpulan dan membuat
satu trademark bagi setiap kumpulan tersebut dan tunjukkan kepada semua guru
pelatih.
Seterusnya, Encik Mohd Azizan akan mengagihkan tugasan kepada setiap
kumpulan bagi membersihkan dan menceriakan kawasan sekitar SMK Santubong.
Ada segelintir guru pelatih bertugas untuk mengecatkan semula kawasan sekolah
seperti pintu asrama lelaki dan asrama perempuan, bengkel kemahiran hidup, dewan
utama dan lain-lain lagi. Semua guru pelatih membuat sehabis baik untuk
menceriakan kawasan sekitar sekolah agar dapat menunjukkan kesungguhan guru
pelatih membuat sesuatu kerja yang baik. Sekiranya ada kerja yang belum
diselesaikan boleh disambungkan pada keesokkan harinya. Pada waktu malam pula,
guru pelatih berehat dengan secukupnya di rumah keluarga angkat dan meluangkan
masa yang ada bersama keluarga angkat pada malam terakhir.

Hari Ketiga (5 September 2014)


Pada hari ketiga pula, semua guru pelatih buat terakhirnya bersama dengan
keluarga angkat dan berterima kasih kepada keluarga angkat kerana sudi menerima
guru pelatih sebagai anak angkat dan memberi layanan terbaik. Kemudian, bas IPG
Kampus Batu Lintang mengambil guru-guru pelatih di kawasan Kampung Santubong
kerana perjalanan ke SMK Santubong agak jauh. Setelah semua guru pelatih sampai
di kawasan lapang seperti tempat yang semalam, Encik Mohd Azizan memberi
tugasan yang terakhir bagi membersihkan dan menceriakan kawasan sekitar
sekolah. Kerja-kerja yang belum diselesaikan haruslah siapkan sebelum tengah hari
untuk melangsungkan Majlis Penangguhan Program Perkhemahan II dan Kembara
Sosial kira-kira jam 10.30 pagi. Dalam majlis tersebut, Encik Loi Hieng King, Puan
Pengetua SMK Santubong, YDP PIBG SMK Santubong telah membuat ucapan yang
ringkas dan padat bagi memberikan kata-kata yang bermotivasikan kepada guruguru pelatih untuk melengkapi secara keseluruhan agar dapat menghadapi cabarancabaran apabila sudah menjadi guru. Akhir sekali, majlis penangguhan dengan
jayanya ditangguhkan dengan baik. Selepas itu, guru-guru pelatih lelaki telah
menunaikan solat Jumaat di SMK Santubong dan sejurus habis solat Jumaat, semua
guru pelatih balik ke IPG Kampus Batu Lintang dengan kenangan manis yang dicipta
sepanjang Program perkhemahan II dan Kembara Sosial dijalankan selama tiga hari
dan dua malam.

LAPORAN REFLEKTIF
Pada semester keempat Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan
Kepujian

(PISMP),

guru-guru

pelatih

dikehendaki

menjalankan

Program

Perkehemahan II dan Kembara Sosial Siri 3. Program Perkehemahan II dan


Kembara Sosial telah diadakan selama tiga hari dan dua malam yang bermula pada
hari 3 hingga 5 September 2014 dan bertempat di SMK Santubong. Program pada
kali ini merupakan aktiviti khidmat masyarakat dan kembara sosial iaitu program
anak angkat. Program ini telah disertai oleh tiga kumpulan iaitu PISMP PK MP (SK)
1, PISMP BI (SK) 1, PISMP BI (SK) 2 ambilan Januari 2013 dan juga disertai
beberapa mentor sebagai pemantau semasa aktiviti khidmat masyarakat berlaku.
Saya sangat bersyukur kerana saya dan rakan-rakan seperjuangan telah
menyempurnakan Program Perkehemahan II dan Kembara Sosial dengan jayanya.
Melalui program ini juga telah menambahkan pengalaman kerana ini kali pertama
menjadi diangkatkan daripada keluarga angkat di Kampung Santubong Malah, saya
juga dapat menimba pelbagai ilmu yang berguna sepanjang aktiviti dijalankan.
Setelah sampai di Kampung Santubong, semua guru pelatih berkumpul di
Dewan Masyarakat Kampung Santubong untuk acara seterusnnya iaitu mendengar
ucapan-ucapan daripada pihak sekolah, kampung dan juga dari IPG Kampus Batu
Lintang. Kemudian, penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat dilakukan
dengan serentak. Setiap guru pelatih dalam kumpulan akan tinggal bersama dengan
keluarga angkat selama tiga hari dan dua malam. Di sini, saya dan ahli kumpulan
bergabung dengan kumpulan lain untuk mencukupi bilangan keluarga angkat.
10

Kekurangan

penyertaan

keluarga

angkat

di

Kampung

Santubong

telah

menyebabkan guru-guru pelatih secara kumpulan bergabung bersama antara satu


sama lain. Di sini bermulanya, perkenalan bersama keluarga angkat dengan lebih
mendalam. Saya dan ahli kumpulan tinggal bersama dengan Mak Ayang yang
berdekatan

dengan

Dewan

Masyarakat

Kampung

Santubong.

Mak Ayang

mempunyai dua buah rumah yang saling berdekatan. Di sini, saya berupaya
mengadaptasi tinggal rumah bersama orang baru kenali yang berlainan agama dan
budaya. Hal ini melatih saya untuk menjaga tingkah laku yang bersesuaian dengan
tempat dan orang. Pada masa yang sama, saya melihat hubungan Mak Ayang
dengan orang lain sangat rapat antara satu sama lain di mana-mana sahaja pergi ke
rumah atau di kedai. Hal ini memberi contoh yang baik kepada saya agar tidak malu
bertanya kepada jiran-jiran atau orang baru dikenali agar dapat mempunyai ramai
kenalan pada masa hadapan. Pertemuan dengan seseorang umpama tak kenal,
maka tidak cinta, itulah pegangan prinsip yang saya akan amalkan mulai dari
sekarang.
Selain itu, guru-guru pelatih juga ada membuat perkhidmatan masyarakat di
SMK Santubong. Inilah peluang guru-guru pelatih untuk menakbur bakti kepada
sekolah agar pengalaman yang diperolehi dapat ditambahkan dan dapat digunakan
apabila sudah menjadi guru. Pada masa yang sama, saya dan guru-guru pelatih
diberikan amanah untuk menceriakan bengkel kemahiran hidup. Di sini, saya dan
guru-guru pelatih bekerjasama mengecat semula bengkel kemahiran hidup yang
warnanya lebih cerah dan ceria. Selain itu, gril besi yang sudah berkarat kami catkan
semula dengan warna hitam. Semua guru pelatih memberikan kerjasama yang amat
baik dan dapat habiskan sebelum jam 5 petang. Oleh itu, sikap bekerjasama
memainkan peranan penting apabila melakukan sesuatu kerja yang berpasukan.
11

Pada keesokkannya, guru-guru pelatih yang belum menyiapkan kerja dari


semalam harus dilakukan dengan segera sebelum memulakan majlis penangguhan
Program Perkehemahan II dan Kembara Sosial Siri 3 di dewan makan. Di samping
itu, saya dan guru-guru pelatih telah ditugaskan untuk membersihkan tempat parkir
kereta yang penuh dengan papan-papan kayu yang berselerak dan barang-barang
lama yang tidak berguna. Tugasan ini agak berat terhadap saya kerana memerlukan
tenaga yang banyak untuk mengangkat papan kayu yang berat dan susunkan
dengan kemas. Tenaga guru-guru pelatih lelaki yang kuat telah memudahkan kerja
habis dengan cepat. Dengan kerjasama antara satu sama lain telah menunjukkan
kerja dapat dihabiskan dengan cepat. Kemudian, guru-guru pelatih yang sudah
menghabiskan kerja lebih awal dapat membantu guru-guru pelatih yang memerlukan
bantuan agar dapat siap sebelum majlis penangguhan.
Apabila semua tugasan telah disiapkan dengan sempurna, semua guru pelatih
berkumpul di dewan makan untuk Majlis Penangguhan Program Perkehemahan II
dan Kembara Sosial Siri 3. Di sini, dapat melihat penghargaan diberikan kepada
pihak dari sekolah, pihak keluarga angkat dan pihak tertentu kerana sudi menerima
guru-guru pelatih untuk melaksanakan Program Perkehemahan II dan Kembara
Sosial Siri 3.
Kesimpulannya, Program Perkehemahan II dan Kembara Sosial Siri 3 ini
memang dinantikan pada semester ini kerana dapat berupaya berkhidmat
menggunakan tenaga guru-guru pelatih yang masih kuat dan juga muda untuk orang
yang memerlukan khidmat. Malah, saya berpeluang untuk tinggal bersama keluarga
angkat yang terdiri kaum dan agama yang berbeza telah memberikan pengalaman
yang cukup bermakna bagi saya. Oleh itu, saya sangat bersyukur kerana saya
sebahagian daripada program ini untuk menyalurkan tenaga saya untuk berkhidmat.
12

Malah, melalui ini, saya mendapat pelbagai pengalaman yang ada supaya
pengalaman tersebut dapat membantu saya ketika di sekolah pada masa hadapan.
PENILAIAN KENDIRI
Dalam semester empat ini, saya dan guru-guru pelatih dikehendaki
menjalankan Program Perkehemahan II dan Kembara Sosial Siri 3 bagi memenuhi
kehendak kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian
(PISMP). Selain itu, saya sangat bersyukur kerana dapat melibatkan diri secara aktif
dalam program ini. Program pada kali ini ialah aktiviti khidmat masyarakat di SMK
Santubong serta berkeluarga angkat di Kampung Santubong. Selepas menjalankan
aktiviti masyarakat dan tinggal bersama dengan keluarga angkat ini sudah
semestinya menimba pengalaman yang begitu berharga. Oleh yang demikian,
banyak pengalaman yang saya dapat manfaat pada masa depan.
Aktiviti-aktiviti masyarakat yang dijalankan di SMK Santubong telah memupuk
nilai murni alam sekitar dengan meluas dalam kalangan guru pelatih di SMK
Santubong. Oleh yang demikian, aktiviti khidmat masyarakat pada kali ini ialah
memperindahkan atau mencantikkan sekitar SMK Santubong. Aktiviti ini merangkumi
membersih, mengecat, menyusun atur, mencantikkan dewan utama sekolah dan
lain-lain. Hal ini akan mendedahkan kepada guru-guru pelatih mengendalikan aktivitiaktiviti seperti memperindahkan sekolah sebagai satu pengalaman yang bermanfaat.
Hal ini kerana, di sekolah, guru-guru juga akan mengadakan banyak aktiviti untuk
mengindahkan sekitar sekolah untuk menunjukkan prinsip sekolah dalam taman
yang bererti ceria dan penuh dengan unsur-unsur alam sekitar membolehkan pelajar
dapat menikmati alam sekitar di kawasan sekolah.

13

Selain itu, melalui aktiviti khidmat masyarakat ini ialah saya mendapati
kerjasama yang tinggi antara satu sama lain dapat menghabiskan kerja-kerja dengan
cepat dan pantas. Guru pelatih lelaki dan guru pelatih perempuan telah saling
membantu semasa melakukan kerja yang diberikan. Sebagai contoh, guru pelatih
lelaki mengalihkan dan mengangkut papan-papan kayu berat manakala guru pelatih
perempuan telah membersihkan kawasan apabila papan-papan kayu dialihkan.
Begitu juga suasana dalam sekolah apabila melakukan aktiviti seperti ini di mana
guru telah membahagikan tugas-tugas kepada pelajar dan sekali gus telah memupuk
nilai kerjasama antara satu sama lain. Kerjasama yang tinggi dan baik akan
menunjukkan hasil yang sangat baik dan dapat lihat wujudnya interaksi yang
berkesan apabila ketua kumpulan telah mengagihkan tugasan dengan adil dan
saksama mengikut kemampuan masing-masing.
Komitmen dengan kerja juga penting semasa melakukan aktiviti khidmat
masyarakat. Hal ini kerana saya mendapati guru-guru pelatih tidak merungut dengan
tugasan yang diberi oleh guru walaupun tugasan tersebut nampak susah dan berat.
Malah, mereka juga telah menjalankan kerja dengan baik. Saya juga tidak mudah
berputus asa walaupun mengangkat papan kayu yang berat namun dengan
gabungan kekuatan ahli kumpulan, saya mampu membuatnya. Melalui ini, saya
mendapati bahawa seorang guru hendaklah sanggup melakukan apa tugasan yang
diberi oleh pihak atasan tanpa memilih mengikut kesenangan diri sendiri. Contohnya,
dalam sekolah ada aktiviti gotong royong secara besar-besaran, dan guru-guru
dalam kumpulan melakukan tugasan yang diberi iaitu mengecat kelas namun ada
seorang guru tidak peduli dengan tugasan tersebut kerana berpendapat tugasan itu
menyusahkan dan tidak sesuai denganya. Hal ini akan menjejaskan kualiti kerja dan
juga menjatuhkan imej sebagai seorang guru.
14

Dalam aktiviti khidmat masyarakat ini tidak dinafikan lagi mengeratkan


hubungan silaturahim antara kumpulan. Dalam program ini terdapat tiga kumpulan
menjalankan program ini yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Oleh yang
demikian aktiviti khidmat masyarakat ini telah memberi peluang untuk mengenali
lebih mendalam. Apabila kami sudah mengenali antara satu sama lain maka kami
lebih selesa melakukan tugasan yang diamanahkan. Sehubungan dengan itu,
seorang guru hendaklah mengenal antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan
juga bangsa. Malah, melalui aktiviti yang dilakukan bersama hendaklah pandai
bersosial dengan guru lain dan eratkan lagi hubungan silaturahim untuk mengenali
budaya orang lain. Hal ini dapat memberi contoh kepada pelajar untuk memupuk
semangat perpaduan.
Pada masa yang sama, saya juga berpeluang untuk tinggal bersama dengan
keluarga angkat beragama dan kaum yang berbeza daripada saya. Saya mendapati
budaya mereka amatlah berlainan dengan budaya saya. Hal ini telah berpeluang
untuk saya belajar untuk mengadaptasi dalam suasana yang baru. Hal ini kerana,
apabila sudah menjadi guru dan ditempatkan sekolah di sebuah kampung yang
majoriti satu kaum tertentu, saya berupaya untuk menunjukkan tingkah laku yang
sesuai apabila berinteraksi bersama dengan penduduk kampung. Pada masa yang
sama, telah memberikan satu pengalaman yang cukup bermakna kerana apabila
sudah bekerja yang jauh daripada ibu bapa, sudah semestinya orang sekeliling akan
menjadi ibu bapa yang memberikan tunjuk ajar apabila tinggal di tempat orang lain.

15

PENUTUP
Kesimpulannya, Program Perkehemahan II dan Kembara Sosial Siri 3 ini
sememangnya memberi manfaat kepada saya dan membantu saya dalam
meningkat diri dari segi pelbagai aspek untuk menjadi guru yang berkualiti dan
cemerlang. Malah melalui program terdapat banyak pengalaman yang berguna untuk
masa hadapan. Saya berharap program seperti ini harus dijalankan bagi
mendedahkan guru-guru pelatih menolong orang yang memerlukan pertolongan
dengan hati yang ikhlas agar perbuatan yang baik akan dibalas baik serta berupaya
mengadaptasi dalam suasana baru. Akhir kata, saya sangat seronok dan gembira
dapat menyempurnakan Program Perkehemahan II dan Kembara Sosial Siri 3

16

LAMPIRAN

17

KOLEKSI GAMBAR SEPANJANG AKTIVITI PROGRAM PERKEHEMAHAN II DAN


KEMBARA SOSIAL SIRI 3

Rajah 1 Taklimat ringkas untuk persediaan


Rajah 2 Guru pelatih sedang mengagih
pagi esok
makanan setiap kumpulan

Rajah 3 Contoh bahan makanan yang telah


diagihkan

Rajah 4 Encik Loi memberi ucapan ringkas


tentang program yang dijalankan

Rajah 5 Guru pelatih berkumpul di Dewan


Masyarakat Kampung Santubong

Rajah 6 Keluarga Angkat

KOLEKSI GAMBAR SEPANJANG AKTIVITI PROGRAM PERKEHEMAHAN II DAN


KEMBARA SOSIAL SIRI 3

18

Rajah 7 Ucapan daripada Puan Pengetua SMK


Santubong

Rajah 8 Guru pelatih berjalan-jalan di kawasan


kampung

Rajah 10 Guru-guru pelatih saling mengziarahziarahi


Rajah 9 Adik angkat membawa guru pelatih
bersiar-siar di kampung

Rajah 12 Mendengar ketika pembahagian tugas


dibagikan kepada guru pelatih

Rajah 11 Guru-guru pelatih bersedia untuk


berkhidmat masyarakat di SMK Santubong

KOLEKSI GAMBAR SEPANJANG AKTIVITI PROGRAM PERKEHEMAHAN II DAN


KEMBARA SOSIAL SIRI 3

19

Rajah 13 Guru-guru pelatih mengecat semula


pintu asrama perempuan

Rajah 14 Guru-guru pelatih mengecat untuk


menceriakan lagi Bengkel Kemahiran Hidup

Rajah 15 Guru pelatih ditugaskan untuk


menyusun atur, kemas buku di bilik SPBT

Rajah 16 Guru-guru pelatih mengunting


perhiasan untuk dilekatkan di sekitar sekolah

Rajah 17 Guru pelatih melukis dan mewarna di


Dewan Utama SMK Santubong

Rajah 18 Guru-guru pelatih membersihkan


kawasan tempat parkir

20