Anda di halaman 1dari 11

ISL 18 PENULISAN REFLEKTIF

SEBELUM
Bagi semester ini salah satu subjek yang dipelajari ialah EDU 3108 Asas
Kepimpinan Dan Profesionalisma. Tajuk ini merupakan tajuk baru bagi kami. Pensyarah
yang mengajar kami ialah Dr. Ahamad Bin Rahim. Subjek ini memerlukan kami
menyiapkan tugasan dan menduduki peperiksaan pada akhir semester nanti.
Diperuntukkan 4 jam setiap minggu bagi tajuk ini. Pada awal pemikiran saya tajuk ini
akan memberi input-input berkaitan dengan cara seorang guru memimpin semasa di
sekolah nanti. Selain itu tajuk ini juga akan menerangkan dan mengupas dengan lebih
terperinci tentang kerjaya seorang guru yang profesionalisma.
SEMASA
Bagi awal kemasukkan pembelajaran kami dibahagikan kepada beberapa buah
kumpulan bagi menyelesaikan tugas-tugas pembentangan tutorial. Tajuk awal yang
kami

pelajari

mempertikaikan

ialah

berkaitan

bahawa

dengan

kerjaya

kerjaya

seorang

guru

seorang
bukan

guru
lah

dimana

satu

kerja

ramai
yang

profesionalisma. Semasa tajuk ini,kami menjalankan perbincangan tentang profesion


keguruan ini. Kami juga melakukan perdebatan antara ahli kelas berkaitan konsep serta
ciri-ciri guru sebagai profesion. Selain itu,melalui subjek EDU 3108 ini,kami mempelajari
etika-etika seorang guru serta akauntabiliti keguruan dimana tanggungjawabtanggungjawab seorang guru terhadap murid,ibu bapa,masyarakat dan agama serta
rakan sejawat dan kepada profesion keguruan itu sendiri. Kami juga membincangkan
tentang integrity seorang guru yang perlu ada pada setiap individu yang bakal dan
sedang bergelar seorang guru.
Kemudian kami mula membincangkan tentang isu-isu semasa bagi masalah
guru yang biasa dikeluarkan di akhbar serta berita. Antara perbincangan ialah berkaitan
dengan kesantunan seorang guru,penampilan seorang guru dan masalah yang sering
melibatkan seorang guru. Antara perkara yang dibincangkan ialah berkaitan dengan
guru berniaga di sekolah,kerjaya sambilan seorang guru,pengurusan masa dan

kewangan . Seterusnya kami membincangkan tentang peringkat perkembangan


seorang guru dimana proses berkembangnya seorang guru. Peringkat perkembangan
guru bermula dengan guru pemulaan,kemudian guru yang cekap,guru berkesan,guru
mahir dan guru pakar. Berkenaan tajuk ini,kami membincangkan perbezaan antara guru
cekap dan mahir dimana sorang guru yang cekap tidak semestinya mahir dalam apa
yang mereka lakukan. Sebaliknya bagi seorang guru yang mahir dimana beliau cekap
dalam menjalankan kemahiran mereka.
Tajuk seterusnya ialah berkaitan dengan peranan seorang guru di sekolah
rendah. Sebenarnya tugas seorang guru bukan hanya sekadar mengajar tetapi banyak
lagi tanggungjawab yang mereka perlu laksanakan. Seorang guru perlu menjadi
seorang pengamal ilmu dan berkemahiran dalam apa jua bidang. Selain itu,seorang
guru berperanan sebagai pembimbing,pengamal reflektif,penyelidik,agen sosial,agen
perubahan dan sebagai pengganti ibu bapa mereka. Melalui tajuk ini juga,kami
mempelajari tentang kepimpinan seorang guru semasa disekolah. Kami diperkenalkan
dahulu dengan asas kepemimpinan dan definisi-definisi yang berkaitan dengan
kepimpinan. Kemudian kami teruskan dengan jenis-jenis kepimpinan yang ada dan
yang diaplikasi oleh beberapa orang pemimpin. Pemimpin yang kami bincangkan
adalah berfokuskan kepada kepimpinan di sekolah. Teori-teori kepimpinan juga kami
bincangkan dan ternyata terdapat banyak teori yang kami pelajari. Melalui teori-teori ini
kami dapat melihat sejauh mana keberkesanan pengaplikasian teori ini terhadap
organisasi sesebuah sekolah ini. Terdapat perbezaan antara teori-teori berkenaan yang
boleh dilihat. Setiap teori mempunyai kekuatan serta kelemahan masing-masing. Tajuk
ini juga membincangkan tentang cabaran-cabaran kepimpinan sekolah pada zaman ini.
Kemudian,minggu seterusnya pula kami mempelajari tentang struktur organisasi
sesebuah pendidikan dimana struktur ini penting bagi seorang bakal guru seperti kami.
Pengetahuan am seperti ini perlu bagi memudahkan proses atau perjalanan sesebuah
organisasi. Antara inti pati tajuk ini ialah berkaitan strukktur organisasi Kementerian
Pelajaran Malaysia,struktur organisasi di sekolah-sekolah serta tanggungjawab dan
tugas bagi setiap organisasi tersebut. Tajuk terakhir ialah berkaitan dengan
pembelajaran sepanjang hayat yang perlu ada dalam diri seorang guru itu sendiri.

Seorang guru perlu mempunyai pelan pembelajaran peribadi, mempunyai budaya suka
membaca bagi menambahkan ilmu pengetahuan,budaya menyelidik iaitu ingin
mengetahui denga lebih terperinci sesuatu itu,budaya berfikir secara reflektif,budaya
berkolaborasi,budaya

bermusyawarah,mempraktikkan

pembelajaran

secara

auntentik,latihan dalam perkhidmatan serta akses maklumat dari pelbagai sumber.


SELEPAS
Alhamdulillah kami dapat menghabiskan subtopic yang terdapat di dalam tajuk
ini. Banyak ilmu serta panduan yang boleh kami bawa semasa kami ditempatkan di
lapangan yang sebenar nanti. Antara nya ialah kod etika seorang guru yang perlu
dipatuhi,tanggungjawab seorang guru itu sendiri dimana tugas seorang guru amatlah
besar dan menyeluruh. Tugas seorang guru bukan hanya mengajar sehingga muridmuridnya pandai bahkan seorang guru ini perlu membimbing serta mendidik anak-anak
murid supaya menjadi manusia yang berguna kelak. Selain itu,tugas kerjaya seorang
guru bukan sahaja dengan anak muridnya bahkan dengan rakan sejawat yang
bersama-sama berganding bahu dan bekerjasama dalam menjayakan sesebuah
organisasi. Diharapkan dengan mempelajari tajuk ini,kami lebih bersedia menempuh
alam kerjaya dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai